Ya, ini lah yang saya buat selepas saya kene bengkak susu hari tu.
( Dah lama dah post tu… ) Bermula dari situ saya dah tahu macam mana nak perah susu guna tangan. Hehehhehe Terukkan saya? Perah guna tangan pun saya tak reti. Kalau tak disebabkan nipple saya luka suatu ketika dahulu, ( ecehh… ) saya takkan belajar cara-cara memerah susu menggunakan tangan. Bila dah tau, takdela sesusah mana. Cuma, ye, saya mengaku ia penat sikit dan lama. So, pada sesiapa yang expert menggunakan tangan untuk memerah susu mereka memang saya tabik kepada anda.
Dulu saya ada post entry mengenai susu saya yang merundum lepas saya kene bengkak susu hari tu kan? Macam-macam yang saya cuba buat untuk meningkatkan lagi hasil susu saya. Thanks kepada kengkawan saya yang membantu saya untuk suruh cuba ini, cuba itu.. Saya menghargainya. Apa hasilnya sekarang? Nanti saya bagitau kat next entry.
Ok… Sekarang ni, bila saya habis pam menggunakan pam kesayanganku untuk 15-20 minit…
Lepas tu saya akan perah lagi susu saya menggunakan tangan. Hasilnya? Sangat menakjubkan.. Masa pam tu, memang dah tak nampak dah susu saya memancut, yang ada pun keluar setitik2, tetapi bila saya menggunakan tangan, Subhanallah,susu yang keluar dari B saya masih banyak lagi. Still memancut-mancut. Maknanya, selama ini, saya pam, B saya tak kosong pun lagi. Saya boleh dapat dalam paling banyak 1oz untuk kedua-dua belah B saya kalau saya perah dengan tangan SELEPAS saya pam dengan mesin. Banyakkan? Bagi saya banyakla tu tau.. Nak2 untuk saya yang memang susu tak meriah sangat macam orang lain.
Jadi, sekarang ini, untuk mengosongkan B saya, memang selepas pam, saya akan perah dengan tangan pulak. Hehehhe Walaupun masa tu ada extend sikit, tapi sebabkan saya guna masa lunch saya, dan pagi memang saya datang awal giler, and petang pulak, pam dalam kereta, takde masalah la kalau tambah masa sikit.
Oh, idea ni bukan saya fikirkan sendiri tau. Saya tetiba nak cuba cara ni, (selepas saya tahu saya dah pandai guna tangan ) bila ada sorang kakak tu gunakan cara ini. Bila saya tanya dia bagitau dia buat mcm tu sebab bila susu tinggal sikit, dia akan sakit bila perah. So, dia gunakan cara perah tangan untuk kosongkan B dia. Dari situ la idea saya mai..
Nota: Adakah cara saya menggunakan pam tu salah? Sebab tu la B saya tak kosong pun?
Luv,
UmmiKhayra

) ni pun tak dapat cure kan Khayra, and lagi teruk, Dr. pun suruh up kan lagi stage iaitu buat neb and admitted. And worse come to worse, fisio lagi..







Recent Comments