Archive for the ‘Uncategorized’ category

~ Saya Memang Tak Suka Memandu Bila… ~

June 1st, 2010

Disebabkan lebih daripada sebulan saya kerja kat area rumah je, and kalau balik office pun bukan peak hour, saya dah start rasa rileks bila memandu. But once saya dah start keje kat KL balik, drive sendiri lepas hantar husband, woooo… sangat membuatkan saya tension. Hehehhehe

Saya takdala kisah kalau jammed sebab kat KL ni dah sinonim dengan jalan yang jammed kan? Tapi apa yang buat saya tak suka?

Saya tak suka kalau…
Orang potong barisan ni. Tak kirala masa nak bayar tol ke, masa dalam terowong ke or masa kat jalan biasa tu.. Selagi ada ruang kat tepi tu main jalan je. Selagi boleh… Huhuu.. Sangat menyampah and tidak suka ok.. Contohnya, masa beratur kat tol. Kita dah beratur panjang-panjang dalam satu lorong and memang dah nampak memang 1 lorong tu la untuk ke lorong tol kita, lepas tu adala kosong kan jalan kiri kanan.. Yang kosong tu la orang nak masuk nak himpit. Bila sorang dah buat, semua mengikutla sebab ingatkan tu lorong yang betul.. Saya tak dala nak salahkan orang belakang sebab kadang-kadang tak leh nampak  kita ni kat lorong yang betul ke tidak kalau dah berjela panjang and bersimpang siur. Tu kalau kat tol. Macam pengalaman saya kat smart tunnel lak.. Sape yang biasa masuk memang tau kalau nak tuju jalan tun abdul razak memang akan jammed and beratur panjang. Even orang baru masuk pun, ada signage bagitahu kanan Jalan tun abdul razak, kiri jalan sultan ismail.. Kalau dah tau nak pegi jalan Tun Abdul Razak and nampak dah beratur panjang tunggu giliran keluar terowong, pandai-pandaila masuk barisan. Kalau awal-awal masuk barisan takde orang nak marah sebab mungkin tak tau which way nak kene amik time awal-awal kan? Ini dah dekat tempat pembahagi jalan keluar baru nak masuk. Time tu la bagi signal kanan nak masuk. Kalau ada yang konon baik, senyum2.. kalau takde, main sesuka hati je himpit kete orang tuk masuk. Kalau nak cepat pun, semua orang nak cepat.

Saya tak suka kalau…
Bawak slow kat lane kanan sekali. Wahh… ni biasanya kete besar-besar ni. Ada jugakla kete biasa-biasa ni.. Tau la nak bawak secara berhemah, tidak memandu laju tapi lane kanan sekali khas untuk memotong. Kalau had laju 110km/h bawak 80km/h agak-agak angin tak? Memang saya akui kalau lane kanan sekali tu especially kat highway orang bawak lebih dari had laju.. Tu tak dapatla nak cakap sebab kekadang kalau saya bawak 100km/h pun mesti amik lane tengah. Sebab depa lagi laju.. hehehehheheheh Kalau kat jalan biasa ni, biasa had laju 80km/h kan.. boleh la kan bawak 60km/h.. Ni masa time-time saya nak balik kampung. Dah jalan diorang bagi 2 lane, kalau slow, pandai-pandaila bawak diri..

Saya tak suka kalau…
Pemandu bas-bas atau lori-lori ni bawak kenderaan diorang kat highway atau jalan biasa sekali pun. Especially kalau kosong. Laju dia mengalahkan kita. Dah la bawak main suka-suka je.. Saya penah sekali kene dengan bas ni. Time tu tengah hujan, and jalan of course la licin. Saya kat lorong tengah drive dalam 70-80km/h. Had laju 90km/h. Tup-tup ada satu bas ni tiba-tiba bagi lampu kat saya, hon saya suruh saya ke kiri. Mak aih.. giler betul.. Time tu lorong kiri pun ada kereta jugak. Memasing bawak slow and berhati-hati. Kanan je yang kosong time tu tapi dari side mirror nampakla ada kete kan. Boleh dia ikut saya dekat-dekat macam nak suruh saya laju, bagi high beam kat saya and hon saya bila saya buat bodoh je tak ke tepi. ( Bukan saya tak nak tp keadaan tak mengizinkan.. ) Lepas tu dia marah, terus amik lorong kanan, drive laju then main masuk je depan saya konon nk tunjuk dia laju la kot. Sabar je la.. Kalau gitu la cara bawak, macam mana la tak banyak kes bas terjun gaung la.. terbalik la..

Saya tak suka kalau..
Ada orang membebel kat sebelah bagitau saya macam mana nak drive. Hahahhahahahhahaha Ni paling menyampah sebab bagi saya kita yang drive kita la patut tahu bila nak jalan, bila nak melintas, bila nak brek sebab kita kemudi. Unless kalau kita tak perasan something ke apa ke kan? Hehehhehehehhe

Ni la sebab saya tak suka drive.. sebab tu la husband saya je yang akan drive kalau g memana. Bosan kot drive nih.. But ada some people suka drive sebab menyeronokkan.. And ada jugak kawan husband saya yang suka drive jammed2 ni.. Sebab dia cakap kalau jalan tu lengang buat dia takut sebab macam takde orang. So kalau luar bandar ni memang dia tak prefer sangat.. Ada gak kan orang cenggini? hehehehhe

Oh.. saya ngan abang dok imagine, kalau dapat kete macam kat atas, then pasang jeriji-jeriji besi tajam sekeliling kete, pastu mana-mana kereta yang nak potong barisan je kasi langgar sikit.. Comfirm pastu tak berani nak buat dah.. Hahhahahah kejam tak? ( Macam boleh lepas je bawak kete gitu.. :P )

Nota: Betulla bila tiba tang jalan raya, budi bahasa, sopan santun masyarakat timur ni memang out langsung. Adakah termasuk saya? Hehehhe Mungkinla kot sebab dok membebel-bebel je dalam kete.. :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Cadangan Tempat Menarik Untuk Percutian – Anyone? ~

May 22nd, 2010

Sesapa ada cadangan tempat-tempat menarik yang boleh dilawat untuk percutian saya tahun ini? Cewahhh… Konon nak bercuti la sangat.. Ekkekekke Oh, sebabnya saya ada dapat penginapan free di mana-mana jua anda mahu pergi. Free tu sape tak nak.. expired ujung tahun ni. Harusla gunakan betul tak? ehhehehehhe Kalau sesapa ingat giveaway saya tahun lepas, romantic get-away saya minta kawan-kawan suggestkan tempat-tempat menarik yang romantik gitu untuk bercuti. Betul tak? Saya masih ingat ( mestila dah nama pun blog saya kan? Ntah pape je saya nih.. :P )  Memang banyakla tempat-tempat menarik yang mengujakan saya. Hehehhe Especially daripada pemenang pertama contest saya tu, bersama-sama aksi romantis beliau bersama suami. Tak lain dan tak bukan, Watie aka Mummy’s Q. Tempat yang Watie cadangkan adalah Pulau Redang. Oh.. Disebabkan banyak sangat aktiviti, especially kenduri kahwin, banyak sangat bende nak buat, kami postpone sampai tak pegi-pegi sudahnya untuk bercuti. Sabar jela kan? So, untuk tahun ni, by hook or by crook (ecececcecec) nak kene gi jugak. :P

Ok.. Antara cadangan tempat yang menarik yang saya dapat dari contest saya itu;

1. Pulau Redang

White sandy beaches, crystal clear blue sea, brilliant underwater world… Redang archipelago comprises 9 islands (Lima Island, Paku Besar Island, Paku Kecil Island, Kerengga Besar Island, Kerengga Kecil Island, Ekor Tebu Island, Ling Island, Pinang Island and the main Redang Island) that abound with marvelous marine fishes, turtles and coral reefs that ensure great snorkelling and scuba-diving. Ping Anchorage package tours from camping to luxury beach resort, the choice – is always yours !

Menarik je kan. Tambah-tambah pulak daripada cerita watie. Sila klik untuk baca cerita sepenuhnya. :) Memang sangat mengujakan saya. Memang teringin nak ke pulau redang ni. Bercanda di tepian pantai.. heheheh Dengan anak sorang… Boleh kot.. Hehhehehehhe Cuma, aktiviti bila dah sampai kat Pulau Redang ni, mungkin bagi saya more on pasangan kot. Yela, nak snorkling bawak Khayra? Hahhahah ADa jugak nanti semua aktiviti buat ganti-ganti. Ke sesapa ada pengalaman yang dah pernah g Pulau Redang ni sambil bawak anak? Ok tak? Oh.. yang penting how’s the food.. Ni perkara yang memang saya and husband takkan tinggal. Memana pegi je pikir pasal makanan. Apakah??
2. Bukit Tinggi

Hah.. yang ni lak dari idea kak intan. :) oh, raudhah pun dah penah g sana. Tengok macam best je. Dari gambar yang kak intan bagi, pergh.. rasa macam konon-konon bercuti ke luar negara beb. Hahhahaha Suasana pun menarik.

Colmar Tropicale, located in Bukit Tinggi, Pahang, is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century. It’s just like a picture postcard. The French themed resort was opened in July 2000. It’s surrounded by lush tropical forest land. Just RM 16 for adults and RM 8 for children below twelve, you can enjoy the various entertainment at Colmar Tropicale. A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development.

Ha.. Inila penyebab kenapa bukit tinggi popular. Sebabkan colmar tropicale ni la.. Memang ala-ala bercuti kat ober the sea la. Selain tu, ada rabbit park, japanese village, botanical garden. ermmm…. macam menarik jugak tempat ni kan? Sebab saya tak pernah pegi kan, cuba tengok apa yang kak intan and raudhah tulis pasal bukit tinggi ni. :)

3. Kota Kinabalu

Ermm… destinasi ni memang saya teringin sangat-sangat nak pegi dari dulu lagi. Entah kenapa mungkin sebab saya tak pernah jejak kan kaki ke sana. Hehehhehe Dari post mortem yang dah pegi ke kota kinabalu, pasal percutian dia ke kota kinabalu, serius saya terasa macam nak pegi. Nak-nak part makanan. Wow, dok memikir lobster yang ada kat sana. Sungguh menggiurkan dan membuatkan air liur ni menitik-nitik je. Hahhahahahhahha Belum pape dah macam-macam. Cuma kalau nak kene KK ni kene beli tiket flight la kan

4. Bandung

Heheheh tetiba la pulakkan ada terselit percutian luar negara. Hehehhehe tapi kalau dapat tiket murah, ok jugak. Hehhehe ada la jugak terasa nak g sana. Nak g tengok gunung berapi, nak rasa makanan kat kampung daun, heheheheheh nak rasa original masakan padang.. ermm… cuma consider as mahal la kan? dah la nak kene buat passport, renew passport.. Ermmmmm…..

5. Kat Bilik je

Hahhahahhaha ni idea bernas gak ni… bercuti kat bilik je sambil tidur… zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz memang saya memerlukan tidur setelah berbulan-bulan stressss….. Mana tempat best nih???? Any idea? :P

Nota: sorry la gambar tempat-tempat tu takde.. bayang dalam otak je la ek… :P

Luv,

UmmiKA

~ Dulu Lain, Sekarang Lain ~

May 17th, 2010

Tak tau nak letak tajuk apa dah. Otak dah blur dah ni.. :P Hari ni menyiapkan kerja-kerja yang tinggal sikit-sikit je lagi. Petang ni dah free. Wahh… Bila project dah siap ni, rasa macam aman tenteram jiwa. Hahahhahahahha Tapi kenapa saya masih tak update tiap hari? Penyakit M.A.L.A.S pulak menyerang saya… hahahhahahhaha

Pejam celik pejam celik, yep, saya dah nak masuk 4 bulan dah. Kejap sangat masa tu berlalu. Terasa macam baru je dapat tau yang saya ni pregnant. Orang tengok pun takde gaya macam orang pregnant. Apa beza pregnant kali ni dengan masa pregnantkan Khayra?

Apa beza dulu dengan sekarang?

Makanan?
Masa Khayra saya hilang selera makan. Tapi bila makan makanan yang pedas-pedas, saya berselera je makan. Kali ni? Saya memang hilang selera makan, tapi makan apa je la, semua tak leh masuk. Ada je yang tak kena dengan makanan yang di makan. Dah try macam-macam, western, tradisional semua tolak. Tapi kalau makan buah, laju je saya makan. Ermmmm……

Alahan?
Alhamdulillah, pregnancy kali ni dimudahkan olehNya. Saya boleh dikatakan tiada alami apa-apa morning sickness kecuali adala seminggu masa saya demam and seminggu masa awal-awal nak demam. Sakit kepala yang amat sangat sampai nak baring je. Ingatkan tu simptom saya morning sickness la, rupanya baik je demam takde pape lak. Masa dulu pun sama jugak, tak de alahan sangat tp still la saya lemah-lemah and muntah-muntah. Cuma tak teruk la. Mungkin kali ni sebab saya kerja keras sangat sampai ignore semua tuh. Ada ke? Hehehhehehe Apa-apa pun saya bersyukur sangat sebab Allah SWT nak tolong saya rasanya. Dengan pressure kerja yang tiba-tiba menimbun. :)

Khayra?
Still sangat manja dengan saya. Tak boleh tak nampak ummi. Kalau balik rumah, nak masak ke nak basuh baju ke apa, jangan kasi nampak saya dulu. Settled kan semua dulu baru g menjengah dia. ( ni kalau saya balik awal la..) sebabnya, datang angin kus kus dia, satu benda pun tak boleh buat. Hehehhehe

Khayra sekarang dah faham cakap orang but kadang-kadang buat-buat tak faham. Sabar je la dengan budak sorang tu. Oh, balik kampung weekend tadi, makcik saya baru lepas habis pantang. Khayra nampak je baby tu, mak aiii… Sukanya dia tengok baby tu.. Siap sebut baby.. baby… senyum-senyum… agah-agah… kiss kiss. wahhhh dahsyat Khayra nih.. Dah belajar nak jadi kakak ke sayang ummi ni? :P Mula-mula ingatkan kebetulan je kan, lepas tu ada cousin belah abang lak, sama jugak, ada baby baru. Masih dalam pantang lagi la.. Pun sama, diagah-agah, panggil-panggil baby, senyum-senyum.. nak pegang.. tapi tangan tak leh control sangat lagi la.. nampak gaya macam ganas je nak pelepuk baby tu.. hehehhehe Semoga Khayra boleh jadi kakak yang baik nanti. Amin..

Nota: Oh, tadi bos saya tanya kenapa nak berhenti. Saya bagitahu la yang saya memang nak berhenti. Nak duduk rumah. Nak tau apa jawapan bos saya? Dia cakap dia dah agak sebab tu. Dia cakap, sayang dengan capabilities saya. So, dia akan fikirkan cara untuk saya kerja dari rumah je. Hahahahhaha amik ko… macam tak nak kasi resign jek… :P

Luv,

UmmiKA

~ Langkawi – Antara Tempat Menarik ~

May 10th, 2010

Semasa saya di Langkawi, kami cuma sempat melawat beberapa tempat sahaja. Al-maklumla, masa sangat terhad. So, hari pertama sampai je, petang tu kami terus bergegas ke UNDERWATER WORLD Langkawi. :)

UnderWater World Langkawi

Apa yang ada kat sini? Heheheh Sesiapa yang dah pergi Aquaria KLCC, dia ala-ala aquaria jugakla… Cuma ada yang cakap, aquaria tu lagi best and ada yang cakap, underwaterwold ni lagi best. Hehehhe Apa-apa pun, Khayra suka je mana-mana tempat yang ada binatang nih. Siap dok lari-lari… Siap nak pegang lagi binatang macam starfish, gamat, fish dalam pond yang boleh pegang tu.

Apa yang ada kat dalam under water world tu? Macam-macam binatang… Ada burung, ikan, penguin. Ada emperor penguin, and penguin biasa, Dia ada masa-masa dia untuk show binatang-binatang tu. Malangnya, saya tak tunggu pun show – show tu except anak kazen-kazen abang yang sangat excited tengok binatang-binatang tu dari dekat.

underwater world

Serius saya memang tak boleh jadi photographer. Sebabnya saya tak tangkap gambar sangat pun. Ke sebab saya takde kamera? Guna kamera hand phone yang konon canggih ni jek? Hahahhahah Alasan.. Abang.. kene beli kamera baru ada semangat nak tangkap gambar.. Ekekkekekeke

Banyak gambar cousin saya yang amik.. Gambar-gambar binatang tuh, penguin semua tuh. Sayangnya la tak amik gambar kan? Yang saya sempat amik, tu ha, gambar gediks kat atas dengan kazen-kazen abang.. Hahahhahahhaha Konon perasan duk kat tempat sejuk.

Gaya-gaya yang tak boleh blah ok.. Hahhahahha Khayra lak asyik sibuk duk berlari sana berlari sini. Excited terlebih. Lepas tu ada satu tempat untuk binatang yang besar giler sampai saya takut and geli nak tengok. Macam belut, ikan apa ntah nama. Serius besar beb.. Ikan pari besar pun ada. Ekor dia panjang giler. Jadi kalau g Langkawi tu, singgahla kat sini ek. Boleh kasi anak-anak tgk binatang-binatang yang ada tuh. Berbaloi2 bila tengok diorg belajar apa jenis binatang tu dengan tengok secara real. Khayra apa jenis ikan, semua fish. Hahahhahahhaha

Malam tu, baru dapat merehatkan diri kejap, then dinner kat tempat penginapan je. Lepas dinner, semua pakat nak kua balik konon nak survey tuk shopping. Dahsyat kan mereka-meraka ni kalau bab shopping.. :P

Esoknya, tentatif untuk pepagi adalah bergerak sepagi mungkin untuk pegi island hoping. Yeayyy naik bot.. Bak kata Khayra, yeay yeay.. ayik bot… hhuu

Lepas breakfast, semua kene pakai baju family day kitorang. Hehehe Tahun ni baju dia sangat cute ok.. I likeeee… :P Kami bergerak ke Jeti Langkawi untuk tunggu bot la kan. Janji pukul 9, pukul 9 baru la diorang ni terhegeh2 nak datang and baru nak siapkan bot, kemaskan bot. Lama gak kami tunggu sebelum berjaya dapat naik bot. Memang sabar je la.. Ni insiden sama masa time datang gakla.. Janji 9 pagi, 9 pagi baru bertolak untuk hantar van. Ada ka patut? :P

ISLAND HOPING

Kitorang mulakan perjalanan kami menuju ke Pantai Beras Basah. Jauh gak perjalanan dalam bot tu ha.. Mula-mula Khayra excited la kan dalam bot tu.. Lelama dia nak berjalan g kat pak su dia lak. Adoiii… Duduk dengan Pak su, tak lama lepas tu tidur. Hah amik… Rasa dia dah xleh nak bukak mata sebab angin kuat agaknya, tu yang buat tertidur tu.

MOV01791

Tengokla Khayra, mummy dah tolong bangunkan dah tapi dia tetap tidur. Memang sabar je dengan Khayra.. Kalau dah tidur, jangan harap bangun cepat… :P

Sampai kat sana, konon tak nak mandi bagai la kan. Nanti basah tapi sume cakap, takpe, nanti kering.. dont worry… tp saya tetap tak nak mandi.. Hehhehehehe Kami cuma posing-posing je la kat sana dalam air. Hehheheheh Khayra tetap tidur… Hahahhahahhahahha

Pulau Beras BasahKami yang cun-cun ni amik post… hehehehhehe

Me, abang, mama, Khayra, ahmad and izzat, Abah je takde dalam gambar.

Me and Family

Nampak gaya budak tidur? Hahahhahahahhahhaha

Lepas habis bergambar-gambar, berposing-posing, kami meneruskan perjalanan ke pulau helang. Oh, lupa nak bagitau. Kat Pantai Beras Basah ni, banyak monyet. Makanan semua kene jaga-jaga. Diorg ni akan rampas je kalau ada peluang. Hehehheheheh

Kat pulau helang tak singgah pun. Just dalam bot je. Bila pemandu bot tu kasi makan, time tu barula nampak helang-helang ni turun ke air dan menangkap makanan-makanan tuh. ada yang besar, ada yang kecik. Meriah-meriah. Next stop adalah Tasik Dayang Bunting.

PULAU DAYANG BUNTING

Pulau Dayang Bunting

Ok.. Kat pulau dayang bunting ni memang ramai giler orang. Ini la tempat yang memang jadi tumpuan ramai orang. Yela, ada tasik di tengah-tengah laut and air dia tak masin langsung. Kuasa Allah. :) Kat sini, saya mula-mula ingat masuk dalam terus jumpa tasik dia kan, rupa-rupanya………………………… Mak aihhh… Kene naik bukit and turun bukit ok… Sangat penat22222… And saya sugest kalau nak g sini, better pagi-pagi masa tak terik atau petang sikit. Jangan jadi macam kami, sampai tengahari, sudahnya terik semacam and bila sampai kat tasik tu, dah la takde tempat teduh kan, sudahnya kejap je la kat sana. Oh, nak mandi kalau tau berenang, tak payah la sewa jaket. Kalau tak tau, sila sewa jaket keselamatan. :P Apa cerita dayang bunting ni? Hari tu ada baca tapi dah lupa. Boleh tak? hahahhahahahhaha cousin ada amik gambar pasal history dia. Tapi sesapa yang nak g tu, boleh la anda baca masa g sana nanti.. :P

Peringatan jugak ye, kat tempat ni pun, monyet-monyet sangat berleluasa. janganla jinjit-jinjit beg plastik ke apa ke masa nak g jalan ke tasik tu. Mau kene rampas ok. Masuk dalam beg siap-siap. Berlaku depan mata saya, sorang budak ni, baru je beli air orange twister tu. Dia pegang air tu, sekali tiba-tiba monyet menerkam amik air tu. Menangis la budak tu. Time tu saya kat belakang dia je. Dengan saya-saya terkejut. Huhuhuhuhu

CABLE CAR

Lepas habis island hoping, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk naik CABLE CAR. Yeayyyy…. Memang mengujakan saya sebab ni first time saya naik cable car. Tak percaya? Tak percaya sudah… :P Sebelum sampai kat man cenang? mat cenang? apa ntah nama tempat tu saya dah lupa.. huhuhu ni gara-gara adik abang la nih dok buat lawak, sebut nama salah. siap cakap man belon ok.. :P Sebelum sampai kat cable car tu, kitorang benti makan dulu kat tempat ikan bakar. Tempat dia, macam ala-ala kampung gitu. Apa ntah nama dia.. lupa… waaaa tak membantu langsung kan? huhuhu Makanan dia sedap… masa kitorang sampai tu penuh dengan manusia. Sebab saya takde selera sangat, takdela banyak makan.. tapi, tgk kalau selera saya ada, mau licin tuh… :P

Harga tiket untuk cable car ni, kami dapat rm12 jek untuk dewasa. Sebab kitorang by group kan dalam 30++ kot.  Tak ingat. So, dapat la harga murah. :) Oh, untuk ingatan jugak, kalau by group and ramai-ramai, lepas beli tiket, sila kira tiket anda betul-betul. Takut cashier salah kira, then kita kene bayar lagi. :)

Cable CarMasa ni Khayra dengan wan uda and abah. Time ni abah dah seram kan Khayra?

Saya tak takut… :P

Sampai atas, memang best. Boleh nampak pemandangan yang indah2… Hehehheheh Kan kat situ ada jambatan gantung. Memula tak nak pegi sana, last2 dah alang-alang sampai, saya dengan husband pun g la ke sana. wahhh sangat best. Sape yang gayat memang tak g sana la, sebab memang nampak tinggi. Jadinya, saya sensorang je g jalan kat jambatan gantung tu pegi belah sana. Huhuhuhu ada gambar bukti… mana2? hehehhehe jeng2… ini dia bukti saya g sana sensorg.. tangkap gambar sendirik je la.. huhuhuhu

Sila abaikan gaya muka yang macam hampeh itu ye… Hahahhahahahhahahhaha bukti tau bang.. :P

Lepas habis meneroka (poyo) kami pun balik la ke apartmen. Serius penat gila. Masa on the way konon nak benti kat beras terbakar pun tak jadi sebab abah tya bila dah nak sampai, bila sume kata nak pegi, dah lepas simpang. Sabar ajalah…. :P Malam tu bersiap-siap untuk pi dinner kat wan thai… tu nanti la saya citer lak… :P

Luv,

UmmiKA

~ Rindu Saya Tak? ~

April 28th, 2010

Salam kawan-kawan semua…. rindu sama saya? hehehhe actually ni entry kedua saya selepas saya kembali dari hibernasi.. Ni entry yang ditaip saya dari hari sabtu lepas ok… Entry first tu saya masih di office, tengah frust sebab hari sebelumnya, boss bagitahu ala-ala ke arah weekend ni kene keje. Jadi saya dengan sengaja tidak membuat keje sebab saya rasa saya malas.. Hahahhaha Then petang tu boss saya bagitahu yang kami tak perlu kerja lewat dan tak perlu kerja weekend.. Time tu, senyum dah melebar tahap gaban dah. Hihihihi Dengan itu, secara rasminya saya kembali bersiaran… walaupun projek delay untuk launch, tapi major coding, major problem takde dah.. sume tinggal minor bug je. Alhamdulillah…

Oppss.. sebab dah sebulan saya kene polish balik skill menaip saya.. hahahhah macam dah setahun je tak tulis blog kan? ekekekek mengada betul. Tapi kenapa saya still tak update setiap hari macam dolu2? kerana saya mengalami demam dan sakit kepala yang berpanjangan. Alamak… Lepas balik dari Langkawi hari tuh, abang demam dari hari Khamis sampai ahad. Isnin still sakit tekak.. Ahad lepas Khayra lak demam… Hari ni pun tak baik lagi.. Me? Dari hari sabtu kepala sakit tak boleh nak buat apa. Sangat menguji kesabaran sebab Khayra demam2 biasala sangat crancky and asyik nak susu. Pastu nak macam-macam. Nak-nak bila dah pandai dok minta itu-ini… Ni baru anak sorang, cuba kalau lebih sorang? hahhahahhahaha

Harap-harap demam dan sakit saya akan cepat sembuh sebab weekend nih wedding cousin saya. hihihihi

Lama saya tak citer pasal Khayra kan? sekarang Khayra dah boleh sebut banyak jugak words. Cuma kalau hujung dia ‘ng’ macam abang, udang, tulang, semua digantikan dengan ‘m’. Abam, udam, tulam.. Kitorang dah faham la untuk simple words yang Khayra request. Tapi kalau tiba masa dia bercerita, masa untuk mengiakan je la… Satu butir pun tak faham. Hahahahhahaha

Pasal Langkawi, insyaallah saya update nanti… Sangat seronok and macam tak cukup masa je.. Hehhehehe kene g lagi sekali nih… :P

nota: entah apa la entry saya nih… hehehehehhehe

~ Masa Berhibernasi ~

April 11th, 2010

Semenjak kebelakangan ini, saya menyepikan diri kerana mungkin ini merupakan masa untuk berhibernasi sementara untuk saya di dalam dunia blogging nih.. :P

Saya ingin sangat berjalan-jalan, saya ingin sangat melawat-lawat merilekskan minda.. Banyak nak tulis.. banyak nak cakap.. tapi serius, daripada saya main taip je dengan keadaan tergesa-gesa dan kemudian menghasilkan something yang ntah pape.. ( macam sekarang nih.. :P ) baik saya menyepikan diri sekejap.

Apa yang menarik jadi pada saya kebelakangan ni? (menarik ke?? heheheh )

1. Sehari pakai baju yang sama lebih untuk 17 jam.  hahhahahahahhaha

2. Mandi pagi je… ( sampai umah pukul 12++/1 pagi.. tak larat beb… )

3. Rambut terdedah di udara hanya untuk 9 Jam.. ( saya tolak 7 jam kat rumah, 2 jam untuk solat semua.. :P )

4. Semakin mengembangkan b****t.. Duduk selama lebih 14 jam sambil makan krup krap krup krap.

5. Oh… dah sebulan tidak pernah dinner kat rumahhhhhhhh…. benciiii…

6. Balik malam dari office, laju je drive… Pecut…. 20minit tepat sampai rumah di kira selepas tutup pagar dan jejakkan kaki ke dalam rumah. ( jalan clear ma.. :P )

tu jela perkara menarik… hihihihii till next time… :P

Nota: Sekarang ni mmg citer mengarut je…. huhuhu

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails