Sebenarnya kisah ni dah lama… Bukannya saya pergi time saya dalam pantang ye… Hehehhe yep, inilah holiday terakhir saya sebelum saya bersalin last 30/10/2010 hari tu. Ekekekkeke Abang bawak pergi Kuantan. Kalau tak silap saya 18 September 2010 yang lepas. Hahahhahahahha Lama dah time tu saya baru masuk 8 bulan rasanya. Ekekekke Baru sekarang saya dok post kat blog. Memang tahap basi yang dah tak boleh blah la…
Kenapa memilih Kuantan untuk bercuti-cutian? Hehehhe sebenarnya tarikh tu, kitorang ada 2 Kenduri. 1 kat Janda baik and satu lagi kat Kuantan. Oh ada satu lagi kat Kelantan. Kat kelantan tu tak dapek la den nak pergi. Jauh sangat. Penat and rasanya tak larat kot badan ni. Pergi sampai Kuantan pun saya rasa penat sangat. Hehhehehe So, lepas attend kenduri kat Kuantan tu, kami pun cari-cari la hotel nak duduk. Kononnya nak dekat Teluk cempedak, sebab nak dekat2 dengan tanjung lumpur. Nampak suasana hotel Hyatt tu macam tak berapa berkenan pulak sebab macam happening sangat petang tu. Kalau boleh memang nak dekat-dekat pekan kuantan je sebab malam ada plan nak melantak makan seafood puas-puas.. Hehhehe Akhirnya kitorang singgah kat Hotel Swiss Garden. Terasa macam jauh gak la walaupun dari pekan tu dia tulis 8KM je.. Bila sampai kat hotel tu, saya rasa macam 30KM je.. Hahahahhahahaha
Dah check in semua, baru perasan masa on the way ke Tanjung Lumpur ada Vistana hotel kat tepi bandar Kuantan tu. Adeh… Takpela.. next time pulak saya kata.. (ada tak bang next time? Hehhehehe ) Sampai kat hotel tu dah petang so boleh nikmati sekejap je la view kat hotel tu.
Saya suka konsep open hall yang Swiss Garden ni buat. Konon dok membayangkan kalau ada rumah sendiri nak buat ala2 gitu. Tapi kena bangalow atas bukit.. Kawasan luas.. hihihi berangan terlebih sudah.
Lobby dia mmg marbeles for me…
Lepas check in, terus masuk bilik hotel and again i like the room very much. And again, berangan nak bilik ala-ala gitu. Eh, gambar bilik takde… Sat saya letak…
Haaa.. Amacam? Romantik kan? Untuk honeymoon besh nih..
Khayra dengan sejadahnya.. Telekung tak nak.. lebih prefer kopiah… Adeh..
Pemandangan dari luar bilik… Kami pilih pool view..
Bila keluar koridor, then Khayra nampak pool tu, terus dia menjerit nak mandi. Sorryla dear, time tu dah nak dekat maghrib. Pool dah nak tutup… Hihihihih So dah janji nak pegi mandi esok pagi.. Tungguuuuuuuuuu kata kat Khayra..
Malam tu, sebabkan hotel swiss garden ni jauh sangat (ni apa yang saya rasa) nak ke tanjung lumpur, membuatkan kitorang hampir-hampir tak pergi. Bila difikirkan kembali,kitorang still kne keluar jugak untuk dinner, then why not might as well pergi je terus. Dah alang-alang kan.. Kami ke mana? Yep.. Kedai paling femes di tanjung lumpur. Signage dia warna hijau. Saya dh lupa nama dia la… Ada sape tau? Yang pasti dia ada 2 ke 3 kedai kat tanjung lumpur tu sahaja. Then mmg trademark dia kot kedai dia warna hijau. So, sesiapa yang nak makan kat situ, pi cari kedai yang ada signage warna hijau ye…
Saya dan Khayra… Khayra yang suka diri dia di cium…
Apa lauk yang di order?Kami order sotong, udang, kerabu mangga(tak nampak pulak… ke dah abis? ) dan ikan siakap.
Ingat nak amik jugak kerang, ketam tapi macam tamak sangat la pulak. Yang makannya saya dengan abang je. So, cukupla pilihan kami. Ikan dah la besar.. Udang pulak, boleh abang tak perasan amik berapa banyak. Bila sampai je kat kitorang, nah… macam makan tuk 5, 6 orang. Hahahahahahaha Malam tu, nasib saya tak amik nasi sebab saya terasa tak nak makan nasi. Saya nak meratah lauk je…Lepas habis makan, Khayra dengan dah mamai ngantuk, kami balik dalam keadaan puas. Hasil tangkapan kami, total kami makan kalau tak silap saya dekat RM70 sekali dengan air.
Esoknya, bersiap-siap untuk breakfast. Haaaa…. ni je yang saya nak complaint sikit. Breakfast kat Hotel ni tak sedap.
Makanan and choice dia tak banyak. Dah la sikit, and mostly tak sedap. Nasi lemak tak sedap.. Errr memang overall tak best la… Tak nampak se ‘gah’ dengan decoration and hiasan dia. Tak tau la mungkin time kitorang tu je yang tak best breakfast dia. Hehehhehehehhe Dah cenggitu kan, terus abang cakap, nasib tak dinner kat hotel. Hahahahhahahhaha
Lepas je breakfast, seperti yang dijanjikan dengan Khayra, kami pun masuk la pool… Hohohoho Sangat excited Khayra dalam pool tu. Hinggakan tak nak naik langsung. Tapi kitorang kena cepat balik hari tu. Sebab petang tu ada hal sikit. Saya lupa la pulak apa hal yang menyebabkan kitorang kena balik awal.. Ermmmm… apa ek?
Air dia jernih.. and kolam tuk kanak-kanak ni besar… Tu yang super seronok miss Khayra ni main.. siap nak lompat-lompat dalam air.
Lepas ni pergi mana pulak? Hehehhehehehhehehe
Nota: Kedamaian and ketenangan perlu di cari.
Jommm…. Join Contest !!!!!!!!
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung












Recent Comments