~ Minggu Yang Memenatkan – Yeke? ~

~ Minggu Yang Memenatkan – Yeke? ~

Minggu ni full activity plus, 1 minggu ni sebenarnya Khayra tak sihat… Demam panas untuk 3 hari, demam sikit-sikit untuk 2 hari. Then tak sempat nak update blog time weekend sebabkan ada banyak benda nak kene buat. ( alasan.. :P )

Khayra kene demam since ahad lepas. Tiap malam comfirm akan terjaga and membuatkan saya agak weng sikit la time kerja siang tu. Isnin tu hantar gak ke nurseri, lepas tu dah tak. Sian kat Khayra dengan keadaan dia macam tu, she needs her family more. So, selasa tinggalkan sekejap dengan abah.. Rabu saya cuti. Khamis bawak Khayra g Office. Hehehhehe Jumaat lucky abang cuti, but saya still kene amik half day leave sebab abang tak leh handle Khayra yang agak crancky and asyik nak ammi=ummi dia je… Hehehehhehehhe

Khamis tu, masa bawak g office, bos kasi and nasib baik dia ada meeting/training. SO, saya and khayra agak bermaharajalela gak la sekejap kat office. SO, leh la pasang pocoyo tuk khayra, papin dia.. melukis-lukis dengan dia.. Nasib la kerja dah siap. :P Khayra siap jadi macam bos dudk sensorang kat kerusi saya sambil tompang dagu atas meja tengok citer feberet dia. Tak sempat nak amik gambar sebab time tu tengah siapkan kerja.

Muka tak senyum langsung…

Gaya Senyum TerbaruNi bukan saya salah tangkap gambar time pejam mata tau, ni bila saya suruh khayra senyummm.. Gini gaya Khayra senyum nak tangkap gambar…

Senyum alaf baruNi masa saya cakap, Khayra senyum betul-betul… Inila hasilnya.. Hahahhahah

SurauNi masa Khayra kat surau.. Sibuk nak try kasut besar tu… aduiiii

Nasib baikl she’s well behave masa kat office tu, tapi bila nak tidur langsung tak nak letak bawah. Jadi saya kene la pegang dia time tidur.. Hari tu balik rumah dengan tangan yang lenguh-lenguh… huhuhuhuhu

Jumaat tu, sebab amik half day, saya dengan husband pun apa lagi, pegi la gerak ke jakel. Konon nak tengok kain-kain yang ada. Bila keluar jenjalan je, serius, Khayra memang dah hilang demam. Badan tak panas langsung. Dia boleh siap lari-lari lagi dalam jakel tu. Angkat kain, duduk atas kain. Memang nampak macam budak yang sangat sihat. Bila tiba kat rumah je, dan-dan badan panas sikit. Apakah? Jadi esok pagi-pagi g la ke klinik tuk check sebab demam on off and tiba-tiba dengan macam kahak banyak kat tekak. Hasilnya?

nebulizerInilah penyudahnya. Dah lama Khayra tak kene neb nih. Tapi senyap je and ok je.. Tak nangis langsung malah suka lak bila buat gitu. Tengahari tu siap-siap tuk g kenduri sedara kat Sentul. Sementara tunggu mama and abah pergi nikah kat rumah jiran, abang pulak jumpa kawan dia sekejap, Khayra pulak tidur, saya pulak tengah sibuk buat kerja, boleh la kan tertidur. Mungkin sebab penat sangat kot. Tiba-tiba je mama panggil tuk siap pegi kenduri. Dengan super expressnya saya siap, and terus shot pegi Sentul.

Malam tu, kitorang pergi Subang Parade untuk sambut birthday saya. Di awalkan sebab nanti adik abang kerja, so weekday nanti which is today dia takde. Boleh la kan sambut awal-awal… :p

Ahad tu, bangun pepagi, breakfast kejap.. Dalam pukul 10 macam tu, bersiap-siap untuk pegi kenduri sedara kat Kuala Selangor. Kitorang pegi awal sebab lepas tu saya kene pegi bukit beruntung pulak untuk kenduri kawan saya. Then malam tu pulak, kenduri kawan abang pulak. Marathon makan nasi minyak sampai saya rasa saya dah muak makan nasi minyak. Hahahhahahahhahaha

Oh… Pengalaman la malam tadi. Boleh la abang tak comfirmkan dengan kawan dia yang dia nak datang. Then kawan abang yang sorang tu cakap takpe, datang je. Pengantin pun suruh datang je. Sudahnya kami takde seat tau. Kelakar gak la 4 orang tunggu kat luar lobby hotel tuh. Sampai majlis nak mula baru kami ada seat. Hahahhahahhahaha So, lenkali bang, bila orang minta comfirmation kene la bagi ok.. Ni dah jadi macam orang tak diundang walaupun diundang. :P

Nota: Hari ni saya dah menginjak 1 tahun lagi.. Alhamdulillah atas segala rezeki yang diberiNya.. Atas kebahagiaan yang diberi olehNya.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Asid Folik vs Obimin ~

Ingat tak post saya sebelum ni pasal kepentingan asid folik untuk ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang ingin mengandung? Boleh klik sini ye untuk baca lebih lanjut pasal post tu.Selalu kita dengar asid folik penting di awal kehamilan, obimin juga antara salah satu vitamin yang sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung. Kenapa saya cakap obimin penting? Kerana di dalam obimin tersebut mengandungi khasiat dan vitamin yang lengkap untuk ibu-ibu mengandung yang dikumpulkan dalam satu tablet je. :)

Biasanya apabila check di klinik kerajaan, vitamin yang diberi selalunya adalah asid folik. Kemudian, bila dah menjangkau ke 4 bulan, macam-macam pil akan dapat seperti pil tambah darah, pil vitamin, pil kalsium dsb bergantung kepada kesihatan para ibu. Obimin pula, biasanya diberi di klinik swasta dan hanya dapat obimin ni sahaja. Tiada yang lain unless di minta. Tetapi obimin hanya akan diberi bila kandungan sudah melebihi 3 bulan. Di awal pregnancy, kita memang kene makan asid folik sahaja.

Masa saya pregnant kan Khayra, saya check di PPUM sampaila kandungan saya berusia 7 bulan. Then saya terus check kat hospital swasta dekat dengan rumah saya. Masa awal 7 bulan tu, saya hanya dapat asid folik sahaja. Then bila start checkup kat swasta, terus doktor bagi saya obimin. Awal-awal tu, saya takut gak nak makan obimin ni sebab kakak sepupu saya ada cakap kalau makan obimin ni, yang dapat dari klinik swasta ni, nanti anak jadi besar. Wahhhh time tu first time preggy kan, harus saya tkt anak besar.. Hehehhehe Husband saya cakap mana dapat mitos tu? Kalau dah takdir anak besar, besar jugak.. Kalau Allah nak kasi anak kecik, kecik juga.. Semua tu kuasa dariNya. Bila fikirkan balik, betul jugak kata-kata suami saya so saya pun tiap harila makan… ekekekkeke..Then bila saya tanya kawan-kawan saya yang lain, yang mana checkup kat kerajaan, memang diorang hanya kasi asid folik sahaja, tapi lepas 3 bulan ke atas, diorang akan kasi pil-pil lain macam pil tambah darah, vitamin etc. Yang mana tambahan pil yang kerajaan kasi tu semuanya ada dalam obimin. ( saya pelik gak dulu-dulu nape saya cuma dapat asid folik.. orang lain berpeket-peket dapat ubat.. mmmmm )

Bila anak kedua ni, di awal pregnancy saya, saya hanya di beri asid folik, then masuk 3 bulan dan ke atas, saya dah start makan obimin.Ikut pembacaan saya, yang penting semasa pregnant adalah folic asid dan pil tambah darah / pil untuk zat besi.

Jadi apa perbezaaan obimin dengan asid folik? Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang  berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan  manusia.  Asid folik ini penting untuk pembentukan saraf2 bayi. So, kalau amik asid folik, sebab tu di klinik kerajaan akan bekalkan pil-pil lain. Sebagai tambahan sebab asid folik sahaja tidak mencukupi. Manakala obimin pula merangkumi kesemua vitamin yang diperlukan hanya dalam 1 tablet. Asid folik, iron, vitamin C semuanya terdapat dalam 1 kapsul yang dinamakan obimin. :)

source: google

Jadinya mitos kakak sepupu saya yang cakap kalau makan ubat kat klinik swasta boleh jadikan anak besar tu, boleh di ketepikan sebabnya apa yang ada dalam kapsul obimin tu, klinik kerajaan pun kasi jugak. :P Tu semua bergantung pada rezeki masing-masing. :)

Oh ye.. saya ada terjumpa e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil” yang boleh menerangkan lebih jelas berkenaan asid folik dan supplement2 lain untuk rujukan semua hehehe. :) e-book tu boleh dapat di link ini.

Nota: Jadi ibu-ibu mengandung, jangan skip meal utama anda ye. Untuk bayi kita jugak. :)

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Kali ni saya memang tak tahan dengan air-cond ~

ENtah kenapa pregnancy kali ni saya alah dengan air-cond. Sebelum ni, tempat saya memang sejuk (based org ckp la) tapi saya rileks je tak pakai sweater ke apa. Masa pregnantkan Khayra lak, lagila saya tak rasa sejuk.. But this time lain sikit. Saya dah perasan awal-awal lagi tapi saya ingatkan sebab saya kurang air and kurang makan. Kan awal-awal takde selera nak makan.hehehehhe Tapi…..

Ssekarang ni makin teruk la pulak. Hidung saya mesti akan sumbat, kepala saya akan pening, badan saya akan kesejukan tahap melampau. Lepas tu bersin-bersin. Kat rumah memang NO AIR-COND.. Khayra je tu pun bila ada wan baru dia minta pasang aton=aircond. Mama cakap tak sihat kot. Ermm.. memang la badan saya panas je tapi bukan tu biasa ke tuk pregnant women? Badan memang akan panas? Hrmmmm…..Nak check ke ek?

Nota: Adakah ini menunjukkan saya kene berhenti cepat2? :P

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails