Terima kasih kepada Farah Farhan atas peluang yang diberi..
Macam tak sangka pulak… hihihihi
selamat menonton ye…. Hari ni ada project kne buat.. hihihihihihihi Apa dia? Bukan related dengan Adrini’s pun sebenarnya… hihihihihi ;P
Luv,
UmmiKA
~ Journey of My Life With 2 Kids As WAHM ~
Terima kasih kepada Farah Farhan atas peluang yang diberi..
Macam tak sangka pulak… hihihihi
selamat menonton ye…. Hari ni ada project kne buat.. hihihihihihihi Apa dia? Bukan related dengan Adrini’s pun sebenarnya… hihihihihi ;P
Luv,
UmmiKA

Alhamdulillah, anak ummi yang no. 2 ni membesar dengan sihat walafiat. Adyan sangat berbeza dengan kakaknya. Setiap baby itu adalah unik.. Saya suka guna phrase ni masa time Khayra dulu sebab saya memang percaya, setiap pencapaian dan perkembangan untuk setiap baby/anak tu berbeza dengan yang lain. Dulu, kalau ada yang tanya saya kenapa Khayra dah setahun tak boleh jalan lagi, and compare dengan anaknya yang 9/10 bulan dah boleh jalan, jawapan saya senang je, each baby is unique. We never know yet their potential. So, tak perlu risau sangat kalau anak kita lambat atau cepat untuk buat sesuatu benda itu. Cuma kita perlukan pantauan dah observation kepada anak kita.
Khaleel Adyan.
1. Sekarang Adyan dah 4 bulan lebih. Masa timbang berat umur 3 bulan, berat Adyan dah 5.2kg. Compare berat masa lahir yang hanya 2.5kg, peningkatan yang baik. Hehehe
2. Adyan sampai la ni, tak nak pusing and tak nak meniarap sendiri. Kalau kita tolong tiarapkan, semua boleh dah. Kepala dah tegak, tangan dah boleh siap tolak badan and akan terkebelakang and lepas tu boleh dah berpusing. TAPI bila suruh tiarap sendiri, tak nak. Sabar je la… heheheheh
3. Alhamdulillah, Adyan masih eksklusif breastfeed. Suka keadaan begini sebab saya tak perlu runsing2 nak siapkan makanan untuk Adyan lagi especially on travelling.
Kata ummi yang malas.. hahahaahahh
4. Walaubagaimanapun, sudah menunjukkan minat yang mendalam kepada makanan. Siap kalau time dinner, dia yang tarik pinggan ummi… Tengok orang makan dok mengicap2… Sabar ye sayang.. Tu teruja nampak benda baru kan?
5. Adyan, still sampai sekarang masih suka berbedung. Cuma lately ni, saya kurangkan and hasilnya, Adyan takmo tidur lama.. Adeh… So,kena kembali kepada bedung ye nak… Kalau tidak ummi tak leh buat apa.. hehehe
6. Mr. Adyan ni pulak jenis yang tak suka kalau orang tak layan dia. Suka bercakap dengan orang dan suka senyum-senyum dengan orang. Cuba kalau buat tak tau.. Mula-mula senyapla, lelama melalak dengan suara garau dia tu minta perhatian.
7. Paling suka masuk bilik air sebab dia tau yang dia akan main air. Sengih sampai ternganga2 mulut. Lepas tu dok melompat2… Adeh… Kena berhati-hati je sebab takut terlepas sebabnya budak ini sangat aktif melompat.
8. Paling tak suka kalau bontot basah and kalau poo poo, kena cepat2 basuh. Kalau tak…………. hah.. macam sekarang ni… Jap.. nak cebok budak wangi…
9. Suka menjerit.. Hahahhaha Bukan nangis ye, tapi suara yang sangat kuat dok arrr arrr arrr….
10. Suka sangat kakak cium or main-main. Kalau kakak lompat2 ternganga2 mulut suka.. Kalau kakak tindih2 pun rileks je, siap boleh gelak and tarik rambut kakak lagi… Tak nangis pun.. Tapi limit la.. kalau lelama, bosan and kuarla suara boy dia tu.. Hehehhe
11. Adyan kembar dengan kakak atau kakak kembar dengan Adyan? Sebabnya semua almost sama. Kalau Adyan poo poo, tak lama lepas tu, kakak pun sama. Especially time pagi dan petang. Time tengahari, kakak tidur, adik tidur tapi biasanya kakak la lama sikit tidur tengaharinya compare dengan Adyan yang sekrang suka berjaga siang. Kalau tidur, kakak boleh peluk2 and adik boleh tertidur, Mungkin berkat awal-awal dulu susu bersama-sama kot…
12. Suka kalau ummi pegang buku. Kalau ummi alihkan, mata tu ikut mana buku tu pegi. Suka tengok benda bergerak, especially DVD. Kalau tengok DVD dengan kakak, daripada bising2, senyap terus.
13. Kalau ngantuk sangat, boleh tidur sendiri after kita bedung. Kalau tak bedung, ini budak akan ngamuk2 bila mata dah ngantuk.
14. Semua mesti akan tanya mana pergi suara Adyan. Adyan menangis bila kena tinggal sorang, bila boring, bila poo poo and nak poo poo, bila bontot basah, bila tak mand, bila lapari dan bila ngantuk. Nmpk gaya macam setiap masa je kan? Hahahahahahha
15. Favourite adalah berjalan. Kalau keluar jalan, tak tidur pun takpe.. Tertidur atas bahu pun boleh. Time lahir2 je dah ada tahi lalat betul2 kat kaki. Dr pun cakap ni kuat jalan ni.. And memang betul pun… Kalau dapat keluar jalan, senyap je… kecuali sebab2 yang dnyatakan di atas.
Lagi satu Adyan tak suka duduk stroller.. Suka berdukung. So kalau ummi guna ring sling, Adyan tak kisah asalkan bukan baring.
Okla.. Adyan dah melalak nak attention again.. Nak tidur rasanya.. Dari tadi main.. Nanti sambung balik… Memang lately ni, jarangnya dapat update blog.. Jarang jugak dapat blogwalk.. Huhuhuhu
Luv,
UmmiKA

Dari hari Jumaat (semalam) saya ada di Awana Genting. Bukan la bercuti sangat pun, tapi ikut abang je. Hehehehe Kat Genting ni apa yang ada? Untuk saya, macam takde pape je.. Hahahhahahha Sabar ye.. Kenapa saya cakap takde pape sebab saya sorang-sorang dengan 2 orang putera puteri saya yang perlukan perhatian. Saya tak naik Genting pun sebab Genting mesti ramai orang. Kalau saya seorang, rasanya tak mampu nak jaga Kakak Khayra yang sangat aktif dan tak boleh duduk diam tu. Takut saya memikirkan posibilities yang buruk, so, kami duduk je kat Awana ni.
Apa yang ada kat sini?
Saya banyak habiskan masa kat bilik je. Adyan pun macam tak suka sangat kat luar kali ni. Tak tau pasal apa, mungkin sebab penat sebab setiap hari dari hari isnin saya kena keluar ada kerja. Mungkin sebab tu kot Adyan agak suka duk dalam bilik je. Kakak Khayra pulak, siap cakap dengan saya dia nak pergi work.. Then nak suruh saya bukak pintu nak keluar.. Tu rasanya dah tahap bosan tu kot…
Semalam, suasana agak mendung sikit. Cuaca kat luar berkabus dan memng tak nampak luar. Semalam memang banyak habiskan masa dalam bilik je. Pagi tadi, lepas sarapan ( sarapan yang agak lama.. Heheheheh ) saya dan isteri kawan abang berjalan-jalan la sekejap kat luar. Khayra jumpa kawan, memang sangat happyla dia. Siap pegang-pegang tangan lagi.
Kami berjalan-jalan sekejap area kawasan Awana ni. Surprisingly, ada la tempat untuk bawak budak. Ada satu sangkar burung. Ada burung, itik, arnab dan ayam. Kat sini la kitorang habiskan masa pagi tu selain daripada berjalan-jalan ke kolam renang dan kolam ikan. Nasib baik kami bawak roti.. Jadi aktiviti memberi makan kepada ternakan tersebut.. Hehehhehe
Khayra sedang memberi makan kepada ternakan.. Mula-mula takut, lelama seronok… Hehehehehe
Oh, nampak tak di kepala itik tengah tu ada warna putih? tu jambul itik tu tau.. First time nampak itik ada jambul. Malangnya, saya menggunakan kamera hp je.. Tak nampak jelas.. Huhuhuh
Mata Adyan yang dah kuyu sebab time dia tido… Hehehehe
Khayra yang dah pandai bergaya… hehehhe
Keadaan Genting yang berkabus
Apa yang saya tak berapa suka di Genting ni, semua benda mahal. Makanan pun sangat mahal. TETAPI kali ni, baru saya tahu ada kedai makan yang murah di Genting ni. Nak tau kat mana? Hehehe Di Awana sky bridge. Berdekatan masjid tu. Ada kedai makanan melayu kat situ. Saya amik ayam, daging, sayur dengan air limau ais.. Total RM5. Tak murah ke tu? Murah kan? Hehehehehehe Mungkinla ada yang dah tahu tempat tu, tapi saya yang jarang ke sana, and bila sampai area kedai-kedai kat bawah tu kebanyakkan kedai cina je, saya rasa wow.. bila jumpa kedai tu. Hehehehehhehehe
Malam tadi abang ajak gi jalan kat atas.. tp anaj2 sedang tidur, so, rasa seperti malas nak berjalan… wasting time again.. Takpe.. next time.. Hahahahhaha
Nota: Entry dah berapa hari dalam draft… Bosan kalau bercuti(kononla) tanpa suami di sisi.. Hehehhehe
luv,
UmmiKA
Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. Kami akan poskan order puan sejurus selepas kami kembali. Huhu terpaksa guna blog untuk saya update status ini. Sebab semuanya tidak dapat di jangkakan. Di sini, fb pun tak boleh masuk. Aduhhhh…
I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D [Read More …]
Copyright © 2012 · Luscious Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in
Recent Comments