~ Update Untuk Hari Ke-11 Berpantang ~

~ Update Untuk Hari Ke-11 Berpantang ~

Officially saya dah masuk hari ke-11 berpantang dan hari pertama saya berpantang bersendirian bersama 2 orang anak kesayangan saya. :) Malam tadi saya tak tidur sangat dari pukul 230am hinggala pukul 430am.. Then dapat tidur 30 minit, kena bangun balik… Then 530am baru dapat tidur sekejap… 630am, dah terbangun sebab kakak Khayra dah bangun minta susu… Puncanya? Oh.. my little caliph Adyan, nak menyusu tak berhenti dari 230 pagi tu. Bila dah terlepas, tak sampai 5 minit merengek balik nak susu.. Saya ada jugak terfikir mungkin Adyan jadi macam tu sebab tak cukup susu sebab dia tak hisap nipple saya dengan betul. Huhuhuhuhu Sebabnya saya mengantuk mamai-mamai, so tak tengok sangat Adyan menyusu macam mana… Ummi minta maaf ye Adyan malam tadi tak fokus sangat.

Pagi ni, Khayra jugak yang kejutkan saya selepas semua orang tiada di rumah. Khayra minta susu seperti biasa.. Jeles tengok adik menyusu dengan ummi.. Nasib baik kakak ni faham bila di pujuk elok-elok, tunggu selepas adik habis menyusu baru turn dia. Sepanjang 11 hari ni, ada je masa-masa 2 2 terus menyusu dengan saya.. Puncanya? Kakak tak nak mengalah.. Adehhh.. sakit pinggang ummi dibuatnya.. hehehhehe Pernah buat style football, macam agak selesa, tapi takut gak sebab Adyan sangat kecil nak handle..

hehehe even duduk rumah sekarang ni, saya still pump juga.. Sebabnya? Saya tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan kan? baik saya sediakan apa yang sepatutnya.. Alhamdulillah, seawal kelahiran Adyan, susu saya dah keluar dah.. Masuk hari ke-2 tu dah start bengkak kalau Adyan tak hisap. Saya start pam masa hari ke-3.. Dalam sehari saya akan pam 2 kali je.. Kalau B saya membengkak sangat-sangat, baru lebih dari 2 kali saya pam. Alhamdulillah, inilah hasil perahan saya..

Keadaan Adyan? Sekarang ni, nak kasi Adyan susu 2 jam sekali sangat susah especially time siang. Sebabnya dia akan tidur nyenyak.. Kuning Adyan, still lagi ada. Saya pulak risau melihatnya. Oh, Adyan dah admitted 1 malam hari tu, then kuning ddia dah turun esok harinya.. Tapi sampai la ni, kuning tu tak mo hilang-hilang gak. Risau jugak saya… Saya bagi susu je la banyak-banyak. Lepas tu, poo poo je dalam 7 ke 8 kali sehari. Hehehehehe Okla tu… Doakan Adyan sembuh cepat-cepat… Amiinnn….

Alhamdulillah, Khayra walaupun dia jeles-jeles, Khayra dah start belajar perlahan-lahan yang sekarang dia dah ada adik. Bila tanya sayang adik ke tak, mesti jawab sayang. Hehehehehehe Suka nak baring2 sebelah adik.. Nak kiss-kiss adik… Semoga Khayra menjadi kakak yang baik… :)

Hari pertama bersendirian berjalan dengan lancar… Even hari ni ntah enapa angin merajai saya.. Sakit kepala, sakit perut… Khayra still berjalan-jalan tak buat apa-apa lagi.. Hari ni seperti tak boleh buat activity dengan Khayra, nak-nak dengan kepala yang sakit ni.. Usah dibanding masa anak satu, time-time sekarang saya cergas.. Tapi sekarang ni… Mungkin sebab tak cukup tidur kot.. :) Apa pun, saya gembira hari ni, sebab Khayra seem sangat ok… :) Walaupun dia dah start semua benda saya yang kena buat.. Suap makan dia pun nak saya… :D Tunggu abah balik… Nanti abah layan kakak habis-habisan ye… :P

entry ni actually dari pagi.. hehehhehe al-maklumla, dah kata ada anak… Petang ni baru siap…. :)

Sekian update hari ini… Insyaallah, kalau saya ada masa, saya kembali… :)

Nota: Suka sangat tadi masa suap Khayra makan, adyan start nak gerak-gerak merengek, Khayra berkata: Ummi mik ayan, ayan nak chuchu ne…

Luv,

UmmiKA

~ Rentetan Cerita Kelahiran Khaleel Adyan ~

~ Rentetan Cerita Kelahiran Khaleel Adyan ~

Pertama-tama sekali, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan semua yang mendoakan saya dan memberikan ucapan tahniah atas kelahiran adik Khayra. :) Saya sangat-sangat menghargainya. ( Komen-komen pun belum sempat di balas…)  I love you all… Muahahahahhahaha

Alhamdulillah, sehari selepas deliver ( 1/11/2010) saya dah ada di rumah. Semalam saya dah discharged dari hospital balik bersama-sama adik Khayra, Khaleel Adyan. Apa yang saya nak kongsikan di sini bagaimana khaleel adyan melihat dunia ni. :) Kalau nak compare dengan Khayra, memang ada beza. Nanti saya bagitahu apa perbezaannya… :) Sakit? Of course la kan.. Sakit bersalin ada ke yang best? hehehehhe

Saya mula-mula tersedar dari tidur sebab terasa sakit perut sangat pagi 30/10/2010 tepat jam 4.49am. Saya terus tengok jam ok… Hhehehehhehe lepas 3 minit sakit tu datang balik. Masa tu, saya dok fikir dah nak bersalin ke? Betul-betul adik ni nak tunggu ummi dia settle hampir semua kerja berkaitan dengan adrini’s. Yep2… 2 minggu sebelum tu saya memang tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan adrini’s supaya masa saya pantang nanti saya tidak perlu travel ke sana sini sangat. Bab penghantaran pun boleh minta husband membantu. Even hari jumaat tu pun, buat marathon menghantar baju dan membeli stok mentah. Tu pun tak sempat jugak nak singgah di Lunatots Cheras untuk penghantaran. Opppsss… dah menyerong sudah.. :P

Lepas saya dah rasa contraction every 3 minutes, saya terus dok fikir nak bersalin kot hari ni.. So, saya tunggu dulu sebab pagi sangatkan. Saya ingat, kalau berterusan, lepas subuh and sarapan baru nak pergi hospital. Sakit saya berterusan tapi makin lama semakin jarak. 5 minit sekali.. 6 minit sekali… 7 minit sekali… Saya dok ingat false alarm kot.. Sebabnya saya tak pernah ada pengalaman dengan false alarm masa Khayra dulu, so, mungkin kali ni false alarm. Then saya biarkan je. Biar-biarkan pun, saya terus called mak saya untuk minta tolong nanti jagakan Khayra. :)

Lepas subuh, sampaila ke pukul 7 pagi macam tu, sakit saya makin kurang. setiap 12-15 minit sekali. Bila abang tanya nak pergi hospital ke tak, saya cakap tunggu je la dulu. Lagipun ibu dengan abah belum sampai. Masa menunggu tu saya sempat isikan masa saya dengan membaca surah maryam dan yusuf. Then ibu and abah saya sampai, dengan sarapan. Masa tu, contraction hampir dah tak rasa. Sesekali je. Time tu saya rasa macam tak jadi bersalin la ni kot. So, makan, minum sambil borak-borak. Abang still tanya nak pegi hospital ke tak sebab dia sendiri takut sebenarnya. Hahahahhaha Then bila saya naik atas, saya terasa ada something yang basah, and then tengok ada lendir sekali dengan darah. Cepat-cepat saya bagitahu abang yang tanda darah dah keluar, so kene pergi hospital.

Siap-siap mandi semua, bawak barang, Khayra naik dengan atuk and nenek dia, kitorang bertolak pergi hospital. Masa sampai kat hospital dalam pukul 10. Bila tanya nak pergi mana kalau dah sakit bersalin kat kaunter nurse tu, nurse tu macam tak caya je saya nak bersalin sebabnya saya nak jalan and nampak tak sakit langsung. Yela, time tu saya memang tak sakit. Sebab saya pergi hospital pun sebab ada tanda darah dah turun.

Semasa di Hospital:

10.10am : Masuk kat satu bilik untuk check CTG. Check untuk 15 minit, ada 1 je contraction. Average 78% tapi masa tu, tiba-tiba heart beat baby drop. So, nurse takut tali pusat terbelit, then check lagi another 15 minutes. That time, tiada contraction langsung. Then just imagine, cuak gak saya time tu… Mesti dia ingat saya ni main-main konon nak bersalin kan? Hahahahhahahha

1045am : Bila dia tengok graf, dia cakap ada la sikit-sikit contraction tapi tak kuat. Then dia check bukaan saya. Ok, time check tu, sakit sangat. Nurse tu agak kasar la orang dia sampai sengal-sengal gak la.. :P  Nurse cakap dah bukak dah 3cm. Saya masa tu dok fikir, e’eh, memang nak bersalin la tu kot. Tu yang turun darah… :P

11am : Nurse nak pecahkan air ketuban saya sikit je dia cakap. Lepas pecah tu, nurse bagitahu saya yang air ketuban pun dah sikit.. Ngam-ngam je ni.. tapi jernih and normal. Baby tak berak. Masa tu memang terasa la air tu keluar sikit-sikit. Lepas pecah kan air ketuban, nurse tu masukkan drip kat tangan saya.

Adyan dah berusia 4 hari

11.10am : Saya start sakit balik. Tapi sakitnya, hanya Allah yang tahu. Sangat-sangat sakit. Bila berhenti, then lepas 3 minit sakit balik. Saya dok fikir nape cepat sangat sakitnya.

11.30am : Nurse masuk nak letak CTG scan tu balik and nak tengok heart beat baby. Time tu, saya memang dah sakit sangat-sangat sampai nak baring pun dah tak boleh sebab sakit dia tak berhenti. Berterusan… Then baringla jugak kasi nurse tu pasang CTG tu bila contraction tak berapa kuat sangat. Bila kuat balik, abang cakap lebih dari 100 contractionnya. Teknik pernafasan yang saya baca hari tu, kejap-kejap saya buat, kejap-kejap saya tak buat sebab dah sakit sangat kan.. Hehehhehehehe Tang tarik nafas pendek-pendek 2 kali then hembus yang saya lupa langsung. Hahahahhahahha

11.40am : Nurse check bukaan sebab tengok saya macam sakit sangat-sangat and time tu saya memang rasa macam nak meneran tapi saya tahan kan je. Bila nurse check bukaan dah 8 cm. Time tu dengarla nurse suruh panggil doktor cepat naik. Bila nurse bagitahu saya dah boleh teran sebenarnya, saya boleh la kan buat lawak kat situ, saya cakap oo… patutla saya rasa saya nak teran dah.

11.45am : Dalam area ni kot, doktor datang sebab saya dah tak tengok jam dah time tu. Masa tu, doktor pun suruh saya bersedia untuk meneran. Abang gunakan teknik yang saya tulis sebelum ni, iaitu tolong pegang leher saya and tekankan lutut saya. So, saya takkan angkat punggung time meneran tu. Saya rasa saya push 4 kali kot.  1 kali push, teran macam biasa… kali ke-2 push, tak jadi… hahahhaha time ni macam tak push je…push kali ke-3, tak cukup nafas… masuk kali ke-4 push, masa ni, tiba-tiba clear dalam fikiran saya teknik meneran yang saya baca. Saya ingat tarik nafas dalam-dalam, and jangan putus nafas. Bila rasa dah nak habis nafas, jangan habiskan, tarik nafas sikit balik then teran. Ni untuk elakkan daripada baby masuk balik. Masa tu la nurse cakap, dah betul dah, cuba lagi, boleh, dah nampak ubun-ubun baby… akhirnya……..

12.02pm : Alhamdulillah, berkat doa semua, dan izin Allah SWT, lahirlah seorang putera kekasih hati abah, ummi and kakak ke dunia ni dengan dinamakan KHALEEL ADYAN… Terus saya rasa lega sangat masa tu. Baby dah ada kat dada saya menangis. Terasa uri di keluarkan, doktor bius untuk jahit sikit. Doktor cakap sikit je kat bahagian luar. Abang azankan Adyan dan kemudian tahnikkan atau belah mulut dengan kurma.

Ohh.. Saya tiada gambar langsung semasa di labor room atau semasa adyan baru lahir. Abang memang fous pada saya and dia memang kat sebelah je tengokkan saya. Hehehhehehehe So, gambar adyan ni gambar selepas di bersihkan je la ye… Ok kan? hehehhehehehhehe

Nampak tak muka saya? Sian saya ummi buat apa ni kat saya?

Pengalaman kali ni memang saya rasa dari awal process sampaila ke penghujung. Sebabnya saya tak amik gas, tak amik pain killer, apapun tak amik. Tu yang saya cakap, berbeza sewaktu melahirkan khayra, saya gunakan gas yang memamaikan and di cucuk pain killer (bukan epidural ye.. saya memang tak nak.. takut… ekekkekeke ) oleh nurse tu sebab masa tu saya diberitahu saya akan sakit lama. Saya masuk pagi, mungkin paling awal pun petang baby nak keluar. Sekalinya tengahari tu Khayra dah keluar. Pukul 12.46pm. Ala-ala Adyan jugak… :D  Sebabkan amik pelali tu, saya mamai masa nak teran tu and tak terasa sangat macam mana Khayra keluar berbanding Adyan yang sepanjang process saya memang rasa. :)

Saya bersama Adyan sejurus selepas masuk bilik. :)

Alhamdulillah, sakitnya tak lama.. Allah membantu dengan mempermudahkan urusan kali ni. Saya bersyukur sangat dengan kelahiran ini. :)

Khayra? Awal-awal jumpa adik, dia tak tahu yang adik dah keluar. Boleh dia tunjukkan adik dalam perut saya lagi. Kemudian, masa awal-awal dia nampak adik Adyan nak menyusu dengan ummi dia, Khayra sangat-sangat marah sebab kenapa nak amik susu dia. Dengan super pantasnya di tolaknya adik Adyan.

Sekarang? Alhamdulillah, Khayra dah na berkongsi dan kadang-kadang bila adik Adyan menangis, dia yang suruh menyusu. Tapi semuanya kena slow talk and banyakkan bersabar. Dah 6 hari ni, Khayra seolah-olah dah mula faham walaupun kadang-kadang dia nak perhatian saya lebih and cuba buat saya marah. Hehehhe process menyesuaikan diri untuk Khayra sekarang ni. Harap-harap Khayra jadi seorang kakak yang baik. Amin….

Nota: Nanti saya update pasal contest saya tu. Dah tertangguh dah.. Insyaallah, akan keluar nanti.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…

Luv,

UmmiKA

~ Alhamdulillah, Saya Dah Selamat Bersalin ~

~ Alhamdulillah, Saya Dah Selamat Bersalin ~

Salam semua… Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan putera hati kami pada hari Sabtu ( 30/10/10) dengan berat 2.59Kg. Sekarang saya dah kat rumah tengah berpantang. :)

Terima kasih atas doa kalian semua… Nanti saya update pengalaman saya.. :)

Inilah dia

Khaleel Adyan Khairul Adha

Kenapa warna pink? Kat hospital tu tak cukup swaddle untuk baby boy sebab ramai sangat yang bersalin baby boy… Kelakar je kan?

Ok… adyan nak menyusu dah… Chow….

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails