~ Ikan Percik Berbuka Hari Ini ~

~ Ikan Percik Berbuka Hari Ini ~

Ha… Inilah lauk utama saya berbuka pada hari ini.. Ikan percik. Resepi ikan percik ni saya dapat kat sini.. Dapur berasap… Hehhehehehehe Sangaaaaaaaaaaaaat la simple cara membuatnya…

Bahan-bahan dia:

1. 3 ekor ikan kembong sederhana besar boleh jugakla nak ikan lain… Ayam pun boleh. Tukar je ke ayam… :P

2. cili kering + Bawang Merah + Bawang Putih  di kisar. Ni biasanya saya dah prepare awal-awal. Kisar 3 jenis bahan tu siap-siap banyak-banyak then simpan dalam peti ais. Memudahkan untuk saya masak next time.. :)

3. Halia + Lengkuas

4. Belacan ( Ni saya tak letak sebab husband saya alah dengan belacan. So, ikut resepi memang ada… )

5. Serai
6. Santan
7.  Asam keping
8. serbuk perasa ( garam + gula – ni benda wajib saya letak.. )
Okeh… Cara saya membuatnya?
Mula-mula saya goreng je ikan tu… hahahhahahahha ni nama dia pemalas…. Jangan tiru… Ikan atau ayam tu kasi panggang ye… baru la masyukkkk… bak kata tuan punyer resepi… bukan kata saya… :P
Then saya buatla kuah untuk ikan percik ni… Saya tumis bahan-bahan yang saya kisar then saya masukkan santan…
Kemudian saya masukkan asam keping. Memandangkan peti ais saya tiada serai dan lengkuas, belasah je la dengan asam keping tu je… Huhuhuhuuhu Malam ni harus ajak abang pegi beli barang dapur… Hhehehheheh
Then kacau sehinggala pecah minyak…
Hasilnya?????
Ikan percik superb meleleh
Inilah ikan percik yang saya masak pada hari ini. Hehehhehehe Nampak sedap tak? Adehhh…. rasa dia saya tak tau… Ni first time buat… hehehehheheh
Okeh… saya sebenarnya tengah ketandusan nak masak apa lagi… Mungkin buat salad je kot sayur petang ni.. Itu pun sebab peti ais ada salad, tomato, kentang… Ermmm… buat salad + coleslaw je la… Macam tak kena je… hahahahhahahaha Fikir2… sempat lagi nih….
Nota: Pasar ramadhan memang out from kotak pemikiran sebabnya mahal tu….. Kalau nak, beli yang rare je… :P
Nota Kaki lagi : Oh… Esok ada sikit je la kot kejutan… tu pun bukan kejutan apa sangat… :P
Luv,
UmmiKA

~ Mana Perginyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…………. ~

Mana perginyer skill nak mengeluarkan ayat-ayat dalam blog nih? adehhhh….. Tajuk, topik semua dah ada tapi bila saya nak start menaip je, langsung idea tu tak datang mai… Mana perginyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr………………. Inila membuatkan blog ni dah start berhabuk balik…. Ohhhhh idea…. datangla cepat…..

idea yang hampeh

Nota: Ada satu jenis lagi blouse adrinis yang saya tak sempat nak upload. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….

Luv,

UmmiKA

~ 6th Parenthood Expo 2010 @ Midvalley Exchibition Centre ~

~ 6th Parenthood Expo 2010 @ Midvalley Exchibition Centre ~

Siape nak pergi parenthood expo yang sedang berlangsung bermula hari ini hingga ahad ni di midvalley?

Parenthood expo @midvaller exchibition centre

Saya nak pergi… yeay…. Kenapa nak pegi?

1. Sebab sepanjang tahun ni, saya memang tidak berkesempatan langsung untuk pergi mana-mana expo yang ada kaitan dengan baby and mama. Macam yang di buat sebelum ni. Kalau tak silap saya masa bulan march and may lepas… :P

2. Sebab saya nak jalan-jalan tengok barang-barang baby sekali… Hehhehehehe Saya dah masuk 7 bulan dah ni tapi satu barang untuk adik pun belum beli lagi. Adeh..

3. Sebab lagi satu…… Hehehhehehhehehhe Butik Sarakids ada bukak booth kat expo tu. Apa kaitan dengan saya? Kaitannya adalah, baju-baju nursing adrini’s turut berada di sana. Ha…. Siapa nak tengok materials baju nursing adrinis sila-sila menjengah ke booth sarakids ye kawan-kawan.. Kat sana pun ada jual macam-macam lagi barang keperluan baby dan pelbagai lagi barangan untuk ibu-ibu. Booth Sarakids ada ni Hall 1 berdekatan dengan nursing room je. Dan… Saya nak memperkenalkan….

Adrinis nursing wear khayrin - purple

adrinis nursing wear qaisara - purple printed

Saya belum upload lagi dalam web adrinis… Tunggu ye…. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails