~ Teknik Penyusuan/Pelekapan Yang Berkesan ~

Semalam saya dah post kan pasal bagaimana kita nak meningkatkan produktiviti susu kita kan? Dalam entry tu saya ada bagitahu antara punca-punca yang mungkin buatkan susu kita kurang. Salah satu daripadanya adalah teknik penyusuan yang salah. Kalau teknik kita salah, makanya rangsangan atau simulasi yang kita inginkan daripada baby kita kurang. Jadi, bagaimanakah teknik penyusuan yang betul?

Saya ada publishkan entry berkenaan teknik penyusuan yang betul lama dulu. Cuma entry tu memang banyak cerita la. Heheheh Jadi saya buat satu entry baru yang terus straight to the point. :) Saya belajar teknik penyusuan ni selepas saya bersalinkan Khayra. Time tu nasib baik ada nurse yang membantu. Thanks to her.

  1. Mula-mula kita kena tahu sama ada posisi kita semasa memegang anak kita tu betul ke tidak.
    Apa yang nurse tu ajar saya adalah, pastikan bayi kita rapat ke badan dan B kita. Kemudian dia suruh saya pastikan badan Khayra time tu lurus ke tidak. Sekiranya baby kita dibedung( ni apply pada new born) longgarkan sikit bedungan tu untuk lebih selesa.
    Kemudian kita tampung badan dan punggung anak kita seselesa yang kita rasakan boleh. Masa Khayra baby dulu, saya akan letakkan bantal di bawah tangan saya untuk mengelakkan lenguh. So boleh la lama-lama kalau demand tinggi time tu.. :)

  2. Kalau mengiring pulak, pastikan perut anak kita kena pada kita dan pastikan badan diorang lurus. Jangan letak kepala anak kita kat lengan kita ye.

    p/s: Kalau anak kita dah besar, posisi ni mungkin tak leh apply sangat sebab ada banyak cara diorang yang tersendiri macam mana nak menyusu. ada sampai tertongeng-tongeng… :P

  3. Cara macam mana kita masukkan puting dalam mulut anak kita.Mula-mula biarkan mulut anak kita terbuka luas then baru masukkan. Kita kena pastikan areola ( kawasan hitam disekeliling puting kita ) masuk sekali dalam mulut kita. Ada sesetengah ibu yang aerola dia besar, tak perlula nak jugak masukan semua…  Masukkan ikut selesa kita. nurse tu ada bagitau saya kalau nak tampung B kita or biakan pun boleh. Pesanan dia, jangan kita ke arah anak kita tapi biarkan anak kita yang pegi ke B kita. Kiranya, kita rapatkan anak kita kat kitala.
  4. Then masa anak kita menyusu tu, ada tak kita rasa sakit. Kalau tak sakit, insyaallah its a correct position. Kalau nak comfirm lagi sama ada anak kita menghisap dengan betul ke tak, kita tengok cara anak kita menghisap. Anak kita akan hisap.. hisap.. then telan… hisap.. hisap… then telan. Lepas tu tengok bibir anak kita ada tak macam ala-ala mencebik? Dagu and hidung ada tak sentuh B kita? Lepas tu kita ada tak dengar bunyi anak kita menelan air susu kita? Kalau ada, insyaallah, dah betulla tu… :)

Kalau teknik penyusuan kita salah, puting kita akan luka dan kita akan berasa sakit semasa kita menyusukan anak kita. Itu adalah punca kenapa susu tidak dapat dikeluarkan dengan berkesan dan boleh jugak buatkan diri kita hilang motivasi dan semangat untuk teruskan breastfeed anak kita.

Kekerapan penyusuan juga membantu dalam meningkatkan penghasilan susu kita. Kita perlu susukan anak kita base on demand. Kalau anak kita asyik tidur je, 2/3 jam sekali kita perlu kejutkan dan beri dia susu. Insyaallah,  ini dapat membantu kita dalam usaha untuk menyusukan anak kita. Apa yang selalu saya terima atau baca berkenaan breastfeeding ni, adalah demand and supply. tinggi demand, maka tinggila supply kita. Lagi kerap kita direct/pam untuk anak kita, lagi banyak la susu yang terhasil dengan syarat, cara kita menyusukan anak kita tu, adakah betul caranya. :)

Jadi, cuba tengok dulu, kenalpasti punca kenapa susu kita tak banyak atau sikit. Adakah sebab kita salah teknik? Atau kita kurang pam bila berjauhan?

Till next entry.. :)

source gambar

Luv,

UmmiKA

~ Bagaimana Nak Meningkatkan Penghasilan Susu Badan? ~

Bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan? Benda ni la yang sering bermain-main difikiran ibu-ibu yang sedang menyusukan anak mereka terutama sekali yang bekerja sepenuh masa. Saya bukanla pakar laktasi atau pro sangat dalam hal-hal breasfeeding ni, tetapi bolehla sikit-sikit untuk share experience dan knowledge yang saya ada sepanjang menyusukan Khayra. Ada gak yang tanya saya macam mana nak banyakkan susu. Honestly saya bukanla seorang yang meriah dengan susu badan ni. Kalau nak compare dengan orang lain yang sekali pam ada yang dapat 2 botol, 1 botol lebih, paling-paling pun 1 botol penuh. Sepanjang saya menyusukan Khayra dan mengepam di office, paling banyak susu yang saya dapat perah dalam 1 sessi hanyalah 1 botol penuh sahaja. ( botol MLO tu. Dah tak ingat bape Oz… ). Itu pun kadang-kadang sahaja. Sikit kan? Alhamdulillah, walaupun sikit, tapi saya berjaya jugak breastfeed Khayra sebab Khayra ni jenis yang menyusu sikit. Dalam fikiran saya, Khayra menyusu sikit sebab tu susu saya tak meriah sangat kalau nak compare dengan orang lain. Walaupun tak meriah, still cukup untuk Khayra tanpa saya campur dengan formula. Demand and supply.. Time tu saya fikir macam tu la untuk menyedapkan hati saya yang kadang-kadang tu jeles tengok orang lain kalau pam je dapat banyak.. :P

Walaupun saya cakap cukup untuk bekalan Khayra, ada masa-masanya saya mengalami masalah kekurangan susu. Itulah gunanya stok yang kita kumpulkan dari awal lagi yang mana saya akui saya melakukan kesilapan di situ. Yep, saya memang tiada stok untuk Khayra. Sedih kan? Sebab tu saya berusaha untuk mencari alternatif bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan saya. Bila dapat lebih daripada biasa, saya akan simpan tapi tu la, stok tu takkan bertahan lebih daripada seminggu sebab kadang-kadang kemarau susu melanda saya especially bila saya tengah dalam projek yang penting. Dari pembacaan, dari kelas yang saya attend, perkara utama untuk menghasilkan susu yang berkualiti adalah daripada pemakanan kita sendiri dan juga dari segi mental dan emosi kita. Yep, inilah yang perlu kita jaga untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti kita. Selain daripada itu, khas untuk ibu-ibu yang bekerja terutamanya, jangan sesekali skip sessi mengepam dan kene konsisten at least every 4 hours untuk setiap sessi kerana ia antara punca yang menjejaskan produktiviti kita. Sebabnya? Kurang simulasi/rangsangan dari kita untuk menghasilkan susu. ( pam adalah cara untuk stimulate sebab kita jauh dari baby kita).

Kebanyakkan kita akan berfikir kalau susu kurang je, alternatif lain macam mana nak banyakkan susu adalah, nak kene makan apa untuk tambah susu. Betul tak? Kenapa saya cakap macam tu? Kebanyakkan kawan-kawan saya yang tanya saya pasal nak banyakkan susu ni, mesti akan tanya nak kena makan apa untuk banyakkan susu. Atau pun ada tak pil untuk banyakkan susu. Sebelum ni saya ada post kan pasal makanan yang saya pernah makan untuk tambah susu dan makanan yang boleh membantu untuk tambah susu. Ada saya tulis kat sini. Hehehhe Cumanya post tu bercampur adukla dengan cerita lain jugak. Nanti saya buat satu tajuk khas untuk makanan ek sebabnya untuk entry ni saya tak nak cakap pasal makanan sahaja.

Kenapa tak nak post pasal makanan? Ini kerana, selain daripada pemakanan, kita kena ambil kira atau cari punca lain dahulu kenapa susu kita kurang. Ini penting sebab, kalau makan makanan seimbang atau dah amik pil bagai, makanan banyakkan susu semua lepas tu tengok susu gitu gak mesti kita akan rasa down and stress. Betul tak?

Jadi, antara punca-punca kenapa susu kurang, mungkin:
  • Teknik penyusuan kita yang salah. Masa kita susukan baby kita, aerola kita tak masuk betul dalam mulut. Baby more kepada hisap puting kita sahaja. ( ni biasa untuk first time mother. ) Saya ada postkan entry tu di sini. Cuma bukan dalam point-pointla. Nanti saya buat entry baru untuk point ni.. :)
  • Tidak cukup rangsangan daripada bayi. ( Ni kebanyakannya sbb ibu2 yang bekerja – skip sesi pam/pam sekali sehari je.. etc) – Kalau nak compare dengan ibu-ibu yang 24hours bersama-sama dengan anak masing-masing, untuk ibu-ibu yang bekerja ni, memang tidak cukup rangsangan. Sebab itula kita di galakkan untuk direct breastfeed bila bersama dengan anak kita, dan pam setiap 4 jam kalau tidak bersama anak kita. )
  • Tekanan ( tidak kirala waktu bekerja atau tekanan di rumah).
  • Tidak cukup rehat/tidur. Ini pun penting untuk memberikan badan yang segar dan bertenaga.
  • Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti tiroid, demam, anemia.
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
  • Teknik pam/perah yang salah.
  • Jenis pam yang tidak cekap.
  • Pemakanan yang tidak seimbang.

Inilah antara punca yang saya rasa boleh membantu dalam mengurangkan penghasilan susu badan kita. Oleh itu, cuba kenalpasti terlebih dahulu apakah punca yang membuatkan susu kita kurang. Bila dah kenal pasti, baru boleh kita fikirkan solution dia. Betul tak?

Jadi, bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan? Based on apa punca yang membuatkan susu kita kurang.. Tunggu next entry… :)


Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Berbuka Puasa – Apa Yang Wajib Ada? ~

Hehehehe Alhamdulillah, sampai hari ni, kami belum lagi membeli lauk-pauk di pasar ramadhan. Semuanya di masak sendiri. Kuih pun saya buat ( ni kalau ada permintaan seperti lepat pisang itu. ) Dah kata duduk rumah kan.. Kalau beli jugak hilang habisla skill memasak saya… Hahahhahahhaha poyo je, macam reti masak.. :P

Kawan-kawan kalau berbuka, ada tak makanan/minuman yang wajib ada? Kalau tidak mesti rasa tak puas. Ada tak? Hehehhehehe

As for me, nak tau apa makanan/minuman yang wajib? Ni apply kat the whole family lak tu.. ( PIL and my husband). Jawapannya adalah,

Untuk makanan;

Kurma makanan terbaik dan berkhasiat

Yep… Kurma… Siap beli 1 katun siap-siap untuk bulan puasa ni… :) Lagi satu;

Teh O yang sangat menyelerakan

Yep… Teh O Panas/suam Kurang manis. Hehehehhehe Kalau minum boleh minum bercawan-cawan. Kitorang sampai buat jug besar untuk air ni sahaja. Bila minum tu, rasa puas sangat and rasa hilang dahaga tu.

2 Jenis makanan dan minuman ni adalah menu wajib yang kami ada ketika berbuka puasa. Kawan-kawan pula macam mana? Ada menu wajib tak? Hehehheheh

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails