Salam semua.
Hari ni saya nak share sikit pasal something yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan. Sekarang ni kita selalu dengara kat mana2 pasal emas naik harga la, rugi tak beli emas la dan lain2. Tapi post ni saya tak nak cakap pasal emas, tapi saya nak cakap pasal adik dia, perak@silver.
Kenapa silver?
Orang ramai tak perasan sebenarnya yang harga silver ni bukan je naik dia ikut harga emas, tapi kenaikan dia akan jadi lebih tinggi emas. Tambah lagi, harga silver taklah setinggi emas yang dah ratus2 RM untuk satu gram je. So, affordable untuk rakyat2 biasa macam saya. Hehehehe
Sebelum saya start untuk nak simpan silver ni, saya ada la tanya2 pak cik Google kita pasal silver ni. Pak cik Google nib g byk reference2, antaranya:
- Pelaburan Silver fizikal di Malaysia – yang ini ebook yang lengkap berkaitan pelaburan silver di Malaysia. Ebook ni cover banyak topik seperti kenapa silver, macam mana nak beli, bila masa sesuai untuk beli dan yang paling best, dia ada share teknik untuk mendapatkan silver dengan harga 75% lebih murah berdasarkan kajian kes yang dia dah buat sendiri.. menarik.. :p
- 12 reasons why silver will outperform gold – yang ni teknikal sikit, banyak nombor. Tapi yang menariknya ayat die yang ni “Silver is continually consumed, unlike gold” “Since many uses of silver are in small or microscopic amounts, that silver can / will never be recycled, as it is continually discarded into landfills.” Maknanya, permintaan silver ni lagi tinggi.
- 8 reasons why silver is the investment of the decade – yang ni lak simplify version untuk yang kat atas. Dia ada gak highlight pasal kekurangan stok silver ni dalam pasaran.
- How to invest in silver in Malaysia – yang ni lak dia bagitau silver mana yang kita boleh beli untuk invest/simpan kat Malaysia ni.
Kesimpulan saya untuk pelaburan/simpanan perak ni:
- Perak ni kalau simpan boleh mengatasi inflasi yang semakin hari semakin naik ni. Cewah.. hehe
- Permintaan untuk perak ni memang tinggi dalam sektor perindustrian dan shortage of silver dalam pasaran boleh naikkan lagi harga perak.
- Boleh tengok harga semasa perak di www.nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/ atau www.stockcharts.com
- Jenis2 perak yang bagus untuk dibeli adalah Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg, Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)
- Ade facebook group yang jual beli perak di Facebook, contoh:—> Silver Lot Shop
Post ni dah macam post pakar ekonomi la plak.
Nasihat saya sebagai orang baru yang nak invest kat silver ni, kita kena tambah ilmu dulu sebelum buat apa2 keputusan.
Jadi pada kawan2 semua, saya syorkan untuk baca dulu ebook Pelaburan Silver sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat dan ayat dia pon x susah untuk difahami.
Siapa2 yang nak share pengalaman dia invest silver pon dialu2kan komen kat sini, boleh kita share2. Sharing is caring. Hehehe. Kalo yang dah ada silver pastu nak share dengan saya pon lagi la boleh. ;p



Tinggal seminggu sahaja lagi untuk sesiapa yang nak menyertainya. Dengan syarat minimum pembelian adalah RM 70 sahaja. Menarik kan?









Recent Comments