~ Bekerja bukanlah alasan untuk tidak memberikan susu ibu ~

Situasi 1

Kesian saya.. Bukannya saya tak nak memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak saya, tetapi saya bekerja dan tak cukup masa untuk pam dan lain-lain. Macam mana saya nak makan tengahari kalau kena pam? Macam mana pula dengan kawan-kawan sekerja saya? Mesti mereka kecil hati kalau saya tak makan tengahari dengan mereka..

Situasi 2

Susu saya kurang sangat apabila mula bekerja balik. Itu la sebabnya saya tak memberi anak saya susu ibu sepenuhnya. Dah takdir macam tu kot..

Situasi 3

Betul ke mampu nak memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak walaupun bekerja? Bukan tak boleh ke? Saya  dulu, susu ibu ada 3 bulan pertama je. Lepas tu, makin sikit. Lama-lama takda terus. Tengokla nanti, awak punye pon akan jadi macam tu..

 

Best x intro tu? hehehe

Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang berkerjaya, memang tak senang nak menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau apa yang kita bakal tempuhi pabila kita dah start kerja.. Adakah kita sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? untuk 2 tahun? kalau ada anak lagi lepas tu, mungkin extend kepada 4 tahun lagi.. sanggup ke? hehehehe persoalan yang diri sendiri je boleh jawab :) walaupon mengepam ni sungguh mencabar, tetapi dengan ilmu, persediaan awal dan kesungguhan, tidak ada yang mustahil.. kedua2 ibu dan anak juga yang akan untung..

Saya sendiri pernah melalui sebagai seorang ibu berkerjaya yang berniat untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak sendiri. :) Masa tu tahun 2008… Lama sudah.. :) Masa tu, pendedahan mengenai breastfeeding ni sangat rendah. Tak seperti sekarang dah ada peningkatan dan ramai yang sudah mula untuk menyusukan anak mereka walaupun bekerja. :) tapi apa yang saya dengar dari ibu2 yang bekerja lain, termasuklah sedara mara sendiri, menyusu dan berkerja adalah satu benda yang mustahil… Ini kerana kurang pendedahan dan kurang ilmu dalam penyusuan ini. Macam nak bintang yang jauh berbilion2 batu tu.. disebabkan situasi tu terlampau mustahil untuk mereka, mereka terpaksa memberi susu formula kepada anak pada waktu siang, susu ibu pada waktu malam.. ada juga yang terus berhenti menyusukan anak mereka dengan susu ibu..

Office Nursing Wear

Contoh Pumping Wear

sebenarnya, tiada yang mustahil selagi kita yakin dan mempunyai ilmu / knowledge yang cukup. Saya percaya, kekurangan ilmu mengenai breastfeeding ketika bekerja lah yang menjadi alasan utama mereka tidak dapat menyusukan sepenuhnya anak mereka. (kita ketepikan masalah kesihatan ke, or any other medical related reason dulu ye) :)

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Ni sekadar ringkasan. Mungkin saya boleh buat satu post untuk setiap topik. =)

Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya untuk ibu yang bekerja.

Kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2 (macam blog ni. hehehe), forum atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu.. nah… berderet… :)

Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.

Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan range harga yang berbeza2. pilihlah breast pump yang kita rasa selesa. saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu kita… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok… :) Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling murah adalah tangan kita.. hehehehe Tak percaya? untuk info lanjut pasal jenis2 pump dan teknik pam guna tangan. Gunakan teknik Marmet. Boleh refer kat post ini.

Even saya guna pam, bila final, saya kosongkan B dengan menggunakan teknik marmet ni. Surprisingly, susu masih banyak lagi… :)

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan serba sedikit peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan/cooler bag etc. :)

Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.

Mula untuk practice mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, start ajar anak kita untuk menyusu melalui botol. Nanti saya kupas lagi point ni. :)


Office Pumping wear

Adrini's Pumping Wear - direka khas untuk Pumping mothers

Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga. :)

Senang cerita, kalau kita memang setiap hari makan pagi. sebabkan ada demand sarapan, adala kedai yang buka. cuba imagine, semua bawa bekal pagi. dah takde yang nak sarapan pagi kat kedai, agak2 kedai tu tutup ke tak? Hehehheh

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat office. Satu hari, bila saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri, saya dapat jimatkan banyak masa sebab saya boleh pam sambil buat kerja.. :) Time awal-awal tu dah la saya seorang je pekerja perempuan. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. hehehehe Yang penting tutup segalanya. Kita tetap menjaga aurat. =)

Beritahu majikan anda

Bagi saya, bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dgn niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. :) Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam. =)

Percaya “Saya boleh”..

Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. =)

 

Office Nursing Wear

Satu lagi Adrini's Pumping Wear - exclusively for working mothers. :)

Hug and kisses,

Sharini

Annoucement tergempar…

Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. Kami akan poskan order puan sejurus selepas kami kembali.

Huhu terpaksa guna blog untuk saya update status ini. Sebab semuanya tidak dapat di jangkakan. Di sini, fb pun tak boleh masuk. Aduhhhh…

Adrini’s Nursing & Maternity Wear @ Motherhood Expo 2012 KLCC

Salam Semua….

Phewww… Minggu yang amat memerlukan saya ke sana sini.. ( dalam rumah je pun.. :p ) Minggu persediaan untuk Expo di KLCC COnvention Center bermula Jumaat (24/2/2012) ini hinggalah ahad (26/2/2012).

Untuk kawan-kawan yang tiada rancangan hujung minggu ini, Mark your calendar ye kawan-kawan… Hehhe Moh kita ke KLCC cuci-cuci mata dengan jualan-jualan menarik khas untuk pelanggan Adrini’s. :)

Adrini's di Motherhood Expo 2012

Kami tampilkan koleksi terbaru dari Adrini’s khas untuk ibu yang mengepam di pejabat… Kami namakannya Pumping Wear…

Baju Menyusu-Pumping Attire - Office Attire - Nursing Attire

Dan…….

Koleksi terbaru dari kami khas untuk semua…. :)

nursing attire, baju menyusu,

Skirt bawah double layer… :) Sape nak? Boleh belek2 nanti di Expo ye.. =)

Diskaun?

Ada diskaun menarik untuk pelanggan yang berkunjung ke sana… :) Kalau nak tahu, meh-meh kita jumpa di sana ye kawan-kawan….

Lots Of Love,

Sharini Adrini’s

-  Anywhere – Everywhere- Your Way -

Everything Under One Roof

Salam semua…

Seriously, sekarang ni mood untuk menulis di dalam blog dah menjadi semakin jauh dari diri saya. Saya masih teringat ketika mula-mula saya terjerumus ke dalam dunia blogging. Tahun 2008.. Sebelum lahirnya Khayra. 3 tahun lebih, bukan jangka waktu yang singkat. (Bagi saya). hehehe Ada sesetengah tu, dah jadi seorang blogger yang famous dan ada juga blognya menjadi ikutan ramai follower. Saya? Masih lagi tahap biasa-biasa sahaja. Hehehhehe

Pada awal zaman berblogging, saya masih sangat hijau. Bahasa yang digunakan juga seperti saya baca untuk diri sendiri. Seperti diari la orang kata. Hehehe Apa yang dikongsikan, sangat keanak-anakan.. Semakin bertambah lama saya berblogging saya menjadi semakin dewasa. Chewaahhh… Bahasa yang digunakan, perkara yang ingin dikongsikan bertambah sesuai utk dikongsikan. Setaraf dengan usia saya agaknya. Banyak yang saya kongsikan melalui pengalaman saya. Tentang pregnancy, breastfeeding, family, holiday… Segalanya di sini kerana saya menulis tanpa panduan. Hehehhe Main tulis je. Yep, saya akui saya tidak seberani atau setegar yang lain. Berani menceritakan tentang perkara yang hot, berani untuk mengomen atau mengulas tentang sesuatu perkara. Atau setegar rakan-rakan blogger yang setiap hari mampu update blog dengan cerita-cerita atau info-info yang sangat menyegarkan. =)

Dan sekarang agaknya dah jadi tua kot sebab dah jarang nak update blog. Tak larat kot nak taip kat keyboard ni lagi. Hahhahahhahahahaha Sekarang masa saya banyak dihabiskan dengan anak-anak saya. Heheh yes, it is… Menjadi seorang surirumah bukan perkara mudah ye seperti duduk goyang kaki. =)

Okeh.. apa yang saya cuba nak sampaikan di sini? =) Apa yang saya nak sampaikan di sini, macam mana perkembangan seseorang itu yang biasanya bermula dari zero. Seperti anak-anak kita juga. Semasa lahir, ia adalah kain putih. Tanpa tahu apa pun. Kita la ibu bapa yang mencorak mereka. Bagaimana kita mencorak mereka, itula yang mereka akan bawa sebagai panduan untuk ke peringkat seterusnya. Sekiranya tiada mentor atau penjaga, agak-agak apa akan jadi? Hehehehhe

Sama seperti dunia blogging. Bagaimana kita bermula, kenapa kita bermula, apa yang kita nak mulakan kita mesti mempunyai satu perkara dalam kepala, apa yang kita nak dari dunia blogging ini. Famous? Kepuasan? Mencari kenalan? Berkongsi? Itu yang perlu kita fikirkan.

Cuma ada satu perkara yang saya selalu keep in mind…  Simpan semua maklumat penting tentang diri sendiri dan keluarga. Yep, saya pun ada juga berkongsi tentang keluarga saya. Tentang anak saya, dan tentang apa yang kami lakukan. Apa yang saya maksudkan dengan maklumat penting, adalah maklumat yang boleh digunakan oleh orang lain untuk mereka ambil kesempatan. My MIL selalu ingatkan saya, jangan dedahkan segala-galanya di dalam internet ni. Nanti ada yang ambil kesempatan. Jadi berpada-pada lebih selamat. =)

Sepanjang saya berblogging, saya jumpa ramai kenalan. Ada yang saya kenal dari mula saya berblogging sehingga la sekarang. Masih aktif berhubung dan ada juga yang dah jadi suam-suam kuku. Hehehe Dan semakin lama, kita akan jumpa orang baru juga. =) Walaupun kita berkawan secara maya, tapi saya sedar, walaupun berkawan secara maya, kita masih memerlukan sentuhan atau komunikasi antara satu sama lain untuk menjayakan sesuatu friendship tersebut. Yep, untuk mereka yang bertujuan untuk mencari kenalan, hubungan dua hala sangatla penting. Kenapa saya katakan begitu?

Okeh, mengikut pengalaman saya yang tidak seberapa, saya berblogging memang ada turun naik. Awal-awal dahulu memang saya aktif. Selalu berkunjung ke blog-blog lain dan menyapa seperti memberi komen, dan membaca cerita mereka. Hubungan tercipta di situ. Kemudian, saya menjadi semakin sibuk, menghadkan aktiviti saya seketika. Dan tidak lama kemudian, internet untuk ke blogger.com ditutup sepenuhnya menjadikan saya jadi lagi tidak aktif. Pada ketika inila, saya mula kurang berkomunikasi dan hubungan menjadi suam-suam kuku. Yep, saya akui ia datangnya dari saya. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, saya masih ada juga rakan-rakan blogger yang masih keep in touch sebabnya? Aktif berfacebook. Hahahhahahhahaha Oleh itu, komunikasi sangat penting. =)

Ok… anak saya dah bangun… ^^ Nantila saya ceritakan lagi… Everything under one roof kan? jadi boleh cerita macam-macam. hehehehheheheh hari ni setakat ini sahaja. :D

 

p.s Untuk yang mencari baju menyusu, baju mengandung atau baju kanak-kanak, silala jengah ke butik online saya di www.adrinis.com

 

Luv to All,

Sharini Adrinis

 

[Resepi] – Home made Chicken Nugget Tempura/ Cekodok Ayam

 

Salam semua,

Alahai, siannya blog saya ni.. heheh memang sangatla jarang saya update sekarang ni. Sejak dah jadi SAHM cum WAHM ni, baru tahu betapa masa itu amat mencemburui saya. hehe baru nak mengarang, sorang nak join sekali. hehehhe Adyan especially dah sangat pandai berblog juga.. :P

Alhamdulillah, sejak dah duduk rumah ni, rajin la sikit dalam hal nak buat home made ni.. Hehehhe Teruja sangat nak buat itu ini.. :P Ada beberapa juga yang saya dah buat sendiri, kek, home made beef patties, linguine carbonara with home made sauce etc. Semua dah ada tapi.. tak sempat nak share.. :0

Oh, actually saya baru je create satu lagi blog khas untuk resepi masakan sahaja. Hehhehehehe ( ada hati nak buat satu blog lagi tu.. :P ) Ni kira azam juga untuk tahun ni untuk cuba sedaya mungkin untuk update blog saya.

Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan macam mana saya buat chicken nugget atau saya gelarkan cekodok ayam. :P

Bahan-bahan yang saya gunakan:

Isi ayam yang dah di cincang.

Kacang buncis di cincang halus

Telur di pukul

Tepung Gandum

Lada hitam/garam

Cara membuatnya :

Isi ayam tu,di cincang ikut kesukaan. Sama ada nak hancur betul atau nak kasar sedikit.

Kacang buncis yang dihiris, lada hitam dan sedikit garam digaulkan sekali bersama isi ayam tadi.

chicken chunck with beans and pepper

Ayam yang di cincang sudah di gaul bersama lada hitam, sayur dan garam.

Bancuh tepung gandum bersama sedikit air.

Kemudian, bentukkan isi ayam yang dah digaulkan tadi dan celupkan ke dalam telur, dan juga tepung gandum yang telah di bancuh.

Panaskan kuali bersama dengan minyak. Kemudian, goreng…. :)

and… tada…………….

 

cekodok ayam

Dah siap nugget ayam/cekodok ayam saya. Ooo kawan-kawan kalau lebih suka nugget yang ada crumb tu, boleh gantikan tepung tu dengan breadcrumb. Bila dah celup dengan telur, salutkan dengan breadcrumb tu. :)

Saya tak buat macam tu sebab kami lebih gemarkan nugget tempura. :) so, boleh di ubah nanti.. :)

Simple kan? Hehehhe kalau nak lebih mudah, buat banyak sekali gus. then boleh simpan di dalam peti ais untuk digunakan kemudian hari. :)

Ok.. next time saya share kek red velvet saya yang menggunakan beetroot. :)

Nota: Sekarang ni asyik nak buat sendiri je.. hehhee

Lots of love,

Sharini