- Keyword Pelik daripada Nuffnang -

Lama dah rasanya tak update blog ni.. mood update blog turun naik. hehehe Post kali ini adalah post yang simple berkenaan keyword yang orang search di search engine untuk sampai ke blog kita…

Niche blog saya adalah lebih kepada menyusu, mengandung, keibubapaan n travel.. macam rojak jugak la.. hehehe :) Jadi, tak pelik la kalau keyword yang selalu orang search untuk sampai ke blog saya seperti tanda-tanda bersalin, tempat menarik di Langkawi, baju menyusu, baju mengandung, tips semasa mengandung, obimin n asid folik, petua-petua berpantang, ghilah / tandem nursing, baju kurung menyusu, pregnancy, nursing dan lain2. tapi.. keyword yang Nuffnang tunjukkan ni agak menarik dan pelik sikit walaupun still dalam niche saya. cuma ayat dia kelakar sikit. hehehe

Tips untuk hamil

Perasan tak keyword yang saya highlight tu? keyword yang digunakan untuk sampai blog saya adalah macam mana nak main dapat anak. :) keyword yang agak kasar untuk mencari tips untuk hamil. hehehe

mungkin suatu hari nanti saya akan buat satu post untuk petua2 untuk hamil.. cuma x sure bile time tu.. kena ambil mood banyak2. ;p buat sementara waktu ni, kalau ada sesiapa yang datang ke blog ni guna keyword macam mana nak main dapat anak atau dalam kata lain mencari berkenaan petua2 untuk hamil, boleh try tengok2 ebook Mudah Hamil ni.

Kawan2 pernah tak dapat keyword pelik/menarik/kelakar macam ni?

- Maternity & Children Expo Midvalley 2011 -

image

Salam semua,

Salam berhujung minggu untuk semua. Minggu ni, di Midvalley ada Maternity & Childresn Expo. Kalau ada kawan kawan yang masih mencari tempat untuk bershopping, inilah masanya. ;-)

Kali ni, Adrini’s tak buka booth di expo kali ni. Kami cuma letak baju kami di booth Lunatots dan booth Sarakids.

Mana-mana yang nak cuba baju dari kami, boleh cuba try and test di booth luna atau sara. Koleksi baru dari kami turut boleh didapati di sana.

Surprisingly, baju dress tebaru dari Adrini’s, hampir sold out. baik di butik Lunatots, mahupun di Sarakids.

Kawan-kawan yang dah ada kat KL, singgah2 la di expo midvalley, hall 1 masuk dalam terus. hehehhehe

p/s: jenjalan mode.

luv,
UmmiKA

- Baju Menyusu Adrinis : 2 In 1 Maternity + Nursing Dress -

Salam Semua,

Sungguh lama saya tak update blog saya dengan baju Adrinis kan? Tiba-tiba hari ni, saya menjadi rajin la pulak nak update tentang Adrini’s di sini. Hehheheh Jangan marah ye… :D

Adrini’s ada keluarkan design baru untuk baju-baju kami dan kali ini adalah 2 in 1 punya baju. Maternity plus nursing. Haaaa senang… Kalau pregnant pun boleh pakai, kalau tak pregnant pun boleh pakai. Kalau menyusu pun boleh pakai, tak menyusu pun boleh pakai… eh, ni dah jadi macam 3 in 1 pulak dah.. hehehehehhe

Saya memang tak pandai nak berbicara. Meh la saya letakkan gambar baju ni dulu eh… :)

2 in 1 maternity cum nursing

Yep, ini dia bajunya. Untuk yang ni saya letakkan model sekali ye. Hehehehe Okeh, baju ni pada mulanya hanya untuk pregnant je. Kalau ada yang datang ke expo di Midvalley pada hujung bulan 7 yang lalu, ingat tak baju yang kami tayangkan tu? hehehhehe inilah baju nya pada awalnya… Then bila fikir balik, dah alang-alang baikla saya buat terus untuk ibu menyusu kan? Jadi transformasinya adalah…..

Ernida baju menyusu dan baju mengandung baju menyusu dan baju mengandung

Taraaaaa…. Ini adalah warna yang kedua dan ketiga…. hehehe jadi kami terus tukar untuk menjadikan baju ini sebagai baju menyusu dan juga baju mengandung. :) Sweet tak? hehehhehehe ada sesiapa yang berkenan dengan design dan corak yang ni? :)

Kami belum uploadkan lagi dalam website kami baju-baju ni. Saja kami tak upload lagi. Jadi sesiapa yang inginkan baju ni, nak pegang, nak rasa, nak cuba, boleh dapatkan baju ni di expo MidValley pada Jumaat hingga Ahad ini di booth SARAKIDS & LUNATOTS ye. Hehehehe

Material yang digunakan adalah kain Lycra Korea. Sangat sedap dipakai dan sejuk je.. :) Jadi sekiranya kawan-kawan nak dapatkan baju-baju ini dengan kadar segera, boleh dapatkannya di booth Lunatots dan Sarakids di Maternity & Children Expo 2011 ye. :)

Nota: Ada lagi 2 blouse yang tak masuk dalam ni.. Sebab tajuk dah buat untuk dress je.. macam tak sesuai la pulak kan? Hehehehheheheh

Luv,

UmmiKA

- Pilihan : RM 1 juta vs Bekalan Makanan Seumur Hidup -

Salam Semua…

Hehehhe tetiba teringat tajuk ni di program Nasi Lemak Kopi O ahad yang lalu. Mana satu pilihan kawan-kawan?

RM 1 Juta atau Bekalan Makanan Seumur Hidup?

Pilihan Duit / money vs 

Soalan ni sepertinya sangat umum. Mana satu yang kita nak pilih. Duit atau makanan? Pilihan memang di tangan masing-masing. Ada yang nak pilih makanan, alasan duit cepat habis dan ada yang pilih duit dengan alasan duit boleh dikembangkan. =)

Owh, kenapa saya cakap soalan ini terlalu umum? Sebabnya :

1. Tidak dinyatakan pun, kalau pilih duit dapat sekali terus atau diberi setiap bulan sampaila habis amount 1 juta tersebut. Kalau dapat sekali terus, memang boleh terus buat macam-macam, tetapi kalau dapat sikit-sikit ( sekadar cukup untuk sebulan) macam mana pulak? :D

2.Untuk makanan pula, tidak dinyatakan amount untuk seorang, dua orang, tiga orang, atau sekeluarga. Juga tidak dinyatakan dapat dengan cara macam mana? Makanan yang macam mana?

Hahahahha banyak lak pulak persoalannya.. :P Actually soalan ni, seperti memberi satu angan-angan kalau la ada orang nak bagi duit atau makanan. ( Kalaula ada kan? hehehehhehe ) Sekadar untuk tahu apa pilihan orang atau nak inject something dalam fikiran tu, apa kita nak buat in the near future. :)

Dua-dua pilihan tu, takde yang salah takde yang betul. Yang penting adalah diri kita sendiri. Macam mana kita nak corakkan pilihan kita. Resultnya bukan atas pilihan kita pada awalnya tetapi pada keputusan akhir yang diperoleh daripada pilihan kita itu.. :)

Nota: Eh, Kalau memang ada orang nak bagi duit vs makanan kat kita, kawan-kawan pilih apa? meh share-share… =)

Luv,

UmmiKA

Pelbagai Koleksi Baju Untuk Ibu Menyusu dan Ibu Mengandung