~ Baju Luntur Warna.. Kisah Tak? ~

~ Baju Luntur Warna.. Kisah Tak? ~

Alamak… Baju mana yang luntur ni? Aduuiii… habis la baju aku.. Kene beli baru ni nampak gayanya… :P

Haaaaa.. Inilah bahananya bila basuh baju

1. tak baca care label

2. Main campur je baju-baju yang nak basuh. Konon nak jimat.

Sudahnya? Ada baju-baju yang luntur warna dan akhirnya kena kat baju yang lain. :( Masa tu, barula nak konon nangis sedih depan husband sebab baju dah tak cantik.. ( dalam hati tu.. yeay.. boleh beli baju baru.. Hahhahahhaha ). Sape kat sini penah kena macam ni? Sayaaaaaaaaaaaa….. Hehhehehhehehhehe

Ye.. baju saya ada la beberapa kali saya tak perasan ( malas sebenarnya nak asing-asingkan.. :P ) saya main masuk je baju baru especially dengan baju lama then basuh terus.. Bukak-bukak mesin basuh, nampak baju lain dah kena warna baju baru yang di basuh bersama-sama. Time tu baru nak menyesal baru nak nangis.. Kononnya.. :P Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab tak ikut care label satu.. Dan satu lagi, memang kebiasaan baju baru ni macam-macam mana pun akan turun warna jugak. Especially yang melibatkan warna merah, dark blue, indigo atau mana-mana yang warna gelap la.. Yang jadi mangsa? Kesian warna putih suci murni.. Dah ternoda dengan warna lain. :D Selain daripada tu, baju yang senang luntur ni adalah daripada baju jenis-jenis t-shirt dan juga jeans.. Tapi kebiasaannya, bila dah basuh 2, 3 kali dah ok dah warnanya.. So, please do extra careful on this garment. :)

Adrinis_wearIni bukan baju saya.. Ini baju Khayra.. Comel tak? :)

Macam mana tak nak kasi baju-baju tu turun warna dan nak memelihara warna baju tu daripada tak cepat kusam? Atau pun kalau jenis tak kisah, takpela kan.. basuh je la 2, 3 kali.. then lepas tu dah ok dah warnanya.. Hehheh Tapi pada yang peduli? Ha… ini anta tips macam mana nak elakkan atau kurangkan warna daripada luntur.

1. Baca arahan label.

Ye.. Ini penting sebab tu la manufacturer tu letak kat setiap baju depa. Diorang suruh kita baca bukan takat tayang je.. Nak-nak baju mahal-mahal ni kan? :D Ada yang suruh basuh guna air sejuk je.. ada yang air suam.. Lepas tu ada yang suruh jangan tumble dry.. Macam-macam lagi la instruction kat label tu. Mungkin ada yang cakap, susah la kalau camtu. ada jugak la nanti kena basuh 1 1.. Hehhehehhe Kalau perasan, kebiasaannya, baju-baju ni instruction dia sama je. Based on material la. Kan kita ada banyak material. Cotton, Linen, Silk, Satin dan sebagainya.

2. Basuh baju warna gelap dengan warna gelap. Warna putih dengan putih.

Saya akan separate kan la baju-baju warna putih, basuh warna putih.. baju merah, warna merah.. baju lain.. campur-campur kan aje.. :P  Kenapa merah saya asingkan? Saya asingkan terutama sekali baju-baju baru. Sebabnya merah ni, warna yang paling senang nak luntur. Namun,  saya suka warna merah maroon ni.. :P

3. Terbalikkan baju masa membasuh.

Ha.. bukan masa nak sidai je terbalikkan.. Time nak basuh pun terbalikkan jugak untuk memelihara warna dia. So, dia tak cepat kusam la.. :)

4. Basuh dengan menggunakan air sejuk kecuali dinyatakan.

Ha.. kebanyakkan baju, memang disuruh basuh dengan air sejuk. Sebabnya, air sejuk memelihara warna. Mama saya pun suruh basuh dengan air sejuk kecuali tuala, guna temperature yang tinggi sikit. Sebab kain tak cepat rosak. Nak-nak baju Khayra, lagi la mama cakap jangan guna air panas.. Sebab tu la, baju Khayra yang dari lahir sampai sekarang masih ok lagi.. Hahhahahhahha Jangan tak caya ye, sape2 bagi Khayra baju, memang berbaloi2.. sebab sekarang ni Khayra still boleh pakai baju-baju age 3-6 months tau… :P

5. Tambahkan Cuka

Ha… sape penah dengar pasal ni? Masa basuh, masukkan cuka dalam basuhan. Walaupun bau dia kuat, cuka boleh dijadikan sebagai softener. Bau dia? Bila dah habis basuh, hilang dah bau dia.. Dont worry… :) Cuka ni, kegunaan dia sebagai bahan untuk mengekalkan warna. Cuka boleh membantu untuk mengelakkan baju daripada luntur.

Ini la antara tips-tips yang saya tahu macam mana nak memelihara baju dari cepat luntur warna nih. Sesapa ada tips lain? Meh kita share kan.. :)

Nota: Saya tak pernah kisah pasal baju luntur.. Anda kisah? :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Early Learning With Upin And Ipin ~

Betul.. Betul.. Betul…

Sapa kat sini kenal dengan upin ipin? Budak kembar botak yang sangat cute dan memukau ramai orang. Tidak disangka yang menjadi suara latarnya adalah perempuan. :P Sape yang kenal karektor kartun ini, sila angkat tangan. Yang tak tau sila terjun lombong.. Hahhahahaha Gurau sahaja.. :D

Rasanya kebanyakkan orang kat malaysia ni mesti kenal sape upin ipin. Kalau ada yang tak kenal or tak tau mungkin segelintir dan kalau nak tahu, tonton la kat tv9 tiap hari pukul 530pm kalau tak silap. Atau pun kalau nak lagi best, tonton di disney channel pukul 1030pm. Waktu siaran lain saya tak tahu sebab time malam tu je saya boleh la temankan Khayra tengok. ( Kalau dia tak tidur lagi. ) Untuk kanak-kanak, karektor comel upin ipin ini, dah menjadi satu sebutan dan kemestian untuk mereka menontonnya.  Sampai kan ke baby umur 8, 9 bulan pun dah kenal upin ipin. Ni refer kat Khayra la.. Hehehhe baby lain ada tak?

Kemudian di tambah dengan perkataan trademark untuk siri ini. Apa dia sekali lagi? Betul Betul Betul… Kenapa? Apa yang ada dengan upin ipin ni? Kenapa tiba-tiba saya buat entry pasal ni? Mungkin sebab saya teringat malam tadi Khayra dok mengamuk-ngamuk, bila abah on kan cerita upin ipin kat handphone, boleh pulak dia senyap… Tak tahu kenapa, saya merasakan upin ipin ni macam ada aura tersendiri. Apa sahaja yang ada kaitan dengan upin ipin, insyaallah akan dapat sambutan.

Dari awal-awal cerita ini mula ditayangkan, sehinggala ke hari ini, banyak peningkatan dan kejayaan yang diorang capai. Sekarang ni, kalau semua perasan, Upin Ipin dah lama dah ditayangkan di Disney Channel. Bukan calang-calang dah ni.. Entah kenapa saya rasa bangga dengan siri ini. Selain cerita Lat, kampung boy.  Lat pun ramai recognize walaupun kartun dia simple giler.. Oh.. Saya dah merepek ke cerita lain.. :P

Walaubagaimanapun saya prefer Upin Ipin dalam bahasa melayu sebab lebih terasa feeling dia. Bila dah di alih bahasakan dalam disney channel tu pun, not bad at all la.. Bangganya orang luar pun boleh nampak dah inilah hasil anak Malaysia dalam 3D yang bagi saya pergerakan smooth dan menarik… :) Susah tau nak buat movement dalam 3d nih. Saya tahu sebab saya pun dulu kene buat project untuk 3D ni tau. Saya tau macam mana azabnyer menunggu untuk render.. kemudian nak create object, nak kasi cantik, tak kasi nampak macam object murah dan sebagainya. Seni perlu ada tau… Hehehhe Sebab tu kot saya tak leh jadi 3D designer.. Hahahhahahha

Untuk Khayra? Memang dia suka upin ipin nih. Pantang dengar lagu mesti dia akan cari-cari. Bila upin and ipin cakap Hai… kat awal-awal tu, Khayra pun akan cakap hai dengan tangan-tangan melambai. ( Oh, Khayra hanya akan buat kalau dalam gooooood mood tau… ) :) Khayra panggil upin ipin ni “PAPIN”. Lawak bila dengar Khayra sebut papin. Especially kalau pakai baju upin ipin ni. Lagi la, asyik di tunjuk kan je baju tu dengan senyum-senyum. papin.. Papin… Papin… Selain daripada tunjukkan CD kegemaran dia, saya dah tau dah apa nak buat bila berjalan-jalan atau nak alihkan perhatian dia sekiranya Khayra meragam atau inginkan sesuatu. Jadi, dalam hp saya memang dah ada dah siri upin ipin itu walaupun satu siri je ada pun… Tak jemu-jemu si comel ummi tu menontonnya… :)

Kalau la siri upin ipin ni, di gunakan lebih jauh lagi kan best. Gunakan karektor yang dah dikenali dan disukai ramai ini sebagai karektor dalam membantu perkembangan anak-anak kita. Jadikan upin ipin sebagai role model dalam siri pembelajaran di Malaysia.  Macam sekarang ni, kisah upin ipin more kepada kisah kehidupan harian. Macam orang luar sana tu ada little einstein, dora the explorer, barney and friends, ( saya sebutkan sikit je la.. nak taip panjang lak.. ;p ) kenapa kita di malaysia ni tak nak gunakan upin ipin sebagai platform untuk early learning? Wahhh.. kalau ada, saya orang pertama yang beli… Hehhehehehhehe Mesti comel kan tengok botak head kembar tu beraksi sambil mengajar warna, binatang, musik dan sebagainya… Lepas tu buat upin and ipin ni baca untuk doa-doa harian ke.. more kepada keagamaan… Hah… rasa-rasa laku tak? At least tu dapat membantu anak-anak untuk belajar sebab karektor diorg pun buat benda yang sama… :P

Nota: Berangan-angan tengok dengan Khayra early learning with Papin… Hahhahahhahahhaha

luv,

UmmiKhayra

~ We’ve Been Selected – Digi Internet Pimp My Day Challenge ~

Haaa… Sapa yang ada baca kat MBP or kat nuffnang, diorang ada buat satu event ala-ala treasure hunt sabtu ni kat one utama. Sape nak join, kena ada group of 4 and hantar submission lepas tu diorang akan pilih. Luckyly, la dolce momma, our team name telah terpilih… We’ve been selected you see… wahhhhhhhhh

Dah lama saya tak bersantai-santai tergolek dok macam gini. Boleh lagi ke ha saya nak berlari-lari bagai? Stamina? Hahahhahah tak boleh lagi nak bayangkan cemana keadaannya nanti. Cabaran digi mesti disahut dengan Aumm Aummm… :D

Lagi pulak, team kami semuanya mummy-mummy yang vogue the vast… Hahahhahaha tak percaya? meh tengok gambar ni ha.. tak vogue-vogue ke even dah ada anak? :D

Digi Internet Pimp My Day

La Dolce Momma

The Vogalicious Super moms!! Aumm Aumm

Kak Ros, Lyna, Farah, and Me !!!

luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails