Salam kawan-kawan semua… Semoga hari ini bermula dengan baik..
Ok.. lambat siap entry nih. Sebabnya? Nak di jadikan cerita, saya pergi update entry yang saya dah buat lama dulu mengenai baby wearing. Ingat tak entry saya mengenai baby wearing with little Khaleel Adyan? Sebabkan dah lama sangat tak bukak blog untuk tujuan update etc, rupa-rupanya, bila saya dah siapkan entry tu, rupanya entry untuk update. Saya dah buat entry tu sebelum ni, saya dok edit je.. Patutla takde muncul perkataan draft kat tajuk tu. Mesti ada yang fikir, its a silly mistake and takkan boleh silap.. Memang ikut logik, susah nak jadi, tapi dah jadi kat saya. Aduhaiiiii… Memang wasted hari ni saya mengupdate post lama. Time tu dalam hati, wow, saya dah buat banyak entry ni, nape saya tak update.
Okla.. habis cerita kesengalan saya tu, kita berbalik kepada tajuk asal. Entry saya sebelum ni adalah pengenalan macam mana saya tahu pasal baby wearing and macam mana terbuka hati nak cuba guna baby wearing ni kan?
Kali ni saya nak cerita tentang jenis-jenis baby wearing yang saya tahu dan saya cuba masukkan sikit-sikit persoalan yang berkembang dalam fikiran saya masa awal-awal nak cuba.
Jenis-jenis Baby Wearing
Untuk jenis baby wearing ni, yang saya tahu baby wearing yang ada adalah ring sling, pouch, ssc, mei tai, dan yang terbaru adalah wrap. Kalau ada yang lain boleh bagitahu saya atau sila komen ye..
1. Ring Sling
Ring sling merupakan baby wearing yang pertama saya ada yang saya memang pakai. Pada mulanya saya gunakan ring sling ni, hehehheh time tu saya rasa sangat susah. Saya tak pandai nak masukkan adyan dalam tu. Saya takut Adyan tak suka, saya takut Adyan lemas and saya takut Adyan tersepit. Hehehhe kelakar kan? Banyak kali belajar, dengan orang.. even tengok you tube berkali-kali. Akhirnya setelah practice banyak kali, saya berjaya jugak menggunakan ring sling ni dengan jayanya… Yeay for me..
Bila dah terasa senang and tau nak handle macam mana, senang je rupanya pakai ring sling ni. Sangat praktikal, even saya boleh letak dalam beg je. Dah takde dah stroller tambahan untuk Adyan.
Adyan pulak, seem like his enjoying the moment. Siap boleh tidur dengan nyenyaknya dalam sling tu.
Kenapa saya memilih ring sling? Bagi saya ring sling ni tak kisah la kita dah bertambah comel ke, or bertambah keding ke, RIng sling ni still boleh diguna pakai. Ini kerana, ring sling ni kita boleh adjust untuk ketatkan atau longgarkan. Jadi, mudahla kalau tetiba la pulak saya jadi comel.. senangla tak perlu tukar lain.. kan dah jimat kat situ… Heheheh
Dengan Ring sling ni, kita juga boleh gunakan ring tu, sama ada terus jahit kat sling kain tu, atau pun tak perlu jahit. Boleh belajar kat you tube macam mana nak buat ring sling tu tak memerlukan kita jahit atau attach kan kain. Kebaikannya, kita boleh gunakan ring yang sama, untuk 2,3 sling yang lain warna atau corak. Keburukkanya pulak, bila bukak nak tukar and Khayra nampak, dia minta untuk jadikan gelang katanya. Sudahnya Khayra bergaya dengan ring tu menjadi gelang tangan…
Gambar saya dengan sling tu? hehehehhehe saya ada satu je, tu pun masa ambil kat Penang family day bulan 4 hari tu. Itu pun gambar tu bukan saya punya kamera. Tak minta lagi kat kazen… So, sebab nak cepat entry ni terpublish, kita tunggu nantila.. saya amik sendiri..
So, nak tau ring sling cemana, seperti biasa, saya pinjam ihsan mr&mrs google la ye…
Courtesy by mr&mrs Google
2. Pouch
Pouch ni pun lebih kurang ring sling. Sebelah bahu je untuk menampung. Apa yang membezakan pouch dengan ring sling adalah :
Pouch ni takde ring… Hahahahhahha betul.. pouch ni ala2 macam poket je. Tiada ring atau tidak ada adjustment seperti ring sling. Pouch ni ada size je. S, M, L dot dot dot… Macam baju la jugak.. So, masa beli kena mae sure kita beli dengan saiz yang betul. Kalau tak, ada ketat or longgar. Lepas tu, masa saya try guna pouch ni, terasa macam melendut pulak ke bawah. Sebab saya salah saiz kot. Sebab tu tak menjadi pilihan saya. Namun, ada mother yang suka dengan pouch ni sebab tak payah nak susah2 adjust sana sini.. Cuma sarung kat badan, then masukkan anak.. Mudah kan?
Gambar untuk Pouch ni, tika ini, tak tahu kenapa saya tak boleh access insert image. Connection problem.. Jadi, bila saya dah publish nnt takde gambar, silala search kat mr guugle, nama pouch kat image. Dapat la membayangkan ye…
3. Mei Tai dan SSC ( Soft Structure Carrier )
Credit to mr. google image
ok… inilah rupa mei tai.. Dia maca ala2 carrier tetapi dia cuma menggunakan kain sahaja. Mei tai ada 4 tali, 2 untuk bahu dan 2 lagi untuk pinggang. Nak guna mei tai, ikatkan je. Caranya boleh search kat google.
credit to mr. google
Mei tai boleh pakai mcm ni jugak. nmpk sgt mudah kan? tetapi saya belum pernah guna mei tai, maka saya tiada sebarang pendapat untuk mei tai ni..
Gambar yang kat bawah ni pula adalah SSC. Perbezaan yang paling ketara antara Mei Tai dan SSC ni adalah ikat dan SSC pula ada buckles.
Seperti Mei tai saya belum pernah mencuba SSC ni. Memang tiada pendapat.
Mostly people do love this two.
Kalau nak tau lebih, boleh pegi kat jumpsacbaby, mamapatch atau mana-mana local yang jual this baby wearing ni.
credit to mr&mrs google
4. Wrap
Haaaa.. ni yang terbaru saya tahu.. Heheheh masa tanya tu, tertanya2 jugak senang tak nak pakai wrap ni.. Sebabnya saya tengok mak aih… banyaknya lilit.. Yang saya suka tgk wrap ni, bila dah habis pakai, nampak macam meyakinkan… Hehehhehe Kenapa saya tetiba berminat dengan wrap setelah saya sepertinya sangat berpuas hati dengan ring sling saya?
Jawapannya mudah sahaja.. Ring sling beban bahu sebelah sahaja, manakala wrap ni, beban bahu dua-dua belah. Dengan keadaan Adyan yang semakin membesar ni, membuatkan saya terasa seperti dah tak larat nak bawak dia dengan ring sling tu lagi kecuali pergi sekejap-sekejap. Kalau nak pergi shopping ke, tour ke, terasa macam i need something yang sangat best. Hahahhahah
Apa yang membuatkan saya nak cuba wrap compare to mei tai and SSC ( yang sama je, menggunakan sepenuhnya bahu yang ada..
) sebab utama adalah boleh lipat2 je tak perlu risaukan tali untuk ikat dia and saya pegang jugak mei tai tu, dia macam banyak padding. and macam keras. Ni bagi pendapat saya la.. Mungkin sebab saya tak try lagi kan? hehehhe
Wrap ni pulak, just kain je.. nampak macam agak menyerabutkan sebab kena lilit2, tetapi bila saya dah cuba, saya terasa macam jatuh cinta la pulak dengan wrap ni. Hehehehhehehe time tu ada test dah… Memang dah masuk dalam list nak beli, tapi belum dapat approval dari kekanda tercinta lagi. Susah2 i buat boleh?
**** Sama seperti masalah Pouch tu.. entah kenapa tak boleh nak masukkan gambar… Nanti guugle jugak ye kawan-kawan…
Hah… ini yang saya tahu.. Ada juga dengar ergo la.. apa lagi eh? semua semua tu, kalau kita rasa nak menggunakannya better cari based on keselesaan kita sendiri. Try dulu sama ada kita selesa atau tidak..
Bagi saya sangat berbaloi ber baby wearing nih… Kalau orang nak kata nanti anak terbiasa asyik berdukung je, macam Adyan, tidak la macam tu kecuali kalau ada something wrong, dia mesti akan nak saya. Macam lapar ke, poo poo ke, time untuk change nappies ke.. or nak tidur.. Tu memang biasa la kan.. Kalau dia selesa semua, memang akan main sendiri and dah tak perlu nak berdukung pun. Lagipun bonding makin bertambah sebab kita dekat dengan dia. Sian Khayra dulu-dulu ummi asyik dok fikir nak stroller je… Hehehhehe
Then Adyan pun sepertinya lebih suka duduk dalam tu kecuali kalau dia nak ikut orang lain atau dia dah bosan. Hehehehehhe Bab harga pulak, kalau nak compare dengan stroller, agak2 mana lagi mahal? heheheheh Of course la stroller kan? and baby wearing ni lebih mudah nak bawak ke sana sini. Kalau tak nak duduk dalam sling or wrap pun, boleh je simpan dalam beg. betul tak?
Part keselamatan. Ha… ni kita sendiri kena aware. baby wearing ni idakla 100% handsfree ye.. still kita kena tampung jugak.. always be careful and learn how its works.. Cari info tentang apa do’s and don’ts.. Even stroller pun, ada keselamatan dia yang perlu kita aware.
Jadi benda ni terpulang kepada kita.
Cuma saya ada baca mengenai satu jenis baby wearing yang macam beg poket. Yang tu sangat2 tidak digalakkan untuk guna. Nanti saya cari pasal tu. Dah lama jugak saya notice pasal tu. Mungkin next entry kot… or maybe next next next…
Untuk hari ni, samapi sini sahaja. Dengan keadaan connection yang saya pun tak tau kejap on kejap off membuatkan saya rasa seperti nak give up je nak siapkan entry ni.. Tetapi sebabkan keazaman yang jitu.. ku gagahkan jua., Jangan hilang segala yang saya curahkan malam ni sudah…
Jumpa lagi di next entry. Sudi2 la bagi idea atau komen berkenaan baby wearing ni. Saya tahu ramai yang expert di luar sana.
Luv,
UmmiKA

:D





Recent Comments