~ Breastfed Babies Kecik? Ok ke Ko? ~

Eh Eh, keciknya anak you.. you tak kasi makan ke? Kesian budak nih… tengok anak i, badan sedap je pegang.. Dia minum F******. You kasi la anak you susu macam anak I. Sian anak you tu. Takut malnutrition je nanti.

Sape kat sini anak dia pernah orang cakap macam itu or ala-ala ke arah itu? Ada tak? Ramai ibu bapa akan risau kalau anak mereka kecil especially yang breastfeed anak mereka.. Kenapa saya cakap specific kepada yang breastfeed? Pertama: Sebab di Malaysia ni, awareness tentang kebaikan susu ibu masih di tahap yang rendah lagi. Ramai yang lebih percaya dengan iklan-iklan daripada produk formula. Namun insyaallah awareness tentang kebaikan susu ibu ini, semakin meningkat.. :) Keduanya: Kalau baby tu minum formula milk, kalau ada orang cakap kecik, kita boleh cuba susu lain pulak. Betul tak? Kalau untuk breastfed mum? Nak tukar kepada susu apa? Of course la suara-suara itu mencadangkan supaya tukar kan kepada formula milk.

Memang banyak yang saya dengar dari kawan-kawan saya, dari pihak saya sendiri tentang luahan-luahan hati mengenai berat anak mereka yang tak mengikut grow chart yang doktor beri. Kemudian kena pulak dengan nurse or doktor yang tidak menyokong breastfeed ni. Lagila membuatkan kita bertambah risau. Pada mulanya, saya pun tergolong dari kalangan ibu-ibu, ummi-ummi, mama-mama, mummy-mummy yang risau kalau berat anak masing-masing tak ikut tahap yang sepatutnya. Especially first time mum nih. Tipula kalau saya cakap saya tak risau… Saya pun ibu-ibu seperti orang lain. Ada ke ibu yang tak sayang anak?

Khayra lahir dengan keberatan yang normal. 3.2kg dari rekod doktor. Alhamdulillah membesar dengan sihatnya walaupun Khayra sekarang dalam rawatan. Khayra kena makan ubat prevention sebab dikhuatiri asthma.. Perkembangan? Alhamdulillah.. Memberansangkan. Makin keletah.. semakin aktif, semakin lincah, semakin bijak, dan semakin manja ( manja ni sudah tentu dah la.. :P) Berat Khayra sekarang? Setelah 1 tahun 4 bulan, Khayra baru 7.8kg. Kecikkan?

Sepanjang 1 tahun 4 bulan nih, alhamdulillah, berat Khayra memang meningkat setiap kali di timbang. Namun, peningkatan berat Khayra tidak begitu ketara dan kalau ikutkan grow chart tu, memang Khayra dah masuk kategori malnutrition. Sedih kan? Alhamdulillah, doktor Khayra tak nampak itu sebagai satu masalah. Pertamanya: Perkembangan Khayra stabil malah memberangsangkan. Keduanya: Khayra selalu demam dan sakit. Itu salah satu reason Khayra tak boleh cope dengan chart tu. Doktor cakap bila berat dah naik, then turun balik sebabkan demam. Ketiganya: Khayra still breastfeed dan walaupun berat yang naik tidakla banyak, tetapi every month, memang ada peningkatan. Kemudian, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Past President, Malaysian Pediatrics Association Chairman yang juga merupakan pediatrician di KPJ Selangor pun ada cakap tidak perlu risau tentang keberatan anak kita kalau ada peningkatan berat badan every month dan anak kita aktif, perkembangan ok. Time tu, saya jumpa sendiri dengan beliau masa check up Khayra. Lega.

Saya percaya, faktor genetik juga memainkan peranan. Kalau ibu bapa kecik macam batang lidi, takkan anak boleh besar macam batang kelapa sawit kot. Kalau salah seorang ibu atau bapa yang comel comel je, mungkin anak akan ikut genetik salah seorang. Mungkin ada anak yang tidak ikut ibu atau bapa. Tapi jumlahnya sedikit. Kemungkinan itu bergantung pada faktor persekitaran pulak. Betulkan saya kalau saya silap. :)

Lagi satu, saya ada baca dah lama dah pasal grow chart khas untuk breastfeed baby. Lepas tu nampak dalam blog lin@mama qaisara pasal graf untuk breastfeed baby tu buat saya teringat tentang chart tu.. Boleh tengok kat sini ek. http://www.kellymom.com/babyconcerns/gro… Rupanya ada chart kahs untuk breastfeed baby. Kalau nak tau, grow chart yang kita dapat dari doktor kat hospital tu, based on baby yang minum formula. Jadi, harusla berlainan. J

Honestly, saya tidak berapa kisah sangat pasal keberatan anak saya kecualila, berat Khayra menurun merundum dan tak naik-naik. Lepas tu lemah je, sampai nak berdiri pun tak larat. Lepas tu dah tak aktif macam biasa. Kalau dah kat tahap tu, tak risau jugak, memang harus kena lempang. Hahhahahha Baik saya focus kepada pemakanan yang sihat untuk Khayra, pengisian kerohanian untuk Khayra, perkembangan Khayra dalam memberikan yang terbaik untuk Khayra daripada saya asyik memikirkan kenapala berat anak aku ni tak sama dengan anak orang lain. :) Pedulikan kata-kata mereka-merake yang kurang memberangsangkan itu. Alternatifnya, senyum sahaja. Senyum kan satu sedekah. :)

Namun, tak semua baby yang breastfeed tu kecik-kecik. Betul tak? Kawan saya, anak dia baru 5 bulan dah berat 7.3kg. Time pegang tu memang semangat tau… Geram je nak cubit pipi. Ada lagi sorang tu pulak, baru 7 bulan dah cecah 12kg. Hinggakan doktor nasihatkan jangan diberi makan dulu. Continue bagi susu je. Kalau nak kasi makan pun sikit-sikit je. Macam mana tu? Hehehhehe Oleh itu, jangan diberikan alasan, breastfeed anak kita punca anak kita underweight dan sebagainya. Jangan cepat melatah terus nak tukar formula bila orang cakap anak kita macam tu macam ni. Kena fikirkan dulu apa puncanya, kemudian dari jalan penyelesaian. Mungkin jugak susu kita tak berkhasiat ke. Boleh jadi jugak sebab susu terjadi daripada hasil pemakanan kita. J

Meh kita share berat anak masing-masing sekarang ni nak? J

Luv,

UmmiKhayra

~ Apa Tu? ~

~ Apa Tu? ~

Isk isk isk…

Gosok gosok mata…

Apa tu?

adrini's wear

“Nantikan kemunculan saya”  – Kata si hijau…

Luv,

UmmiKhayra

~ 2010 ~

Alhamdulillah… Dah lima hari dah masuknya tahun baru ni. Kalau ada yang perasan, ( ada ke? hehehe) saya tak de letak apa-apa resolution ke, or wishes ke untuk tahun baru ini. Mengapa? Adakah tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya? Ohh… Tidak… Saya ada something untuk tahun 2010 ini. Tahun 2009 banyak manis dan pahitnya. Especially masa hujung-hujung tahun tu.. Banyak yang saya lalui.. Dan saya harap tahun ini, dengan munculnya tahun baru ini, akan ada perubahan untuk diri saya terutamanya. :)

Oh.. saya ni bukanla jenis yang pandai untuk berkata-kata. Sebab tu mungkin saya banyak ketinggalan. Tahun ini juga merupakan tahun untuk saya meningkatkan diri, memperbaiki diri dan memajukan diri. Untuk tahun baru ini, saya ada something untuk semua ibu-ibu. :) Sebenarnya dah lama saya inginkan benda ni terjadi. Betull… Dari tengah tahun lepas lagi saya dah planning tapi banyak kekangan dan halangan untuk saya mempercepatkan apa yang saya inginkan.

Alhamdulillah, akhirnya, siap jugak apa yang saya ingin lakukan itu. Saya tahu masih ada kekurangan lagi dalam kerja-kerja saya ini. Saya tahu saya masih di peringkat permulaan dan saya tahu saya masih banyak lagi kekurangan. Namun, saya berusaha ke arah yang terbaik.

Apa yang saya buat tu ha? Haaa…. Nantikan kemunculannya selepas ini… :)

luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails