Everything Under One Roof

Salam semua…

Seriously, sekarang ni mood untuk menulis di dalam blog dah menjadi semakin jauh dari diri saya. Saya masih teringat ketika mula-mula saya terjerumus ke dalam dunia blogging. Tahun 2008.. Sebelum lahirnya Khayra. 3 tahun lebih, bukan jangka waktu yang singkat. (Bagi saya). hehehe Ada sesetengah tu, dah jadi seorang blogger yang famous dan ada juga blognya menjadi ikutan ramai follower. Saya? Masih lagi tahap biasa-biasa sahaja. Hehehhehe

Pada awal zaman berblogging, saya masih sangat hijau. Bahasa yang digunakan juga seperti saya baca untuk diri sendiri. Seperti diari la orang kata. Hehehe Apa yang dikongsikan, sangat keanak-anakan.. Semakin bertambah lama saya berblogging saya menjadi semakin dewasa. Chewaahhh… Bahasa yang digunakan, perkara yang ingin dikongsikan bertambah sesuai utk dikongsikan. Setaraf dengan usia saya agaknya. Banyak yang saya kongsikan melalui pengalaman saya. Tentang pregnancy, breastfeeding, family, holiday… Segalanya di sini kerana saya menulis tanpa panduan. Hehehhe Main tulis je. Yep, saya akui saya tidak seberani atau setegar yang lain. Berani menceritakan tentang perkara yang hot, berani untuk mengomen atau mengulas tentang sesuatu perkara. Atau setegar rakan-rakan blogger yang setiap hari mampu update blog dengan cerita-cerita atau info-info yang sangat menyegarkan. =)

Dan sekarang agaknya dah jadi tua kot sebab dah jarang nak update blog. Tak larat kot nak taip kat keyboard ni lagi. Hahhahahhahahahaha Sekarang masa saya banyak dihabiskan dengan anak-anak saya. Heheh yes, it is… Menjadi seorang surirumah bukan perkara mudah ye seperti duduk goyang kaki. =)

Okeh.. apa yang saya cuba nak sampaikan di sini? =) Apa yang saya nak sampaikan di sini, macam mana perkembangan seseorang itu yang biasanya bermula dari zero. Seperti anak-anak kita juga. Semasa lahir, ia adalah kain putih. Tanpa tahu apa pun. Kita la ibu bapa yang mencorak mereka. Bagaimana kita mencorak mereka, itula yang mereka akan bawa sebagai panduan untuk ke peringkat seterusnya. Sekiranya tiada mentor atau penjaga, agak-agak apa akan jadi? Hehehehhe

Sama seperti dunia blogging. Bagaimana kita bermula, kenapa kita bermula, apa yang kita nak mulakan kita mesti mempunyai satu perkara dalam kepala, apa yang kita nak dari dunia blogging ini. Famous? Kepuasan? Mencari kenalan? Berkongsi? Itu yang perlu kita fikirkan.

Cuma ada satu perkara yang saya selalu keep in mind…  Simpan semua maklumat penting tentang diri sendiri dan keluarga. Yep, saya pun ada juga berkongsi tentang keluarga saya. Tentang anak saya, dan tentang apa yang kami lakukan. Apa yang saya maksudkan dengan maklumat penting, adalah maklumat yang boleh digunakan oleh orang lain untuk mereka ambil kesempatan. My MIL selalu ingatkan saya, jangan dedahkan segala-galanya di dalam internet ni. Nanti ada yang ambil kesempatan. Jadi berpada-pada lebih selamat. =)

Sepanjang saya berblogging, saya jumpa ramai kenalan. Ada yang saya kenal dari mula saya berblogging sehingga la sekarang. Masih aktif berhubung dan ada juga yang dah jadi suam-suam kuku. Hehehe Dan semakin lama, kita akan jumpa orang baru juga. =) Walaupun kita berkawan secara maya, tapi saya sedar, walaupun berkawan secara maya, kita masih memerlukan sentuhan atau komunikasi antara satu sama lain untuk menjayakan sesuatu friendship tersebut. Yep, untuk mereka yang bertujuan untuk mencari kenalan, hubungan dua hala sangatla penting. Kenapa saya katakan begitu?

Okeh, mengikut pengalaman saya yang tidak seberapa, saya berblogging memang ada turun naik. Awal-awal dahulu memang saya aktif. Selalu berkunjung ke blog-blog lain dan menyapa seperti memberi komen, dan membaca cerita mereka. Hubungan tercipta di situ. Kemudian, saya menjadi semakin sibuk, menghadkan aktiviti saya seketika. Dan tidak lama kemudian, internet untuk ke blogger.com ditutup sepenuhnya menjadikan saya jadi lagi tidak aktif. Pada ketika inila, saya mula kurang berkomunikasi dan hubungan menjadi suam-suam kuku. Yep, saya akui ia datangnya dari saya. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, saya masih ada juga rakan-rakan blogger yang masih keep in touch sebabnya? Aktif berfacebook. Hahahhahahhahaha Oleh itu, komunikasi sangat penting. =)

Ok… anak saya dah bangun… ^^ Nantila saya ceritakan lagi… Everything under one roof kan? jadi boleh cerita macam-macam. hehehehheheheh hari ni setakat ini sahaja. :D

 

p.s Untuk yang mencari baju menyusu, baju mengandung atau baju kanak-kanak, silala jengah ke butik online saya di www.adrinis.com

 

Luv to All,

Sharini Adrinis

 

- Baju Menyusu Adrinis : 2 In 1 Maternity + Nursing Dress -

Salam Semua,

Sungguh lama saya tak update blog saya dengan baju Adrinis kan? Tiba-tiba hari ni, saya menjadi rajin la pulak nak update tentang Adrini’s di sini. Hehheheh Jangan marah ye… :D

Adrini’s ada keluarkan design baru untuk baju-baju kami dan kali ini adalah 2 in 1 punya baju. Maternity plus nursing. Haaaa senang… Kalau pregnant pun boleh pakai, kalau tak pregnant pun boleh pakai. Kalau menyusu pun boleh pakai, tak menyusu pun boleh pakai… eh, ni dah jadi macam 3 in 1 pulak dah.. hehehehehhe

Saya memang tak pandai nak berbicara. Meh la saya letakkan gambar baju ni dulu eh… :)

2 in 1 maternity cum nursing

Yep, ini dia bajunya. Untuk yang ni saya letakkan model sekali ye. Hehehehe Okeh, baju ni pada mulanya hanya untuk pregnant je. Kalau ada yang datang ke expo di Midvalley pada hujung bulan 7 yang lalu, ingat tak baju yang kami tayangkan tu? hehehhehe inilah baju nya pada awalnya… Then bila fikir balik, dah alang-alang baikla saya buat terus untuk ibu menyusu kan? Jadi transformasinya adalah…..

Ernida baju menyusu dan baju mengandung baju menyusu dan baju mengandung

Taraaaaa…. Ini adalah warna yang kedua dan ketiga…. hehehe jadi kami terus tukar untuk menjadikan baju ini sebagai baju menyusu dan juga baju mengandung. :) Sweet tak? hehehhehehe ada sesiapa yang berkenan dengan design dan corak yang ni? :)

Kami belum uploadkan lagi dalam website kami baju-baju ni. Saja kami tak upload lagi. Jadi sesiapa yang inginkan baju ni, nak pegang, nak rasa, nak cuba, boleh dapatkan baju ni di expo MidValley pada Jumaat hingga Ahad ini di booth SARAKIDS & LUNATOTS ye. Hehehehe

Material yang digunakan adalah kain Lycra Korea. Sangat sedap dipakai dan sejuk je.. :) Jadi sekiranya kawan-kawan nak dapatkan baju-baju ini dengan kadar segera, boleh dapatkannya di booth Lunatots dan Sarakids di Maternity & Children Expo 2011 ye. :)

Nota: Ada lagi 2 blouse yang tak masuk dalam ni.. Sebab tajuk dah buat untuk dress je.. macam tak sesuai la pulak kan? Hehehehheheheh

Luv,

UmmiKA

Adrini’s : Cabutan Bertuah Untuk Pelanggan Adrini’s

Salam untuk semua..

Bersempena Hari Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Adrini’s telah mengadakan satu cabutan bertuah khas untuk pelanggan Adrini’s. Mana-mana yang membeli produk Adrini’s bermula daripada 1 julai 2011 sehingga 15 Ogos 2011 layak untuk menyertai cabutan bertuah ini. :)

lucky draw untuk beg coachTinggal seminggu sahaja lagi untuk sesiapa yang nak menyertainya. Dengan syarat minimum pembelian adalah RM 70 sahaja. Menarik kan?

Hadiahnya? Dengan saya dah ada 2 buah beg tangan berjenama coach. :) Ni original punya… :) Saya dengan rela hati nak menghadiahkan 2 beg ini untuk 2 orang pelanggan bertuah kami.. :) Mungkin saya ada nak tambah hadiah sikit lagi, adalah dalam 2,3 hadiah lagi.. Hadiah misteri… :D

Oh, sekiranya belian dah cecah rm140 (tidak termasuk duit pengeposan) maknanya 2x cabutan adalah untuk anda. Makin banyak yang di beli, makin banyak peluang untuk dapat hadiah ini… :)

APa tunggu lagi? :)

Luv,

UmmiKA

 

Related Posts with Thumbnails