Mungkin dah ramai yang tahu and mungkin ada yang baru tahu.. Yesss… Hujung minggu ni pada
24 APR 2011,
ahad ni la kiranya Sarakids akan mengadakan open day dan gathering untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka sekaligus dengan pelancaran MODU, pam baru yang sangat comei lagi cute itu.
Event ni berlangsung di DARC – Denai alam recreation & riding club. Kalau lalu kat guthrie dari shah alam, selepas bukit jelutong, tol pertama, sebelah kiri. Boleh nampak dah club tu, tapi jalan masuk dia agak dalam sikit. SO jangan was-was, jalan ajer…
Kalau tak tau boleh tgk map ni… And kalau tak tau jugak, guna gps ke google map ke..

Okeh, event pada hari tu, ada macam-macam aktiviti. Bawak anak-anak pun, sekitar situ tiada masalah. Sebabnya kat situ ala2 macam taman la. Banyak benda boleh buat. Kalau anak dah boring ke, dah tak boleh duduk diam ke, bawak depa pegi tengok kuda, ada splash pool untuk anak-anak mandi.. Huh, ini kene bawak baju extra ni.. Kalau Khayra nampak, sure dia dah tak pandang lain dah. Hahahahhaha and ada game jugak untuk anak-anak kita. Bak kata orang MACAM-MACAM ADA.
Selain daripada itu, macam biasa, kalau dah ramai-ramai gitu, mesti ada booth punyer.. Hehehhe so, boleh shopping-shopping juga. ( inilah part yang encik-encik suami tak berapa gemar neh…
) Layan….
Selain daripada games, pelancaran, gathering hari itu juga adalah untuk mencipta rekod malaysia yang mana seramai 400 orang ibu-ibu yang menyusu, akan menyusukan anak-anak mereka secara serentak. Kita boleh jadi part of the record tu. Nak tak? Hehehehhehehhe
Tema pakaian kita pada hari itu adalah:
Mommy : PINK – my favourite selain daripada purple.
![]()
Ayah : Hitam
Anak-anak : Merah – Khayra pakai baju family day dia la…
![]()
Banyak yang saya dengar pasal event ni. Ada press, ada vips, ada celebriti, bak kata orang HAVOC pada hari itu. Ikutkan kena register dengan sarakids untuk join the gathering, tapi kalau last minute plan nak datang atau tak register pun boleh je datang. Apa bezanya dengan orang register or not tu, yang registered and pay dapat kupon makanan untuk family.
Tempat ada lagi ke tak, kena contact sarakids. Boleh email pada ain@sarakids.com
Saya percaya, ramai dikalangan yang nak hadir ni, kalangan blogger-blogger or kalangan group-group di facebook etc. Hah… apa lagi? Time ni la kita nak jumpa and kenal-kenal muka masing-masing. Biasa kat alam maya je kan? Hehehehe Ni open day sarakids, merangkak gathering rakan-rakan alam maya.
Jom kawan-kawan, kita memeriahkan lagi aktiviti bersama keluarga dan bersantai.
Kalau saya tak perasan kamu-kamu, tegur2 la saya. Lambai-lambai ke.. Hehehhehehhe
Nota: Adrini’s pun insyaallah ada bukak booth pada hari tu, TAPI dok fikir, sape nak tolong jaga booth? Ada sesapa nak part time? Hehehehhehehehehe
Luv,
UmmiKA








Recent Comments