~ Kami Sekarang Berada Di Kelantan ~

Yep.. saya dan family selamat tiba di kelantan pukul 230 tadi. Hehehheh Nasib baik saya dah apply cuti untuk minggu ni sebelum bos saya keluarkan memo cuti dibekukan… Hakhakhak… So, here we now.. Kat Kelantan… Semalam sebabkan saya cuti hari ni, saya kene siapkan jugak module yang untuk di present hari ni. Pukul 10 jugak la saya balik rumah. Malam tu actually saya dah ada janji nak jumpa someone, then dia tak leh sampai kat shah alam awal, so, saya pun rilek2 la buat kerja. Sudahnya pukul 10. Amikkkk… ekekekkeke baru je nak mengelat dan berkira-kira dalam hati nak kasi alasan apa kat bos, saya nak balik awal. Nampak gaya Allah lebih mengetahui. Meeting tu kena cancel, lepas tu saya lak kene kerja until 10pm. Takpela.. pasni bonus banyak ek boss? Boleh? hehehheh ( macam boleh je.. suka ati… :P )

Okeh.. sebabkan saya balik lambat, saya memang tak larat nak packing. Tu pun kene siapkan sikit lagi keje before midnight. So, ngam-ngam 1150 setel semua. ALhamdulillah… makanya, saya pun tidur je la.. Letih memerah otak wei… :P Kami pergi sekali dengan mama and abah so plan dalam pukul 7 bertolak dari rumah. Saya bangun awal pagi, packing semua and pukul 730 kami bertolak.Dalam 830 sampai kat bentong. Singgah breakfast kat rnr bentong. Lepas lunch terus ke kelantan pulak.

Dalam perjalanan, abang asyik membebel je.. hehehhehehe motor kua simpang sesuka hati, kereta nak masuk simpang break sampai berhenti baru masuk… haahhahaahhaa apa-apa jela… overall perjalanan kami smooth je… semua plan tak nak benti memana. Nak benti kt kelantan terus tuk lunch.So, dalam 230 baru kami sampai.

Kami hanpir terlupa, hari jumaat merupakan hari cuti mereka. Makanya, semua kedai tutup.. waahhhh berpusing kami nak cari makanan. of coursela fast food bukak kan, tapi takkan nak lunch makan fast food. Ayookkkk…. Bila saya tanya kawan saya, dia cakap pukul 3 baru bukak.. Kami pun tunggula sampai pukul 3, sambil tu round-round kat sana. Mungkin ada la gerai-gerai yang dah bukak lepas sembahyang jumaat tu, tapi kami tak jumpa.. hahahahhah last2 kami makan kat area pasar siti khadijah tu. So, bare in mind, next time datang kalau hari jumaat tengahari sampai, better makan dulu kat memana. :)

Lepas lunch, kami pun check-in kat Ridel Hotel. Masa kami check -in tu, family abah dah ramai yang sampai. Ada yang sampai dari hari khamis lagi. Al-maklumla, kebanyakkan isteri masing-masing cikgu. Hehehhehe Kat Ridel hotel ni, dari luar saya nampak bilik macam sikit je.. Rupanya, bila masuk, banyak giler bilik, Dalam 1 floor ada 67 buah bilik. Bilik dia walaupun kecik, tapi selesa.. Cukupla untuk kami bertiga. Rate hotel ni, nanti saya bagitahu, sebab untuk first night, pakcik abang yang bayarkan. Sebab kami plan nak duduk 2 mala, next night, kami bayar. so, will update on that later. :) Oh, kalau nak lebih besar, selesa leh try kat renaissance or new pacific hotel. Tu kalau ongkos besarla.. :p Gambar? untuk first day saya tak tangap gambar sangat. :P Gambar bilik hotel, saya letak sekali bila dah dapat rate. :)

Malam, kami ada dinner keluarga. Plan lepas tu nk jenjalan, tapi saya diserang sakit kepala yang sangat kuat, sudahnya tidur je kat hotel. :)

Ni hari kedua saya kt sini. Tgh tunggu kawan saya untuk keluar breakfast. :) 1130, kami ah ready untuk ke rumah pengantin. Till next time.

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra @ Parentkids Craft Day ~

~ Khayra @ Parentkids Craft Day ~

Hari sabtu lepas, saya, husband dan Khayra menghabiskan permulaan cuti kami di sarakids… Saja je nak bawak Khayra pergi buat craft-craft nih. :) pukul 1010 kami sampai, and time buat pendaftaran tu, kami dapat apron untuk Khayra. Guess who we met at the sarakids?

.

.

.

.

.

.

.

.

maria tunku sabri vogueHehehhehe saya jumpa maria tunku sabri… :P Mula-mula tu, saya tak perasan pun. Awal-awal tu, saya asyik dok fikir, muka macam familiar tapi saya tak boleh recall langsung. Last-last baru saya ingat… Hilang ingatan tahap apa ntah nih.. hak hak hak

Khayra kat sana asyik main je.. Sementara tunggu acara bermula, inilah antara aktiviti Khayra.. :)

Main kuda biru nih.. Suka sangat… :)


Khayra main masak-masak pulak… :)


Masa ni, Khayra dan airyll tengah main rebut bola agaknya.. sampai meniarap-niarap nak amik bola bawah kerusi… :D

Apa aktiviti yang budak-budak ni buat?
Sesi yang pertama adalah : Cup cake Deco-deco bersama e-car

Ini first time saya dan Khayra la especially mendeco-deco cupcakes nih.. biasa beli je.. Masa awal-awal dapat cupcakes dari farah, hasil sumbangan dan tunjuk ajar dari kak e-car, Khayra dah tak sabar nak makan. Kalau nak kata tak sarapan, pepagi dah makan dah… Tapi Khayra dah lapar balik. Aduiiii… Sabar je la dengan budak tu.. Belum sempat deco-deco bersama e-car, 1 cupcakes, Khayra dah selamat makan… :P Sampai kak maria cakap, kuat makan, kuat main… Hahahhahahhahah nasibla Khayra ye… :P

Bila alatan untuk deco dah ada, kami pun start mendeco pula…… saya tolong squezee dari atas, Khayra picit kat belah bawah…

Hasilnya?

Cantik tak?…. Hahhahahahha tangan seni keras batu zaman apa ntah kami ni…. Nak create elmo pun, kak e-car dah ajar, tp jadi bende lain… :P oklah…. asalkan jadik… :P Khayra lak, time buat tu, boleh pulak makan cream-cream tu… aduiii… mmg kuat mkn la anak ummi nih… :P

Aktiviti lain selain deco-deco?
Mestila ada.. heheheh apa aktivitinya? Art session… this time, gam dan tabur… Hehehhe Kami biarkan je Khayra buat.. Gam je yang saya letak. Khayra memang takde gaya perempuan la.. Budak-budak lain, yang baya dia, amik beads tu sikit-sikit je.. tabur kat kertas. Macam ada sorang baby tu nama aisyah nur.. Sangat tertib.. Dengar cakap… Khayra? Amik bead tu segenggam, lepas tu, tabur terus kat atas paper, then uli-uli… Hahhahahahahhahahahha memang tak boleh blah la khayra ni… She’s really not into this….  Nak tengok hasil lenyekan Khayra?

Minie mouse dah jadi apa ntah… :P

Lepas session ni, apa lagi?
Sementara tunggu next session, iaitu musical Instruments & Games, khayra pun memulakan aktiviti feberet dia iaitu, bermain…. hehehehehhe

Dam.. Dam.. Dam….

Masa session games, musical instruments, Khayra dah start cranky sikit.. Sebabnya, pukul 10-11am, tu masa untuk dia tidur.. Tapi sebab Khayra excited sangat, dia tak nak tidur.. Asyik nak main je… Jadinya, masa buat musical instruments, Khayra boleh join lagi.. Bila start clown sampai je untuk games….. Khayra dah tak boleh dah fokus.. Ok… Khayra takut dengan clown ye.. Dari awal2 dulu sampai sekarang.. Everytime she saw a clown, she will cry and lari… Tapi kalau clown tu kasi belon and gula-gula boleh je amik… Hahhahahahha Sejak tu, Khayra dah tak leh nak fokus… Bila ada lagu, clown takde, Khayra boleh nari-nari.. bila clown dekat je ngan dia, terus stop and nak berkepit je dengan ummi… Sabar je la… :P

Oh, last but not least.. ada acara dancing untuk para bapa jugak… Hahahhahah memang kelakar la…. They look enjoys… Cuma saya tak sempat dah nak amik gambar.. Khayra tak kasi… :D Maka, berakhirla session untuk hari itu… Sesi bergambar.. then saya sempat amik gambar dengan munira dan azza

Lepas borak-borak kejap dengan smunira, azza, farah, kak enaz , kami pun beransur pulang… Jumpa lagi lain kali…. :D

Nota: We really enjoy that day… Ada lagi aktiviti, boleh join lagi nih… :P

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails