Hari ini ( 18 November ) merupakan hari ke-20 saya berpantang.. Pheww.. Ada 20 hari lagi hari pantang saya.. Oh, saya amik 40 hari je waktu berpantang. Ikut orang jawa.. EKekekkekekekek Kalau tiba bab berpantang, orang mesti akan fikirkan apa jenis makanan yang boleh di makan oleh ibu-ibu berpantang ni. Betul tak? Hehehehhe Untuk ibu-ibu yang berpantang sendirian terutamanya, lagi la.. Mesti memikirkan apa la nak makan time pantang ni. Sebabnya tiada siapa yang boleh guide kita.
Kalau ikutkan zaman datuk nenek kita dulu, memang sangat cerewet bila tiba pasal makan. (Benda-benda lain pun cerewet jugak, tapi topik ni kita bincang tentang makanan je dulu ye..
) Kalau orang tua-tua dulu lagi la, makanan dalam pantang hanyalah ikan kering, ikan masin dan ikan panggang sahaja bersama nasi. Sekiranya ingin minum air pun, kena catu. Tidak boleh minum air banyak-banyak sebab dikhuatiri urat akan kembang.Walaubagaimanapun, makanan-makanan tersebut sangat tidak berkhasiat terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang berpantang sebab ia boleh melemahkan daya ketahanan badan.
Sebenarnya, kita ibu-ibu yang selepas bersalin ni, kena makan makanan yang berkhasiat sebab kita kena pulihkan kembali badan kita. Kalau ikutkan zaman sekarang, taip je di internet, kita akan jumpa pelbagai jenis resepi masakan untuk ibu-ibu berpantang ini. Semuanya nampak menyelerakan. Tiada alasan lagi kalau kita cakap, makanan orang berpantang ni membosankan.
Dan apa yang saya nampak, lain tempat, lain caranya. Macam kawan saya, sup-sup boleh je makan.. Ikan singgang ke, sup ayam ke.. Then ada juga resepi-resepi masakan yang saya jumpa tu, kita boleh menggoreng menggunakan minyak.
Kalau untuk saya pulak, kuah-kuah ni kena elakkan especially di awal-awal tempoh berpantang. Kalau bab goreng menggoreng ni pun elakkan juga terutamanya di awal tempoh berpantang sebab berminyak. MIL dan suami saya akan sediakan semuanya dalam bentuk panggang atau stim. Hinggala ke hari ini, barula saya makan goreng-goreng sikit.
Walaupun kita di suruh untuk makan makanan yang berkhasiat, tetapi ada juga larangan-larangan yang kita perlu ikut. Pesan ibu dan MIL saya, kalau nak makan ni, elakkan makan makanan yang berbisa dan gatal-gatal. Kalau makan makanan yang gatal-gatal atau boleh sebabkan alahan ni, dikhuatiri akan memudaratkan kita. Kemudian, bab sayur pulak, elakkan dari memakan sayur-sayur yang sejuk. Buah pun boleh tapi kena tengok buah jugak. Tidak semua buah boleh makan. Kalau buah and sayur-sayur yang sejuk ni cuba dielakkan sebabnya kesan jangka masa panjang. Takut sakit tulang, lemah otot dan yang berkaitan dengan sejuk. Sebabnya masa kita berpantang ni badan kita lemah lagi. Kalau tak silap saya boleh sebabkan penyakit arthritis.
Ini antara makanan yang boleh dan tak boleh kita makan.:
Ikan
Tidak - Ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, keli,parang ( Ikan yang berbisa), kembung, tamban, cencaru, tongkol dan makanan laut seperti sotong, udang, ketam, kerang dan lain-lain. (Ikan yang gatal dan sebabkan alahan pada kulit.)
Ya – Ikan Tenggiri, Bawal Putih, Bawal Emas, Salmon, Haruan, Siakap, merah, kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak, ikan bilis.
Sayur, Buah-buahan dan Ulam
Tidak – Kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, petai, jering, terung, nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Elakkan makan jenis yang menjalar dan sejuk.
Ya - Lobak putih, daun pegaga ( sangat bagus untuk membanyakkan susu), pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum, halia ( MIL saya akan cuba untuk tidak masak menggunakan halia di awal tempoh sebab dipercayai ia boleh menyebabkan jaundis), Epal merah, pir
Itu antara makanan yang boleh dan tak boleh di makan.
Hehehe ini hanyalah sekadar panduan sahaja ye kawan-kawan. Ni apa yang di beritahu pada saya. Ya, saya memang berpantang makan, ( walaupun saya tahu, ada juga yang makan je apa yang dia rasa ok.. Ikut kesesuaian badan.. ) Walaubagaimanapun, pantang saya tidakla strict sangat.. Saya boleh makan sayur, buah dan minum air secukupnya sebab makanan berkhasiat amat penting waktu ni. Badan lemah kan.. hihihihi
Jadi, bagi saya, pantang tetap berpantang sebab ada certain pantang tu memang elok dan untuk kebaikan kita. Macam makanan yang gatal-gatal, berminyak sebab kita ada luka.. hihi Yang penting berpada-pada.
Nota: Nanti saya cerita tentang saya berpantang pulak..
Luv,
UmmiKA

Tu pun dapat jarang-jarang sebab masa first trimester saya kan workaholic.. 9am – 12am..:P Mungkin disebabkan kerja kuat sangat (kuat ke? ) maka saya tak alami apa-apa sindrom morning sickness ni langsung. Kecuali tang sakit kepala. Tu pun kena masa saya dah rasa stress sebab banyak keje and asyik balik lewat je. So, saya rasa tu berpunca dari saya stress kot. Sebab bila saya try rileks.. buat keje ala-ala je.. ok je.. 




Recent Comments