~ Asid Folik As Supplement Penyebab Asthma Kepada Kanak-kanak? ~

Terpanggil saya untuk buat satu entry mengenai asid folik ini sekali lagi. Kenapa? Sebelum ni saya ada buat post tentang kepentingan asid folik ni di sini. Minggu lepas, saya ada menerima komen dari seorang hamba Allah yang bernama en. Nasir. Maaf, saya tidak tahu kalau-kalau en Nasir ni ada blog atau tidak kerana tidak disertakan sekali. En Nasir ni ada memberi saya link dan artikel tentang research yang dilakukan oleh researcher dari australia tentang keburukan asid folik ini yang boleh mengundang kepada penyakit asthma kepada anak dalam kandungannya.  Terkejut kan?

Bila saya baca artikel yang bertarikh hujung november 2009 dan yang paling latest pada 5 jan 2010, ada menyatakan

Children whose mothers took folic acid in late pregnancy – from the 30th week on – were one-quarter more likely to have asthma at age 3 compared with children whose mothers did not take folic acid at that point in pregnancy.

They were also more likely to have persistent asthma symptoms from the age of 3 through age 5.

Most mothers who took folic acid in late pregnancy did not take it as a stand-alone supplement, but as part of a multivitamin; they typically got 300 micrograms of folic acid per day from supplements.

Namun, research tu menyatakan di awal pregnancy memang asid folik ini diperlukan untuk membantu dalam pembentukan saraf.

Ada banyak juga artikel yang saya jumpa bila saya search linked to asthma tetapi semuanya dari sumber yang sama iaitu daripada penyelidikan yang di lakukan oleh Universiti Adelaide di Australia. Mengikut apa yang saya baca, ia tidakla pulak nyatakan yang folic asid yang linked to asthma tu diambil secara stand-alone atau folic asid ni antara kandungan yang terdapat dalam multivitamin. Sebabnya, kita selalunya makan multivitamin bila dah masuk second trimester. ( Kecuali government ).

Then saya jumpa lagi satu journal by dr. fuhrman yang menyatakan bahawa

Women who take supplemental folic acid increase their breast cancer risk by 20-30%, according to a study in the American Journal of Clinical Nutrition. Researchers collected data on women’s folic acid intake from multivitamins over a 10-year period – they found that the women who took multivitamins containing folic acid were more likely to be diagnosed with breast cancer than those that did not.

Another new study, has found that folic acid supplementation by pregnant women increases the risk of childhood asthma by 26% 5, and yet another study linked folic acid supplementation during pregnancy to increased incidence of respiratory tract infections in infants, especially those resulting in hospitalization.

Dari artikel tu, saya bolehla simpulkan yang research yang dilakukan oleh penyelidik dari Australia itu based on Folic Asid yang ada terkandung dalam multivitamin. Contoh paling senang adalah obimin.

Walaubagaimanapun, ini hanya merupakan research yang baru dilakukan. Plus, Asthma UK’s director of research, Leanne Metcalf pun ada menyatakan masih terlalu awal lagi untuk membuat keputusan mengenai hal ini based on study data tersebut.

“We believe that this is the first published study in humans to demonstrate that increasing consumption of folic acid, and specifically supplemental folate during late pregnancy, significantly increases the risk of physician-diagnosed asthma in the child at 3.5 years, persistent asthma (at 3.5 and 5.5 years), and possibly asthma at 5.5 years,” said the research team, who published their findings in the American Journal of Epidemiology.

However, the researchers cautioned that there was more work to be done before a hard link could be assumed.

“We acknowledge the need for further studies replicating our findings before any specific recommendations against folic acid supplementation in late pregnancy can be made,” said associate professor Michael Davies, who headed the research.

It is not entirely clear why folic acid supplements in late pregnancy would promote asthma in some children. Most mothers who took folic acid in late pregnancy did not take it as a stand-alone supplement, but as part of a multivitamin; they typically got 300 micrograms of folic acid per day from supplements.

So, belum dapat dipastikan lagi kebenaran tentang folic asid ni boleh bawa keburukan hanya based on satu study je. Diorang kene study lebih lagi untuk memberikan banyak lagi bukti dan penemuan. :)
Walaubagaimanapun, saya setuju dengan saranan yang diberikan iaitu makan banyak makanan semulajadi yang mengandungi folate. Seperti post saya yang lepas di sini, saya ada berikan beberapa contoh makanan yang mengandungi folate atau folic asid ni. Antaranya barli, daging lembu, membran, beras perang, keju, ayam, BUAH KURMA, sayuran berdaun hijau seperti bayam, asparagus, brokoli, celery, bunga kobis, tomato, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin dan lain-lain lagi. Tengok, banyakkan? Hehehhehehe
Nota: Apa lagi, amalkan gaya hidup sihat.. yeayyy….
Luv,
UmmiKA
Sumber:
http://www.medicalnewstoday.com/articles/170018.php
http://www.drfuhrman.com/library/folic_acid_dangers_and_prenatal_vitamins.aspx

~ Dah Sedia Untuk Tambah Anak Lagi? ~

New baby? Rasa-rasanya semua orang mesti nak anak kan? Ada ke yang tak nak anak? Mungkin la ada… tapi tak banyakla.. Hehehhe Bila dah dapat anak, then plan nak tambah anak pulak.. Ada ke yang tak nak tambah anak? Mungkin ada la kot.. :p Sebelum nak dapat anak, rasa-rasanya kena fikir jugak beberapa perkara yang perlu kita fikir. Yela, zaman sekarang ni, mesti ramai yang dah plan nak anak berapa, nak jarakkan berapa, nak stop sampai umur berapa.. Hehehhe planning je la… Allah yang tentukan.. betul tak? Kalau saya, saya fikir:

Bilakah agak-agaknya masa yang sesuai untuk tambah anak?

Ikut research yang saya baca, masa yang paling sesuai untuk dapatkan next baby adalah apabila anak kita dah berusia 18bulan – 23 bulan. Itu ikut research la.. Diorang kasi masa yang dirasakan sesuai untuk kita pregnant semula. Ada jugak expert yang cakap, sebelum anakl 1 tahun atau after 4 years. Alasannya, kalau anak tu belum besar sangat, dia tak tau role dia and cara untuk grab attention dan kalau dah 4 tahun pulak, kanak-kanak berumur 4 tahun ni, dah puas diulit dengan ibubapa masing-masing dan dah ada ruang untuk diri dia sendiri. Ermmm.. tu mengikut kata expert la… :) Kalau saya? Apa yang masing-masing fikir tiada yang betul, tiada yang salah. Sebabnya, masa-masa tertentu yang sesuai atau yang elok untuk dapat second baby bergantung pada kita sendiri. Bila yang kita rasakan sesuai untuk tambah anak. Saya ada tanya kawan-kawan saya, makcik-makcik saya. Ada yang nak anak rapat2 supaya diorang membesar sama-sama, jadi penat menjaga sekali harung terus. Bila anak-anak dah besar, diorang dah boleh rileks… Ada yang cakap nak jarak-jarak and jarak tu depends jugak, ada yang nak 2 tahun, ada yang nak 3 tahun. Sebab nak kasi tumpuan kat satu-satu anak dulu. Saya? Nanti saya cite.. hehehhehehhehhe Kawan-kawan lak macam mana?

Korang nak berapa anak?

Hehehehhe yang ni saya tanya jugak makcik-makcik saya, kawan-kawan saya.. Kalau makcik saya, dia cakap berapa-berapa pun tak kisah. Heheheh ada jugak yang cakap nak 4 orang je, tapi lepas tu pregnant lagi sebab masih muda. Kawan-kawan saya pulak, mostly nak 4 orang. Tu planning la kan. So, dengan planning nak anak berapa orang, dah boleh target jarak setiap anak tu berapa. But semua tu depends la pada kuasa Allah. Plan-plan pun, kalau Allah nak kita dapat anak berderet….. hehehhe rezeki tu… Planning saya? heheheh Saya nak 4 orang anak.. heheheh tu plan la kan.. ada kawan saya nak anak ramai sebab dia cakap meriah… well, who knows kan? sekali saya pun dapat anak ramai… :P

Macam mana pulak dengan umur kita?

Ha, ni pun kena kira jugak.Faktor umur. Ada wanita yang sangat passion dengan kerja lambat dapat anak. Ada jugak sebab kawin lambat. Kalau umur let say, 30 tahun, and diorang plan nak dapat 4 orang anak, rasa-rasanya, boleh kot jarak dalam 1 tahun, 2 tahun… :) Perempuan masih boleh pregnant sampai umur 40 tahun walaupun masa umur 35 tahun tu kita dah kurang subur. Tapi chances tu ada lagi. :) Saya? saya tak nak pregnant kalau dah tua sangat. Paling-paling pun, 36/37 kot… Saya dok fikir larat ke saya nak teran nanti.. :P tapi tu semua kuasa Allahkan.. :)

Kena consider tak financial?

Macam mana dengan financial pulak? Ikut research yang saya baca, kena kira dulu kewangan kita macam mana. Mampu ke tidak untuk dapatkan next baby. Sebab kena kira kos after deliver nanti. Kalau kita kerja, mampu ke kita nak bayar day care untuk anak kita, keperluan dia pulak… macam-macam lagi la.. Untuk saya pulak, saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Bukanla kita tak consider langsung, tapi setiap anak ada rezeki diorang masing-masing. Yang penting kene yakin. Bukan ke kalau dah nak ada anak, secara automatik, kita akan bekerja lebih keras lagi? :) Korang rasa cemana?

Macam mana lak dengan pasangan?

Ha, yang ni, sebelum setuju nak tambah anak, kita tanya la suami kita dia ok ke tak bab nak tambah anak nih.. Kalau setuju on je la kan… :P Kalau tak setuju, tanya la kenapa.. Kalau reason kukuh, macam suami cakap anak kecik lagi, dia tak puas lagi nak main dengan anak yang ada.. consider je. Tunggu 2 3 bulan, then tanya balik… :D Sebab bagi saya, kalau kita je nak, then pasangan tak nak, tak boleh jugak kan? betul tak?

Then yang penting hati kita.. perasaan kita..

Korang nak tak tambah anak lagi? Agak-agak bila ek korang rasa korang nak tambah anak lagi.. Saya rasa seronok je bila dengar kengkawan kita yang lain yang dah pregnant tu bakal dapat anak lagi.. Memang teringin sangat nak tambah. :P rasa rindu lak bau-bau baby time baru lahir tu… Korang? :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Have Fun And Play With Baby Game ~

Last weekend ( ahad ) Saya dengan abang and of course Khayra g berjalan-jalan setelah sekian lama, weekend kami penuh dengan undangan majlis open house dan kenduri.. :) Alhamdulillah, kebanyakkannya kami dapat penuhi tetapi mana-mana yang tidak dapat kami penuhi tu, insyaallah ada lagi tahun hadapan. ( Ni untuk open house raya ek.. :P ) Hari ahad tu, kami ke satu tempat untuk projek saya. Kemudian, saya dan abang singgah ke The Mall. Lama sangat kami tidak ke sana. Lucky, walaupun hari ahad tempat tu lengang. Tidak seperti di mid atau di OU. Penuh dengan manusia. Kami berjalan-jalan di sana dan kami singgah di parksons yang tiada orang jugak untuk cari kasut untuk Khayra. Disebabkan Khayra dah berjalan and berlari, kene cari kasut tapak getah untuk dia sebab sebelum ni kasut-kasut Khayra semua yang jenis tapak licin tu je.. :P

Khayra memang tak nak di dukung langsung sebab dia nak berjalan-jalan kat kawasan itu. Nasib baik tak ramai orang jadi kami biarkan sahaja Khayra berjalan-jalan. Tiba-tiba Khayra menuju ke satu tempat and guess what? Tempat tu adalah tempat mainan ok.. Dia ada jumpa satu mainan fisher price yang berbentuk meja tu tapi boleh tekan-tekan and yang ada buku tu. Kat I Setan KLCC ada. :P Siap duduk atas lantai lagi tu nak main bende tu. Kemudian, khayra jumpa stacking block yang mcm lego tu. ( sesuai untuk baby berumur 1years. )  Terus dia ambil dan tunjukkan pada saya. Amboii… Sambil tersenyum macam nak minta saya and abang belikan. Memang kami ada plan nak beli lego aritu tapi tak nak yang lego yang block dia kecil-kecil tu sebab tak sesuai untuk umur Khayra. Bucu-bucu tajam and kecil2. Takut membahayakan. Bila jumpa yang Khayra pegang tu, memang nak belikan la untuk Khayra.. Sekalinya…… Khayra jumpa kotak lego yang kecik-kecik tu, terus khayra lepaskan yang Khayra amik sebelum ni dan amik yang lego untuk budak besar tu. Bila tak kasi, Khayra amik kotak yang lain dan bawak lari kotak tu sambil senyum2… Aduiii… Sessi mengejar berlaku kat situ… Apala anak ummi ni… Lepas tu terus sorokkan lego tu and kasi Khayra block yang awal tu. Hehehhehe

Time tu memang rasa nak gigit-gigit je Khayra ni tau.. Boleh dia buat aksi sampai gitu sekali. Tiru sape tu ye? :D

Oh.. Apa kaitan dengan tajuk di atas? Hehehhe Kaitannya adalah permainan yang saya beli untuk Khayra tu. Permainan Lego ini sesuai untuk dijadikan aktiviti untuk bermain bersama-sama anak kita. :) Skill yang boleh dipraktikkan kat sini adalah ‘hand-eye coordination’ , konsep besar dan kecil ( bila kita lakukan stacking), and ajar anak kita tentang visual-spatial relationships. Permainan ini sesuai dimainkan untuk baby yang berusia 9 bulan dan ke atas. Masa awal-awal tu kita boleh perkenalkan dengan masukkan cawan dalam mangkuk ke… ( plastik ) atau masukkan gelung-gelung di batangnya mengikut urutan dari kecik ke besar. Dalam usia setahun pula kita dah bolehla kenalkan dengan lego. Tapi yang sesuai dengan usia. Ini boleh membantu dalam mempertingkatkan motor skills anak kita. Lagipun permainan itu kalau kita boleh bermain bersama anak lebih mengeratkan pertalian dan akan menjadi lebih bermakna. :)

Luv,

UmmiKhayra


Related Posts with Thumbnails