~ Mengimbau Kenangan Badminton Dalam Diri Saya ~

Kalau nak tahu, suatu ketika dahulu saya sangat menggemari sukan. Ketika saya masih sekolah rendah lagi, saya suka baca surat khabar hanya di bahagian sukan. ( Oh, saya dah start baca paper since 5 tahun. Tu daripada apa yang makcik-makcik dan ibu bapa saya bagitahu la kan.. :P ) Minat saya dalam sukan tak tau nak cakapla.. Memang saya akan baca satu persatu perihal dunia sukan. Especially badminton. Serius.. saya masih ingat lagi idola-idola pemain badminton saya yang sudah semestinya la keluarga Haji Sidek. Kalau nak tau, masuk sekolah menengah, setiap kali ujian atau exam untuk pendidikan jasmani, saya mesti score. Paling rendah dapat 94 macam tu. Itu pun sebab soalan jasmani.  Sebabnya, paling banyak cikgu saya letak dalam soalan adalah berkaitan sukan. Bila piala ini berlangsung. Bila sukan ini berlangsung. Siapa pemenang. Siapa olahragawan. Kebanyakkannya mesti saya jawab dengan senang hati. Serius saya tak tipu… :)

Badminton? Memori paling saya tak boleh lupa adalah pada zaman kegemilangan Piala Thomas 1992. Kenapa piala thomas? Sebab ini je perlawanan as pasukan yang paling popular la. Yang lain, kebanyakkannya perseorangan. Serius walaupun saya masa tu baru darjah 4, tapi memori permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara masa tu, sangat mengujakan. Serius saya tak lupa nama-nama seperti rashid sidek, foo kok keong, jailani/razif sidek dan cheah soon kit/soo beng kiang. And sorang lagi perseorang ketiga malaysia, saya dah lupa.  :P Time tu  semasa perlawanan akhir melawan pasukan indonesia. Yang saya ingat, ardy wiranata, alan budi kusuma, rexy manaiky/ricky subagja. Sape lagi bergu pertama ek? saya lupa yang tu.. :p

Permainan yang ditunjukkan masa tu, memang meresap dalam jiwa saya. Sebab serius, saya masih ingat lagi kemenangan itu. Bagaimana berdebarnya hati saya.. Dengan sorakan nyanyian fikirkan boleh oleh penyokong malaysia, memang sangat mengujakan. Tambah-tambah time tu saya memang minat sukan kan? :P Dengan semangat juang yang ditunjukkan.. saya rasa pasukan tahun 1992, memang layak untuk menang piala thomas tu. Untuk tahun-tahun seterusnya, walaupun Malaysia berusaha gigih, tapi rezeki bukan di tangan Malaysia.

Sekarang? entah kenapa, bila masuk erra millenium, minat saya masih ada but makin berkurangan. Saya masih tengok tapi tidak la menjadi kegilaan sangat. Kelakar kan? Masa saya tengok Piala Thomas 2010 baru-baru ni, lagi membuatkan saya teringat-ingat tahun 1992. Masa saya begitu teruja dengan badminton. Mungkin pasukan lain dah menjadi semakin handal hinggakan malaysia menjadi kecil. :) Saya tertunggu-tunggu bilakah masanya saya akan alami sekali lagi perasaan itu. Mungkin 2 tahun lagi? :)

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails