Posts Tagged ‘Bebelan Ummi’

~ Dah Sedia Untuk Tambah Anak Lagi? ~

March 12th, 2010

New baby? Rasa-rasanya semua orang mesti nak anak kan? Ada ke yang tak nak anak? Mungkin la ada… tapi tak banyakla.. Hehehhe Bila dah dapat anak, then plan nak tambah anak pulak.. Ada ke yang tak nak tambah anak? Mungkin ada la kot.. :p Sebelum nak dapat anak, rasa-rasanya kena fikir jugak beberapa perkara yang perlu kita fikir. Yela, zaman sekarang ni, mesti ramai yang dah plan nak anak berapa, nak jarakkan berapa, nak stop sampai umur berapa.. Hehehhe planning je la… Allah yang tentukan.. betul tak? Kalau saya, saya fikir:

Bilakah agak-agaknya masa yang sesuai untuk tambah anak?

Ikut research yang saya baca, masa yang paling sesuai untuk dapatkan next baby adalah apabila anak kita dah berusia 18bulan – 23 bulan. Itu ikut research la.. Diorang kasi masa yang dirasakan sesuai untuk kita pregnant semula. Ada jugak expert yang cakap, sebelum anakl 1 tahun atau after 4 years. Alasannya, kalau anak tu belum besar sangat, dia tak tau role dia and cara untuk grab attention dan kalau dah 4 tahun pulak, kanak-kanak berumur 4 tahun ni, dah puas diulit dengan ibubapa masing-masing dan dah ada ruang untuk diri dia sendiri. Ermmm.. tu mengikut kata expert la… :) Kalau saya? Apa yang masing-masing fikir tiada yang betul, tiada yang salah. Sebabnya, masa-masa tertentu yang sesuai atau yang elok untuk dapat second baby bergantung pada kita sendiri. Bila yang kita rasakan sesuai untuk tambah anak. Saya ada tanya kawan-kawan saya, makcik-makcik saya. Ada yang nak anak rapat2 supaya diorang membesar sama-sama, jadi penat menjaga sekali harung terus. Bila anak-anak dah besar, diorang dah boleh rileks… Ada yang cakap nak jarak-jarak and jarak tu depends jugak, ada yang nak 2 tahun, ada yang nak 3 tahun. Sebab nak kasi tumpuan kat satu-satu anak dulu. Saya? Nanti saya cite.. hehehhehehhehhe Kawan-kawan lak macam mana?

Korang nak berapa anak?

Hehehehhe yang ni saya tanya jugak makcik-makcik saya, kawan-kawan saya.. Kalau makcik saya, dia cakap berapa-berapa pun tak kisah. Heheheh ada jugak yang cakap nak 4 orang je, tapi lepas tu pregnant lagi sebab masih muda. Kawan-kawan saya pulak, mostly nak 4 orang. Tu planning la kan. So, dengan planning nak anak berapa orang, dah boleh target jarak setiap anak tu berapa. But semua tu depends la pada kuasa Allah. Plan-plan pun, kalau Allah nak kita dapat anak berderet….. hehehhe rezeki tu… Planning saya? heheheh Saya nak 4 orang anak.. heheheh tu plan la kan.. ada kawan saya nak anak ramai sebab dia cakap meriah… well, who knows kan? sekali saya pun dapat anak ramai… :P

Macam mana pulak dengan umur kita?

Ha, ni pun kena kira jugak.Faktor umur. Ada wanita yang sangat passion dengan kerja lambat dapat anak. Ada jugak sebab kawin lambat. Kalau umur let say, 30 tahun, and diorang plan nak dapat 4 orang anak, rasa-rasanya, boleh kot jarak dalam 1 tahun, 2 tahun… :) Perempuan masih boleh pregnant sampai umur 40 tahun walaupun masa umur 35 tahun tu kita dah kurang subur. Tapi chances tu ada lagi. :) Saya? saya tak nak pregnant kalau dah tua sangat. Paling-paling pun, 36/37 kot… Saya dok fikir larat ke saya nak teran nanti.. :P tapi tu semua kuasa Allahkan.. :)

Kena consider tak financial?

Macam mana dengan financial pulak? Ikut research yang saya baca, kena kira dulu kewangan kita macam mana. Mampu ke tidak untuk dapatkan next baby. Sebab kena kira kos after deliver nanti. Kalau kita kerja, mampu ke kita nak bayar day care untuk anak kita, keperluan dia pulak… macam-macam lagi la.. Untuk saya pulak, saya percaya dengan rezeki yang Allah bagi. Bukanla kita tak consider langsung, tapi setiap anak ada rezeki diorang masing-masing. Yang penting kene yakin. Bukan ke kalau dah nak ada anak, secara automatik, kita akan bekerja lebih keras lagi? :) Korang rasa cemana?

Macam mana lak dengan pasangan?

Ha, yang ni, sebelum setuju nak tambah anak, kita tanya la suami kita dia ok ke tak bab nak tambah anak nih.. Kalau setuju on je la kan… :P Kalau tak setuju, tanya la kenapa.. Kalau reason kukuh, macam suami cakap anak kecik lagi, dia tak puas lagi nak main dengan anak yang ada.. consider je. Tunggu 2 3 bulan, then tanya balik… :D Sebab bagi saya, kalau kita je nak, then pasangan tak nak, tak boleh jugak kan? betul tak?

Then yang penting hati kita.. perasaan kita..

Korang nak tak tambah anak lagi? Agak-agak bila ek korang rasa korang nak tambah anak lagi.. Saya rasa seronok je bila dengar kengkawan kita yang lain yang dah pregnant tu bakal dapat anak lagi.. Memang teringin sangat nak tambah. :P rasa rindu lak bau-bau baby time baru lahir tu… Korang? :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Ke Mana Menghilang? ~

March 9th, 2010

Saya memang di hambat oleh kecemburuan masa. Since one of the important staff kat office saya berhenti secara mengejut dan tiba-tiba, saya pulak kena take over all kerja dia sebelum ni. Yang mana sebenarnya itu bukan bidang kerja saya sebelum ini. Saya more kepada front end programmer, sekarang ni dah kena buat back end pulak. Kalau lihat dari sudut positifnya, inilah peluang saya untuk memajukan diri saya dan mempertingkatkan lagi maju diri saya. Sejak tugas tu disandang oleh saya sekarang ni, memang kerja menghambat saya setiap masa. No more honeymoon day.. even 30 minutes pun sebab saya dah la baru je belajar benda-benda back end nih, pastu saya in the middle of important project. Semua kena siap by this months. Apakah???

Nak dijadikan cerita pulak, tetiba Khayra demam pulak. Dah 5 hari since jumaat lepas. On Off.. Kejap ok, kejap tak. Yang saya notice, kalau saya start busy je, balik lambat semua, tak lama lepas tu, Khayra mesti akan demam. Setiap kali memang akan jadi macam tu. Khayra nakkan perhatian dari saya.. Petunjukkah?

But at the same time, bos saya dah push2 saya untuk saya siapkan semuanya dalam masa yang ditetapkan. Sebabkan saya kat rumah sebab risau Khayra demam panas, and asyik merengek je, every hour he will sms me and asking me about all the tasks. Phewwww…. Sekarang nih, weekend pun saya kene kerja, and weekday pun kene keje sampai pukul 9pm. Ikut notis dari bos saya.

Dari sudut bos saya, memangla dia nak kene push saya. Dah la tetiba je staff yang memang handle project nih berhenti secara mengejut, project pulak kena siap end of this march, harusla dia pening kan? Nak cari staff baru bukan amik masa sehari 2. Takkan nak amik tangkap muat jek.

Dari sudut saya pulak, anak saya demam tak baik-baik, of coursela saya risau. Dengan gelombang penyakit macam-macam  skrg ni buat saya rasa tak sedap hati. Alhamdulillah, tadi buat blood test sbb dah demam 5 hari, ujian denggi negatif. Saya lega sikit mendengarnya. Lega2 pun still risau jugak sbb demam tak baik2. Doktor cakap kalau virus memang gini. Dia akan lama.. Esok saya mesti kena datang kerja jugak then sape nak jaga Khayra? Demam dia memang tak kebah2 and Khayra memang kena makan ubat demam 4 jam sekali. Dengan masalah nurseri yang kurang staff, macam mana nak kasi Khayra ubat ikut masa?

Kalau saya berhenti mengejut jugak, agak2 saya kejam tak? :D

luv,

UmmiKhayra

~ The Moment I Adore ~

March 4th, 2010

Abang capture these picture while we were waiting for our lunch after blogger’s gathering@Lake Garden last Sunday. Khayra suddenly try to hug me and put her head off me.. Try to spoiled my tudung especially.. hehehehe She’s really happy that time. Sambil dengar lagu yang berkumandang kat kedai tu, Khayra menari and last2 dok pi peluk-peluk kepala saya.. :)

Khayra try to put her head on top of my head.

Last-last… dapat kiss dari ummi…. hahahhaha baru nak reti diam… :)

I really love this moment… I really want to spent a lot lot lot of time with her.. :) Quality is better than quantity right? :)

Nota: short entry je.. Hari ni, full day kat client.. esok pagi kt client jugak.. after jumaat, meeting jugak dengan bakal client.. :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Busy Syndrome : Count Me In?~

March 2nd, 2010

Tak sempat2 saya nak update blog saya.. Huhuh Saya mengalami busy syndrome yang saya percaya di alami oleh semua orang, cuma waktu, ketika dan jenis je berlainan.

Kenapa sindrom ini menyerang saya?
Huh.. Sejak balik dari cuti chinese new year, sape perasan blog saya tak selalu nak update? Sape2 angkat tangan… :P ( macam blog pemes je suruh orang angkat tangan.. :P ). Start dari CNY tu, kerja saya tak sudah-sudah.. Tambah-tambah sorang staff yang penting, dah berhenti. Makanya saya kena ganti.. Sudahnya, tiap hari sampai rumah pukul 830, 9pm.. Sampai-sampai je, Khayra mesti akan terkam.. Takkan kasi saya buat apa-apa.. Even saya pegang baju pun, dia akan pegang tangan saya suruh buang baju tu, then pegang dia sahaja. Mak aihhh… Anak ummi ni… Rindu ke? :P Sampaila ke hari ini, saya masih lagi busy tahap apa saya tak tahu.. Memang tak sempat saya nak update tiap hari, walaupun banyak cerita saya nak tulis. :(

Sekiranya sindrom ini menyerang saya especially, maka tanda-tanda yang dapat di kesan adalah? Blog saya jarang berupdate…… bla.. bla.. bla.. bla….

Ha…. sape pernah alami situasi begini? Saya percaya, dan kalau kawan-kawan perasan, perkataan ‘busy atau sibuk’ ni, tak kirala macam mana cara disebut atau ayat di sebut, even untuk minta tolong buat something pun, alasan paling senang orang nak jawap/bagi adalah? ‘Busy… Sibuk…’ Ada tak yang cakap ‘malas’? hehhehehe ada-ada.. sayala tuh.. :P Kalau cakap alasan nih kat bos, comfirm kena pancung.. :D

Kenapa tiba-tiba saya mention pasal benda ni?

  1. saya nak membuatkan diri saya ini, walaupun busy macam mana sekalipun, saya pandai untuk manage masa saya supaya apa yang saya buat, apa yang saya plan, berjalan dengan efektif dan lancar. Aminn….
  2. Saya nak motivated diri sendiri untuk tidak memberikan alasan ini sebagai alasan utama saya untuk tidak update blog(chewah.. ini yang pertama tuh.. :P ), untuk tidak balik melawat parents, untuk tidak melawat saudara-mara, untuk tidak berjumpa kawan meronggeng, untuk tidak pergi ke kenduri dan macam-macam untuk lagi la… :)  Mampukah saya? :)

Apa masalahnya dengan busy syndrome nih?
Saya ada jumpa satu artikel tentang sindrom busy nih masa saya busy-busy (?) mengexplore mr.google. busy jugak.. :P Dalam artikel tu ada sebut:

Many times the people that talk about how busy they are, are actually the least effective. Look at the truly effective people in your community. They very rarely talk about being busy. They talk about what they have accomplished or maybe what they are working on. They talk about going on trips, child-related “adventures”, and business challenges or accomplishments.

Gina Robison-Billups, founder of Moms In Business Network

Mengikut artikel itu, orang yang selalu cakap diri mereka busy adalah merupakan orang yang tidak efektif dan tidak pandai dalam menguruskan masa. Mungkin dalam erti kata lain, orang tu cuba memberikan alasan yang mereka sibuk apabila tidak mampu untuk menyiapkan sesuatu tugas atau ingin berbuat sesuatu. Contohnya,:

‘ ko takpela ada banyak masa nak update blog semua.. aku ni, kerja dah berlambak, mana ada masa blog-blog nih.. teringin sebenarnya nak berblog nih’ …

Atau pun,

‘ko takpela anak ko dah besar, boleh la ko buat business.. aku ni, nak kene jaga anak lagi, nak kene buat kerja rumah lagi… busy la… ‘

atau..

‘ko takpela, masa ko tetap.. bos ko ok, aku ni walau nak breastfeed anak aku, aku takde masa nak pam-pam nih.. aku busy sangat ke sana sini.. jumpa client semua.. ‘.

Cukupla kot 3 contoh ni.. :P Kalau difikirkan balik, semua orang kerja berlambak.. kerja sendiri? lagi la banyak keje yang nak kene buat. Tetapi kenapa ada jugak yang mampu untuk berblog dan mampu update tetiap hari dan rasa sungguh puas hati dengan kerja-kerja mereka? Saya? Yep… Personally, saya pun terperangkap dengan ‘I’m so busy’ mind-trap nih. Saya pun kekadang menjadikan alasan sibuk ini untuk tidak update blog saya. Saya pun tidak la pandai sangat manage time nih… Itula sebabnya saya nak mengingatkan diri saya ini untuk lebih motivated dan menuju ke arah yang lebih baik.. :P

Jadi apa yang patut kita lakukan untuk menjadi lebih efektif dan secara tidak langsung, kita tidak akan terasa sibuk? Ermmm… apa yang dapat saya fikirkan…

  1. Ukur baju di badan sendiri.
    Yep.. saya rasa ini perlu sebelum kita nak buat something. Ukur dulu kemampuan kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menyiapkan tugas yang di beri atau kerja yang dicari. Kalau kita nak buat business sendiri, at the same time kita sedang bekerja, analisis dulu sama ada kita mampu atau tidak untuk melakukan kerja tambahan tersebut. Bukanla untuk menggalakkan berfikir negatif, tetapi be realistic adalah penting dalam menjayakan sesuatu kerja itu. Yela, takkanla tahu pasal busines lepas tu tetiba lak kena buat coding.. Harusla terjun lombong agaknya… :D
  2. Belajar untuk menguruskan masa
    yes.. ini yang paling penting. Pandai menguruskan masa perlu ada dalam diri masing-masing. Kalau kita mampu menguruskan masa, walau banyak manapun kerja-kerja kita, kita mampu untuk lakukannya dengan efektif dan sebaik mungkin.Kita tidak akan rasa sibuk sangat dengan kerja yang datang bertimpa-timpa. Bos saya selalu cakap, tuliskan apa yang perlu dibuat, catatkan apa yang perlu diingat dan uruskan masa dengan baik.
  3. Utamakan apa yang perlu diutamakan
    Sebelum nak buat something yang baru atau terlibat dalam sesuatu aktiviti ke, senaraikan apa yang kita utamakan dahulu.  Sebab kalau dalam hati kita lebih utamakan keluarga, nak bersama-sama keluarga lebih dari segalanya, then kita ada kerja yang menuntut sepenuh perhatian dan menuntut pengorbanan kita untuk tidak bersama keluarga, sebab kita akan sentiasa sibuk, makanya kerja itu akan menjadi sia-sia dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki sebab hati kita lebih ke arah keluarga. :)
    Kalau kita nak buat something untuk keluarga kita, priority kat family, then kita berusaha gigih untuk mempersiapkan diri untuk bekerja di rumah, untuk memberi lebih tumpuan bersama keluarga, makanya pasti membuahkan hasil sebab kita memang dah set priority untuk keluarga dan kerja yang kita lakukan itu adalah untuk keluarga. Ia akan menjadi efektif.
  4. Berdisiplin
    Betul apa yang nadiah cakap… kita perlula berdisiplin dalam membuat sesuatu perkara atau sesuatu rancangan. Kalau ada disiplin, insyaallah, semua benda boleh jalan.. :) Taken From Nadiah point of view.. :)

Ermmm… ada lagi tak? Ada sesapa leh kasi idea macam mana untuk menjadikan lebih efektif and yet, organize dan tidak kelam kabut? :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati ~

February 17th, 2010

Firman Allah Ta’ala :
al-anbiyaa

surah-al-Jumuah-ayat-8Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Al-Fatihah untuk arwah nenek saya yang tercinta. Al-fatihah…

Luv,

UmmiKhayra

~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~

February 9th, 2010

Soalan : Patutkan lelaki buat kerja-kerja rumah? Seperti membasuh baju, menyidai baju?

Person 1 : Ohh.. tidak, lelaki kena duduk rileks je, sebabnya kami dah penat bekerja satu hari di pejabat dan memang memerlukan rehat. Kat rumahla masa untuk rehat.

Soalan : Kalau kira macam tu, macam mana pulak dengan isteri yang bekerja?

Person 1: Oh, itu adalah tugas isteri. Memasak, membasuh, mengemas. Lelaki mana tahu buat semua tu.. :)

Patut ke lelaki buat kerja rumah?
Beberapa hari lepas, saya adala dengar kat Fly.FM tentang topic lelaki ni patut ke buat kerja rumah. Of course la feedback dari perempuan paling banyak yang keluar dan masing-masing cakap patutla membantu especially kerja-kerja berat. Dari lelaki pulak, of course la diorang tak nak kan? Hehehheheh reasonnya, diorang ni dah keja penat-penat dan diorang ni pulak more on kerja berat-berat macam betulkan atap bocor, betulkan kepala paip pecah dan sebagainya. Argument yang memang takkan habisla kalau kita dok hujahkan. :P

Walaupun argument yang takde sape pun menang, saya nak jugak kasi pendapat saya. :P Bagi saya, tak salah kalau lelaki tu membantu sikit dalam hal-hal kerja rumah ni. Macam sidai baju ke, cuci toilet ke, vacum rumah ke, masak ke ( masak? hehhehehe sesekali la.. :P ) atau apa saja yang boleh di bantu. Sebab kerja-kerja tu, bukannya menjatuhkan ego pun, malahan isteri lagi berbesar hati and makin kasih pada suami.. :D

Bukan ke itu tugas isteri?
Betulll.. Tu memang tugas isteri. Memasak, mop lantai, jaga anak, jaga suami bla-bla-bla. Saya tidak nafikan itu memang kerja kita orang perempuan nih. Sapa yang berani menidakkan? Hehehhe Rasa macam superwomen pulak kita ni kan? macam-macam benda kita boleh buat. :D Bagi saya, memang itu tugas isteri sepenuhnya KALAU isteri itu tidak bekerja. Sebab tu saya rasa tak salah kalau suami sama-sama menolong atau membantu kita di rumah. :)

Kenapa saya cakap tak salah?
Saya cakap tak salah, untuk saya wanita dan isteri yang bekerja ni. Bagi saya, kalau saya willing untuk membantu suami dalam mencari nafkah, dan memang suami mengizinkan, tidak salah kalau kerja rumah, kita buat sesama. Bukanla suruh buat semua, tapi membantu dalam hal-hal yang boleh dibantu. Macam sidai baju ke, vacum ke.. Sebabnya, kalau nk cakap tugas tu semua tugas perempuan, then bukan ke mencari nafkah tu tugas suami? :)

Unless, kalau suami kata tak perlu bekerja, dia mampu untuk sara keluarga, lepas tu, kita ni ha, tergedik-gedik jugak nak kerja, kononnya nak cari duit sendiri so, tu tanggung sendiri la ye kalau suami tak nak tolong.. :P

Overall, bagi saya, kalau kita isteri ni bekerja, saya rasa patutla suami ni buat kerja rumah. Bantu si isteri jugakla.. Kalau tak banyak, sikit pun jadila.. :) Tapi kalau suami tak nak buat kerja rumah pape pun, and isteri dia memang tak kerja, ok kot kalau diorang tak nak.. Kalau nak bantu jugak tak salah pun.. Lelaki kan kuat? :D

Itu pendapat saya la kan…. Mungkin ada pendapat lain ke? (F)

What say you?  (I)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails