~ I’m Back To Work After More Than 1 Weeks Off ~

Lamanya dah tak update blog. Hehhehehe After 3 days, start keje, baru la ada rasa nak update blog. Start keje je, terus ada keje yang kebanyakkannya tak relate sangat dengan saya. I missed my off day… I have a great day with my daughter.  Asyik terbayang-bayang keletah dia je… Hehehhehehe

Up until now, i dont have any work that related to me, (in multimedia i mean). Tapi saya kene belajar new programing languange. Alahai… bosan giler…. Khayra dah semakin hari semakin sihat. Alhamdulillah…  Bila balik keje, tanya apa buat macam-macam yang dok di bebelkan. Hehhehe kelakar betul. Semalam, saya pegi keje lambat. Abang pegi dulu. Sebabnya tak tau kenapa, kepala pening sangat tak leh bangun.. Mula-mula Khayra happy giler. Mungkin dia ingat saya tak keje kot. Bila masuk kereta nak hantar ke nursery, siap babai, tata atuk lagi. Konon-konon ummi nak bawak jenjalan. Last2 nangis bila sampai nursery. Hahahhahahhahah Sian anak ummi….

Khayra doa la ye, ummi cepat2 dapat duduk rumah… :P

Nota: Sebenarnya banyak keje ni.. tp malas giler nak buat… :D

Luv,

UmmiKhayra

~ Saya Tahu Saya Sudah Lama Tidak Update Blog ~

~ Saya Tahu Saya Sudah Lama Tidak Update Blog ~

Memang lama sangat tak update pape perkembangan dan maklumat2 berguna dari saya kan? Rindu tak? Rindu tak dengan si comel ( bg saya dan keluarga saya… ) yang tgh senyum tu? Heheheheh Banyak sebenarnya cerita yang nak saya nukilkan kat sini, tapi serius, masa saya sangat limited sebab banyak sangat bende nak kene buat. Nak2 time puasa ni, cepat sangat mengantuk… Hehehhehe Lepas tu penyakit M pun suka menyerang… :D

KA_9monthsLepas Khayra discharged hari tu, sabtu and ahad Khayra ok je. Isnin tu, tak pegi nurseri sebab selangor cuti nuzul al-quran. Petang tu tiba-tiba je badan panas giler. Risau jugak sebab baru keluar hospital takut ada virus yang tidak diingini. Dalam 3 hari, baru demam Khayra betul2 reda dan saya pun menarik nafas lega. :) Mungkin sebab nak tumbuh gigi sebab sekarang gigi Khayra dah nak masuk 6 batang. Perghh.. kalau petang je menyusu, susu tak keluar mula la start menggigit B sebab geram sambil senyum2… Kasi cium karang anak ummi ni.. notty betull dia… :)

Follow up hari sabtu tu, alhamdulillah, everything back to normal. Cuma tang berat je, dah turun balik. But now tgh recover balik. :) Bila tanya paed Khayra, she still cakap, not to worries sebab so far dia tgk Khayra ok.. Perkembangan normal.. cuma berat tu kurang sebab dia banyak kali sakit. Mungkin nak recover balik berat yang hilang tu, yang susah. Tanya Khayra makan apa, menyusu macam mana dan sebagainya. Saya tanya doktor, kalau bagi scott emulsion boleh ke? Then she said, dah boleh dah sebab Khayra dah setahun lebih. :) Saya memang ada beli perisa orange.. And Khayra memang suka minum. Sampai licin la sudu tu di minumnya.. :) Paed Khayra ada bagi multivit jenis pharmaton, yang tu Khayra tak suka langsung… Tak tau la pasal apa.. :P

Then saya tanya pasal macam mana nak gosok gigi Khayra. Sebabnya, Khayra tak suka langsung orang masukkan pape dalam mulut dia. Bila time tidur, boleh sampai terjaga kalau kita gosok dengan kain. Paed Khayra suruh awal2 ni biasakan dulu.. Guna kain lembut celup air. Pastu gosok2 kat gigi Khayra. Atau pun, beli berus gigi yang getah tu, gosok2 gusi and gigi Khayra. Kalau tak nak, kasi Khayra buat sendiri. Kira nak biasakan Khayra yang gigi perlu dibersihkan.. :) Kekadang saya and abah Khayra, gosok gigi depan Khayra.. :P And Khayra suka main berus gigi org besar.. Cuma, bila nak berus kat dia, punyerla payah… :D

Jumaat lepas ikut bos pegi UKM.. Pegi fakulti lama saya. Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. Rindu dengan suasana kat sana yang dah lain. Ada bangunan tambahan. Dah dah ada pokok-pokok yang besar. Kalau dulu macam padang jarak.. Hahhahahha Lepas tu, panel kitorang, guess who? my ex-professor dulu.. Prof. Halimah Badioze Zaman. She’s still look sweet sebab suka senyum… :)

Sabtu tu pulak, Pagi tu pegi amik kereta kat perodua. Alhamdulillah, kereta kitorang dah siap dibaiki. Nasib baik sempat siap sebelum raya. Terus servis je. Ikut plan nak ikut mama kat Aam central. Sampai-sampai je kat PKNS tu, manusia punyerla ramai. Semua pakat nak shopping sebab last week before balik kampung agaknya. Kat SACC je kurang sikit orang. Tu terjumpa member yang baru habis pantang tgh bershoping.. Hehehheh Borak2 kejap, terus decide nak balik rumah. Lagipun nak kene tolong mama masak semua.

Hari ahad plan nak g KL, tp bila dengar cousin cakap kat KL jammed gile, terus cancel nak g sana. Duduk rumah je hari tu, kemas2 apa yang ptt lepas kenduri tu. Abang lak mengecat pagar. Konon nak samakan dengan pagar depan rumah. Heheheh akhirnya siap sebelah je. Tu tak tau la bila abang nak sambung keje dia tuh.. Ntah2 abah yang sambung… :D

birthday5Sekarang Khayra dah sangat2 pandai berdrama. Kalau kita marah je, dah pandai buat muka and suara merajuk. Konon sedih sangat. Kalau suka, dengan mata-mata dah nampak garisan je.. Senyum sambil tutup mata. Khayra belum pandai jalan lagi.. Dia takut rasanya. Kalau orang pegang tangan dia, boleh je jalan. Hari tu, dari kafe kat hospital sampai ke pintu masuk hospital, dia jalan sambil berpimpin dengan abah khayra. Kalau tak perasan, Khayra dh boleh melangkah sendiri 2 3 langkah lepas tu perasan, terus duduk takut. ayokkk… apa ni Khayra.. Memanjat, turun katil sendiri, panjat tangga sume dah expert, tapi berjalan pulak takut.. Hehehehehhe Bila sume dok tanya nape tak jalan lagi, raya nanti takleh la pakai baju kurung cantik, buat tak tau je.. Siap pandang tempat lain. Hehehhehe apa2 jela Khayra.. Ummi tunggu je bila la Khayra nak start jalan secara rasminya… :) Ngam-ngam raya nanti kot… :P

Lots of Luv,

- Ummi Khayra -

~ Its All About My New Blog ~

Hehehhehe Macam mana dengan blog baru saya ini? Cun tak? Hehehhe Ini merupakan percubaan saya untuk berpindah ke hosting sendiri. Hehehhehe Dan saya menggunakan wordpress untuk blog saya ini. Banyak yang perlu saya belajar sebab saya kurang familiar dengan platform baru ini. Saya tau masih ada kekurangan di sana sini. Insyaallah sedikit demi sedikit saya akan tambah dan perbaikinya. Sebenarnya dah lama saya nak tukar ke hosting saya sendiri dan dah lama jugak saya nak publishkan blog saya ni dan warwarkannya, tapi disebabkan kekangan masa dan banyak sangat bende jadi lately ni, menyebabkan saya kekurangan masa.

Walaupun saya tau banyak lagi yang perlu saya perbaiki, saya tetap nak guna hosting saya ni sekarang jugak. Sebabnya nanti tertangguh-tangguh. Basicnya, dah siap.. cuma tinggal touch up je.. :)

Oh… sape yang dah jadi rakan vvip saya aka follower saya ( tak sedap words follower tu kan? Macam ada ajaran apa je… ekekekkeke ) Kalau perasan, dalam blog ni, dah hilang kan? sebabnya saya dah cuba nak transfer dari blog lama ke blog baru ni, tak boleh-boleh jugak. Kalau sesapa boleh bantu amatla dialu2kan.. Kalau tidak, nampak gayanya start from zero la.. And kengkawan kene follow again la kan? Huhuhuhu

Untuk bloglist tu, memang wordpress ni takde widget macam blogspot agaknya, yang saya dapat jumpa boleh list update and gambar tp semua tu saya kene buat sendiri.. Insyaallah nanti saya tambahkan.. Sekarang ni, biar macam tu dulu… :) AND saya belum habis lagi letak semua link tau. Mana-mana yang belum tersenarai tu, jangan kecik2 hati ye? Bukan tak nak letak ye kengkawan… ( Tula.. patutnya habis kan dulu bloglist tu.. :D )

Okeh.. diharapkan semua rasa gembira dengan blog baru saya ni.. And kengkawan boleh pilih theme mana yang nak di view as ur own view. Buat masa ni, saya buat 2 je dulu.. Hehehhehe nanti saya tambah lagi kalau ada kelapangan… :)

Happy reading and happy surfing semua…. :)

Related Posts with Thumbnails