~ I love silicone teats but… ~

I love silicone teats but I love silicone bottles more!!!

When Khayra was still in my tummy, it never crossed my mind and also abang to look for milk bottles. Why? Am I too cheapskate to find one? Hehehehhehe… Actually, we have agreed to fully breastfeed the baby. Thus no bottles are needed. Or so I thought…

Masa Khayra dulu, saya masih bekerja, so mmemang tak dapekla nak direct breastfeed Khayra. Jadi, dengan cara pam susu dan simpan lepas tu bagi EBM ke nurseri, membolehkan Khayra keep on going minum susu umminya ini. Masa tu, baru la dok fikir nak kena guna botol untuk susukan Khayra. Alhamdulillah, walaupun saya lambat untuk bagi training kat Khayra supaya minum susu melalui botol, Khayra tiada masalah untuk menggunakan botol yang kami beli tu. I still remember the first bottle that we used. Time tu Khayra guna botol Avent. Walaupun khayra tiada masalah menyusu dengan botol susu dia, tetapi masa tu masalah Khayra adalah, botol yang tertukar-tukar. Saya memang sangat particular bab-bab membersihkan botol susu, puting susu etc, so saya akan pastikan puting botol susu Khayra sentiasa bersih dan jernih. No kerak-kerak… Then satu hari tu, saya dapati botol Khayra ada puting yang dah kuning-kuning and tak bersih basuh. Sangat pelik sebab saya tahu saya yang basuh puting botol susu khayra setiap hari. Sebabkan tak nak ada sebarang masalah, yela, puting mana boleh letak nama kan.. kalau kat botol tu bolehla.. so, saya dengan abang buat keputusan untuk tukar botol Khayra. Lebih senang and mudah daripada complaint and no results. :)

Lucky, Khayra boleh terima apa jugak jenis puting. :) Saya dah cuba MaM tapi ramai gak guna MAM dan akhir sekali kami tukar ke Nuby’s SoftFlex Silicone Nurser. Time tu jumpa kat Fabulous Mom. It is unique in the sense that it is 100% silicone. Tau kan how silicone is like? Teats dia  is very soft. Even bottle dia pun boleh di picit-picit. So, long story cut short, why do I love the silicone bottle so much?

Series of My Life Silicone Bottle
Nuby’s SoftFlex Silicone Nurser.

1) It is BPA free
Mesti semua dah tahu BPA tu apa kan? And most parents mesti akan cari yang BFA free punya botol. Am I right?

2) You can squeeze the bottle. Lenyek-lenyek, picit-picit.
Botol susu jenis ni tak macam botol biasa yang keras. Botol ni sangat lembut hinggakan masa menyusu tu, Khayra boleh ramas-ramas and picit-picit botol tu. Ala-ala macam dia buat masa direct feeding dengan saya.

3) The teat has the shape of a mother’s breast

Teats dia ala-ala macam B****t kita. As for me, this is especially good for fully breastfeed babies since the transition from breast to bottle is very subtle.

4) The bottle is easy to clean
Yep.. botol ni senang nak bersihkan.. Sebab kalau ada part yang susah nak capai, kemikkan je botol tu.. Hehehhehee Walaubagaimanapun, untuk pasang balik botol tu, ( sebab dia boleh bukak tang leher botol tu) for the first time guna, mungkin akan rasa susah sebab kalau salah pasang, susu akan leaking.

Sebenarnya saya sangat bertuah sebab Khayra tiada masalah nak menyusu guna puting apa. Kalau tiada saya, dia dengan rela hati menyusu ikut apa je la botol. Then sebab alasan-alasan di atas membuatkan saya memilih botol jenis ni compare to others. :)

Mungkin kalau saya masih bekerja, untuk Adyan pun botol yang sama jugak jadi pilihan di hati. :)

Sekarang? Botol tu dah sepi dah tidak digunakan. Sebab apa? Sebab Khayra dah tak susu botol lagi… hehehehe Dia dah kembali menyusu dengan saya. Sekarang nih, saya tandem nursing Khayra and Adyan.

Purpose saya tulis pasal botol Khayra nih, adalah untuk share pasal botol ni. Kalau-kalau ada parents yang ada problem dengan anak reject botol ke, selain dari guna sippy cup, syringe or spoon ( kekadang kalau hantar nurseri diorang lebih nak guna botol sebab bagi diorang senang) boleh cuba botol nih… :)

Nota: Advertorial untuk sponsors Adrinis, saya cuba up kan minggu depan… Saya dalam process menjadualkan kerja-kerja saya semula. al-maklumla, anak dah 2.. :P Nantikan kemunculannya… :)

Luv,

UmmiKA

Breastfeeding get more easier with Nursing Wear. Come and visit us @adrinis. com to view our collection

~ Update Untuk Hari Ke-11 Berpantang ~

~ Update Untuk Hari Ke-11 Berpantang ~

Officially saya dah masuk hari ke-11 berpantang dan hari pertama saya berpantang bersendirian bersama 2 orang anak kesayangan saya. :) Malam tadi saya tak tidur sangat dari pukul 230am hinggala pukul 430am.. Then dapat tidur 30 minit, kena bangun balik… Then 530am baru dapat tidur sekejap… 630am, dah terbangun sebab kakak Khayra dah bangun minta susu… Puncanya? Oh.. my little caliph Adyan, nak menyusu tak berhenti dari 230 pagi tu. Bila dah terlepas, tak sampai 5 minit merengek balik nak susu.. Saya ada jugak terfikir mungkin Adyan jadi macam tu sebab tak cukup susu sebab dia tak hisap nipple saya dengan betul. Huhuhuhuhu Sebabnya saya mengantuk mamai-mamai, so tak tengok sangat Adyan menyusu macam mana… Ummi minta maaf ye Adyan malam tadi tak fokus sangat.

Pagi ni, Khayra jugak yang kejutkan saya selepas semua orang tiada di rumah. Khayra minta susu seperti biasa.. Jeles tengok adik menyusu dengan ummi.. Nasib baik kakak ni faham bila di pujuk elok-elok, tunggu selepas adik habis menyusu baru turn dia. Sepanjang 11 hari ni, ada je masa-masa 2 2 terus menyusu dengan saya.. Puncanya? Kakak tak nak mengalah.. Adehhh.. sakit pinggang ummi dibuatnya.. hehehhehe Pernah buat style football, macam agak selesa, tapi takut gak sebab Adyan sangat kecil nak handle..

hehehe even duduk rumah sekarang ni, saya still pump juga.. Sebabnya? Saya tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan kan? baik saya sediakan apa yang sepatutnya.. Alhamdulillah, seawal kelahiran Adyan, susu saya dah keluar dah.. Masuk hari ke-2 tu dah start bengkak kalau Adyan tak hisap. Saya start pam masa hari ke-3.. Dalam sehari saya akan pam 2 kali je.. Kalau B saya membengkak sangat-sangat, baru lebih dari 2 kali saya pam. Alhamdulillah, inilah hasil perahan saya..

Keadaan Adyan? Sekarang ni, nak kasi Adyan susu 2 jam sekali sangat susah especially time siang. Sebabnya dia akan tidur nyenyak.. Kuning Adyan, still lagi ada. Saya pulak risau melihatnya. Oh, Adyan dah admitted 1 malam hari tu, then kuning ddia dah turun esok harinya.. Tapi sampai la ni, kuning tu tak mo hilang-hilang gak. Risau jugak saya… Saya bagi susu je la banyak-banyak. Lepas tu, poo poo je dalam 7 ke 8 kali sehari. Hehehehehe Okla tu… Doakan Adyan sembuh cepat-cepat… Amiinnn….

Alhamdulillah, Khayra walaupun dia jeles-jeles, Khayra dah start belajar perlahan-lahan yang sekarang dia dah ada adik. Bila tanya sayang adik ke tak, mesti jawab sayang. Hehehehehehe Suka nak baring2 sebelah adik.. Nak kiss-kiss adik… Semoga Khayra menjadi kakak yang baik… :)

Hari pertama bersendirian berjalan dengan lancar… Even hari ni ntah enapa angin merajai saya.. Sakit kepala, sakit perut… Khayra still berjalan-jalan tak buat apa-apa lagi.. Hari ni seperti tak boleh buat activity dengan Khayra, nak-nak dengan kepala yang sakit ni.. Usah dibanding masa anak satu, time-time sekarang saya cergas.. Tapi sekarang ni… Mungkin sebab tak cukup tidur kot.. :) Apa pun, saya gembira hari ni, sebab Khayra seem sangat ok… :) Walaupun dia dah start semua benda saya yang kena buat.. Suap makan dia pun nak saya… :D Tunggu abah balik… Nanti abah layan kakak habis-habisan ye… :P

entry ni actually dari pagi.. hehehhehe al-maklumla, dah kata ada anak… Petang ni baru siap…. :)

Sekian update hari ini… Insyaallah, kalau saya ada masa, saya kembali… :)

Nota: Suka sangat tadi masa suap Khayra makan, adyan start nak gerak-gerak merengek, Khayra berkata: Ummi mik ayan, ayan nak chuchu ne…

Luv,

UmmiKA

~ Tanda-tanda Bersalin ~

Saya sedang menunggu hari. Kalau nak ikutkan pegnancy sebelum ni, dalam 2, 3 hari ni la saya masuk hospital. Tu based on pengalaman lepas. Untuk pregnancy kali ni? Wallahualam… Saya tak tahula bila. hihihihihi Minggu ni, cousin saya yang sepatutnya bersalin hujung november, dah selamat melahirkan seorang putera pada hari sabtu lepas. Tahniah kak liza.. Tu lagi membuatkan diri saya berdebar-debar sebabnya ikutkan tarikh saya dulu dari dia. Hehhehehehehe

Tahun ni, family belah abang, dah ada 2 hero. Sorang lagi anak cousin juga yang lahir bulan 4 hari tu. So, geng boy tahun ni kalau saya selamat melahirkan. :)

Sambil-sambil saya surf internet ni, saya cuba la cari tanda-tanda bersalin yang patut saya alert. (ermmm kenapa ye kalau pregnant mesti cari info pasal pregnant, kalau breastfeed cari info breastfeed? ekeeeekk ) Actually, dulu dah ada pasal tanda-tanda ni saya cari, tapi  time tu blog sesaja je so kali ni saya nak post pulak. Boleh?

Saya baca balik sebab nak menyiapkan diri. Saya dah lupa (bolehla kan?) sakit bersalin tu bermula macam mana. Sakit dia tu kita tahula macam mana sakitnya tu kan, tapi starting dia tu. Takut false alarm ke.. hihihi Sebabnya time Khayra, saya takde false alarm.. terus sakit nak bersalin. Kali ni saya tk tahu nasib saya macam mana. Semoga dipermudahkan olehNya. Amin….

Asyik membebel je saya ni.. Okeh meh kita buat pekongsian ilmu pulak. :P

Tanda tanda hampir nak bersalin:

1. Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami. Lepas tu, kalau orang-orang tua pulak, mesti akan cakap, perut dah jatuh sebab baby dah turun. Diorang mesti akan cakap dah tak lama dah la tu. Especially kalau nampak dah jatuh sangat. :) Lepas tu, muka ke, hidung ke, macam dah nampak sembam.

Bila baby dah turun bawah, time tu la biasanya kita akan rasa:

  • sakit kat bahagian kelangkang. Time berjalan ke, duduk ke sebab baby menekan.
  • Time tu asyik nak terkencing je.. hehehehehehe
  • Ada yang cakap akan rasa sakit perut. Saya terasa sakit perut sebab adik ni asyik mengeras je.. hihihihihih
  • kerap buang air besar. Tang ni, macam biasa jela, tiap hari… :P
  • kerap terkentut. hihihi ni saya ada baca kat satu website tu. Korang ada tak? Saya takdela sangat.. :P

2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Bab keluar lendir ni, saya dah ada sikit-sikit keluar. Tapi belum sampai yang bercampur darah. Macam cousin saya, dia keluar darah. Lepas tu bleeding. Kalau orang tua kata, tu kembar darah. Meaning, keluar darah dulu sebelum pecah air ketuban. And kalau orang tua-tua dulu cakap, kalau kembar darah biasanya lagi sakit daripada kembar air atau pecah ketuban dulu. Tu saya pun tak sure, tapi kalau based on cousin saya cakap, memang sakit sangat. Bila dah keluar darah tu, kena cepat-cepat pegi klinik sebab baby mungkin lahir 2, 3 jam lepas tu atau pun mungkin untuk beberapa hari.

3. Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami. Especially kalau lama sangat tak bersandar. Sebab sakit belakang ni, sebab baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:

  • buat ala-ala macam merangkak (tapi jangan merangkak ke depan), lepas tu angkat atau tinggikan badan kita ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan. Then ulang.. :)
  • Ada juga yang suggest dengan banyakkan berjalan. Hahahaha ni part paling best kalau berjalan gi shopping then membeli belah. Comfirm tak penatla time tu. Ekekekkekekeke Orang cakap kalau rajin berjalan ni boleh cepatkan bersalin.
  • Tak pun, minta husband kita urutkan belakang badan kita dengan kuat masa berbaring mengiring.

4. Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Ni la orang tua kata kembar air.

5. Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kontraksi yang kerap dan berterusan lepas tu kontraksi tu every 5 minute je, cepat-cepat gi hospital. Masa Khayra, saya tak pecah air ketuban dulu or tak kelua darah, terus kontraksu. Tu yang saya tunggu betul2 dah 5 minit sekali baru saya pegi. Nanti lama pulak kat wad. Time adik ni, saya tak tahu pulak. Kene lebih alert nih. Oh, kadang-kadang kita akan ada false alarm. Kalau tak silap saya, orang sebut kontraksi bracton Hicks. Saya ada buat post pasal false alarm ni way back in 2008. Nanti saya upkan balik entry tu dalam versi saya. Kalau saya ada berkesempatan. hehehhehehehheh ataupun boleh pergi kat sini untuk baca apa tu kontraksi Bracton Hicks. :)

Okla, Khayra saya dah start untuk menunjukkan dia bosan sebab saya tak layan dia. Hahahhaha got to go now… Nanti saya cerita-cerita lagi. :)

Btw, dalam e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil“ ada menyentuh berkenaan tanda2 hampir bersalin ni.. korang boleh dapatkan e-book tu kat link ni. Harap korang boleh jadikan rujukan.. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails