~ Kisah Saya Bersama Khayra ~

Hehehhehe Semalam dengan rasminya saya bersama Khayra one whole day tanpa menghantar Khayra ke nurseri. Actually Khayra boleh lagi pergi nurseri sampai esok, tapi saya tak nak hantar dia ke nurseri sebab saya nak biasakan diri macam mana nanti bila saya dengan Khayra sahaja. Semalam saya ada banyak agenda. Mula-mula kene hantar parcel ke pos laju, kemudian ke Rawang, ke KL, kemudian ke Shah Alam balik.

Pagi-pagi siapkan sarapan untuk Khayra dan persedian dalam perjalanan nanti. Saya siap-siap bawak biskut untuk Khayra, siapkan susu dia awal-awal, dan segala macam benda la. Sebabnya semalam masa saya banyak di habiskan di jalan dan dalam kereta. Awal-awal Khayra sangat behave. Siap tidurkan cat dia, duduk sebelah cat dan bila nak menyusu, menyusu dengan eloknya… Sekalinya bila masa dia nak susu saya, and masa untuk dia tidur, mak aih… Time tu la cabaran berlaku sebabnya masa tu saya tengah drive ke Rawang. Sudahnya kene la berhenti tepi jalan dan susukan si mek kecik tu dulu. Datang pulak angin dia, tak nak lepas nak berkepit je, sampaila 1 jam saya kat tepi jalan tu je.. Waaaaa… amat menguji and membuang masa gak la. Saya cuba pujuk Khayra, awal-awal je la ok, lepas tu bangun balik nak pegi kat saya. Sudahnya, Khayra letak kepala dia di atas paha saya, then baru nak tidur. Bila angkat je,Khayra bangun balik and nangis-nangis. Sudahnya saya biarkan je dia tidur atas paha saya sampaila ke destinasi. Huh.. Yes.. Yes.. Saya tahu ia bahaya macam tu, tapi saya dah tak tau nak buat macam mana. Memang kene train la si kecik Khayra nih. Dia boleh bertahan sekejap je.. Lepas tu mula la ke sana sini. Jenis tak boleh duduk diam.

Bila ke KL tu, nasib baik ada adik saya. So, senangla ada orang nak control tapi masa tu Khayra tidur je sampaila balik ke Shah Alam semula. Time tu, mood dah ok sebab dah cukup tidur, makan and happy je. Elok la pulak. Sabar je la.. Then saya dan adik saya pun memulakan operasi kitorang mengemaskan semua-semua kerja. Maghrib baru saya sampai rumah. Phewww…

Ada gak baca tips-tips macam mana nak handle toddler bila dalam kereta. Semua dah ada tapi still tak jalan dengan Khayra especially bila tiba masa tidur dia sebab Khayra kalau tidur nak baring betul-betul boleh pusing-pusing atau pun bila saya tak drive, dia nak saya peluk dia. Ermmm… mungkin awal-awal ni je kot. Tapi macam mana nanti kalau dah ada 2 anak? Hahahahhahahhahahha

Luv,

UmmiKA

~ 2 Bulan lagi Khayra Dah 2 Tahun ~

Tak sangka saya, genap 2 bulan lagi, 25 August nanti, Khayra genap 2 tahun. Wah… terasa macam sekejap je masa berlalu… Sekarang Khayra bakal jadi kakak pulak. Tak sangka ummi anak ummi yang kecik comei lote dulu, dah nak menginjak ke  2 tahun. Rasa macam baru je ummi lahirkan Khayra.. Sekarang dah besar panjang dah anak dara ummi ni.. Hehehhehe

Macam-macam yang Khayra buat. Ada tu menguji jugak kesabaran especially bila ummi tengah pregnant ni. Tapi memang all of the time, kakak khayra ni memang chenta hati ummi and abah la.. Suka buat kelakuan yang buat orang gelak and nak senyum je.

Ummi paling suka cara khayra cakap.. slow je.. and mesti ada rhyme… hehehhehe ayammmm mie ( sayang ummi ok… ) … Sambil peluk and kiss kita. Hehheheheh so sweet… Suka suruh orang hug dia… Pastu macam orang besar, siap tepuk-tepuk belakang lagi.

Khayra suka sangat kalau dengar CD dalam kereta. Kalau masuk je, dia dah tau apa dia nak.. Ummi… cd… Nak tau lagu apa? Sebabkan lagu yusuf islam tu dah dalam kete atuk, sekarang Khayra suka dengar adik mohamad apa ek nama dia.. budak yang kecik-kecik lagi dah tau al-quran tu.. So akan dengar la berulang-ulang kali sepanjang jalan, adik tu mengaji. Alhamdulillah, kekadang Khayra akan ikut ujung-ujung dia.

Bila malam nak tidur pulak, kekadang je suka ummi bacakan buku.. Most of the time, Khayra akan minta ummi nyanyi ya shaheed, laillahaillallah, subhanallah selepas ummi bacakan al-fatihah, ayat 3 Qul dan mengucap kalimah syahadah sambil tepuk-tepuk dia baru nak tidur. Oh, lately ni tetiba lak dia minta ummi ngaji.. Ayorkkk… Sudahnya, lepas kebiasaan, ummi bacakan yassing dulu untuk Khayra. Alhamdulillah.. Dalam hati ni, semoga ia berkekalan… Amin….

Kalau bab bangun tidur, tak nampak ummi sebelah mesti akan nangis.. ayorkkk…. manyak susah ini macam bangun tidur je nak nangis… ekekekek cewek la anak ummi nih… Dah la asyik nak berdukung je sampaikan ummi nak masak pun nak dukung. But lately ni, bila dia dah tengok ummi ada kat rumah je, macam ok pulak.. Takde la nak berdukung je.. Ummi nak masak, ok je duduk dekat ummi.. Sambil tanya itu apa, ini apa.. Layannnn… Hahahhahah

Mulut dah menceceh-ceceh.. Ada je benda yang nak ditanya, ada je benda yang nak di cakap. Ummi buat apa, Khayra buat apa.. Kalau makan, mesti nak makan sesama.. Ummi kene makan jugak. Bila main pun,mesti akan tanya ummi ni apa, semuala.. Suka sangat kalau orang layan dia.. Suka conteng kaki and tangan sendiri.. Konon cantik… Hehehhehehe Dah pandai minta buatkan itu ini.. Nak suruh ummi lukis star, moon, flower.. Lukis sendiri tak nak… geget kang… :P

Walaupun ummi tau Khayra memang manja sangat.. ( apa tak nya, atuk, wan, nenek semua ikut je kehendak.. Amboooiii… ) tapi khayra memang independant. Suka buat bende-bende tu sendiri. Nak pakai seluar sendiri.. nak pakai diapers pun sendiri.. Kita tolong memang tak nak.. asyik dok cakap, yaya buat… yaya buat… Tu yang kalau nak siapkan anak dara sorang ni, sangat la lama.. Makan nak sendiri.. Ni memang dari kecik lagi la.. Tak penah suka bersuap.. Berus gigi pun nak sendiri…Pakai kasut nak sendiri.. mandi pun nak sendiri buat… semua nak sendiri… baru-baru ni, nak buat susu sendiri.. Nak ceduk susu sendiri.. Bila ummi cakap, kalau gini memalam Khayra nak susu botol, buat sendiri, boleh dia cakap ok.. yaya buat… Hahhahahaha ummi tunggu ye Khayra… :P

Vocab tu alhamdulillah.. dah banyak peningkatan.. Dah boleh sambung-sambung ayat bagai.. Cuma warna je yang masih failed lagi.. Semua warna blue/biru.. ada ke patut?

Kalau abah bawak kete laju ke, pandai dah bersuara.. abah sow la… Kalau slow sangat.. abah.. aju…. Sabar je la.. Lepas tu paling ta suka kalau ada orang usik belakang Khayra or peluk Khayra. Kalau ummi, abah, atuk, wan, nenek takpe.. Jangan orang lain… Especially kalau makcik-makcik dia belah FIL kecik-kecik je baya dia… so, paling xsuka main dengan pompuan sebab kena peluk bagai. kawan dia, pakcik lelaki yang dah besar-besar… amboiiii…..

Cuma kalau datang dia punye mengantuk and penat.. siap… Semua benda tak kene.. semua benda nak nangis… Ada je la yang tak kena.. Hehhehe tu normal la.. kita yang penat ni pun kalau tak kena cara, mood bleh swing.. ye tak? hehehehhehe

Walaupun ummi tau khayra bukanla perfect sangat, and mesti ada ramai lagi anak-anak yang kat luar sana mungkin lebih advance lagi dari sayang ummi ni, tapi Khayra tetap permata hati ummi and abah.. Walaupun gigi tu dah rosak sebab malas nak gosok gigi dulu but u still cute di mata ummi… Hehhehehhehe

Dah 2 kali, birthday Khayra jatuh masa bulan puasa.. Nampak gaya ummi tak sambut birthday Khayra lagi la tahun ni ek.. Dengan family-family je la.. Hadiah? Hehhehehhe Khayra nak apa?  Ummi pun tengah fikir nak bagi hadiah apa… Ermmmmm

Kawan-kawan ada sugestion tak nak bagi Khayra apa? :D

Nota: Ummi and abah love you so much Khayra Amirah…. :) Muahahhahahhahhahaha

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Tentang Blog Saya Yang Patut Saya Lakukan ~

Banyak benda yang saya rasa saya kene update and perbaiki kat blog saya ni. Dah lama dah sebenarnya saya nak update, cantikkan, lawakan.. cuma masa sangat mencemburui saya.. :) Apa yang saya nak buat?

1. Yep… Ini penting ni… Saya dalam process mengumpulkan url address kawan-kawan semua ye. saya pohon maaf to all my friends kalau-kalau ada url blog dia saya tertinggal. Saya rasa macam banyak je list blog kengkawan yang saya tak sempat masukkan..And saya tak tau nak guna apa. Page lain ke untuk listkan semua blog url kawan-kawan, atau letak berderet panjang berjela macam sekarang ni. Al-maklumla, walaupun saya dah guna wordpress ni dekat setahun, tapi saya masih failed lagi dalam widget-widget yang ada. Takde masa sangat na godek-godek sebab banyak komitmen lain yang menuntut tenaga saya. :P ( macam poyo busy je kan? ekekkekekke ) Kengkawan blogger sekalian,  nak tolong saya lagi, meh tinggalkan url kengkawan ye:)

2. Saya tengah memikirkan nak tukar layout blog ni.. Hahahahha ada hati la konon nak tukar layout.. Saya bercita-cita nak jadikan lebih simple and menarik sikit.. Saya dah suka header yang simple tu, cuma mungkin kene tambah sesikit corak and design je.. Saya still nak kekalkan 3 column sebab saya lebih selesa dengan 3 column. Saya nak kecikkan sikit width keseluruhan page saya sebab bila saya try bukak kat lappy yang resolution dia kecik, kene scroll lak left and right. Betul tak? Hehehheheh Rasa macam banyak je yang nak kene buat. :P

3. Nak tambah widget yang berguna and buang semua widget yang saya tak guna. Kira macam nak kemas kinikan la semuanya. Kasi up to date and kasi simple je. Nak update and betulkan balik tag and categories yang saya ada. yep.. Dulu-dulu saya tak faham sangat semua tu. Dahsyat kan? Ekekekkekekekkeke

4. Tetiba je saya rasa macam saya nak buat giveaway memandangkan dah hampir setahun saya bertukar ke domain adrinis.com ( dikira dari tarih saya purchase the domainla.. :p ) … Hehhehehehhe Hadiah cute ( bagi saya ) dah ada.. Ke ada yang nak sponsor? Sangat saya alu-alukan kalau ada yang sudi… :P

Nota: Rasa-rasa apa lagi saya perlu buat ye? hehehehhehe

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails