Situasi 1:
Sejak mula mengandung, Julia memang berniat untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti sepenuhnya dengan susu ibu. Tambahan pula, Julia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Walaubagaimanapun, selepas habis waktu berpantang, Julia dapati sangat susah untuk menyusukan anaknya ketika berjalan-jalan. Oleh itu, Julia ambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada anaknya tiap kali Julia berjalan-jalan.
Situasi 2:
Janice merupakan seorang ibu yang berkerjaya dan memilih untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja. Walaubagaimanapun, Janice menghadapi masalah untuk menyusukan anaknya in public. Janice tidak tahu bagaimana dan berasa malu bila dia ingin menyusukan anaknya in public. Oleh itu, Janice memilih untuk lebihkan masa di rumah daripada keluar untuk berjumpa saudara, kawan dan juga berjalan-jalan. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa Janice yang tidak menyokong anaknya memilih untuk menyusukan anaknya, menyarankan Janice supaya memberi susu formula sahaja kerana lebih mudah untuk ke mana-mana.
Situation 3:
Issabella sangat suka menyusukan anaknya. Ke mana jua Isabella pergi, Isabella sangat senang hati kerana tidak perlu membawa apa-apa yang berkaitan dengan susu, air panas dan sebagainya. Bagi isabella, breastfeeding adalah menyeronokkan walaupun in public. Ini kerana, Isabella sudah bersedia dah tahu bagaimana untuk handle situasi semasa di public area.
Jadi, which situation are you in?
Breastfeeding in public tends to be a big problem, terutamanya untuk first time mothers. Every mother has her own comfort level about breastfeeding in public.Bukan semua orang ada perasaan easy atau comfortable bila breastfeed anak mereka di khalayak ramai. Ada yang memilih untuk memberi anak mereka susu formula bila keluar berjalan-jalan dan ada juga yang bersedia dengan susu perahan masing-masing.
Saya mula menyusukan Khayra in public masa saya dah dalam pantang 38 hari. Hehehehe Time tu hari raya kan, of course la keluar dah walaupun belum cukup 40 hari. Hehehehhehe Sampaila sekarang, Khayra dah 2 tahun lebih and Adyan pula baru berusia 17 hari saya dah jadi biasa. Personally, saya tidak pernah letak blanket bila saya menyusukan anak saya walaupun ada ibu-ibu yang comfortable dengan cara tu. Sebabnya saya rasakan ia lebih mudah menarik perhatian orang. Untuk saya, cukup sekadar loose blouse atau baju menyusu saya, tudung dan anak saya akan buat saya tertutup dan terpelihara.
Actually, I have to admit that I also fell embarrass the first time I breastfed my daughter in public. Percayala.. tiada siapa pun yang akan terus ada kekuatan dan keberanian atau perasaan yang easy bila breastfeeding in public ni. Ia memerlukan latihan dan pengalaman untuk berasa comfortable dan yakin dengan diri sendiri. Nasib saya baik sebab di awal kegiatan saya.. :P, saya cuma perlu berdepan dengan keluarga saya sahaja. Makcik, pakcik, sepupu sepapat, cucu, cicit dan lain-lain. Al-maklumla, time tu time raya kan.. Sape lagi yang kita jumpa? Hehehhehehhe Other than that, abang sentiasa ada di sebelah saya untuk menyokong saya. Abang la yang pesan, jangan segan and buat tak tahu je sebabnya bila kita buat menggelabah or buat macam serba tak kena, lagi la orang nak tahu and perasan. Memang betul, sebab awal-awal tu, takde siapa pun perasan saya breastfeed Khayra sampaila diorang duduk dengan saya. Sebabnya? saya buat senyap-senyap je..
Lepas tu, kitorang start untuk berjalan-jalan ke shopping mall. Yep, untuk permulaan tu, saya memang sangat particular dalam memilih mana satu shopping mall yang kitorang akan pergi. Saya akan pilih mall yang ada menyediakan bilik khas untuk breastfeeding mothers seperti One Utama, Mid Valley dan lain-lain. Kemudian, lebih banyak saya keluar-keluar, lebih confident saya rasakan. Sekarang? di mana-mana ua saya boleh breastfeed anak saya. Ohh… betapa bertuahnya Adyan ye sayang… Kakak Khayra dah memudahkan segalanya untuk Adyan.
Ok.. Untuk first timer especially, here are some tips on how to be more confident and comfortable while breastfeed in public.
1.Practice makes perfect.
Yep, ungkapan tu commonly used to those who wants to succeed.Tempat yang terbaik untuk mulakan membiasakan diri adalah di rumah kita sendiri. Kita perlu belajar macam mana nak menyusukan anak kita discreetly. Berlatih di hadapan cermin dan tengok macam mana cara kita menyusukan anak kita. Tertutup tak bila kita menyusukan anak kita. Family boleh kita jadikan bahan eksperimen untuk melatih diri kita bila kita nak menyusukan anak kita in public. Bila kita dah biasa, then kita dah tahu macam mana posisi yang terbaik bila menyusukan anak kita, then kita dah tahu macam mana nak handle bila kita menyusukan anak kita in public. Satu perkara yang perlu keep in minds, jangan sesekali menyusukan anak kita di dalam toilet atau bilik stor sebabnya, cuba tanya diri sendiri, nak ke kita makan/minum di tempat-tempat macam tu?
2. Pakai Pakaian Yang Sesuai
Kalau kita memilih untuk menyusukan anak kita, kita perlu fikir pakaian yang sesuai kita pakai bila kita keluar jalan-jalan. Paling senang, invest sedikit untuk membeli baju-baju menyusu. Sekarang ni ada pelbagai jenis baju untuk ibu-bu menyusu. Boleh lawat kedai online saya jugak. Ada pelbagai jenis nursing tops, inner, dan baju kurung yang orang tak menyusukan anak pun boleh beli jugak.
Oppsss dah g e sesi mempromote pulak..
Selain daripada itu, baby sling juga membantu untuk public nursing. With your baby safely in a sling, you can nurse your baby and have your hands free at the same time. Baby sling tu, boleh cover kita dan juga buat orang tak perasan langsung yang kita sedang menyusukan anak kita.
Selain daripada nursing wear, sekarang dah ada poncho, nursing cover dan banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan ianya tertutup. Yang penting masih menutup aurat kita.
3. Pilih Tempat yang Strategik
Cuba cari tempat-tempat yang strategik yang agak privacy sikit kalau kita ada dalam restauran, mall ( kalau tak sempat cari breastfeeding room) atau mana-mana tempat yang crowded. Saya akan cuba cari tempat-tempat seperti di corner atau tempat yang agak tertutup sikit bila saya nak susukan anak saya. Kalau di Mall, biasanya ada disediakan kerusi-kerusi untuk merilekskan diri, so saya cuba cari tempat-tempat yang selesa dan strategik atau yang agak lengang sikit bila nak susukan Khayra. Dan pastikan segalanya tertutup.
4. Kalau Orang Pandang Macam Mana?
Saya akui situasi ni amat dikhuatiri oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Kita akan berasa sangat tak selesa. Betul tak? Sebelum saya cadangkan satu solution, meh saya beri satu contoh. Bila kita di Universiti, inilah masa untuk cari girlfriend/boyfriend kan? Lelaki ni pulak, kadang-kadang suka pandang kat perempuan yang dia suka. However, kalau kita pandang balik kat lelaki tu, apa yang lelaki tu akan buat? Dengan cepatnya dia akan palingkan pandangan dia. Betul tak? Hehehhehe So, situasi tu lebih kurang sama. Kalau ada yang pandang, kita pun pandang la balik. Cuba tengok apa reaksi diorang pulak..
Tapi, saya percaya, sekarang ni ramai yang dah aware dengan ibu-ibu yang menyusukan anak in public ni. Biasanya diorang akan buat-buat tak nampak. Yang penting, kitala jangan tarik perhatian sangat.
5. Know Your Child.
Ini penting bila kita nak breastfeed anak kita in public. Sebabnya ada baby yang prefer muka mereka ditutp dengan kain atau cover. Kalau dapat anak yang macam ni, sangatla senang.
Ada juga yang tak suka muka mereka ditutup. Yang ni, kita boleh pakai baju menyusu dan cover bahagian yang perlu di cover tanpa menutup muka anak kita. Dan ada juga yang suka meraba-raba. Ha.. bab meraba-raba ni yang buatkan kita tak nak breastfeed in public sebab takut orang akan nampak bila anak kita meraba and cuba bukak-bukak. Khayra jenis yang suka meraba dan tak suka kita letak something kat muka dia. Jadi, saya gunakan something macam rantai atau soft toy yang kecil untuk dia main. Ni saya praktikkan masa kecil. Bila dah besar and faham apa kita cakap, Khayra dah pandai behave.
Kalau tak jalan jugak, boleh la cari nursing room…
6. Be proud of breastfeeding.
Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang.
I hope this tips will help.
And kalau ada sesiapa yang sudi share cerita tentang people reactions bila nursing in public pun amat dialu-alukan..

Notes: So if your a breastfeeding mum, please don’t stay at home! Go out, have some fun, and nurse in public. The more mothers nurse in public, the more accepted it will become.
Notes: Ni adalah version dalam bahasa melayu campur. Artikel ni saya pernah tulis untuk mombloggersplanet dalam english version.
Ni masa di jalan TAR
Ni masa kenduri cousin di Kelantan
Ni masa chinese New Year.. Berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang
Ni semasa di port dickson
Saya bangga menyusukan anak saya in public. Sebab bagi saya ia bukanlah simbol keghairahan. Ia adalah suatu perkara yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata.
Notes: My intention to write this article is to encourage mum’s out there to believe in their self and don’t give breastfeed as a reason for not socializing or going out. Saya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung















Recent Comments