- Pilihan : RM 1 juta vs Bekalan Makanan Seumur Hidup -

Salam Semua…

Hehehhe tetiba teringat tajuk ni di program Nasi Lemak Kopi O ahad yang lalu. Mana satu pilihan kawan-kawan?

RM 1 Juta atau Bekalan Makanan Seumur Hidup?

Pilihan Duit / money vs 

Soalan ni sepertinya sangat umum. Mana satu yang kita nak pilih. Duit atau makanan? Pilihan memang di tangan masing-masing. Ada yang nak pilih makanan, alasan duit cepat habis dan ada yang pilih duit dengan alasan duit boleh dikembangkan. =)

Owh, kenapa saya cakap soalan ini terlalu umum? Sebabnya :

1. Tidak dinyatakan pun, kalau pilih duit dapat sekali terus atau diberi setiap bulan sampaila habis amount 1 juta tersebut. Kalau dapat sekali terus, memang boleh terus buat macam-macam, tetapi kalau dapat sikit-sikit ( sekadar cukup untuk sebulan) macam mana pulak? :D

2.Untuk makanan pula, tidak dinyatakan amount untuk seorang, dua orang, tiga orang, atau sekeluarga. Juga tidak dinyatakan dapat dengan cara macam mana? Makanan yang macam mana?

Hahahahha banyak lak pulak persoalannya.. :P Actually soalan ni, seperti memberi satu angan-angan kalau la ada orang nak bagi duit atau makanan. ( Kalaula ada kan? hehehehhehe ) Sekadar untuk tahu apa pilihan orang atau nak inject something dalam fikiran tu, apa kita nak buat in the near future. :)

Dua-dua pilihan tu, takde yang salah takde yang betul. Yang penting adalah diri kita sendiri. Macam mana kita nak corakkan pilihan kita. Resultnya bukan atas pilihan kita pada awalnya tetapi pada keputusan akhir yang diperoleh daripada pilihan kita itu.. :)

Nota: Eh, Kalau memang ada orang nak bagi duit vs makanan kat kita, kawan-kawan pilih apa? meh share-share… =)

Luv,

UmmiKA

Pelbagai Koleksi Baju Untuk Ibu Menyusu dan Ibu Mengandung

~ Serba Sedikit Expo Parenthood di Mid Valley ~

Salam semua…. :)

Expo Parenthood di Mid Valley sudah seminggu berlalu. Penat, letih, lesu memang sampai sekarang terasa… Walaubagaimanapun, seronok, happy, terharu dan excited mengatasi segalanya.. :) 3 hari saya di sana, macam-macam parents yang saya jumpa. Sungguh seronok melayan kalian semua. :)

booth adrinis

Hari expo tu, adalah hari saya keluarkan produk hari raya kami.. Nursing kurung… Sambutan sangat menggalakkan… :) Terima kasih untuk semua pelanggan kami. Really appreciate your feedback, komen dan sebagainya. Maaf kan saya kiranya hari-hari tersebut saya tak terlayan kalian.. Yang menegur saya, terima kasih saya ucapkan.. :)

pelanggan

Hari tu, produk baru kami, Diana dan Qamelia 2 in 1 Nursing + Maternity memang macam pisang goreng panas.. :D Kena restock kembali.. Terima kasih kepada yang membeli.. :) Sekiranya ada sebarang permasalahan, pertanyaan boleh emailkan kepada kami.. :)

Super MomSaya bersama super mummy

Sepanjang 3 hari tu, anak-anak saya ada di rumah.. di jaga oleh abahnya.. Sangat rindukan mereka tika itu.. Masa hari last tu, belikan Khayra beg panda.. Tiba-tiba si kakak suka sangat dengan panda. :D

3 hari tiada di rumah, anak-anak macam kehilangan ummi nya ni 3 minggu.. sehingga ke hari ini, Adyan terutamanya, tak boleh langsung tengok saya hilang dari mata. COmfirm menangis dengan nada sayu. Even nak ke toilet pun. Padahal sebelum ni ok je… Adeh…. Tu yang ummi ni tak leh buat apa-apa sangat sekarang nih… Hehhehehhe

panda?nampak beg itu? bersama belon? sangat suka and sangat tak suka kalau orang nak pecahkan belon dia…  :P

Terima kasih juga untuk adik-adik saya yang sanggup membantu kakak mu ini.. I love u all….

 

makan time.....

Muka kepenatan…. thanks kalian… lain kali boleh tolong lagi… :P

Saya dalam process mengupload baju-baju kurung adrinis sekali dengan bra untuk ibu menyusu… tunggu ye.

Saya tak amik banyak gambar time tu.. Takde kamera.. ada sesapa nak sponsor kamera tuk saya? hehehhehehehhe

luv,

UmmiKA

Jom jenguk kedai online Adrinis

~ Part 2 – Full Time Working Mother vs Stay At Home Mother vs Work At Home Mother ~

Part 2 dah kembali… :) Maaf saya ambil masa untuk menyiapkan part 2 ni. Bila melayan kerenah 2 orang bayi yang suka sangat perhatian ni, banyak jugak kerja saya yang tergendala. Memang masa siang adalah bukan masa yang terbaik untuk saya update blog, balas emel, enuff alasan… :P

Masih ingat part 1 saya? Dah lama dah… bulan lepas kot.. huhuhu entry tu, saya menceritakan dari sudut kaca mata saya apa advantages dan disadvantages bila kita bergelar Full Time Working Mother(FTWM). Kali ni saya nak bercerita jugak dari sudut kaca mata saya bila saya bergelar Stay At Home Mother (SAHM). Pengalaman ni with 2 kids without helpers ye.. :)

Saya percaya, ramai FTWM sangat-sangat menginginkan untuk duduk di rumah menjaga anak sendiri. Its like, ‘oh i wish sangat-sangat nak jaga anak sendiri. Aku kalau boleh nak tengok perkembangan anak aku depan mata, nak masak untuk anak dan suami, then sambil-sambil tu boleh la buat business sendiri. Pastu siap la berangan nak make sure rumah pun sentiasa harum semerbak bunga tahi ayam kasturi,’. mode berfikir, kenapa mesti kasturi  ek? :P Hah.. at least, inilah impian saya dulu-dulu masa saya menjadi FTWM. Kawan-kawan?

Dek kerana sangatla eager nak berhenti, nak duduk rumah, lepas tu, time tu dah start business kecil-kecilan ni, maka tindakan drastik saya buat dengan berhenti kerja. Boss saya? Macam terkejut gakla plus susah hati sebabnya saya kan pekerja kesayangan.. Hahahhhaahaaha :Mode: perasan lebey… :P Akhirnya officially saya menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa bulan 6 tahun lepas. Baru je lagi… Penangannya? Hancussssss…. Hahahaha Honestly, kalau tak fokus, sistematik, teratur, berjadual.. memang berkecaila.. Eventho saya tahu, tapi still saya tidak boleh manage lagi. In reality ye… (hah, lepas tau nih, baru korang tau i’m not supermom okey.. :D )

Kenapa saya cakap begitu?

1.Masa saya  FTWM : Saya fikir, rumah mesti akan kemas sebab saya 24/7 kat rumah. Konon legala and puas hati tak macam FTWM dulu.

REALITYnya: Rumah, bilik, dapur segalanyala tidakla kemas mana pun. Saya lupa part ada Khayra kat rumah. Hahahaha Bila ada budak aktif ni, rumah dah tidakla kemas licin macam botak chin tu, tidakla seharum kasturi macam yang dok imagine kecuali bila saya sembur Air-wick wangian lavendar. :P Sebabnya? Tak dan habis part dapur, ruang tengok TV dah bersepah dengan mainan anak dara saya. Kalau tanya kenapa tuangkan je box tu? Jawapan: ‘Yaya nak cari pistol’. Huh Sabar jela. Di tambah saya dah ada seorang hero yang macho and cool nih, asyik kena bagi attention je. Main sendirinya boleh sekejap je, lepas tu mesti cari kita. Caranya? Menangis la apa lagi. Hehehehehhehe Jadi bila dah rasa jadi SAHM ni kan, part rumah tu nak kemas sangat tu, belum mampu la. Nak2 yang ada anak kecik ni. LOL

2. Masa saya jadi FTWM: Saya fikir bila dah duduk rumah ni, bolehla rileks-rileks, santai.

Realitinya : Nak pergi toilet pun kena berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk pergi. Tahanla dulu sampaila tiba masa boleh pergi. Tu pun tak best la sebab kena alert anak menangis ke tak. Kadang-kadang tu, tengah melayan perasaan, anak tiba-tiba menjerit bangun tidur sebabnya tengok takde sape sekeliling. Nak buat macam mana? Haru tuh. :D

Lepas tu, saya rasakan kerja saya, tenaga yang saya gunakan lebih banyak lagi dari saya guna time saya kerja. Kenapa? Macam yang saya bagitahu la, bila kerja kita boleh pilih untuk break kejap.. buat air, sambil cicah biskut, santai-santai.. borak-borak dengan kawan office.. Tapi bila kat rumah, kena fikir banyak benda. Pukul berapa nih nak kena sediakan sarapan anak, nak kena sediakan lunch anak, nap time diorang, nak kena basuh baju bila.. sidai baju.. lipat baju.. rotate rotate sampai la nak ke tidur.

Bila awal-awal saya berhenti saya still manageable. Sebabnya time tu, saya hanya ada Khayra. Khayra pulak dah besar time tu. Start je Khaleel Adyan lahir, Serius.. saya yang dah biasa dengan bekerja ni, terasa sangat stress jugak. Sebabnya, saya dah tak boleh nak manage 2 orang budak baik ni. Hehehehhe Bila adik membuang, kakak pun sama. Bila kakak menangis, adik pun sama. Khayra pulak start rasa jeles, maka mmg payahla nak handle time tu.

Kadang-kadang saya jadi orang giler kejap.. hehehe Kenapa? Sebab anak saya nih suka menangis. Hahahhahhaha Oh, serius, every benda pun nak saya buat, terkena benda sikit pun nak menangis. Agak2 tak tension ke hari-hari dengar budak nangis? Tapi kalau dengan orang lain, sangat behave. Takde nangis and pandai bawak diri. Fikiran saya, mungkin Khayra nak tebus balik masa-masa saya bekerja dulu dengan sekarang. Lepas tu tambah dengan adik lagi. Sebab tu, segala benda dari sekecik-kecik perkara sampai la sebesar-besar perkara, semuanya saya. Kalau tanya kenapa suka nangis? Jawapan Khayra, ” yaya nak ummi je..” Kalau tanya ummi nak pergi work, jawapan Khayra ” tak boleh.. Ummi tak boleh gi work, ummi jaga yaya”. So hilang stress sikit tang tu sebabnya rasa berbaloi.

Itu antara reality awal yang saya tidak dapat kecapi time saya berangan-angan nak jadi SAHM.. :) Okeh, memang nampak macam ala-ala negatif je.. tapi kenapa saya still memilih untuk menjadi SAHM?  Walaupun yep, kadang-kadang saya jadi orang giler kejap, sebab tak leh nak manage well lagi kerja-kerja saya, tapi saya still suka and LOVE this job so much sebabnya:

- Saya boleh bangun lambat sikit. Tiada paksaan dalam bangun pagi. Hehehehehehehe

- Saya tidak perlu menghadap jammed pagi-pagi buta dan petang-petang hari.

- The best part is, Saya sentiasa dengan anak-anak. Pagi petang siang malam. Hehehehhehehe Saya tetap happy sebab dapat saya tengok anak-anak saya membesar depan mata saya. Upah saya adalah kasih sayang anak-anak. Sentiasa di peluk, di cium. Especially si kakak.

Kalau nak kata SAHM ni boleh rileks, takde keje, boleh santai-santai, mungkin belum boleh apply pada saya lagi. Especially ada anak-anak kecik lepas tu tiada helper. Saya still lagi belum manage betul lagi sebabnya kadang2 tunggang langgang gak. heheh Tips yang paling penting adalah time management. Once kita dapat control time management, insyaallah…. Saya still berusaha untuk mencari alternatif lain dan memperbaiki diri. :)

Kalau tengok dari apa yang saya tulis, SAHM ke, FTWM ke, sama je jalan ceritanya. Tiada apa-apa perbezaan sangat kecuali part duduk rumah dan pergi keluar bekerja. Yang penting adalah pilihan masing-masing dan bagaimana setiap seorang itu handle kerja masing-masing. Kat sini, saya pelajari sesuatu.. Time FTWM saya rasakan masa saya tak cukup nak buat itu ini, time SAHM pun saya still rasakan macam tu. Tunggang terbalik, sama je jalan ceritanya.. Sebab tu saya bagi saya time management is the most important thing. Once kita dah master tang tu… Hehhehehheheh Insyaallah….

WAHM? Tunggu part yang seterusnya.

p/s: Time kerja dulu, almost everyday saya boleh update blog. Sekarang? Hehehhehehhehehehe

Luv,

UmmiKA

 

 

Related Posts with Thumbnails