Membeli belah dengan menggunakan hujung jari amat popular di kalangan ibu bapa kerana ia amat menyenangkan dan memudahkan; pelbagai pilihan, harga berpatutan, jimat masa & tenaga. Dengan trend zaman teknologi moden ini, maka lahirlah ClothDNZ (CDNZ) yang mula beroperasi awal tahun 2010. Pemilik butik online ini, Nik Ha yang merupakan Full Time Working Mom(FTWM) yang bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mom(WAHM) telah melihat trend ini satu peluang untuk beliau merealisasikan cita-cita dan impiannya. Bermula dengan minat yang mendalam dalam dunia ‘online shopping’ dan dengan keobsesannya pada keibubapaan alami (natural parenting), iaitu breastfeeding, cloth diapering dan baby wearing maka muncullah ClothDNZ yang membawakan kepada anda pelbagai jenis pilihan produk ‘cloth based’ ; khususnya busana Muslimah untuk ibu dan anak, pakaian bayi berjenama, dan aksesori terkini dan berkualiti dengan harga yang menarik dan berpatutan.
.
Di butik CDNZ ini, terdapat pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan keibubapaan alami (natural parenting) berasaskan kain. Antara yang menarik yang ada di butik CDNZ ini adalah baju menyusu (t-shirt Muslimah dan Abaya), breastfeeding mini-T sticker, koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi, lampin kain moden (cloth diapers dari Lunatots dan Coolababy), tudung dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan cloth based.

Barangan ibu-ibu
CDNZ juga merupakan reseller untuk produk cloth diapers daripada Lunatots dan turut menawarkan pembelian secara borong untuk pakaian muslimah yang ada di butik CDNZ ini. Selain itu, CDNZ,juga menawarkan diskaun 5% dan surprise gift kepada kawan-kawan yang menjadi ahli CDNZ untuk barangan yang terpilih.
Produk terbaru di CDNZ adalah Nursing Abaya dan DIY T Shirt untuk sekeluarga serta kusyen yang boleh dicetak gambar pilihan sendiri , amat sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang
Bagi produk DIY Photo Cushion terdapat promosi Free Postage sehingga 31 Disember 2010.
Ermmm… apa tunggu lagi? Cepat menjamu mata dengan barangan yang ada di butik online ClothDNZ ni. Sambil-sambil cuci mata, boleh la sambar satu dua barang.
Note: ClothDNZ merupakan salah satu daripada penaja untuk Adrini’s 1st Anniversary Contest
Luv,
UmmiKA











Recent Comments