~ Dah Sampai Bamboolite ~

~ Dah Sampai Bamboolite ~

Yeay…. CD Bamboolite saya dah sampai… Ops.. CD Khayra… Hahahhahahaha Actually dah sampai hari selasa, tapi time lunch saya tiada kat rumah. So, semalam baru sempat amik kat pos laju tu. Hari ni dah basuh and esok Khayra dah boleh start pakai… Hehehhehe Sampai-sampai tu Khayra pulak yang excited terlebih. Dia dok membelek2 CD tu dok sepah2 kan. Adehhh…

Time pegang CD tu, wow.. lembutnyer… hehehhe boleh ke nih saya menghandle ni… Insyaallah…. Saya memang tengah mencuba ni… Chaiyok3…. Nanti saya bagi review ek…. Hehehhehehe

Note: Saya sangat busy ketika ini. Hehehhe even saya dah duduk rumah tapi banyak sangat benda nak buat nih… :P Nanti saya update slow2 eh… nak start engine ni.

Luv,

UmmiKA

~ Cloth Diapers – New Evolution ~

~ Cloth Diapers – New Evolution ~

Cloth Diapers..  Apa kena mengena dengan saya? Oh.. Sebenarnya selain daripada breastfeeding anak-anak saya, satu lagi impian saya adalah nak pakaikan anak saya dengan cloth diapers. Hehehhe Saya memang ada cita-cita tu since saya kenal apa itu cloth diapers. To be frank, saya kenal masa masuk blog hanz ( oh, ini bukan bodek ok… :P ) Walaupun cita-cita saya nak pakaikan anak saya dengan cloth diapers ni, saya masih ragu-ragu lagi dengan keupayaan saya dalam mengendalikan cloth diapers ni terutama sekali sewaktu saya bekerja dulu.
Apa itu cloth diapers?
Cloth diapers atau orang lebih senang sebut CD ni, sama fungsi dengan disposal diapers (DD). Yang brand mamy poko, huggies, drypers dan lain-lain. Apa yang membezakan CD dan DD ni adalah CD boleh digunapakai berulang-ulang kali. DD pulak, once dah pakai, kena buang. Dalam erti kata mudah, CD ni ala-ala kain lampin yang dulu-dulu mak kita guna cuma dia di modenkan dan diberi nama lampin kain moden. :)
Setiap CD mempunyai insert untuk membantu dalam menampung pengaliran urin dan tinja daripada anak-anak kita.. :P (Skema tuh.. ) dan insert tu ada pelbagai jenis. Yang saya tau, insert ni ada jenis microfiber, bamboo, hemp dan cotton. Setiap jenis mempunyai kadar penyerapan yang berbeza. Untuk cloth diapers ni, saya tengok dipasaran memang ada banyak jenis. Daripada yang murah hinggala ke yang mahal. Ada daripada babyland, coolababy, lunatots, autumz dan banyak lagi la. Sama seperti DD la. Ada pelbagai jenis dan pelbagai harga. Semua bergantung pada kita untuk pilih nak guna yang mana.
Mula-mula saya ingatkan susah nak basuh CD ni kan. Memikirkan bila dah lepas guna kene terus basuh takut nanti kotoran tu tak hilang. Then kalau rendam pulak takut bertahi lalat. Macam baju-baju kita la kan? Walaubagaimanapun, bila saya baca tentang cloth diapers ni secara details, macam mana cara nak kendalikannya, saya dapati ia agak mudah. Tidakla serumit yang kita sangkakan. Lagipun dengan pelbagai jenis corak membuatkan CD ini sangat unik. Banyak info kita boleh dapat tentang CD ni. Kena rajin cari dan bertanya.
Sejak saya dah memulakan tugas sebagai suri rumah ni, saya dah berkira-kira untuk mencuba menggunakan kain lampin moden ni. Kenapa? Selain daripada membantu dalam memelihara alam sekitar, ( yes, saya akui guna DD memang mencemarkan alam sekitar.. Tapi still saya guna jugak. :( ) ia juga bila kita kira-kira memang amat menjimatkan kos. Hahahhahaha Just imagine, sebulan saya beli DD, dalam average RM 40-RM60, based on pemakaian berapa banyak sehari dan ikut jenama la kan, then kalau1 tahun? Adalah dalam RM650-RM700 kan? Kalau 3 tahun? Saya cakap CD ni murah sebab ia sama macam breastfeed la, kita akan invest banyak hanya pada permulaan. Lepas tu? Anak kedua, ketiga, keempat pun boleh guna lagi kalau dalam keadaan yang baik. Cuma kene ada maintanance la.. Macam beli insert, service pam dan sebagainya.
Oh.. Mesti semua dok fikir ni parents budget nih.. Susu pun tak nak beli, nak kasi free pastu nak guna cloth diapers pulak sebab lebih menjimatkan. Dengan anak pun nak berkira ke? Saya bukanla parents yang berkira dengan anak. Kalau yang saya rasakan berbaloi membelinya, even mainan pun saya memang akan tengok dulu sebelum membelinya. Sebab saya bukanla parents yang kaya raya yang mampu beli apa saja untuk anak. Kenapa saya rasa saya nak beralih ke CD? Selain daripada jadi parents budget nih. :P dan penggunaan DD ni, mencemarkan alam, CD juga merupakan produk yang selamat digunakan kerana tiada bahan kimia seperti dioxin, sodium polyarcalyte(betul ke saya eja nih?) dan tributil-tin (TBT) yang ada dalam DD.
Mula-mula ni honestly, saya rasa macam agak leceh jugak la nak handle CD ni. Khayra buang air besar 2 kali sehari. Pagi and petang. Makanya, lepas je dia poo poo, saya kene terus bersihkan CD tu, jirus dengan air bagai. Kalau setakat buang air kecil tu, bilas-bilas je. Then masukkan dalam baldi kering tunggu untuk di basuh je. Mungkin sebab ni kot orang tak berapa gemar nak guna CD ni sebab kalau tak biasa lagi, kira macam banyak keje la. :P Berbeza dengan menggunakan DD, kotor je, bungkus then buang. Hehehhehehehhe
Khayra dalam percubaan nak pakai seluar. Semua nak buat sendiri… :)
Untuk permulaan ni, saya try guna jenama yang murah je dulu. Saya nak melatih skill saya dalam mengendalikan CD supaya jadi Pro. Ahaks… Pro la sangat kan? Walaupun saya rasa untuk permulaan ni melecehkan, bagi saya ia amat bermakna untuk saya kerana saya memang bercita-cita insyaallah fully CD untuk my next baby. :D Untuk mencapai cita-cita tu, saya perlu mulakan dari sekarang. Membiasakan diri saya dari sekarang.
Ummi… Tengok Khayra pakai apa nih? Hehhehehehheheh
Process bertukar dari menggunakan DD ke CD bagi saya adalah satu perkara yang postif. Menjimatkan ok… hahhahhaha Lagipun, ia membantu alam sekitar tau… Chewah… Cuma, sekarang ni saya belum lagi start untuk fully CD tau. Saya baru lagi dalam dunia ni. Saya dapat rasakan ia akan memberi impact dalam hidup saya, dari pelbagai segi. Cumanya, kalau nak travel eespecially jauh-jauh tu, saya akan fikirkan dulu sama ada akan gunakan CD jugak atau spare je. Untuk kegunaan di rumah pun belum Khatam lagi, dah fikir jauh-jauh.. Hehheheheheh Oh.. buat masa ni, saya masih kekurangan CD lagi ye kawan-kawan. Banyak sangat jenama yang ada, so kena la buat research dan tengok review dari otai-otai kita. Betul tak? :)
Ehemmm… Entry ni sebenarnya untuk join giveaway contest oleh hanz. Yeahhh…. :) Dah alang-alang saya memang nak buat perubahan, why not saya cuba nasib kan? hehehehhehehhe


http://thehoneybunch.blogspot.com/2010/06/new-you-giveaway-by-thehoneybunch.html
(Link-back by the above url)

Hadiah dia pun sangat menarik… Hehheheheh ini adalah link untuk sponsored giveaway nih.

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails