~ Digi Internet Pimp My Day Challenge – Fun Fun Fun ~

~ Digi Internet Pimp My Day Challenge – Fun Fun Fun ~

La Dolce Momma! La Dolce Momma! Kami datang,
Membantu yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, La Dolce Momma! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!

Wonder pets versi la dolce momma

Sekali lagi, saya menulis tentang DiGi Internet. Boringkan asyik cerita benda yang sama tetapi tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menyertai DiGi Internet Pimp My Day Final Challenge blog contest sebagai individu. Saya ingatkan dah sampai tarikh tutup dia. Rupanya, petang semalam saya dapat emel dari nuffnang, bagitahu tarikh tutup contest ini adalah pada hari Khamis ini sebelum pukul 12am. Apa lagi, berdesup.. ( cehhh.. ) saya menulis entry ini. Sape tak nak hadiah laptop? Kalau tak nak, meh bagi kat saya.. :D

Haaaa.. Mesti ramai yang tertanya apa yang saya tulis kat atas sekali tu. Agak-agak kawan-kawan dapat agak tak apa yang saya tulis kat atas tu? Yeessssssssssss… Itulah lirik lagu wonder pets dalam bahasa melayu setelah diolah sedikit oleh saya. :) Kenapa saya letak lirik lagu tu? Yeessssssssssssss… saya nak tekankan betapa pentingnya kerjasama dalam apa jua yang kita lakukan bila kita berada dalam kumpulan. Ini la first impression saya tentang Digi Internet challenge ini bila diorang habis briefing hari itu.

Tak best la kan kalau citer part penghujung je.. Awal-awalnya mana? :P Pukul 1230pm macam tu, saya dah sampai di One Utama. Hehhe gila semangat tu nak masuk DiGi challenge nih. Saya datang dengan abang dan Khayra. Lagi semangat tu datang bawak anak. Hahhahaha Rasa saya, saya sorang je kot datang bawak anak sampai bawak stroller la kat Mardi Gras tu. Farah pun bawak farell gak, tapi farell takde sama-sama dengan kami. Inilah semangat namanya.. Semangat La Dolce Momma.. Momma boleh. Aummm Aummm.. :P Oh.. sekali lagi, saya perkenalkan ahli kumpulan dalam kumpulan La Dolce Momma ni. Kak Ros, Lyna, Farah dan saya. Semua mummy-mummy yang manis-manis gitu.. :)

Pukul 230pm, lepas solat dan lunch, saya dah ada kat Mardi Gras. Oh, kalau nak tahu la kan, baju yang saya pakai hari tu, adalah baju yang saya baru beli hari tu jugak. Semata-mata nak pakai baju kuning untuk dapatkan extra mark. :D Saya ada baju kuning, tapi macam tak sesuai la pulak plus, baju tu kecik. Harus pakai kat bilik je la kot. Hahahhaha Jadi, double extra semangat dah tu sampai beli baju baru… ( alasan sebenarnya nak dapat baju baru… Hahahhahahha )

Masa daftar team kat urusetia, kami di beri DiGi modem yang cute comei lote untuk digunakan dalam event ini. Serius comei.. Nasib saya takde gambar modem tu. Kalau tak harus saya tempek kat sini. Time tu, tak ramai lagi team yang datang. Masa saya sensorang dengan stroller, Khayra dan abang, saya perasan orang pandang-pandang gak la. Mungkin wonder, saya ni contestant ke supporter. Hehehhe Team-team lain satu-satu saya perhatikan. Mostly memang saya tak kenal la.. Saya kan baru lagi dalam dunia event para blogger nih. Memang dahsyat la semangat diorang tu… Ada yang pakai poom poom sebagai costume, ada yang cat muka, ada yang siap print baju sama lagi untuk 1 team dan ada yang siap pakai topeng lagi. Kami? hehehe kami ada sticker La Dolce Momma, kak ros print, lepas tu lekat kat lengan.

la dolce momma digi internet pimp my dayNampak tak kat lengan kiri saya ada something tertempek? Haa.. tu la sticker kami. :)

Ok. Cut it short. Lepas dengar separuh dari briefing tu, mula-mula saya agak blur jugak la. Apa yang kami tahu, kami boleh pilih mana-mana pitstop yang kami nak tuju dulu. Tak perlu ikut urutan. Apa tasks dia? Still blur. Disebabkan KERJA~SAMA, dan IQ yang tinggi kami redah sahaja ke pit stop yang perlu kami lawati. Mula-mula sekali, kami sampai di celebrity fitness. Bila dengar kena beratur, tunggu 3 team lain habiskan challenge, kitorang semua decide untuk ke pit stop yang lain. Masa ni la, saya dapati, digi challenge ini ala-ala amazing race. Nasib baik ada expertise One Utama, Farah. Kalau tak mungkin lama gak la nak ke tempat yang dicari. Akhirnya, pit stop pertama kami adalah:

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with It’s a Hit! Batting Cages ~ It’s Home Run ( Digi Internet, average the speed. )

Ini seriusss…. Wonder pets versi la dolce momma

Yeess… Kami kena pukul bola yang keluar dari mesin itu. Tak pernah seumur hidup saya, main baseball lagi. Inila pertama kali. Adala time zaman kecik-kecik dulu, main rounders, tapi still tak sama dengan baseball nih. Setiap peserta diberi peluang untuk pukul 15 kali. Saya? 2 out of 15. Not bad la kan for first timer macam saya. Hahhahahhaha Tu pun, saya baru dapat rentak, tengok-tengok dah habis 15 bola. Sedey ok. Apa yang saya belajar dari sini adalah fokus untuk sasaran yang tepat. Sebab masa awal-awal tu saya memang tak fokus sangat pada bola. Lebih memikirkan macam mana nak pukul bola. :)

digi internet batting cageSaya boleh jadi model baseball nih.. Ahaks… Sila muntah

Haa.. kalau sesiapa yang nak cuba pukul-pukul bola nih, bolehla datang kat upper roof new wing. Nak main, of coursela kena bayar kan. Untuk 1 token, (15 bola ) kurang daripada RM10. Kalau sesiapa nak release tension, rasa nak lempang-lempang orang ke, boleh la ke sini untuk meneutralkannya balik. :P

digi internet pimp my day batting cagesSaya yang sedang ready sambil membayangkan nak lempang orang.. eh.. membayangkan bola ok… :P

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with QuickSilver~ Super Model You (Digi Internet Surf For Teens)

digi internet student

Ini serius…. Wonder pets versi la dolce momma

Daripada tagline yang ada kat board kami, “ Super model you ” dah dapat agak, mesti beraksi seperti model. Tekaan La Dolce Momma yang tinggi IQ ini memang mengena. Kami kena menggayakan pakaian dari Quicksilver dan kemudian postkan gambar tu di FaceBook. Apa yang penting kat sini, kena yakin dan cepat. Sebab tick tock tick tock. Semua tu diambil kira.. Selain tu kena la creative kam dalam memberikan pose.  Ala-ala duta Quicksilver gitu. Amacam? Ada gaya model tak?

digi internet pimp my day quicksilver

Hah.. amacam dengan gaya ni? ada berani?

Digi internet with quicksilverKami tak besar, Dan kami tak kuat, Bila Bekerjasama semua jadi mudah.

Ok.. kat kedai ni, ada jual macam-macam jenis baju. Quicksilver.. korang rasa apa jenis baju yang dijual kat sini? Saya mula-mula ingatkan baju yang di jual di butik ini, ala-ala kearah sporty la kan macam T-shirt, jeans.. sekalinya dress labuh, dress pendek, topi ala-ala model semua ada jual. Mata tu mula kenyit-kenyit kat baju-baju tu. Baju-baju kat situ pun seolah-olah menggamit-gamit je.. Hahahhahahha

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with DiGiMusic ~ One O’clock, Two o’clock, Three O’clock Rock! ( Digi Internet Provide FREE UNLIMITED Song Download )


Ini serius… Wonder pets versi la dolce momma

Kemudian, kami bergegas ke Digi pulak. ( gegasla sangat.. :P ) Sampai-sampai sana, tunggu turn sekejap. Kami pun tunggu la sekejap. Kami dah decide, kalau kena tunggu sekejap, better kami tunggu je dari membuang masa ke tempat lain, then patah balik. Sekejap je pun tunggu, terus turn kami. Kat sini, kami disuruh untuk melayari http://music2.digi.com.my/  dan kemudian mencipta satu playlist dan letakkan mana-mana lagu dari Lady Gaga dan Akon. So simple task ni. Dengan kelajuan broadband yang maksima, kami dengan kacangnya menyudahkan task ini. Apa yang penting?? Kerja~sama.

digi internet free unlimited download

Oh.. dalam link url yang kat atas tu, banyak lagu-lagu yang boleh kita dengar based on playlist kita sendiri. Kalau ada masa, registered dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan. ;))

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Swatch ~ Light, Camera, Action! (Digi Internet Speed Saves TIME )

digi internet average speed

Ini serius.. Wonder pets versi la dolce momma

Bila sampai kat kedai ni, kami kena buat simple video dalam masa 30 saat berkaitan dengan digi dan swatch. Lyna mencadangkan supaya buat satu video yang mengaitkan antara digi dan jam. Apa yang kami cuba sampaikan “ Digi sangat pantas capaiannya. Tidak membuang banyak Masa (jam swatch). Okeh, saya memang tak reti ok bab-bab berlakon ni. Sebab tu Afdlin Sauki pun tak rela nak amik saya berlakon dalam filem dia. Hancus… Tapi sebabkan kerja~sama, saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik.

digi internet swatchGambar je la ye.. Video susahla nk upload.. :D

Ini serius.. Wonder pets versi la dolce momma

Betul, video yang kami amik untuk 30 saat tu sangat sempoi. Walaupun saya cuma suara latar, tapi ok what.. Cerita meet the robinson pun guna suara latar.. ( apa kena mengena nih? hahhahahha ) Video yang kami amik  takde cut cut..Sekali jalan terus. Tak percaya saya.. Rugi la Afdlin Sauki tak nampak bakat saya dan kawan-kawan saya. Hahhahahhahha Inila act fast namanya.. :P

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with NOKIA Studio ~ Now, the net lives on your phone! ( Digi will always be with you )

Ini serius… Wonder pets versi la dolce momma

Kat sini, kami disuruh menonton satu video pendek. Ala.. dalam tv ada tunjuk. Orang dalam kotak.. ada tunjuk yahoo!, you tube, twitter dengan lagu yang sedap telinga mendengarnya tu. Kat penghujung video tu, ada banyak number yang represent the answer. Tak sampai 1 minit pun, kami dah dapat solve kan puzzles tu dengan menggunakan dictionary dalam handphone. Very easy peasy. Broadband Done Right is the answer. Hoyeah…

digi internet nokiaSedang khusyuk menyelesaikan puzzles

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Rainforest – Bulls Eye ( Digi consistency is the best )

Ini serius… Wonder pets versi la dolce momma

Hehhehehe mula-mula ingatkan main dart ke memanah ke.. Kata bull’s eyes kan.. rupa-rupanya menyumpit. Ambik ko.. seumur hidup tak penah sumpit. Semput gak.. kitorang diberi peluang 3 kali je.. Hahhahaha sumpitan pertama je mengena.. sumpitan seterusnya.. kat bahagian luar je la layak… Ahahahhahahha Konsistensi dan fokus juga penting untuk kita dapatkan full mark. Kalau kita fokus dalam apa jua benda yang kita buat, insyaallah boleh berjaya.

digi internet bull eyesSaya yang sedang memikir boleh ke saya menyumpit nih.. :)

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Celebrity Fitness ~ Average Likely Speed ( Digi Speedo - average of the Speed )

digi internet average speed

Ini serius.. Wonder pets versi la dolce momma

Ye.. Kami kembali ke celebrity fitness. Walaupun dah dekat pukul 6 masa tu, kami tetap nak teruskan perjuangan hingga titisan akhir. Chewahh… Just imagine, 800 meter. Aduii.. time tu saya dok fikir, boleh ke saya buat? Boleh ke saya habiskan task ni. Sebabnya… Dah lama gilerrrrr saya tak berjoging ok.. Stamina pun rasanya takat buku lali je.. huhuh Tapi berbekalkan semangat juang yang tinggi ( sila muntah ok.. :P ) saya mampu menghabiskan task itu dengan jayanya. Time tu heart beat saya dah cecah 196.. Terkejut tengok, terus slow down balik. Saya ngelat lepaskan tangan dari detector tu. :D

Habiskan sedaya mungkin

Habis je saya dengan task ni, saya rasa lega sangat. Tak percaya pun ada sebab saya berjaya menghabiskan task tu. Walau penat macam mana pun, bila dah ada target, kita akan push diri kita to the limit. Tak percaya ok.. Hahhahhahahha Keazaman dan kehendak sangat penting untuk kita lebih berjaya. Kalau takde keazaman, takkan saya boleh push diri saya to the limit untuk menghabiskan cabaran ni kan?

Okeh.. sesiapa yang nak kuruskan badan, sila ke celebrity fitness ini. Ada macam-macam peralatan yang mereka sediakan. Kenapa kawan-kawan rasa Digi memilih celebrity fitness dan meminta kami berlari 800m? Ehehhehehe pada saya, kelajuan digi seperti yang ingin digambarkan dari larian kami. Average the speed.. :P

DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Mardi Gras ~ So You Think You Can Dance?

Last but not least, sebenarnya, inilah pit stop yang kami tak sempat nak buat. Sebabnya, dia ada masa. Dari pukul 415-530 sahaja. Memang kami terlepas, tapi bila tengok challenge, dalam hati ni dok fikir, nasib baik tak buat.. Hahahhah Tak sanggup saya nak tgk video saya menari.. Ekekekkekekkekeek

Pukul 6.15pm kami sampai di Mardi Gras. Amik nafas panjang-panjang. Rileks dan bertenang. Majlis sampai malam, tapi kami memilih untuk pulang awal sebab al-maklumla, masing-masing mempunyai keluarga.

Khayra @ mardi grasSaya berusaha cari gambar Khayra hari tu.. Akhirnya jumpa yang ni je.. Gambar dengan saya takde.. :(

Apa pengalaman saya dapat hari tu sangat berharga. Saya belajar pentingnya kerjasama dan time management dalam cabaran ini. :) Kiranya dah lepas la idaman saya yang kononnya teringin nak masuk amazing race asia tu ha.. Tapi bila tengok stamina pun ala-ala aras buku lali, haruslah kuatkan stamina dulu ye.. Jangankan amazing race, explore race pun tak layak kot.. :D

I really have an amazing days and enjoyable day. Its so much fun fun and fun. Thanks to Digi, nuffnang, time solution dan semua sponsors  Digi Internet Pimp My Day challenge pada hari itu. Saya memang penat dan letih.. tapi apa yang saya dapat pada hari itu, memang memorable. Apa yang penting? Kerjasama… Apa yang penting? Kerjasama..

Digi Internet Pimp My Day Challenge

Digi Internet Pimp My Day Challenge Fun FUn FUn

Plan dan package yang ditawarkan oleh digi.

digi internet pimp my day challenge fun fun funGambar yang sempat saya snap.. :)

Luv,

UmmiKhayra

~ MomBloggersPlanet Cutest Baby SMILING Contest ~

~ MomBloggersPlanet Cutest Baby SMILING Contest ~

Ini merupakan contest yang terakhir dianjurkan oleh MBP untuk MBP’s Cutest baby photo contest. Tema penutup contest MBP ni adalah “Cutest Baby SMILING” . Inila gambar yang saya pertaruhkan… :)

khayrancat

Khayra senyum

Nama : Khayra Amirah Khairul Adha

DOB : 25 Aug 2008

Khayra nak tau kenapa ummi suka tengok Khayra senyum? :)

  • Of course most of the time ummi sukatengok Khayra senyum dan happy. Bila tengok Khayra sedang tersenyum ni, memang membuatkan ummi terasa aman and tenang je… :)
  • Bila tengok Khayra galak tersenyum, ummi yang dalam keadaan penat pun hilang segala penat tu.. Rasa bertenaga balik je.. Rasa fresh semula.
  • Bila tengok Khayra senyum, hati ummi ni rasa nak cubit-cubit je pipi tu.. geram ok… rasa nak cium-cium je pipi tu… Geram sangat kat Khayra kalau Khayra senyum.
  • Dan yang penting sekali, bila tengok Khayra senyum, ummi tau Khayra dalam keadaan yang terbaik. Sebab kalau Khayra senyum, happy maksudnya Khayra kenyang, Khayra tak sakit, Khayra selesa, Khayra rasa selamat, Khayra rasa comfortable, Khayra rasa fantastic. :D Dengan senyuman je yang boleh bagitau ummi yang anak ummi ni sihat, kenyang dsbnya. Kalau menangis? Mesti ada yang tak kena. :)
  • Apa lagi ek? Kalau Khayra senyum bisa bikin ummi tak nak pegi keja.. Nak duduk rumah je dengan Khayra. Hahahhahhaha  Secara tak langsung, ia membantu memberikan ummi semangat untuk berusaha lebih keras lagi untuk capai impian ummi untuk duduk rumah.. :)
  • Kalau Khayra senyum jugak, kasi ummi kekuatan untuk pegi kerja untuk bantu abah cari nafkah dalam membesarkan Khayra.

Jadi, Khayra kena sentiasa senyummmmmmmmmmm je sepanjang masa tau…. Ekekkekeke ( ada jugak nanti cakap anak saya ni tak de perasaan. Asyik senyum je… Hahahhahha ).. Itu apa yang saya rasa dan saya percaya, mesti ramai mama mama, ummi ummi, ibu ibu or senang cakap all mothers akan rasa benda yang sama kan? Hehehhehehe

Selain itu, senyuman juga ada rahsia-rahsia dia. Ini saya dapat dari SINI. Apa rahsia dia?

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. ( awet muda bak kata orang dulu-dulu.. :D )
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. ( Ni kes kasi semangat kat kita la nih kalau kita senyum, anak pun senyum… )
  3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. ( Patutla kalau berkerut buat lagi penat… hehehhe )
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. ( Tengok anak senyum pun dah buat happy and selesa, apa lagi kalau kita pun senyum kan? )
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. ( Wahh… ni senaman terbaik untuk orang yang malas bersenam macam saya… )
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. ( Sebab tu saya sayang Khayra sebab membantu saya agar tidak stress.. )
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. ( ohh… senyum pun stress jugak ek.. Tp stress baik la… )
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. ( Khayra banyak-banyak senyum ye… boleh tolong ummi untuk elakkan sakit jantung :D )
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. ( yes… saya setuju.. senyum boleh sejukkan hati.. tgk Khayra senyum pun sama… )

Hehehe itu berdasarkan kajian-kajian. Selain daripada eksperimen2 menunjukkan rahsia senyuman itu, kita juga tau dengan tersenyum, boleh membuatkan kita namapk lebih menarik dan mudah untuk orang nak berkawan. Cuba kalau muka masam? :) Selain itu juga, senyum boleh mengurangkan stress dan mengubah mood kita. Senyum juga boleh buat orang lain turut tersenyum dan gembira. Senyum tu kan sedekah… Jadi,  ” Smile Always No Matter What”. (Tapi kadang-kadang saya tak mampu jugak senyum sentiasa.. heheheehehe )

Okeh akhir sekali…

Ini la penaja

MBP Contest

dan penganjur untuk contest ini. :)

luv,

UmmiKhayra

~ Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 ~

This entry obviously for  joining contest’s SitiSifir  Supernova share out space.

~ Contest Anak Dara Ku Bertocang ~

Syarat contest :

  • Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir’s Supernova Share-Out Space. (Pijah!! Cerewet nya ngko nih!!!) - DONE -
  • Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2. - DONE -
  • Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu. - CHECK - Khayra baru 1 tahun 2 bulan… :D
  • Letakkan banner di sidebar…(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan…ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek…) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P -DONE-
  • Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda. - DONE -
  • Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
  • Hehhehehe Okeh, Inilah gambar yang dipertaruhkan. :)


    Khayra AMirah Khairul Adha

    1 Tahun 2 Bulan ( 25 Aug 2008 )

    Masa ni kenduri di rumah sepupu saya. And Khayra is one of the flower’s girl that day. Amacam? Cute tak saya auntie? :D

    Related Posts with Thumbnails