~ Stay At Home Mother vs Work At Home Mother vs Full Time Working Mother ~

;-) Salam sayang semua… Ada tak yang merindui saya? :D Sejak-sejak masuk tahun baru ni, dan sejak-sejak anak dah bertambah ni, aktiviti blogging saya berkurangan sedikit. Entah kenapa, ketajaman akal fikiran dalam mengarang entry sangatla tumpul (adakah sebab duduk rumah? Hahahahha tidak….) Yang pasti kekangan masa sekarang dalam menghadap blog, membuatkan blog ini sepi tanpa bicara.. hahahhahaha ( okeh, entry ni ntah berapa lama dah dalam draft saya… :P)

Mungkin tak ramai yang tahu, saya sekarang dah official menjawat jawatan Stay At Home Mum (SAHM) merangkap Work At Home Mum(WAHM). Jawatan saya yang dulu sebagai Full Time Working Mother dah lama saya lepaskan. Kenapa saya lepas kan? Rasanya, mesti sama je dengan jawapan mana-mana ibu-ibu yang bekerja.. Nak jaga anak sendiri.. Nak bersama anak.. Nak luangkan masa dan nak anak membesar depan mata. Lain? Nak jaga makan minum suami.. urus rumah tangga dengan lebih efisien.. dan lagi satu, nak buat business sendiri…

Berbalik kepada stay at home mother vs work at home mother vs full time working mother, rasanya saya ni dah lalui 3 fasa peralihan tu.. :) Yep, saya pernah jadi FTWM, dan sekarang menjadi WAHM yang secara tidak langsung menjadi SAHM.

Full Time Working Mother (FTWM)

Bila saya jadi FTWM ni? Masa saya dapat anak pertama, saya masih bekerja. Rasanya rata-rata mummy’s sekarang ni memang berkerjaya.. Ye tak? Masa awal-awal dapat anak ni, wahhhh beratnya rasa hati nak tinggalkan anak kat nurseri. Time tu memang doa dan tawakal je yang mengiring anak.. Nak-nak banyak kes-kes yang agak menakutkan. Time tu, my mum advice, doa dan tawakal je, kita bekerja untuk membantu husband dan untuk anak-anak jugak. Pegi kerja dengan sentiasa mendoakan anak-anak.. Insyaallah, Allah tu ada untuk melindungi. :)

Walaupun hati kita ni asyik teringat je kat anak-anak, sebagai FTWM ni, bagi saya ada jugak kebaikannya. Antaranya:

  1. Kita ada masa untuk diri sendiri. Kenapa saya cakap  macam tu? Bila kita bekerja, kita keluar dari rumah, bersama kawan-kawan office, kita tidak terikat dengan kerja-kerja rumah, macam membasuh baju, lipat baju, kemas rumah dan lain2. Anak pun tinggal kat nursery, (cuma asyik duk fikir anak ok ke tak je la kan… hehehehhe ). Jadi kerja-kerja yang kita buat tu, lebih fokus.
  2. Of course la kalau kita kerja, kita akan ada gaji. Pendapatan pun lebih. Boleh digunakan untuk membantu suami.. dan kita pun boleh la guna untuk membeli belah barang yang rasa-rasa agak berkenan.. :P ( Membantu suami adalah tujuan kenapa perempuan bekerja… Kena tahu apa tujuan kita untuk kerja.. :) )
  3. Dapat jumpa ramai orang.
  4. Kerja-kerja rumah? Time ni, kalau bilik sepah sikit ke, baju menimbun ke ( sbb tunguu ujung minggu je basuh,… takpun saya basuh malam-malam, sidai bawah kipas.. ) otak tidakla stress sangat.. Hal kerja pun, saya memang kalau dah kat rumah, even boss suruh tgk2 coding-coding sikit, mentelaah sikit, takkan ku buat la.. Hahahhahaha Jadi bila balik dari kerja memang fokus ke arah family sahaja.
  5. Kita dapat fokus kerja, dapat fokus family/rumah.
  6. Dapat update blog setiap hari.. Hahahahhaha ( ni time rehat je ye… bukan masa bekerja… :P )

Apa yang menjadi kekurangan dan rasa tak best bagi saya bila saya menjadi FTWM ni antaranya:

  1. Kena tinggalkan anak dengan orang lain sewaktu kita bekerja. Kadang-kadang akan rasa terkilan sebab tak dapat tengok perkembangan anak nak-nak  masa mula-mula beralih fasa. Nak jadi orang pertama la kiranya nak tengok semua tu. Especially anak pertama. Sangat teruja kan? :)
  2. Masa dengan anak sangat terhad. Nak-nak kalau kerja macam saya, balik tak tentu masa. Especially time projek. Pukul 12 malam pun pernah balik. Bilanya nak main dengan anak? Nak-nak anak-anak saya ni jenis tidur awal malam, bangun pagi esoknya. Sudahnya, sampai rumah je, anak dah tidur.. Nak main cemana? SUngguh tak best…
  3. Bila dah rasa gitu kan, kehendak dan keinginan untuk duduk rumah memang sangat tinggi la… Hehhhehehe
  4. Nak-nak kalau breastfeeding anak pulak. Challenge dia sangat besar. Macam mana nak maintain kan susu.. Nak kumpul stok susu.. Nak kena pump.. Dan macam-macam lagi la yang perlu di lakukan untuk memastikan kita beri yang terbaik untuk anak-anak. Yela, dah la masa bersama tu kurang dengan anak kan, jadi susu kita la jadi pengikatnya… :)
  5. Terasa macam tak cukup masa je nak buat semua kerja-kerja rumah. :) Rutin harian saya, pagi bangun, siapkan barang apa yang patut, pergi kerja dengan husband, balik petang, main-main kejap dengan anak,  masak makan malam, then prepare makanan untuk anak esok hari.. Dok ulang-ulang time weekdays benda yang sama. Masa hujung minggu baru basuh baju.. basuh toilet.. kemas-kemas apa yang patut.
  6. Time saya jadi FTWM ni, saya start online business saya sikit-sikit. Jadi, kekangan masa untuk fokus online business pun susah sikit. Nak-nak dalam business yang saya buat sekarang ni. Sebab saya start dari awal.. Nak membina jenama sendiri.. Nak buat design sendiri.. Nak jahit dan hasilkan sendiri ( team Adrini’s). So, dalam mencari material dan segala macam benda, cuma boleh buat time weekends je..

Cukupla kot ni dulu.. Ikutkan banyak lagi list-list dia.. ( Untuk pengetahuan ye, list ni yang saya rasakan masa saya jadi FTWM dulu tau.. Bukan sudut pandangan sekarang.. Hehhehehehhe )

Sebab kan ada business dan cita-cita sendiri, disamping niat nak jaga anak sendiri membuatkan semangat dan cita-cita saya nak berhenti kerja makan gaji sangatla tinggi. Saya rasa, kebanyakkan mothers yang FTWM, mesti ada perasaan ni kan? Especially berhenti sebab nak jaga anak sendiri. Macam saya, kalau nak berhenti kerja, saya mesti kena buat something. Tak nak la just duduk rumah je.. ( fikiran ketika itu.. :P ) Sebab tu jugakla, platform Adrini’s yang saya dan suami usahakan menjadi target kami untuk membesar. :)

Persoalannya, senang ke nak jadi SAHM/WAHM ni?

Saya ada tulis satu ENTRY kat sini, pasal cabaran yang bakal saya hadapi bila saya memilih untuk menjadi SAHM merangkap WAHM ni. Adalah beberapa persoalan yang saya timbulkan.

  1. Macam mana nak cope dengaan tugas dan rutin harian sambil buat kerja.
  2. Nak handle anak pulak macam mana gayanya. Siapkan sarapan, lunch, dinner.. Sebab time jadi FTWM, benda tu siapkan malam then bagi kat pengasuh untuk jaga.
  3. Boleh ke handle kerja-kerja sekali dengan anak-anak. Sebab dulu, time jadi FTWM, kerja adalah masa kerja. tak campur dengan anak. So kita lebih fokus.

Masa saya tulis entry tu, ada seorang pembaca tu, Hida, memberi komen.

Sometimes will makes u feel crazy, becoz u hav no way to run. macam u cakap, bila kerja pejabat, pergi pejabat boleh lari kejap dari kerja rumah, lari kejap dari masalah anak merengek, merajuk, mengada-ngada. Tapi bila stay at home/ work at home, semua depan mata. jam tu lah anak mengamuk nak makan, jam tu lah air tumpah, jam tu lah tengah layan customer punya YM, jam tu jugak la nak terkencing (serius!). i was ‘work at home mom’ for 2 years, since my baby born. i stay at home since i married. Now, i work with my husband, at office. i choose to stay at office, because staying at home drive me crazy @_@. lagipon anak dah 2 tahun, dah boleh hantar daycare. i said crazy becoz, bile u stay at home, lingkungan kawan u kurang. u akan kurang bersosial berbanding masa u kerja dulu, of corse lah dulu ade officemate nak borak2 semua. then, u stay alone, u buat keja alone. bila u marah/ geram dengan anak, u kena handle emosi u sendiri. And, you also have to prepare dengan cakap2 orang, “belajar tinggi2, or gaji/ jawatan tinggi, kerja dah elok, nape berenti??” dan juga dengan minded orang yang pikir stay at home itu adalah Housewife. housewife itu BODOH. ade ye orang bengong begitu. i cakap dari my own experience. u hav to be very strong to become work at home mom. trust me. prepare urself. and good luck girl….

Ni based on her experience… Tu pendapat dia dan masing-masing ada pendapat masing-masin kan? hihihihi Takut dgr komen dia? Untuk komen ni saya hagainya sebab dia membuka minda saya jugak time tu.. Posibilities yang boleh terjadi. Dan saya suka jugak komen dari Ummi Musa ni.

WAHM dari barat organise playgroups, outings. etc dgn mak2 lain. Kita pulak sbg org islam, blh buat usrah mak2, dan lain2. to me, I strongly believe in my principles; org cakap pasal dia ada principle/pendapat lain. mmg tak di nafikan tiap2 org ada pdpt masing2 based on didikan, pendidikan, etc. Dulu masa saya tgh bljr, saya pernah ckp kat sorg lecturer, “susah2 je saya bljr ni, nanti duduk kat dapur je, kat rmh, jaga anak” lecturer saya jawab….”An educated mother is different from an uneducated mom”. dan so far, betuuuuuuuuuul sangat. walaupun saya tgk ada ibu2 yg tak sambung bljr, tetapi mereka terus ‘bljr’ secara sendiri, personaliti, mentaliti, outlook dan behaviour mereka LAIN dari ibu2 yg ‘malas’ bljr. samada kita lonely ke tak dan lain2 consequences jadi WAHM ni bergantung pd diri kita sendiri. percaya x kalau saya cakap yg ada mak2 yg tak kerja pun hantar anak ke taska? betul, pasal depa sibuk pergi kelas, berpersatuan, etc. Untuk saya, kita pilih lah pilihan2 yg sederhana yg sesuai utk diri kita, secara bertahap2….wallahua’lam

Dan ini adalah komen saya tika saya blm bergelar WAHM/SAHM lagi… :P

betul2… memasing ada pendapat dan pilihan masing-masing. bab macam mana nak handle anak tu part yang boleh ke saya buat..  macam hida cakap tu la, saya terfikir, tiba-tiba tgh buat kerja time tu la meragam, time tu la merengek. Yang dapat saya fikir, kene ajar diorang yang kita sedang kerja and try to disiplin kan diorang. How? tu yang nak kene belajar..  Bab lingkungan kawan yang kurang lak, saya setuju dengan UM. Tak semestinya kalau kita duduk rumah, lingkungan sosial kita kurang sebab sekarang punya teknologi dah semakin maju. ramai mak-mak yang di rumah ni bersosial di alam maya pulak. Selain tu, boleh join2 persatuan macam UM cakap tu, cuma hehehhe tu la, saya ni lak jenis yang maluuuu… waaaaaa… kene lihat macam mana nanti.. Insyaallah perlahan-perlahan perlu suaikan diri…

Haaa… itu dia….. komen saya tika saya bergelar FTWM. Time ni, kita tak tahu macam mana consequence dan apa yang bakal kita hadapi. :)

Stay At Home Mother/ Work At Home Mother

Jadi masa saya memilih untuk bergelar SAHM merangkap WAHM ni, pada awalnya…………………………………………………………………………………………………………………………….

Ok, saya sambung next entry la ye.. panjang benor.. :P Tungguuuu……

Nota: Kawan-kawan pulak, macam mana? sape yang belum jadi, mahupun yang dah jadi, boleh share tak peralihan fasa tu? :) Nanti boleh kita tukar2 pndapat dan pandangan… :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Charity Bazaar @ KLCC ~

~ Charity Bazaar @ KLCC ~

Salam kawan-kawan semua… Selepas sharing-sharing dengan sarakids di baby junior fair pada 14 – 16 januari lepas, kali ni, Adrini’s akan berada di KLCC selama 1 hari sahaja tau untuk  HYPE CHARITY BAZAAR 2011 yang akan diadakan pada 28 Januari 2011, 9 pagi sampai 830 malam kat Twin Tower Fitness Centre (TTFC),… Jumaat ni je… So, sesiapa yang ada di sekitar KLCC, atau di KLCC, boleh la datang menjengah.. Sambil-sambil buat charity… :)

Petronas Charity Bazaar

Tengok ada nama sape lagi kat sana? Hehehhe yeeee… Bling Lustre and team pun bakal ada di sana juga… So, apa lagi kawan2… block ur date and come to see us.. :) See ya…..

Nota: Minggu ni memang mode busy lagi… alhamdulillah… :)

Nota: Untuk pemenang Adrini’s Anniversary Contest, nantikan hadiah-hadiah kalian ye… Untuk peserta, nantikan emel kalian pulak… ;)

Luv,

UmmiKA

~ Breastfeeeding in Public – How Do You Feel About It? ~

~ Breastfeeeding in Public – How Do You Feel About It? ~

Situasi 1:

Sejak mula mengandung, Julia memang berniat untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti sepenuhnya dengan susu ibu. Tambahan pula, Julia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Walaubagaimanapun, selepas habis waktu berpantang, Julia dapati sangat susah untuk menyusukan anaknya ketika berjalan-jalan. Oleh itu, Julia ambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada anaknya tiap kali Julia berjalan-jalan.

Situasi 2:

Janice merupakan seorang ibu yang berkerjaya dan memilih untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja. Walaubagaimanapun, Janice menghadapi masalah untuk menyusukan anaknya in public. Janice tidak tahu bagaimana dan berasa malu bila dia ingin menyusukan anaknya in public. Oleh itu, Janice memilih untuk lebihkan masa di rumah daripada keluar untuk berjumpa saudara, kawan dan juga berjalan-jalan. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa Janice yang tidak menyokong anaknya memilih untuk menyusukan anaknya, menyarankan Janice supaya memberi susu formula sahaja kerana lebih mudah untuk ke mana-mana.

Situation 3:

Issabella sangat suka menyusukan anaknya. Ke mana jua Isabella pergi, Isabella sangat senang hati kerana tidak perlu membawa apa-apa yang berkaitan dengan susu, air panas dan sebagainya. Bagi isabella, breastfeeding adalah menyeronokkan walaupun in public. Ini kerana, Isabella sudah bersedia dah tahu bagaimana untuk handle situasi semasa di public area.

Jadi, which situation are you in? :)

Breastfeeding in public tends to be a big problem, terutamanya untuk first time mothers. Every mother has her own comfort level about breastfeeding in public.Bukan semua orang ada perasaan easy atau comfortable bila breastfeed anak mereka di khalayak ramai. Ada yang memilih untuk memberi anak mereka susu formula bila keluar berjalan-jalan dan ada juga yang bersedia dengan susu perahan masing-masing.

Saya mula menyusukan Khayra in public masa saya dah dalam pantang 38 hari. Hehehehe Time tu hari raya kan, of course la keluar dah walaupun belum cukup 40 hari. Hehehehhehe Sampaila sekarang, Khayra dah 2 tahun lebih and Adyan pula baru berusia 17 hari saya dah jadi biasa. Personally, saya tidak pernah letak blanket bila saya menyusukan anak saya walaupun ada ibu-ibu yang comfortable dengan cara tu. Sebabnya saya rasakan ia lebih mudah menarik perhatian orang. Untuk saya, cukup sekadar loose blouse atau baju menyusu saya, tudung dan anak saya akan buat saya tertutup dan terpelihara. :P

Actually, I have to admit that I also fell embarrass the first time I breastfed my daughter in public. Percayala.. tiada siapa pun yang akan terus ada kekuatan dan keberanian atau perasaan yang easy bila breastfeeding in public ni. Ia memerlukan latihan dan pengalaman untuk berasa comfortable dan yakin dengan diri sendiri. Nasib saya baik sebab di awal kegiatan saya.. :P, saya cuma perlu berdepan dengan keluarga saya sahaja. Makcik, pakcik, sepupu sepapat, cucu, cicit dan lain-lain. Al-maklumla, time tu time raya kan.. Sape lagi yang kita jumpa? Hehehhehehhe Other than that, abang sentiasa ada di sebelah saya untuk menyokong saya. Abang la yang pesan, jangan segan and buat tak tahu je sebabnya bila kita buat menggelabah or buat macam serba tak kena, lagi la orang nak tahu and perasan. Memang betul, sebab awal-awal tu, takde siapa pun perasan saya breastfeed Khayra sampaila diorang duduk dengan saya. Sebabnya? saya buat senyap-senyap je.. :P

Lepas tu, kitorang start untuk berjalan-jalan ke shopping mall. Yep, untuk permulaan tu, saya memang sangat particular dalam memilih mana satu shopping mall yang kitorang akan pergi. Saya akan pilih mall yang ada menyediakan bilik khas untuk breastfeeding mothers seperti One Utama, Mid Valley dan lain-lain. Kemudian, lebih banyak saya keluar-keluar, lebih confident saya rasakan. Sekarang? di mana-mana ua saya boleh breastfeed anak saya. Ohh… betapa bertuahnya Adyan ye sayang… Kakak Khayra dah memudahkan segalanya untuk Adyan. :)

Ok.. Untuk first timer especially, here are some tips on how to be more confident and comfortable while breastfeed in public.

1.Practice makes perfect.

Yep, ungkapan tu commonly used to those who wants to succeed.Tempat yang terbaik untuk mulakan membiasakan diri adalah di rumah kita sendiri. Kita perlu belajar macam mana nak menyusukan anak kita discreetly. Berlatih di hadapan cermin dan tengok macam mana cara kita menyusukan anak kita. Tertutup tak bila kita menyusukan anak kita. Family boleh kita jadikan bahan eksperimen untuk melatih diri kita bila kita nak menyusukan anak kita in public. Bila kita dah biasa, then kita dah tahu macam mana posisi yang terbaik bila menyusukan anak kita, then kita dah tahu macam mana nak handle bila kita menyusukan anak kita in public. Satu perkara yang perlu keep in minds, jangan sesekali menyusukan anak kita di dalam toilet atau bilik stor sebabnya, cuba tanya diri sendiri, nak ke kita makan/minum di tempat-tempat macam tu?

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Kalau kita memilih untuk menyusukan anak kita, kita perlu fikir pakaian yang sesuai kita pakai bila kita keluar jalan-jalan. Paling senang, invest sedikit untuk membeli baju-baju menyusu. Sekarang ni ada pelbagai jenis baju untuk ibu-bu menyusu. Boleh lawat kedai online saya jugak. Ada pelbagai jenis nursing tops, inner, dan baju kurung yang orang tak menyusukan anak pun boleh beli jugak. :) Oppsss dah g e sesi mempromote pulak.. :P Selain daripada itu, baby sling juga membantu untuk public nursing. With your baby safely in a sling, you can nurse your baby and have your hands free at the same time. Baby sling tu, boleh cover kita dan juga buat orang tak perasan langsung yang kita sedang menyusukan anak kita.

Selain daripada nursing wear, sekarang dah ada poncho, nursing cover dan banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan ianya tertutup. Yang penting masih menutup aurat kita. :)

3. Pilih Tempat yang Strategik

Cuba cari tempat-tempat yang strategik yang agak privacy sikit kalau kita ada dalam restauran, mall ( kalau tak sempat cari breastfeeding room) atau mana-mana tempat yang crowded. Saya akan cuba cari tempat-tempat seperti di corner atau tempat yang agak tertutup sikit bila saya nak susukan anak saya. Kalau di Mall, biasanya ada disediakan kerusi-kerusi untuk merilekskan diri, so saya cuba cari tempat-tempat yang selesa dan strategik atau yang agak lengang sikit bila nak susukan Khayra. Dan pastikan segalanya tertutup. :)

4. Kalau Orang Pandang Macam Mana?

Saya akui situasi ni amat dikhuatiri oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Kita akan berasa sangat tak selesa. Betul tak? Sebelum saya cadangkan satu solution, meh saya beri satu contoh. Bila kita di Universiti, inilah masa untuk cari girlfriend/boyfriend kan? Lelaki ni pulak, kadang-kadang suka pandang kat perempuan yang dia suka. However, kalau kita pandang balik kat lelaki tu, apa yang lelaki tu akan buat? Dengan cepatnya dia akan palingkan pandangan dia. Betul tak? Hehehhehe So, situasi tu lebih kurang sama. Kalau ada yang pandang, kita pun pandang la balik. Cuba tengok apa reaksi diorang pulak.. :P Tapi, saya percaya, sekarang ni ramai yang dah aware dengan ibu-ibu yang menyusukan anak in public ni. Biasanya diorang akan buat-buat tak nampak. Yang penting, kitala jangan tarik perhatian sangat. :D

5. Know Your Child.

Ini penting bila kita nak breastfeed anak kita in public. Sebabnya ada baby yang prefer muka mereka ditutp dengan kain atau cover. Kalau dapat anak yang macam ni, sangatla senang. :) Ada juga yang tak suka muka mereka ditutup. Yang ni, kita boleh pakai baju menyusu dan cover bahagian yang perlu di cover tanpa menutup muka anak kita. Dan ada juga yang suka meraba-raba. Ha.. bab meraba-raba ni yang buatkan kita tak nak breastfeed in public sebab takut orang akan nampak bila anak kita meraba and cuba bukak-bukak. Khayra jenis yang suka meraba dan tak suka kita letak something kat muka dia. Jadi, saya gunakan something macam rantai atau soft toy yang kecil untuk dia main. Ni saya praktikkan masa kecil. Bila dah besar and faham apa kita cakap, Khayra dah pandai behave. :) Kalau tak jalan jugak, boleh la cari nursing room… :)

6. Be proud of breastfeeding.

Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang. :)

I hope this tips will help. :) And kalau ada sesiapa yang sudi share cerita tentang people reactions bila nursing in public pun amat dialu-alukan.. :)

breASTFEEDING in publics

Notes: So if your a breastfeeding mum, please don’t stay at home! Go out, have some fun, and nurse in public. The more mothers nurse in public, the more accepted it will become.

Notes: Ni adalah version dalam bahasa melayu campur. Artikel ni saya pernah tulis untuk mombloggersplanet dalam english version. :)

Ni masa di jalan TAR

Ni masa kenduri cousin di Kelantan

Ni masa chinese New Year.. Berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang

Breastfeeding in Public

Ni semasa di port dickson

Saya bangga menyusukan anak saya in public. Sebab bagi saya ia bukanlah simbol keghairahan. Ia adalah suatu perkara yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata.

Notes: My intention to write this article is to encourage mum’s out there to believe in their self and don’t give breastfeed as a reason for not socializing or going out. Saya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk :)


Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails