Kali ni saya nak bercerita tentang Early Child Education(ECE) pulak. Siapa yang pernah dengar atau baca atau ada knowledge pasal ECE ni? Saya rasa kebanyakkan parent zaman moden ni mesti dah tahu serba sedikit pasal ECE ni. Bagaimana nak stimulate anak kita sejak dari dalam perut lagi hinggala berusia 6 tahun. Cuma, kawan-kawan tahu tak macam mana cara yang betul untuk melakukannya?
Lahir daripada niat ingin berkongsikan ilmu dan aktiviti yang dilakukan bersama-sama anak, Puan Norhidawati Abdul Aziz aka Watie iaitu seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak ini mendapatbanyak feedback and pertanyaan daripada ramai kawan-kawan tentang apa yang cuba dikongsikan oleh watie di blog nya. Dengan feedback, kawan-kawan yang asyik bertanyakan pasal ECE ni, maka idea untuk melahirkan satu pusat yang khas untuk para ibu bapa yang mempunyai minat yang sama dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk berkongsi pandangan dan pendapat pun muncul. Dengan idea itulah lahirnya Genius Baby On Board (SA 0159724-X) @ GBOB.
Q: Again, apa itu GBOB dan konsep yang cuba ditonjolkan di GBOB?
A: GBOB dalam bahasa mudahnya adalah tempat atau pusat untuk segala aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tak kirala kalau ia hanya untuk kaunter pertanyaan ke, tapi apa yang relate dengan pendidikan awal ni, boleh rujuk pada watie.
Konsep yang diamalkan oleh GBOB adalah ‘play & learn’. Ini untuk elakkan stress dan kita nak buat anak-anak dan kita sendiri rasa more fun in learning. Selain tu, GBOB juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan percaya ibu dan bapa adalah orang paling sesuai dan layak menjadi guru kepada anak sendiri.
Q: Apa yang ditawarkan oleh GBOB? Apa yang ada di GBOB?
A: Di GBOB, buat masa ini ada 3 program yang utama iaitu seminar, bengkel dan playgroup. Seminar dan bengkel yang diadakan di GBOB, direka khas untuk parent. Secara general, seminar yang diadakan melibatkan teori-teori mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan awal @ ECE ni. Ia lebih kepada untuk parents get the idea whats going to happen. Manakala bengkel pulak lebih kepada praktikal atau hands on dengan setiap peserta akan terlibat secara langsung dengan demonstrasi dan role play serta latihan intensif untuk parent lebih faham. So lepas tu bolehla aplikasikan terus kat anak kita.
Kelas Playgroup pula melibatkan bayi dan kanak-kanak dari usia 0 hingga 4 tahun sahaja. Manakala kelas Learn By Art Programme melibatkan kanak-kanak dari uur 4-12 tahun. Di GBOB kelas playgroup terbahagi kepada 4 kategori umur. Kategori Infant (0-6bulan), Kategori Crawler (6-12bulan), Kategori Walker (12-18bulan), dan Kategori Runner (18 bulan -4 tahun). Segala aktiviti yang bakal dilakukan oleh GBOB akan mengukuhkan dan memperkembangkan otak kanan bayi selain mengimbangi otak kiri dan kanan apabila mereka mula berusia 4-6 tahun. Nak tahu lebih lanjut mengenai playgroup ni, boleh layari laman web GBOB ni. Ada FAQ khas untuk tahu mengenai playgroup ni.
Q: Selain daripada seminar, bengkel dan kelas tu, apa lagi yang menarik yang turut ditawarkan?
A: Selain dari aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel dan playgroup, GBOB juga ada menjual alat bantu dan sokongan dalam mendidik anak yang terdiri daripada produk pendidikan dan permainan yang khusus dalam menjana minda dan menstimulasi otak anak-anak sedari bayi hinggalah berusia 6 tahun. Antara produk-produk yang ada, Little Reader ( sape pernah dengar? hehehe ),DVD/VCD your baby can read, Flash card, buku bacaan, alatan untuk simulasi dan sebagainya. Ha, kalau nak dapatkkan khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak atau ECE ni, boleh terus direct tanya kepada tuan empunyanya. Watie ni sangat friendly. Even baru jumpa sekali pun, dah rasa macam bertahun-tahun kenal. So, jangan rasa segan, rasa malu untuk direct dengan watie kalau nak kan khidmat nasihat mahupun pertanyaan tentang seminar, bengkel @ playgroup di GBOB neh.
Q: Suruh contact, tapi mana number telefon? Email ke?
A: Hehehhe tu sila layari laman webnya di sini atau di sini.
Q: Then, berapa harga yuran untuk playgroup, bayaran untuk seminar, bengkel ni? Mahal tak?
A: Tu kene layari website GBOB jugak untuk tau detail. Atau terus tanya watie. Mahal and murah adalah perkara subjektif. Tapi, boleh dikatakan harga yang ditawarkan oleh GBOB adalah sangat berpatutan.
Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan, jom kita mengeniuskan anak kita dengan cuba membuka minda kita dengan menghadiri class dan seminar yang di anjurkan oleh GBOB ini. Seminar yang terdekat adalah pada Januari ini. Cepat-cepat dapatkan seat anda…
Note: Genius Baby On Board merupakan salah satu daripada penaja untuk Adrini’s 1st Anniversary Contest.
Luv,
UmmiKA






Memang setiap anak/ baby tu unik… Lain-lain peel dia… 








Recent Comments