~ Sarakids Open Day & Gathering : Pelancaran MODU ~

Mungkin dah ramai yang tahu and mungkin ada yang baru tahu.. Yesss… Hujung minggu ni pada

24 APR 2011,

ahad ni la kiranya Sarakids akan mengadakan open day dan gathering untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka sekaligus dengan pelancaran MODU, pam baru yang sangat comei lagi cute itu.

Event ni berlangsung di DARC – Denai alam recreation & riding club. Kalau lalu kat guthrie dari shah alam, selepas bukit jelutong, tol pertama, sebelah kiri. Boleh nampak dah club tu, tapi jalan masuk dia agak dalam sikit. SO jangan was-was, jalan ajer… :P Kalau tak tau boleh tgk map ni… And kalau tak tau jugak, guna gps ke google map ke.. :)

Okeh, event pada hari tu, ada macam-macam aktiviti. Bawak anak-anak pun, sekitar situ tiada masalah. Sebabnya kat situ ala2 macam taman la. Banyak benda boleh buat. Kalau anak dah boring ke, dah tak boleh duduk diam ke, bawak depa pegi tengok kuda, ada splash pool untuk anak-anak mandi.. Huh, ini kene bawak baju extra ni.. Kalau Khayra nampak, sure dia dah tak pandang lain dah. Hahahahhaha and ada game jugak untuk anak-anak kita. Bak kata orang MACAM-MACAM ADA. :D

Selain daripada itu, macam biasa, kalau dah ramai-ramai gitu, mesti ada booth punyer.. Hehehhe so, boleh shopping-shopping juga. ( inilah part yang encik-encik suami tak berapa gemar neh… :p ) Layan…. :P

Selain daripada games, pelancaran, gathering hari itu juga adalah untuk mencipta rekod malaysia yang mana seramai 400 orang ibu-ibu yang menyusu, akan menyusukan anak-anak mereka secara serentak. Kita boleh jadi part of the record tu. Nak tak? Hehehehhehehhe

Tema pakaian kita pada hari itu adalah:

Mommy : PINK – my favourite selain daripada purple. :D

Ayah : Hitam

Anak-anak : Merah – Khayra pakai baju family day dia la… :P

Banyak yang saya dengar pasal event ni. Ada press, ada vips, ada celebriti, bak kata orang HAVOC pada hari itu. Ikutkan kena register dengan sarakids untuk join the gathering, tapi kalau last minute plan nak datang atau tak register pun boleh je datang. Apa bezanya dengan orang register or not tu, yang registered and pay dapat kupon makanan untuk family. :) Tempat ada lagi ke tak, kena contact sarakids. Boleh email pada ain@sarakids.com

Saya percaya, ramai dikalangan yang nak hadir ni, kalangan blogger-blogger or kalangan group-group di facebook etc. Hah… apa lagi? Time ni la kita nak jumpa and kenal-kenal muka masing-masing. Biasa kat alam maya je kan? Hehehehe Ni open day sarakids, merangkak gathering rakan-rakan alam maya. :)

Jom kawan-kawan, kita memeriahkan lagi aktiviti bersama keluarga dan bersantai. :) Kalau saya tak perasan kamu-kamu, tegur2 la saya. Lambai-lambai ke.. Hehehhehehhe

Nota: Adrini’s pun insyaallah ada bukak booth pada hari tu, TAPI dok fikir, sape nak tolong jaga booth? Ada sesapa nak part time? Hehehehhehehehehe

Luv,

UmmiKA

~ Mom Bloggers Planet 1st Anniversary Gathering 2010 ~

~ Mom Bloggers Planet 1st Anniversary Gathering 2010 ~

Akhirnya, saya berjaya update pasal MBP gathering hari tu. Ye saya tahu, dah ramai yang update dan publish entry memasing dalam blog tentang Mom Bloggers Planet Gathering hari tu. Agak macam dah ketinggalan jugak la.. :D Tapi saya nak buat jugak. :D

Mom Bloggers Planet (mbp gathering)

Me and My Family

Pagi tu, ingatkan kitorang dah lambat tau, saya bangun punyerla awal untuk hari ahad yang best guling-guling..,( pukul 6 je pun )…  ekekke sebab nak masak makeroni goreng. Pukul 7 tak siap masak lagi, sebabnya bahan-bahan semua saya tak sempat sediakan malam tu. Letih sangat sabtu tu. Lagi pulak, tertidur dengan Khayra masa susukan dia. Jawapnya, lambatla.. dah la masa saya beli bahan-bahan tuk masak tu, saya tak jumpa yang cube carrot tu, maknanya, carrot yang ada tu, saya kena dadu sendirila.. tu yang buat makin lambat. alasan… Hhahahahhaa Walaubagaimanapun, akhirnya siap jugak. Sampai-sampai je kat tempat gathering tu, nampak hanz, tifa and kak ros. Nasib baik.. ingatkan dah lewat sangat dah saya. Sebabkan ingat lewat la, saya tak bawak serai wangi untuk disembur kat kawasan itu. Waaa… sadis sungguh ok… Ntah pape je saya nih. Ampun ya…

Ummi dan Khayra @ MBP gathering

Pagi tu, raudhah aka ummisalsabila pun dah sampai lebih kurang kitorang jugak. Hehehhe sebab husband dia kena keje, so, kenala hantar diorg datang. Akhirnya, dapat jumpa aufa depan-depan. Hehehhe Khayra lak, alahai.. pandai la pulak nak pegang-pegang tangan aufa nak ajak main la tuh.. :D

khayra-n-aufa @ MBP Gathering

Khayra dan aufa start nak kawan.

Khayra dan aufa @ MBP Gathering

Ummi, Khayra dah jadi kawan aufa

Bloggers yang datang? fuuhhh.. ramai.. and mostly saya tak berapa cam sangat sebabnya ye la, saya ni bukan peramah mana pun. Saya memang pemalu sikit. Nak start conversation pun susah. Kalau dapat yang mulut ringan macam watie, farah, dll hah.. saya pun otomatik gak la jadi gitu kot.. huhuhu Disebabkan kelemahan saya inilah yang saya tak mingle around and greet everyone kat sana. Saya kinda bit lost sikit la awal-awal tu sebabnya saya tak kenal sangat bloggers2 ni. Apala kan saya nih? Huhuhu Tapi dalam malu-malu tu, dapat la jugak chit chat dengan raudhah ( hahahha kalau tak cakap dengan US, memang sah kena hempuk je kan US? ), watie, farah, haiza, mel, momma mia, hani, hanie, dengar cerita dari jiey, jumpa azza time saya jaga register table kejap tapi tak sempat borak2 lama, borak sikit dengan kak salwa, ( tegur sebab me pemenang giveaway kak fid.. Hhahahhaha ada yang jeles ok… :P ) nampak sumijelly, nak tegur malu, nampak eliss, ingat nak tegur, tapi kejap-kejap, terus tak tertegur.. isabelle, dia tegur saya dan raudhah masa dia sampai tu. Memang friendly giler.. and a few lagi yang tak tak berapa nak cam sangat. So sorry mommy-mommy.. saya memang pemalu sikit… Pasni kita beramah kat blog.. nanti bila jumpa laju je cakap.. :D

< Gambar part ni.. coming soon.. :D :D >

Makanan? Fuhhh… memang banyak sekali la… Macam-macam ada. Ada nasi lemak, sangat suka kat baked pasta and ayam goreng dengan kentang tu.. ada kek, ada sosej, ada nugget, ada kek, ( eh rasa macam dan sebut je.. :P ) ada mee goreng, and macam-macam lagi la. sedap… Suka… Boleh dikatakan semua sedapla. Lepas tu kan, jeng jeng jeng… Hehheheh konon nak pi amik makeroni goreng yang saya masak pepagi tuh kan, tetiba tupperware dah hilang. hahahahha duk pikir takkan sampai tupperware pun kena makan jugak kot? Ghupenyer kat hujung belah sana, kosong dah. Hehehheh

Maceroni Goreng

Maceroni Goreng

Games? Hehehheh Sebelum games untuk kanak-kanak bermula, Khayra dah selamat melayari bahtera bahagia. Hehheheh anak ummi ni, memang tak kisah pegi mana, kalau dah rasa nak tidur, memang akan tidur la.. :D Mula-mula tak nak register kan Khayra masuk games apa-apa sebab dia dah tidur dah kan, tp last2 register jugak, sebab rasa, mesti dia akan bangun kejap lagi.

Khayra tidur dekat tikar kecik

Nampak tak tikar yang comei tu? Hhahahah saya silap bawak tikar. Teramik tikar yang kecik cinonet tu.. Hak hak hak…

Khayra masuk 1 game je. cari yakult dalam bola tu.. Ngam-ngam nak start je games tu, Khayra dah bagus. Wahhh.. on time ok… Masa game tu start, Khayra tak pandang pun yakult tu, dia nak bola tu jugak. Siap amik 2 terus.. Terus simpan. Berkali suruh amik yakult tu dia tak mo pun.. Adoiii…hehehhehe Lepas tu bila suruh pulangkan, menjerit kat situ nak bola.. Hahhahahah Jenuh ummi pujuk bagitau bola tu bukan Khayra punya. Hikhikhikhik, nasib baik anak dara ummi ni memahami. Sayang Khayra. :)

Lepas tu abah Khayra masuk games untuk para bapa sambil dukung anak. Hahahahha ingat kan abah Khayra tak nak masuk. Siap pi pinjam cermin mata orang lagi tu… Just imagine la kan, kalau anak dah 5 tahun, kena dukung..  Macam mana la rupanya ye kan? ekekekkekeke

Tepat pukul 12, semua acara habis. On time. Alhamdulillah.. Sume kemas-kemas nak balik. Khayra pun tolong kutip sampah sesikit masuk tong sampah. Bagus anak ummi ni.. amin… Kitorang saja-saja je balik lambat. Sebab nk kasi Khayra main betul-betul. Lagipun, Khayra tak tunjuk dia penat pun kan.  Sementara duduk-duduk kat gazebo tu, Khayra main dengan izzah. Siap main rebut-rebut bekas lagi. Khayra pulak kekadang tu sengaja nak provoke izzah dengan 2 bekas kat tangan dia. Memang tak dibaginya izzah amik. Sabar jela.. Satu je la kalau Khayra nak share pun. Makanan atau minuman. Boleh pulak share. Khayra dengan izzah siap share minum lagi dengan izzah. Hehehehhe

Khayra dan izzah @ MBP Gathering

Time ni Khayra cuba untuk dapatkan raga dari tangan izzah.

Khayra @ MBP gathering with bag

Khayra sedang memilih beg mana yang nak di pakai.. Ummi.. dua-dua cantik nih… :)

Sebabkan saya ni pemalu sangat ( berapa kali nak cakap da… ) Hehehhehe memang tak ramai sangat saya pi borak-borak. Insyaallah, pasni ye.. kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Sekarang ni beramah mesra kat blog je la ye… :) MBP_Ambassadors_&_Committees

<gambar reramai nanti saya masukkan..  :D >

Moga jumpa lagi kalian semua… Thanks to kak ros, founder of MBP who organize this event… :)

luv,

ummikhayra

Related Posts with Thumbnails