Entry ni dah lamaaaaaa sangat dalam draft tapi asyikla postpone hinggala ke hari ini.
Jangan tak tahu ye, ini cerita sebelum Adyan lahir lagi. Jadi cuba bayangkan la betapa lamanya post ni sebab sekarang Adyan bukan sahaja baru lahir tetapi dah berumur satu tahun. Hahahahhahaha
Lawatan kami ke Kuala Terengganu pada ketika itu adalah selepas kami ke Kelantan, menghantar pengantin.
Jadi, lepas kenduri cousin kami selesai, dah alang-alang ke bahagian Pantai Timur, kami pun buat keputusan untuk berkunjung ke Terengganu. Untuk Post kali ni, saya nak bercerita tentang Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.
Mula-mula sampai kami terus ke masjid Kristal. Masjid yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Terengganu. Bila kami sampai, dan meronda sekitar kawasan masjid tu, masjid tu tidakla besar sangat. Kecik sahaja masjidnya. Bila kami masuk ke ruangan dalam masjid tu, kawasannya di bahagikan 2 bahagian. Ruang untuk solat dan juga ruang untuk pelawat melawat ke kawasan dalam tu. Alhamdulillah, kami sempat solat di Masjid Kristal tu sebab masa tu dah masuk waktu zohor.
Merasala kami solat kat situ.
Bagi pendapat saya berkenaan Masjid Kristal ni, masjidnya memang cantik cuma ketika saya melawat tu, keadaannya yang tak terjaga sikit. Mungkin masa sekarang ni, masjidnya dah sihat semula… Tiada cela dah…
Lepas kami habis solat dan menjelajah sekitar kawasan, kami pun pegi ke Taman Tamadun Islam pula. Jarak dari Masjid Kristal ke Taman Tamadun Islam tu tak jauh sangat tapi sebabkan ada shuttle bus, kami pun pilih untuk sesekali naik shuttle walaupun kena bayar sedikit..
Untuk rate tahun 2010, untuk masuk ke Taman Tamadun Islam ni kene bayar RM15/seorang. Apa yang ada dalam Taman Tamadun Islam ni? Hehehhe Semua replika-replika atau model-model bangunan yang terkenal di dunia boleh kita lihat di sini. Antaranya adalah:
Untuk menjelajah di dalam Taman Tamadun Islam ni, kita di beri pilihan sama ada ingin naik shuttle bus, sewa basikal ataupun jalan kaki. hehehe Kami pilih untuk naik shuttle bus. Penat kot nak memusing satu kawasan tu. hehehe Lagipun, ok juga sebab ada explanation daripada driver shuttle tu.
Kami berhenti di certain tempat untuk lihat video, atau menjelajah kawasan monumen tu. Yang mana monumen yang ada ni, di buat lebih kurang bentuk bangunan yang sebenarnya. Monumen tu, agak besar sebab kita boleh masuk kawasan bangunan tu. Ada antara monumen-monumen ni sekali dengan bilik pameran dan mini teater. Mini teater tu menayangkan video tentang sejarah tempat tersebut. Boleh dikatakan kami menonton semua tempat yang ada.
Tak dapat melawat negara-negara tu, dapat tengok replika pun jadila kan? hahhahahhahahha
































Recent Comments