~ Jenis-jenis Pam Susu ~

Bercakap pasal breastfeeding ni, perkara pertama yang kebanyakkan ibu-ibu yang berkerjaya ini akan fikir adalah bagaimana nak continue memberikan susu ibu kepada anak. Apakah caranya? Yes, dengan cara pam susu dan beri kepada anak ketika bekerja. Bagi saya ada pam terbahagi kepada 2 kategori. Setiap kategori ada jenis pam dia. :)

2 kategori pam susu tersebut adalah:

1. Free aka tidak keluarkan duit untuk pam anda.

Nak tau pam susu apa yang free? Ya betul…. Pam menggunakan tangan @ hand express @ Teknik Marmet. Pam ni sangat mudah untuk di bawa ke mana2 jua. Tak payah fikir nak cari tempat nak letak, and takkan terlupa nak bawa ke mana2. Ada ke orang yang senang nak tertinggal tangan dia? Hehhehe Gurau je.. :P Oh, saya tidakla expert bebenor dalam teknik ni. Awal2 dulu, masa zaman muda remaja, saya tak pernah terfikir na gunakan teknik marmet ni. Sebabnya saya rasa susah. Tapi lepas saya dah cuba, saya rasakan bagus pulak. Macam mana saya boleh terbelajar tahu teknik ni? Hehe disebabkan saya pernah kena breast engorged then puting luka.. Adehhhh, sakit tau time pam guna corong plastik tu. Heheheh Sebab tu la saya belajar macam mana nak express milk dengan menggunakan tangan.

Caranya:

1 : Letakkan jari dalam bentuk C di bahagian luar aerola. Kalau aerola besar, agak-agak la kat mana biasa anak kita menghisap.. :)

2 : Tangan tu, kita tolak/tekan ke arah dada kita.

3 : Picit ke bahagian dalam nipple kita. Hati-hati ye, sebab boleh terus memancut.. :). Buat 5 ke 10 kali perahan.

4 :  Lepas tu buat satu pusingan sekeliling aerola kita.

Kalau nak tengok gambar supaya lebih faham, boleh klik kat sini sini dan sini.

Tips yang saya rasakan berguna untuk saya dan saya nak share dengan kawan-kawan kat sini, saya dulu susu mmg kais pagi makan pagi and sedang elok je dengan keperluan Khayra. Bila saya dah tau cara gunakan tangan, apa yang saya buat, lepas pam je, saya gunakan tangan pulak untuk clearkan B saya. Masa saya cuba guna tangan, alhamdulillah, masih memancut lagi susu yang keluar. Maknanya saya tidak kosongkan betul B saya. Saya guna teknik pam kemudian marmet. Ada saya post kat blog saya and macam mana saya get the idea. Thank to Kakak sofia yang kebetulan jumpa masa dia ada kursus kat bangunan tpt saya kerja dulu. :)

Tak rugi belajar cara pam free nih.. :P

2. Kategori Berbayar

Dalam kategori berbayar ni, terdapat 2 jenis pam susu yang boleh jadi pilihan kita.

  • Pam Manual

Terdapat perlbagai jenis pam manual yang ada di pasaran. Ada dari jenama avent, medela, MAM, Pureen, Tolly joy, anakku dan banyak lagi pilihan dengan harga yang berbeza. Pam manual biasanya agak murah berbanding dengan pam elektrik.

Avent Isis Uno

Avent ISiS

Medela harmony

Ni pam medela harmony

MAM Manual BreastpumpMAM Manual Breastpump


  • Pam Elektrik/Bateri

Pam jenis elektrik atau bateri sekarang sudah menjadi pilihan kebanyakkan ibu-ibu yang bekerja. Kenapa? Selain daripada kebanyakkan pam jenis elektrik ini menggunakan double pumping, pam jenis elektrik ini juga mampu menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, pam jenis elektrik ini agak mahal berbanding pam manual. Antara jenis-jenis pam elektri ini adalah:

Spectra 3 breastpump

Spectra 3

Medela SwingMedela Swing

Hospital grade breastpumpHospital grade ameda breastpump

medela freestylermedela freestyle

Huh.. banyak lagi jenis-jenis pam nih.. tinggal nak pilih and ikut budget je… :) Nanti saya share saya guna pam yang mana… Untuk next entry.. Ni kira kasi-kasi tengok je la mana yang berkenan… :)

Oh.. saya ada baca di baby center kalau tak silap saya. DI INGATKAN : Jangan beli BP yang macam horn basikal tu sebab dikuatiri getah yang digunakan untuk sucking susu tu boleh terkena bakteria yang tida elok. :) Till next entry.

Luv,

UmmiKA

~ Esok Saya Masuk 39 Minggu ~

Heh… 2 hari lagi saya bakal masuk minggu ke-39. Then Jumaat tu ada check-up saya @DEMC. Kali ni abang and Khayra tak dapat teman lagi saya sebab working days. Saya nak dtg sabtu, dr. Mazita punya schedule full untuk sabtu lepas and sabtu ni. Kalau dulu di KPJ Selangor, formely known as SMC, dr. Siti tu macam tak kisah bape orang sebab cousin saya penah dapat sampai orang ke-35.

Takpela, gi sendiri jela. hihihihi Macam tak biasa je pegi memana sendiri2. Mengada… Ekekekeeke Semakin hari semakin berdebar. Persiapan saya? Barang untuk adik semua dah settle. Barang-barang untuk ummi je ada sikit-sikit lagi tapi yang paling utamanya adalah PAM BELUM SERVICE.  Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Asyik lupa je… Hehehhehehe

Esok saya kena pergi amik stok baju Adrini’s. So, apa-apa pergi dulu hantar pam tu gi service. Ingat and masuk dalam otak sikit. Hehehehehe Oh, bercakap pasal stok baju, 2, 3 hari ni saya sibuk mengemaskan stok semua sebabnya stok baru je sampai. Bersepah bilik bawah tu. Terpaksa buat slow-slow plus kena kemas sikit sebab bilik bawah tu nanti saya nak guna time pantang. Kakak kawan sepupu saya tu dok risau boleh ke saya amik sebab perginya dengan Khayra je. Takde sape nak teman. Ermmm… Nak buat cemana, itula nama dia mencari rezeki. Hehehehehe

Oh.. set bersalin saya belum beli lagi. Hehehehhehe Memula konon nak cuba NR set. Beli kat kawan, then ada something happen, takut stok takde, saya procedd ke set HPA macam yang saya guna masa Khayra. Ok la… lagi murah. Hehehhe Kalau ahli RM70 je. Apa ada? Pil spirulina, 2 botol kapsul A and B, Ubat periuk, Ubat basuh, Minyak barut, minyak bayi dengan teh herba. Teh herba tu ada mengandungi pegaga. So memang elok untuk pengeluaran/penghasilan susu. :) Nanti mungkin nak tambah barut herba kot. Time lawat kakak sepupu hari tu, dia pun guna set bersalin HPA. Dia ada beli sekali barut herba. Ni bukan bengkung tau. Hehehehehhe Lepas tu ada dalam fikiran nak beli tungku moden je.. Ermmmm… tu belum fikir lagi bab nak beli ke idak. :P

Oh ya, sekadar pengetahuan.. Baju-baju adrini’s memang 100% buatan Malaysia. Di jahit oleh kakak sepupu saya and kawan dia. Sebab tu, kekadang stok saya lambat sikit. Sebabnya saya tidak ambil dari mana-mana kilang. Its purely 100% by Adrini’s. :D

Huh… Hari ni saya kat Rawang amik stok baju lagi. Hehehhe.. Planning nak jumpa my BFF yang turun ke KL ni. Dia pun pregnant gak.. so nak tgk la bagaimana rupanya… Hehehehhehehe

Orait… Nanti saya membebel lagi… :P

Luv,

UmmiKA

?Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Tanda-tanda Bersalin ~

Saya sedang menunggu hari. Kalau nak ikutkan pegnancy sebelum ni, dalam 2, 3 hari ni la saya masuk hospital. Tu based on pengalaman lepas. Untuk pregnancy kali ni? Wallahualam… Saya tak tahula bila. hihihihihi Minggu ni, cousin saya yang sepatutnya bersalin hujung november, dah selamat melahirkan seorang putera pada hari sabtu lepas. Tahniah kak liza.. Tu lagi membuatkan diri saya berdebar-debar sebabnya ikutkan tarikh saya dulu dari dia. Hehhehehehehe

Tahun ni, family belah abang, dah ada 2 hero. Sorang lagi anak cousin juga yang lahir bulan 4 hari tu. So, geng boy tahun ni kalau saya selamat melahirkan. :)

Sambil-sambil saya surf internet ni, saya cuba la cari tanda-tanda bersalin yang patut saya alert. (ermmm kenapa ye kalau pregnant mesti cari info pasal pregnant, kalau breastfeed cari info breastfeed? ekeeeekk ) Actually, dulu dah ada pasal tanda-tanda ni saya cari, tapi  time tu blog sesaja je so kali ni saya nak post pulak. Boleh?

Saya baca balik sebab nak menyiapkan diri. Saya dah lupa (bolehla kan?) sakit bersalin tu bermula macam mana. Sakit dia tu kita tahula macam mana sakitnya tu kan, tapi starting dia tu. Takut false alarm ke.. hihihi Sebabnya time Khayra, saya takde false alarm.. terus sakit nak bersalin. Kali ni saya tk tahu nasib saya macam mana. Semoga dipermudahkan olehNya. Amin….

Asyik membebel je saya ni.. Okeh meh kita buat pekongsian ilmu pulak. :P

Tanda tanda hampir nak bersalin:

1. Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami. Lepas tu, kalau orang-orang tua pulak, mesti akan cakap, perut dah jatuh sebab baby dah turun. Diorang mesti akan cakap dah tak lama dah la tu. Especially kalau nampak dah jatuh sangat. :) Lepas tu, muka ke, hidung ke, macam dah nampak sembam.

Bila baby dah turun bawah, time tu la biasanya kita akan rasa:

  • sakit kat bahagian kelangkang. Time berjalan ke, duduk ke sebab baby menekan.
  • Time tu asyik nak terkencing je.. hehehehehehe
  • Ada yang cakap akan rasa sakit perut. Saya terasa sakit perut sebab adik ni asyik mengeras je.. hihihihihih
  • kerap buang air besar. Tang ni, macam biasa jela, tiap hari… :P
  • kerap terkentut. hihihi ni saya ada baca kat satu website tu. Korang ada tak? Saya takdela sangat.. :P

2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Bab keluar lendir ni, saya dah ada sikit-sikit keluar. Tapi belum sampai yang bercampur darah. Macam cousin saya, dia keluar darah. Lepas tu bleeding. Kalau orang tua kata, tu kembar darah. Meaning, keluar darah dulu sebelum pecah air ketuban. And kalau orang tua-tua dulu cakap, kalau kembar darah biasanya lagi sakit daripada kembar air atau pecah ketuban dulu. Tu saya pun tak sure, tapi kalau based on cousin saya cakap, memang sakit sangat. Bila dah keluar darah tu, kena cepat-cepat pegi klinik sebab baby mungkin lahir 2, 3 jam lepas tu atau pun mungkin untuk beberapa hari.

3. Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami. Especially kalau lama sangat tak bersandar. Sebab sakit belakang ni, sebab baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:

  • buat ala-ala macam merangkak (tapi jangan merangkak ke depan), lepas tu angkat atau tinggikan badan kita ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan. Then ulang.. :)
  • Ada juga yang suggest dengan banyakkan berjalan. Hahahaha ni part paling best kalau berjalan gi shopping then membeli belah. Comfirm tak penatla time tu. Ekekekkekekeke Orang cakap kalau rajin berjalan ni boleh cepatkan bersalin.
  • Tak pun, minta husband kita urutkan belakang badan kita dengan kuat masa berbaring mengiring.

4. Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Ni la orang tua kata kembar air.

5. Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kontraksi yang kerap dan berterusan lepas tu kontraksi tu every 5 minute je, cepat-cepat gi hospital. Masa Khayra, saya tak pecah air ketuban dulu or tak kelua darah, terus kontraksu. Tu yang saya tunggu betul2 dah 5 minit sekali baru saya pegi. Nanti lama pulak kat wad. Time adik ni, saya tak tahu pulak. Kene lebih alert nih. Oh, kadang-kadang kita akan ada false alarm. Kalau tak silap saya, orang sebut kontraksi bracton Hicks. Saya ada buat post pasal false alarm ni way back in 2008. Nanti saya upkan balik entry tu dalam versi saya. Kalau saya ada berkesempatan. hehehhehehehheh ataupun boleh pergi kat sini untuk baca apa tu kontraksi Bracton Hicks. :)

Okla, Khayra saya dah start untuk menunjukkan dia bosan sebab saya tak layan dia. Hahahhaha got to go now… Nanti saya cerita-cerita lagi. :)

Btw, dalam e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil“ ada menyentuh berkenaan tanda2 hampir bersalin ni.. korang boleh dapatkan e-book tu kat link ni. Harap korang boleh jadikan rujukan.. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails