~ Check List For New Born Baby ~

Check list for new born? Hehehe Baru-baru ni, saya dapati banyak reader yang akan sampai ke post saya yang berkaitan dengan pregnancy. Sudah lama saya tak bercerita mengenai hal-hal pregnancy, breastfeeding and cerita mengenai KA kan? Hehehhe Give me more time blog ku… :) So, kali ni, saya nak share pasal check list untuk baby baru ni dengan kawan-kawan semua dan juga sebagai simpanan dan rujukan saya nanti. Hehehe Nak tambah lagi ke? Hahhahahhahhaha tu kena nanti la eh… Adyan baru 10 bulan hujung bulan ni hokey… :P

Untuk check list yang nak saya listkan ni, adalah more on my experience. Dari pengalaman saya yang saya rasakan apa yang saya betul-betul perlukan dan apa yang saya  tak perlukan sangat. Kalau nak ikutkan kata hati ni ha, mahu je borong semua… hehehhehehhehe Tapi kena rasional la sebabnya, anak kita ni membesar. :)

Based on experience saya dengan 2 orang anak ni, yep.. memang kebiasaannya kalau dapat anak first mesti terlebih excited sampaikan semua benda nak beli, compare to second child, dah mula tahu apa yang patut dan yang tak patut… :) Tu pun ada jugak yang terlajak.. Hehehhe Saya pun, masa anak first terasa macam semua benda nak beli, nasibla daku ada suami yang boleh menghalang niat saya… :P Kalau suami pun jenis ok sayang.. belila.. rasa-rasanya penuh jugak rumah tu dengan barang yang tidak perlu.. :D

Jadi meh saya senaraikan apa yang saya rasakan perlu sangat-sangat.

1. Baju / Seluar

Baju dan seluar ni memang la perlu.. Even anak kedua dan seterusnya pun, saya rasa memang kena beli. Sebabnya? Dah baby baru, biarla dia pakai baju pun baru kan? Hehehehhehe Kalau nak recycle yang kakak/abang punya pun boleh. Tak menjadi masalah. Cuma still, saya rasa at least ada jugak baju baru.. :)

Yang patut ada, baju lengan pendek, lengan panjang dan seluar. Saya sarankan kalau nak beli baju, lebih mudah kalau baju-baju yang di beli tu jenis ada butang. Bukan jenis sarung. Kenapa? Kalau butang senang nak pakaikan baju tu. Nak-nak kalau tiba-tiba dapat anak kecik. hehehehe nak sarung2 ni, takut diorang lemas sebab time nak masukkan,mesti macam menjerut kat leher. =)

Selain itu, apa yang saya biasa buat, saya pastikan beli baju anak-anak saya saiz besar sikit. Untuk baju new born, kalau rasa nak beli, boleh la dalam 2 – 3 helai. Saya, banyak beli baju 0-6month.. :) Pengalaman saya dengan anak pertama, baju yang dibeli sangat menjimatkan SEBAB? Badan Khayra tak besar sangat walaupun berat badan dia sentiasa naik. Naik tak banyak sangat. Hhehehe Jadi ingatkan Adyan pun macam tu. So, belila baju dia yang new born, 0-3 month… Sekalinya…. sekejap je baju dia dah ketat. Pakai baju 6-12month pun muat. Sudahnya, baju-baju yang cantik (bagi saya) baru pakai 2,3 kali dah masuk dalam kotak. :(

Oleh itu, walaupun baju/seluar ni perlu tapi berpada-pada la sebabnya takut pakai 2, 3 kali then dah ketat. Lagi pulak,  kita kena ingat yang keluarga/saudara/kawan juga ada kemungkinan besar bagi baju/seluar sebagai hadiah.. :)

2. Barut / mitten / booties / sock / Bedung

Yang ni perlu sebab awal-awal baby baru lahir, kita memang pakaikan semua ni untuk elakkan kembung anak kita. Anak saya, pakai mitten paling sekejap. Dalam area umur 2 bulan je, saya dah tak pakaikan dah. Nak-nak bila dia dah pandai masukkan tangan dalam mulut. Saya dah tak pakaikan dah mitten tu. Nak kasi dia rasa muka dia, belajar genggam etc. Itu ikut orang la sebab ada jugak yang pakaikan mitten lama sikit. :)

Untuk sock@booties memang pakai lama… Cuma, saya prefer jenis macam stokin tu. Heheheh Saya rasa macam tebal sikit compare dengan booties. Sock ni, ikut kita juga. Cousin saya nak pakaikan sampai 1 tahun. Saya pulak, bila anak dah boleh merangkak terus xpakaikan. Sebabnya bila pakai jadi licin. Susah untuk dia merangkak.

Barut pulak, saya pakai sampai tak muat.. :P Actually barut sangat elok untuk dipakai sampai dia besar. Ini untuk elakkan kembung dan perut buncit… :P

Bedung pula sekarang dah ada moden punya. jenis wrap je. Ikut kehendak kita nak pakai yang mana. Adyan sangat suka dibedung. Cuma saya tak beli pun bedung untuk Adyan. Guna yang Khayra punya je. Nasib time khayra dulu, bedung dia semua warna biru. Hahahhahahahhaha

3. Minyak Baby

Minyak ni sangat penting untuk digunakan selepas baby mandi, basuh poo poo, basuh kencing dah sebagainya. Minyak ni nak elakkan daripada baby kembung perut. Suggestion saya, better gunakan minyak yang tak panas atau yang takde mentholatium. Takut ada setengah baby ni, kulit dia tak tahan.

Ikut pengalaman saya, Adyan tak boleh pakai minyak telon.. Kulit Adyan comfirm akan berbiji-biji merah. Kalau Khayra? sapu je la minyak apa pun. Still ok. So, better avoid sebelum kena. :) Adyan guna minyak HPA je. Minyak bayi dia tak panas dan tiada mentholatium tu. Alhamdulillah, kulitnya ok. :)

Ada pelbagai jenis minyak baby yang ada. Minyak bayi HPA, minyak telon ( ni ada banyak jenis ), minyak yuyi ( ni ada yang cakap ada campurab tak halal-tapi dah di clarifykan rasanya.. Tak ingat… :) Boleh pilih dan buat pilihan.

4. Termometer

Bagi saya termometer ni adalah sangat penting untuk mana2 new born baby terutama yang anak pertama. Termometer ni boleh didapati kat mana2 farmasi dan hypermarket. Kalau boleh, beli la termometer yang letak masuk kat telinga tu. Walaupun mahal, tapi berbaloi.

Based on pengalaman, susah nak guna termometer yang letak kat ketiak tu especially untuk baby yang lasak & tak nak duduk diam. Ada jugak yang suhu tak tepat.  :-D

5. Car seat

Kegunaan car seat ni adalah untuk menjaga keselamatan anak kita bila dalam kereta. Kitorang agak bertuah jugakla sebab “ter”beli car seat 0-4 years masa time dapat Khayra sebab sampai sekarang masih digunakan untuk Adyan. Untuk car seat ni, cari yang berkualiti, yang lembut kusyen dan yang paling penting, yang boleh guna untuk baby and toddlers ala2 two-in-one. Buat pilihan dengan bijak dan ikut kemampuan. Banyak dah brands yang ok dan murah. :)

6. Diapers atau Cloth Diaper (CD)

Yang ni sangat penting kecuali kalau kita nak ajar anak kita pegi tandas bermula masa umur 1 hari. hehe Selalunya hospital2 (hospital kerajaan?) akan bagi sample diapers untuk new born baby ni. Tapi lebih elok kalau kita dah sediakan lebih awal. Kepada yang ingin berjimat sambil menjaga alam sekitar, boleh cuba tengok2 cloth diaper (CD). CD ni kain lampin macam dulu2 tu cuma dia dipermodenkan..  ;-) jadi sangat cantik. :)

7. Barang2 mandi

Untuk mandikan baby dengan senang, sila lah cari bath tub baby terutamanya kalau anak2 kita tu jenis yang aktif terlebih x nak duduk diam and hantu air macam Khayra & Adyan. Memang wrestling la nak kasi diorang duduk diam dan mandi. hehehehe Untuk sabun mandi pula, kalau boleh beli yang 2-in-1/head-to-toe je. Senang dan jimat sebab sabun yang sama boleh guna untuk satu badan. :) Oh ye, jangan lupa jugak untuk beli towel. Kang menggigil sejuk baby lepas mandi :D

Itu je yang dapat fikir so far.. hehehe kalau ada siapa2 yang nak tambah lagi, sila la ye. Tapi bagi saya, untuk newborn, barang2 ni perlu sangat untuk persediaan sambut baby yang comel…

~ PELABURAN SILVER@PERAK. BEST SANGAT KE? ~

Salam semua.

Hari ni saya nak share sikit pasal something yang saya rasa agak menarik untuk dikongsikan. Sekarang ni kita selalu dengara kat mana2 pasal emas naik harga la, rugi tak beli emas la dan lain2. Tapi post ni saya tak nak cakap pasal emas, tapi saya nak cakap pasal adik dia, perak@silver.

Kenapa silver?

Orang ramai tak perasan sebenarnya yang harga silver ni bukan je naik dia ikut harga emas, tapi kenaikan dia akan jadi lebih tinggi emas. Tambah lagi, harga silver taklah setinggi emas yang dah ratus2 RM untuk satu gram je. So, affordable untuk rakyat2 biasa macam saya. Hehehehe

Sebelum saya start untuk nak simpan silver ni, saya ada la tanya2 pak cik Google kita pasal silver ni. Pak cik Google nib g byk reference2, antaranya:

  • Pelaburan Silver fizikal di Malaysia – yang ini ebook yang lengkap berkaitan pelaburan silver di Malaysia. Ebook ni cover banyak topik seperti kenapa silver, macam mana nak beli, bila masa sesuai untuk beli dan yang paling best, dia ada share teknik untuk mendapatkan silver dengan harga 75% lebih murah berdasarkan kajian kes yang dia dah buat sendiri.. menarik..  :p
  • 12 reasons why silver will outperform gold – yang ni teknikal sikit, banyak nombor. Tapi yang menariknya ayat die yang ni “Silver is continually consumed, unlike gold” “Since many uses of silver are in small or microscopic amounts, that silver can / will never be recycled, as it is continually discarded into landfills.” Maknanya, permintaan silver ni lagi tinggi.
  • 8 reasons why silver is the investment of the decade – yang ni lak simplify version untuk yang kat atas. Dia ada gak highlight pasal kekurangan stok silver ni dalam pasaran.
  • How to invest in silver in Malaysia – yang ni lak dia bagitau silver mana yang kita boleh beli untuk invest/simpan kat Malaysia ni.

Kesimpulan saya untuk pelaburan/simpanan perak ni:

  1. Perak ni kalau simpan boleh mengatasi inflasi yang semakin hari semakin naik ni. Cewah.. hehe
  2. Permintaan untuk perak ni memang tinggi dalam sektor perindustrian dan shortage of silver dalam pasaran boleh naikkan lagi harga perak.
  3. Boleh tengok harga semasa perak di www.nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/ atau www.stockcharts.com
  4. Jenis2 perak yang bagus untuk dibeli adalah Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg, Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)
  5. Ade facebook group yang jual beli perak di Facebook, contoh:—> Silver Lot Shop

Morgan Silver bar - cantikkan?

Canadian Mapple Leave - daun yang mahal..

Post ni dah macam post pakar ekonomi la plak. :p Nasihat saya sebagai orang baru yang nak invest kat silver ni, kita kena tambah ilmu dulu sebelum buat apa2 keputusan.

Jadi pada kawan2 semua, saya syorkan untuk baca dulu ebook Pelaburan Silver sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat dan ayat dia pon x susah untuk difahami. :)

Siapa2 yang nak share pengalaman dia invest silver pon dialu2kan komen kat sini, boleh kita share2. Sharing is caring. Hehehe. Kalo yang dah ada silver pastu nak share dengan saya pon lagi la boleh. ;p

~ Perjalanan Adrini’s Dalam Usia Setahun ~

~ Perjalanan Adrini’s Dalam Usia Setahun ~

Fuh… Pejam celik, Adrini’s dah berusia setahun pada 18 January 2011 yang lepas. Terasa begitu pantas masa berlalu. Apa yang saya lalui sepanjang satu tahun ini, dalam memperkenalkan Adrini’s, saya akui bukan mudah. Banyak halangan-halangan yang saya tempuh. :)

adrini's nursing wear collection

Logo Adrini's

Adrini’s lahir daripada keperluan untuk memudahkan saya menyusukan anak saya terutama sekali apabila berada di khalayak ramai tanpa perlu menyelak baju atau menarik perhatian orang ramai. Apa yang saya fikirkan pada awal-awal perancangan saya dan suami, saya inginkan pakaian menyusu yang kelihatan seperti baju biasa. Kira macam bila orang tengok, tak tahu pun itu adalah baju menyusu. :) Selain daripada itu, saya inginkan baju itu berlengan panjang dan labuh but yet cantik. Baju-baju adrini’s cantik wooo… :P

Baju menyusu adrini's

Cantik tak baju ni? hehehe

Maka, lahirlah idea untuk membuat, mereka, dan menjual pakaian menyusu dengan jenama kami sendiri iaitu Adrini’s dan bermulalah perjalanan Adrini’s. Kami bermula dengan rekaan dan bilangan yang terhad. Alhamdulillah, kakak sepupu saya pandai menjahit dan dia lah yang banyak membantu saya dalam memberikan idea dan nasihat berkenaan rekaan-rekaan baju dan pilihan jenis kain dalam menghasilkan pakaian yang bermutu. :D

Untuk pengetahuan semua, pakaian yang ada di Adrini’s di jahit di Malaysia hasil daripada perahan idea dan perbincangan dengan suami saya macam mana sesuatu pakaian itu berfungsi. Dari segi pencarian material hinggala ke tukang jahit, semuanya saya dan abang yang buat. Lotih jugak di buatnya.. mengangkutla si anak kecil ummi tu, Khayra… hhehehehhe Dengan masa terhad, 2 hari in weekend + kenduri + family++++, akhirnya, Adrini’s lahir jugak.  Apa yang memotivasikan saya untuk betul-betul jadikan Adrini’s satu jenama, adalah untuk anak-anak saya juga. Jadi, masa ni la saya kena bekerja keras.

Disebabkan urusan dgn tukang jahit, pencarian material, modal yang rendah, jiwa yang besar, maka 18 Januari 2010 officially butik online kami, http://www.adrinis.com mula beroperasi. Awal-awal tu pakaian tak banyak pun. buat sikit-sikit je.. Walaupun saya tahu kami bermula dengan modal yang rendah, tapi langkah pertama adalah sangat penting. Betul tak? Heheheh Sepanjang tahun 2010, jatuh bangun Adrini’s, hanya saya dan abang yang tahu. Kesibukan saya dengan kerja-kerja di pejabat hinggakan bila projek bermula, pukul 10 – 12 mlm baru balik, dengan saya yang pregnant anak ke-2 ketika itu, membuatkan kami membuat satu keputusan yang saya rasa agak berisiko untuk keluarga kami iaitu saya berhenti kerja. Time tu banyak yang difikirkan.. Boleh ke sustain, mampu ke kami survive, segala perkiraan masuk dalam kira-kira dan akhirnya, saya memilih untuk berhenti. Once saya dah berhenti, maka saya kena pulun la habis-habisan… :)

Revolusi tahun 2011, saya nak mengembangkan lagi product Adrini’s. Saya masih ingat kata-kata ex-boss saya masa saya bagitahu dia yang saya nak berhenti and saya plan nak buat apa. Dia bagitahu saya, marketing is the most important things in business. Without it, you failed. Wah wah wah… Thank you so much for remind me.. Dan Alhamdulillah, kami bermula dengan berkolaborasi dengan Sarakids yang banyak membantu kami, dan kali ni, kami share booth di MidValley. Banyak benda yang saya belajar ketika itu. Serius, pengalaman yang sangat berharga buat saya.

Kemudian, Adrini’s is featured di majalah keluaran Karangkraf, PA&MA untuk bulan Febuari 2011 yang lepas. Ini pun hasil kerjasama Adrini’s dan Bling Lustre – Bling Buubies. Thanks kalian sebab menawarkan kami untuk share-share page dengan kami. :)

adrinis dalam pa&ma

Adrini's in Pa&Ma

Sebenarnya masih banyak yang perlu saya lakukan. Banyak benda yang perlu saya belajar. Banyak lagi yang perlu saya gali. Saya masih mentah lagi dalam alam ini. Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang sudi membantu. Mungkin ada yang tidak tahu, produk rangkaian dari Adrini’s adalah hasil tangan orang kita jugak. :) Di reka oleh Adrini’s.. Material pun di pilih oleh Adrini’s. Ye saya akui, kami tidak sempurna lagi.. Dari segi material, kami masih mencari yang terbaik untuk semua. Ke ada sesiapa yang nak suggest kat saya? :D Amat saya alu-alukan. :) Ermmm… Ni boleh apply untuk produk buatan Malaysia kan? Hehehehehehhehehehe

Nota: Apa yang ummi buat ni, untuk Khayra, Khaleel dan insyaallah untuk adik-adik kalian jugak… :)

Luv,

UmmiKA

MAri kita lihat wajah baru Adrini’s

Related Posts with Thumbnails