~ 8 Tips Untuk Mendapat Duit Sikit dari Nuffnang ~

~ 8 Tips Untuk Mendapat Duit Sikit dari Nuffnang ~

Ha… tajuk je dah macam tak best.. apa lagi isi kan? :D Sebenarnya, saya nak share kan dengan kengkawan, apa yang membuatkan kita dapat duit dari nuffnang sikit. Macam saya. :D Sebabkan saya takde pengalaman mendapat duit yang banyak dari nuffnang, so,tak boleh la saya nak share tips duit banyak kan? Sebab nuffnang saya sikit, saya nak share macam mana saya dapat duit sikit dari nuffnang. :D :D :D Ni more kepada beginner la saya rasa.. :)

  1. Tak selalu update blog
    Ya, saya tidak update blog saya setiap hari, kecuali kalau saya tiada kerja kat office ataupun kerja tak berlambak. Kat rumah pulak, saya ni kalau tidur lmbt, bgnnya pun lmbt.. Mengamuk suami saya nanti esok nk g keje awal… :P  – Alasan…
  2. Topik tak menarik atau tak unik
    Yang ni pun main peranan jugak. Kalau tajuk tak best, orang pun tak nak baca. Kalau cerita pun tak seronok, orang baca half je. Unless kalau kita dah ada royal reader. tu dah lainla kn?
  3. Tak melakukan aktiviti bloghop lantas tak meninggalkan komen
    Ni pun sama gak menjadi penyumbang kepada pendapatan yang sikit. Sebabnya? nuffnang ada kempen based on per click dan kempen based on buffer/trafik. Jadi, kalau trafik rendah, orang tak ramai masuk, jangan harapla nak dapat RM…
  4. Layout blog yang complicated dan tak user friendly
    so far, ikut pengalaman saya, layout blog saya tak penah tak cantik (masuk bakul angkat sendiri :) )..hahaha tapi masih banyak lagi yang saya boleh buat untuk jadikan blog saya lebih user-friendly.
  5. Tak kenal Nuffnang Innit
    Nuffnang Innit? Apakah itu?
  6. Position Nuffnag ads tak strategik
    Dulu-dulu saya just letak ads tu kat sidebar je sebab rase ads tu annoying dan mengacau.. pastu rase menyesal bile tengok duit kat nuffnang tak naik2. hehehe
  7. Saya tak join komuniti klik2 Nuffnang
    Rasa macam rugi gak x join komuniti ni.. kalo tak, ade je orang klik ads nuffnang saya setiap hari.. hehehehe TETAPI.. aktiviti suruh/mintak orang klik ads kite adalah illegal dan jugak salah dari segi etika. so… boleh abaikan je la…
  8. Register Nuffnang tapi tak letak ads kat blog
    Ni adalah cara yang paling berkesan untuk dapat duit sikit dari nuffnang (mungkin tak dapat langsung). Tak kira la samaada terlupa ke, tak tahu letak ke atau memang sengaja tak nak letak…. cara ini saya gerenti tak dapat duit banyak dari Nuffnang.. 100%..

nuffnang earning

Inilah hasil tuaian saya mengikut tips-tips di atas… (*)

Note: post ini adalah sebagai pengajaran untuk sume kawan2.. kepada sesiapa yang nak dapat duit banyak dari Nuffnang, sila jangan ikut step-step diatas.

Luv,

UmmiKhayra

~ Have Fun And Play With Baby Game ~

Last weekend ( ahad ) Saya dengan abang and of course Khayra g berjalan-jalan setelah sekian lama, weekend kami penuh dengan undangan majlis open house dan kenduri.. :) Alhamdulillah, kebanyakkannya kami dapat penuhi tetapi mana-mana yang tidak dapat kami penuhi tu, insyaallah ada lagi tahun hadapan. ( Ni untuk open house raya ek.. :P ) Hari ahad tu, kami ke satu tempat untuk projek saya. Kemudian, saya dan abang singgah ke The Mall. Lama sangat kami tidak ke sana. Lucky, walaupun hari ahad tempat tu lengang. Tidak seperti di mid atau di OU. Penuh dengan manusia. Kami berjalan-jalan di sana dan kami singgah di parksons yang tiada orang jugak untuk cari kasut untuk Khayra. Disebabkan Khayra dah berjalan and berlari, kene cari kasut tapak getah untuk dia sebab sebelum ni kasut-kasut Khayra semua yang jenis tapak licin tu je.. :P

Khayra memang tak nak di dukung langsung sebab dia nak berjalan-jalan kat kawasan itu. Nasib baik tak ramai orang jadi kami biarkan sahaja Khayra berjalan-jalan. Tiba-tiba Khayra menuju ke satu tempat and guess what? Tempat tu adalah tempat mainan ok.. Dia ada jumpa satu mainan fisher price yang berbentuk meja tu tapi boleh tekan-tekan and yang ada buku tu. Kat I Setan KLCC ada. :P Siap duduk atas lantai lagi tu nak main bende tu. Kemudian, khayra jumpa stacking block yang mcm lego tu. ( sesuai untuk baby berumur 1years. )  Terus dia ambil dan tunjukkan pada saya. Amboii… Sambil tersenyum macam nak minta saya and abang belikan. Memang kami ada plan nak beli lego aritu tapi tak nak yang lego yang block dia kecil-kecil tu sebab tak sesuai untuk umur Khayra. Bucu-bucu tajam and kecil2. Takut membahayakan. Bila jumpa yang Khayra pegang tu, memang nak belikan la untuk Khayra.. Sekalinya…… Khayra jumpa kotak lego yang kecik-kecik tu, terus khayra lepaskan yang Khayra amik sebelum ni dan amik yang lego untuk budak besar tu. Bila tak kasi, Khayra amik kotak yang lain dan bawak lari kotak tu sambil senyum2… Aduiii… Sessi mengejar berlaku kat situ… Apala anak ummi ni… Lepas tu terus sorokkan lego tu and kasi Khayra block yang awal tu. Hehehhehe

Time tu memang rasa nak gigit-gigit je Khayra ni tau.. Boleh dia buat aksi sampai gitu sekali. Tiru sape tu ye? :D

Oh.. Apa kaitan dengan tajuk di atas? Hehehhe Kaitannya adalah permainan yang saya beli untuk Khayra tu. Permainan Lego ini sesuai untuk dijadikan aktiviti untuk bermain bersama-sama anak kita. :) Skill yang boleh dipraktikkan kat sini adalah ‘hand-eye coordination’ , konsep besar dan kecil ( bila kita lakukan stacking), and ajar anak kita tentang visual-spatial relationships. Permainan ini sesuai dimainkan untuk baby yang berusia 9 bulan dan ke atas. Masa awal-awal tu kita boleh perkenalkan dengan masukkan cawan dalam mangkuk ke… ( plastik ) atau masukkan gelung-gelung di batangnya mengikut urutan dari kecik ke besar. Dalam usia setahun pula kita dah bolehla kenalkan dengan lego. Tapi yang sesuai dengan usia. Ini boleh membantu dalam mempertingkatkan motor skills anak kita. Lagipun permainan itu kalau kita boleh bermain bersama anak lebih mengeratkan pertalian dan akan menjadi lebih bermakna. :)

Luv,

UmmiKhayra


Related Posts with Thumbnails