
Amacam dengan gambar itu? Menyelerakan? hehehheheh ini lah makanan saya dan 2 orang officemate saya masa bos saya belanja for farewell saya hari ini. Kitorang sampai awal tengahari tadi. Tapi start makan lambat sikit sebab bos saya masuk parking mid valley tu almost 1 hour baru dapat parking. Ramainya yang g lunch kat mid… Huhuhuhu 2 orang staff lagi tak dapat join sebab yang sorang tu sedang cuti kahwin dan seorang lagi di Terengganu sebab amik cuti panjang selepas 2 bulan kerja macam zombie hari tu.
Hari ni bos belanja kat Chilli’s @mid valley.. Hehheheh Ni kali kedua saya menjejak kaki kat restaurant nih. Dulu sekali pun bos belanja sebab farewell budak intern kat office saya jugak. Oh.. bos saya ni memang suka kot makan kat kedai ni especially bila dia tau dari mulut COO chili’s ni yang restaurant ni owned by Sultan Pahang. Wow… surprising me ok bila dengar.
Apa-apa pun, memang senak la perut ni ha lepas percubaan menghabiskan makanan yang kami order tadi. Aisyah amik chicken apa ntah, saya amik grilled salmon – ohh saya memang suka salmon..
and adi amik lamb steak. Yummy…. Pastu air amik bottomless fruit juice. Boleh top up banyak kali with different flavour. Ada apple, guava, orange, manggo.

Kebiasaannya, akan naik kete bos kan.. tapi kali ni kitorang g sendiri-sendiri. Kami sampai awal dari bos, siap posing-posing lagi kat situ.
Dah kata bos takde kan? Memang agak poyo sikitla kot.. hehehhehe Cuma rugi dayah and mun takde… Takpe, next time kita kuar jumpa semua…
Kebetulan pulak last day saya masa tak ramai orang. Macam merelakan je saya pergi.. Hahhahahahhahaha Takut dayah nangis kot. Aritu time masa attend wedding dayah, dia dah nak sedih dah la sebab tu last day dia jumpa.. Takpe, dayah, nanti kita ronggeng sesama lak..
Poyo je kan muka budak 2 orang nih.. mentang-mentang bos takde lagi.. hahahhahahhaha

Ha… ni la jejaka idaman Malaya sekarang ni kat office saya. Sebelum ni title gadis idaman sedunia dipegang oleh saya kan, sebab saya sensorang je perempuan, bila dah saat tahun terakhir baru la tetiba rotate lak.. Adi je la sorang lelaki kat office sekarang (oppss.. tak termasuk bos saya.. ) .
Bila bos dah sampai memasing senyap but nasib baik ada wife dia.. So, kitorang pun borak-borak la.. Semua dok tanya apa saya nak buat. Hehheheh Yela, saya bukannya berhenti sebab pindah kerja lain kan. Siap wife bos offer and give idea business lagi. Suruh buat butik baju. Dia cakap dia boleh tolong untuk dapatkan kain kalau saya betul-betul nak buat. Bagi idea nak dapatkan supply and so on.. Siap minta bos saya contact kawan dia lagi. Time tu kepala dah berputar ligat. Boleh ni.. Bila lagi.. cuma kene plan la… Insyaallah kak, pasti ku minta tolong mu jua…

Menghitung hari… detik demi detik….
Farewell all my colleges… Will miss you all…. tak mo sedih-sedih… Nanti boleh chat… Hehehhehe Kita plan la lepas dayah habis honeymoon, mun blk dr kampung, kita jumpa. Nak??? Nak ke? Ke tak nak?
Luv,
UmmiKhayra
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung