~ Ridel Hotel @ Kelantan ~

Ni entry memang dah lama giler la… Bulan 3 punyer entry sebenarnya.. Teringat janji saya nak buat review pasal hotel yang saya duduk semasa saya attend cousin wedding. So, lambat-lambat pun, ia still tak basi kan? sebab saya bukan nak cerita pasal cerita basi saya… :P

Masa kami ke Kelantan tu, kami duduk kat ridel hotel. Kedudukan hotel ni, memang bagi saya sangat strategik. Dia berdekatan dengan pasar siti khadijah yang orang suka pergi tu. Tapi saya dengar sekarang orang kelantan dah beralih arah… ke mana? Saya tak tau.. hehehehhehe Kedudukan dia pulak tepi sungai tu… bersebelahan je dengan grand riverview hotel. Hotel ni kecik je.. dia ada town view(ngadap town la.. ), river view(ngadap sungai.. yang ni recommended..) and yang takde view. :D

Hah? Takde view? Hehehhehehe Yang takde view tu, sebab dia kat tengah-tengah bangunan. Macam bilik stor la.. Memang takde tingkap apa pun. Kami dapat bilik tu. Bilik dia memang kecik la. Muat untuk 2 katil bujang, almari, meja and basic benda yang ada untuk hotel. Peti ais, kettle, astro dsbnya. Toilet so far okla…. :P Cuma macam melekit sikitla lantai dia.. But ada selipar yang disediakan. Hehehhe toilet tu yang penting… :P Sebabkan takde tingkap semua, harga kalau tak silap RM90++ je… Bilik dia lebih kurang kat bawah ni. Saya tak sempat nak amik gambar bilik hotel tu… Tapi keadaan dia memang lebih kurang gini la.. Ngam-ngam untuk dua single bed.

Kalau pilih yang riverview tu, mahal la sikit. Sampai mencecah RM160++ jugakla.. Depends on the room. Deluxe ke, family ke, superior ke. Kalau budget ciput, amik standard pun ok… :) Ni gambar saya amik dari hotel tu.. Ni untuk eksekutif room. Kalau nak tengok gambar lagi boleh ke sini.

Ok… In term of location, memang sangat ok. Tengah-tengah bandar and dekat nak ke mana-mana. Macam saya aritu, jalan kaki je la g pasar khadijah(walaupun tak masuk), dekat dengan shopping baru( bagi saya barula sebab dulu time saya datang tgh buat.. :P ). Even kalau nk naik kete pun, dekat jugak la nak ke mana-mana. :)

Sesapa nak g Kelantan???? Hehehhehe

Nota: Actually  baru teringat pasal post ni bila alinjr tanya pasal ridel hotel ni.. Daripada saya bagitau sikit-sikit, why not saya share dengan semua orang… Hehehheheh Alin, adakah saya menjawab soalan? Hehehhe Harap dapat membantu…

Luv,

UmmiKhayra

~ Kami Sekarang Berada Di Kelantan ~

Yep.. saya dan family selamat tiba di kelantan pukul 230 tadi. Hehehheh Nasib baik saya dah apply cuti untuk minggu ni sebelum bos saya keluarkan memo cuti dibekukan… Hakhakhak… So, here we now.. Kat Kelantan… Semalam sebabkan saya cuti hari ni, saya kene siapkan jugak module yang untuk di present hari ni. Pukul 10 jugak la saya balik rumah. Malam tu actually saya dah ada janji nak jumpa someone, then dia tak leh sampai kat shah alam awal, so, saya pun rilek2 la buat kerja. Sudahnya pukul 10. Amikkkk… ekekekkeke baru je nak mengelat dan berkira-kira dalam hati nak kasi alasan apa kat bos, saya nak balik awal. Nampak gaya Allah lebih mengetahui. Meeting tu kena cancel, lepas tu saya lak kene kerja until 10pm. Takpela.. pasni bonus banyak ek boss? Boleh? hehehheh ( macam boleh je.. suka ati… :P )

Okeh.. sebabkan saya balik lambat, saya memang tak larat nak packing. Tu pun kene siapkan sikit lagi keje before midnight. So, ngam-ngam 1150 setel semua. ALhamdulillah… makanya, saya pun tidur je la.. Letih memerah otak wei… :P Kami pergi sekali dengan mama and abah so plan dalam pukul 7 bertolak dari rumah. Saya bangun awal pagi, packing semua and pukul 730 kami bertolak.Dalam 830 sampai kat bentong. Singgah breakfast kat rnr bentong. Lepas lunch terus ke kelantan pulak.

Dalam perjalanan, abang asyik membebel je.. hehehhehehe motor kua simpang sesuka hati, kereta nak masuk simpang break sampai berhenti baru masuk… haahhahaahhaa apa-apa jela… overall perjalanan kami smooth je… semua plan tak nak benti memana. Nak benti kt kelantan terus tuk lunch.So, dalam 230 baru kami sampai.

Kami hanpir terlupa, hari jumaat merupakan hari cuti mereka. Makanya, semua kedai tutup.. waahhhh berpusing kami nak cari makanan. of coursela fast food bukak kan, tapi takkan nak lunch makan fast food. Ayookkkk…. Bila saya tanya kawan saya, dia cakap pukul 3 baru bukak.. Kami pun tunggula sampai pukul 3, sambil tu round-round kat sana. Mungkin ada la gerai-gerai yang dah bukak lepas sembahyang jumaat tu, tapi kami tak jumpa.. hahahahhah last2 kami makan kat area pasar siti khadijah tu. So, bare in mind, next time datang kalau hari jumaat tengahari sampai, better makan dulu kat memana. :)

Lepas lunch, kami pun check-in kat Ridel Hotel. Masa kami check -in tu, family abah dah ramai yang sampai. Ada yang sampai dari hari khamis lagi. Al-maklumla, kebanyakkan isteri masing-masing cikgu. Hehehhehe Kat Ridel hotel ni, dari luar saya nampak bilik macam sikit je.. Rupanya, bila masuk, banyak giler bilik, Dalam 1 floor ada 67 buah bilik. Bilik dia walaupun kecik, tapi selesa.. Cukupla untuk kami bertiga. Rate hotel ni, nanti saya bagitahu, sebab untuk first night, pakcik abang yang bayarkan. Sebab kami plan nak duduk 2 mala, next night, kami bayar. so, will update on that later. :) Oh, kalau nak lebih besar, selesa leh try kat renaissance or new pacific hotel. Tu kalau ongkos besarla.. :p Gambar? untuk first day saya tak tangap gambar sangat. :P Gambar bilik hotel, saya letak sekali bila dah dapat rate. :)

Malam, kami ada dinner keluarga. Plan lepas tu nk jenjalan, tapi saya diserang sakit kepala yang sangat kuat, sudahnya tidur je kat hotel. :)

Ni hari kedua saya kt sini. Tgh tunggu kawan saya untuk keluar breakfast. :) 1130, kami ah ready untuk ke rumah pengantin. Till next time.

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails