~ Setelah Sebulan Bergelar WAHM ~

Salam semua… Kiranya genapla sudah sebulan saya memencilkan diri duduk di rumah, sudah tidak bekerja lagi. Terasa macam baru je saya berhenti, tengok-tengok dah sebulan. Dalam masa sebulan ni, banyak yang perlu saya buat dan banyak jugakla yang dah buat. Ada juga yang saya rancangkan belum sempat saya buat. Contohnya make over blog saya ni ha… Saya masih tidak mempunyai masa untuk menghadap laptop saya ni tanpa gangguan daripada sesiapa kecuali malam hari. Itu pun, sebab saya dah penat saya dah tak larat untuk berlewat-lewat malam sangat. Hehehhehe

Apa perbezaan dulu dan sekarang?

Banyak perbezaannya tau. Ada yang saya rindukan tika waktu saya bekerja. Nak tau apa?

1. Saya rindukan masa saya bangun pagi-pagi, siapkan Khayra untuk ke nurseri then pegi kerja dengan abang. Hehehheh Walaupun kitorang lain-lain tempat kerja, tapi kami sehala. Pagi-pagi tu, selalunya saya akan hantar sampai ke office abang, then park kat office saya, then bila balik abang naik LRT je datang ke office saya, balik sesama. Time tu la, kami dok bercerita itu ini, planning apa nak buat, bincang macam mana nak handle itu ini and of course la gaduh pun turut terselit sekali. Hahahhaha Ala, gaduh-gaduh manja gitu… Biasala.. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Ahaks…. Sebabnya sekarang ni dah tak boleh nak buat gitu sangat sebab masa bersama limited. Time kat bilik je la ada pun nanti. Pstt… Saya still duk umah mentua, cemana nak borak-borak hal kami even time dinner pun.. :D

2. Saya rindu jugak masa saya boleh buat entry sepuas hati di office, ( kalau takde kerja.. ), menjengah blog kawan-kawan ( saya boleh jengah guna backdoor, tapi susah nak komen. ) tanpa ada gangguan daripada sesiapa kecuali kerja. Hehehhehe Cumanya tu kalau tak sibukla… Cuba kalau sibuk.. Haru… Apa pun tak boleh buat.. Hahahahhahahahahaha

3. Saya rindukan officemate sayala.. Apa lagi… Heheheh Sebabkan kami takdela ramai mana pun kan, makanya kami agak rapat antara satu sama lain. Hehheheh Tu yang saya rindukannya.. Zaman-zaman lunch together2… and everything. Sekarang dah takde officemate.. Tapi soulmate je yang ada… :P

Hah.. tu la 3 benda yang kononnya saya rindu.. heheheh Tapi apa yang membuatkan saya bahagia bila saya dah duduk di rumah and tengokla muka si kecik tu tiap hari adalah :

1. Dapat jaga Khayra dan asyik berkepit je la dengan si Khayra tu.. Hehehhehe Tu part paling best sekali. Sekarang ni kalau saya cakap saya nak kerja, mesti Khayra akan cakap tak boleh. “Ummi work ye sayang?, Ummi kene pergi kerja” Jawapan Khayra adalah ” tak yeh. Nanak…” Sambil peluk saya then terus cakap “ayam mie…”<- (Sayang ummi) Lawak betul…

2. Dapatla saya menyiapkan bekal untuk suami saya tu. Dia siap request nak saya sediakan bekal untuk dia setiap hari. Heheheheh even saya duk umah sahaja, saya still busy tau abang. Sebab tu la kekadang je bekalnya siap.. :P

3. Saya dah tak stress sangat. Hikhikhik Kalau dulu bangun je, malas je nak pegi kerja, sekarang? bangun dengan happy2… Hehehhehehhe And then boleh bangun lewat sikitla kalau nak pun kan… Hahhahahahhahahhahaha

Cumanya, saya rasa lagi mencabar duduk di rumah ni. Kenapa saya cakap macam tu?

1. Sebab saya buat kerja di rumah, saya membuat business baju nursing saya kan, saya kenalah cari-cari peluang untuk membesarkan perniagaan saya.Kenala cari income kan? Kalau dulu saya boleh jadikan alasan bekerja so that untuk cari kain, jahit baju semua dijalankan sewaktu weekend sahaja. Kadang-kadangla weekday, itu pun penat esoknya. So sekarang saya masih dalam process untuk belajar menjahit. Saya tidak expert lagi ok.. :)

2. Semua tugas untuk online business dah jatuh sepenuhnya ke tangan saya. Macam mana saya nak mencorakkannya. Seriously, saya budak baru belajar. Banyak benda yang saya perlu tahu dan saya memang masih terkial-kial lagi. Dari hantar barang, update stok, deal dengan kerenah tukang jahit, deal dengan kehabisan stok dan banyak lagi.

3. Sekarang mana pergi saya seorang je bersama Khayra. Mana saya nak campak Khayra kan? Tu yang kekadang stress jugak sebab demand si kecik ni, kalau duduk kereta sekejap je la nak duduk sebelah sambil berseat belt. ( Khayra dah tak nak duduk car seat dia since kami accident dulu. Yang memang bang betul-betul kat car seat dia. ) Selebihnya nak duduk dengan saya. Sebab saya perasan, Khayra kalau dalam kereta sekejap je boleh main atau tak buat apa-apa. Selebihnya kene berkepit dengan saya menyusu. Mungkin dia pening kot dalam kereta.

4. Khayra pulak, sangat la manja. Semua nak saya buat. Even dah ada abah dia pun, still nak saya buatkan segalanya untuk dia. Sangat demanding. Cemana nak buat kerja nih Hehehheheheh

5. Segala house chores semua kene buat tanpa bantuan sesiapa kecuali weekend. Yela, dah saya kat rumah kan, takkan nak suruh abang yang kat office sidai baju kot. Ekekekkeke Dulu malam-malam basuh atau weekend jek. Sekarang takkanla kan? Lepas tu dah kene fikir nak masak apa untuk lunch. Masak lunch lagi, itu lagi, ini lagi.. Rasanya memang banyak sangatla benda yang nak kene buat. Hehehhe

Hehehe apa lagi? Rasa macam saya merapu meraban je kan? Hehheheheh Sebenarnya baru sebulan je pun jadi WAHM nih. Masih banyak yang kene perbaiki untuk mendisiplinkan diri dan juga Khayra. Saya tahu, Khayra adalah manusia paling happy saya tak kerja sebab tu sekarang ni memang dia menggunakan sepenuhnya kudrat saya ni hanya untuk dia sahaja. Apa yang saya tahu, Khayra betul-betul happy bila saya tak kerja. Dapat tengok dari muka si kecik ni. Itu yang membuatkan saya rasa lebih bahagia dan saya rasakan walaupun sekarang ni saya masih tidak teratur, saya dapat rasakan pilihan saya ini tidak salah sama sekali. :)

Nota: Entry merapu saya rasa.. Sebab saya main tulis je. Takde info berguna pun lagi.. Insyaallah coming soon. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Challenge I Have To Face When I Choose To Be a Work At Home Mother ~

This weeks is my last weeks being a working mother. Chewah, spekeng la pulak kan.. :P Lepas ni, saya dah jadi housewife sepenuh masa tetapi ada planning yang perlu saya buat untuk tidak la duduk rumah menghabiskan duit suami je kan.. :D Syarat saya boleh berhenti duduk rumah, jaga anak, jaga suami, jaga baju, jaga lantai bla bla bla yang suami saya bagi adalah boleh berhenti tapi tidak duduk sahaja. (Oh.. Macam mana ye, berhenti tapi tidak duduk je.. Adakah berdiri? hehehhehe ) Alasannya? Tak nak kepala otak saya bersawang and kepintaran tahap kuasa gaban saya nanti makin merundum. Apakah? :P Tapi kan, buat kerja rumah, memasak, membasuh, mop lantai pun di kira sebagai challenges minda jugak kan? Lagi satu, blogging pun memerlukan kepakaran minda juga. Yela kena fikir macam mana cara paling pantas untuk cepat siap mop lantai. Kene guna kira-kira nak start dari mana.. Then kene fikir jugak masa mop tu, better basuh baju dulu so, the time nak tunggu baju siap di basuh oleh en. mesin incredible tu, mop lantai pun dah setel. Pastu nak fikir menu apa pulak.. Belum lagi nak fikir cara-cara macam mana nak ajar anak supaya tidak mengacau semasa bekerja..  Then blogging lak, kene bloghop la, buat entry la… Hah.. en. suami, banyak tuh kerja-kerja yang perlukan pemikiran yang mendalam. Suri rumah bukan just simply buat sahaja tanpa perlu berfikir. Betul tak? :D

Bila memikirkan challenge/cabaran yang saya kena hadapi ni, rasa macam takut gak. Yela, macam banyak je kerja bila jadi full time housewife ni. ( cet, kalau kerja tak buat ke semua tuh? :P ) Bukan tak buat, tapi kira ada excuse la kan, kalau tak basuh baju tiap hari ke, bilik tak mop tiap hari ke.. Ye tak? ekekekkekeke… Ermmm… apa yang saya bebelkan nih?hehehhe

Persoalan saya yang utama, senang ke nak jadi mom yang bekerja dari rumah?
Ikutkan memang impian every mums out there nak jadi WAHM. Especially those yang bekerja sepenuh masa. Sape tak nak duduk rumah? Tapi, dalam pada tu, kena fikir gak cabaran yang kita kena hadapi bila dah jadi suri rumah and at the same time nak jadi WAHM. Saya rasa macam challenging je..

Sebab?

  1. Bila kita kerja, apa-apa je perkara di rumah yang boleh buat kita distract masa bekerja, kita dah tinggalkan kat rumah. Baju yang tak berbasuh, lantai yang tak di mop, baju yang tak di lipat and most challenging anak yang kita tinggalkan kat nurseri/tadika/babysitter semuanya kita tak bawak masa kita pergi kerja. So, kita akan lebih fokus dengan kerja kita. Once kita pilih untuk working at home, benda-benda tu semua dah ada depan mata. Cemana nak cope dengan kerja kita…
  2. Kalau bab anak pulak, dah kata nak jaga anak sendiri kan, tu yang nak berhenti and jadi ibu yang bekerja dari rumah. So, macam mana nak handle anak pulak.
  3. Then, agak-agak mampu tak untuk generate income daripada business/kerja yang kita buat dari rumah kalau 2 perkara kat atas tu kita tak mampu nak handle?

Working At Home Mother - Super Women

Ha.. challenging gak kan? Saya rasa tu cabaran yang saya boleh fikir buat masa ini and kene fikirkan macam mana saya nak solve kan rintangan-rintangan ni. Persoalannya? Boleh ke saya hadapinya?

Nota: Sape-sape ada pengalaman, meh la share dengan budak baru belajar nih… :) saya amat mengalu-alukannya.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~

Soalan : Patutkan lelaki buat kerja-kerja rumah? Seperti membasuh baju, menyidai baju?

Person 1 : Ohh.. tidak, lelaki kena duduk rileks je, sebabnya kami dah penat bekerja satu hari di pejabat dan memang memerlukan rehat. Kat rumahla masa untuk rehat.

Soalan : Kalau kira macam tu, macam mana pulak dengan isteri yang bekerja?

Person 1: Oh, itu adalah tugas isteri. Memasak, membasuh, mengemas. Lelaki mana tahu buat semua tu.. :)

Patut ke lelaki buat kerja rumah?
Beberapa hari lepas, saya adala dengar kat Fly.FM tentang topic lelaki ni patut ke buat kerja rumah. Of course la feedback dari perempuan paling banyak yang keluar dan masing-masing cakap patutla membantu especially kerja-kerja berat. Dari lelaki pulak, of course la diorang tak nak kan? Hehehheheh reasonnya, diorang ni dah keja penat-penat dan diorang ni pulak more on kerja berat-berat macam betulkan atap bocor, betulkan kepala paip pecah dan sebagainya. Argument yang memang takkan habisla kalau kita dok hujahkan. :P

Walaupun argument yang takde sape pun menang, saya nak jugak kasi pendapat saya. :P Bagi saya, tak salah kalau lelaki tu membantu sikit dalam hal-hal kerja rumah ni. Macam sidai baju ke, cuci toilet ke, vacum rumah ke, masak ke ( masak? hehhehehe sesekali la.. :P ) atau apa saja yang boleh di bantu. Sebab kerja-kerja tu, bukannya menjatuhkan ego pun, malahan isteri lagi berbesar hati and makin kasih pada suami.. :D

Bukan ke itu tugas isteri?
Betulll.. Tu memang tugas isteri. Memasak, mop lantai, jaga anak, jaga suami bla-bla-bla. Saya tidak nafikan itu memang kerja kita orang perempuan nih. Sapa yang berani menidakkan? Hehehhe Rasa macam superwomen pulak kita ni kan? macam-macam benda kita boleh buat. :D Bagi saya, memang itu tugas isteri sepenuhnya KALAU isteri itu tidak bekerja. Sebab tu saya rasa tak salah kalau suami sama-sama menolong atau membantu kita di rumah. :)

Kenapa saya cakap tak salah?
Saya cakap tak salah, untuk saya wanita dan isteri yang bekerja ni. Bagi saya, kalau saya willing untuk membantu suami dalam mencari nafkah, dan memang suami mengizinkan, tidak salah kalau kerja rumah, kita buat sesama. Bukanla suruh buat semua, tapi membantu dalam hal-hal yang boleh dibantu. Macam sidai baju ke, vacum ke.. Sebabnya, kalau nk cakap tugas tu semua tugas perempuan, then bukan ke mencari nafkah tu tugas suami? :)

Unless, kalau suami kata tak perlu bekerja, dia mampu untuk sara keluarga, lepas tu, kita ni ha, tergedik-gedik jugak nak kerja, kononnya nak cari duit sendiri so, tu tanggung sendiri la ye kalau suami tak nak tolong.. :P

Overall, bagi saya, kalau kita isteri ni bekerja, saya rasa patutla suami ni buat kerja rumah. Bantu si isteri jugakla.. Kalau tak banyak, sikit pun jadila.. :) Tapi kalau suami tak nak buat kerja rumah pape pun, and isteri dia memang tak kerja, ok kot kalau diorang tak nak.. Kalau nak bantu jugak tak salah pun.. Lelaki kan kuat? :D

Itu pendapat saya la kan…. Mungkin ada pendapat lain ke? (F)

What say you?  (I)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails