
Salam untuk semua.
Kalau masa saya kerja dulu, hari jumaat ni macam hari bahagia untuk saya. Keje pun mesti tak stress. Sebabnya bila fikir esoknya dah cuti. Hihihi
Tak lama lagi, kira2, sebulan lebih je lagi Khayra dah nak masuk 3 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Terasa seperti macam baru je memori masa melahirkan Khayra. Hihihi Masih mencari-cari lagi hadiah untuk Khayra. Still wondering. Hehehehe
Since Khayra dah besar and sentiasa dengan saya bila saya dah berhenti kerja, sosial life Khayra dgn rakan sebaya memang sangat terhad. Sebab tu saya terfikir untuk cuba hantar Khayra bermain dengan rakan-rakan yang lain. Intention saya bukan nak dia belajar, tapi hanya untuk bersosial dan belajar pun dengan cara yang menyeronokkan.
1. Playgroup
Mula-mula saya masukkan Khayra untuk join playgroup. Playgroup ni di samping bersosial, class ni juga involve activity seperti art, music, belajar membaca dsb dengan cara yang menyeronokkan.
Khayra join playgroup di Puchong bawah Genius Baby On Board. Apa yang Khayra suka bila kat class ni adalah teachernya yang suka memuji and happy go lucky. Budak2 kan suka kita puji, setiap hari asyik nak pergi school bubble. Nak dengan teacher bubble. Lawak betul bila saya fikirkan, Khayra fikir benda yang membezakan pre-school dia dengan playgroup dia.
Dalam playgroup ni, ibu-ibu akan involve bersama anak-anak dalam semua aktiviti. Ina juga untuk create bonding pada anak-anak lagi. Sangat seronok. Untuk yang nak baca tentang gbob ni, boleh bukak website mereka. Saya pun ada tulis review untuk GBOB ni dalam blog saya. Try search ‘genius baby on board’.
Class tu sangat menarik dengan aktivity yang berlainan every weeks. Its quite facinating and Khayra lovessssss to attend the class. Cumanya bila class ni on weekend, Khayra selalu jugak skip class. Sayang sangat kan?
2.Pre-school
Bila khayra asyik tak dapat ke kelas playgroup dia je, saya pun mula fikir nak cari tadika untuk khayra. Still tujuan utama adalah untuk khayra mingle around je. Bagi saya masa ni bukan untuk stresskn otak budak-budak ni dgn belajar yg style kt sekolah tu. Saya nk khayra belajar dengan cara yg seronok, boleh main, bla bla bla..learning is fun.
Then jumpala satu tadika ni. Ikut ste bgajar and sekolah tu based dia montessori. Tgk apa yg fi ajar,guna barang apa yada yada, then saya cuba masukkan kt situ.
Hari pertama mmg ngs la.sbb khayra dah biasa pegi sekolah style ummi brlajar sekali, maka hari pertama mmg mengamukla. Hari kedua pun sama sampaila hRi ke-4. Hari ke-5, tukar strategy, atok yg hantar. Surprisingly, tak ngs lgsg. Sampaila hari ni dah blh pegi sekolah tak ngs. Hihihi
Khayra ada gelaran yg tadika tu, sekolah lukis2. Yg playgroup dia sekolah bubble with teacher bubbles. Lawak betul cara membezakannya.
Dari segi perkembangan khayra,kne tgk dulu mcm mn. Khayra baru je masuk. Ni lebih kepada introduction apa yg khayra buat skrg ni.
Masa amat mencemburui saya. Sampai sini dulu. Hehehe jumpa lagi.
Luv,
UmmiKA
)









Recent Comments