~ Khayra @ Bukit Melawati ~

~ Khayra @ Bukit Melawati ~

Weekend lepas, kami sekeluarga balik ke tanjung karang dan pada hari ahad tu, kami sekeluarga bersama my parents pergi ke bukit melawati untuk bawa Khayra jalan-jalan sambil tengok monyet. Untuk hari sabtu dan ahad termasuk public holiday kereta tak boleh naik atas bukit. Pihak pengurusan ada sediakan kereta api atau shuttle untuk naik ke atas. Bayaran Rm3 untuk Dewasa dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas, RM1 dikenakan.

Khayra? Sangat excited bila sampai kat atas tu sebab banyak gila monyet yang sedang di beri makan. Kena berjaga-jaga ye sebab monyet2 ni akan grab je apa-apa yang dia nampak as makanan. Hari ni saya malas nak bercerita banyak.. Meh layan gambar pulak… :)

Khayra @ shuttle

Lepas menghabiskan masa di atas bukit melawati tu, sempat jugakla saya dan abang jenjalan masuk muzium yang ada di sana, tapi tak leh lama sangat sebab Khayra nak tengok monyet. Hehehehhe Khayra tak takut langsung dengan monyet kat situ. Lagipun monyet tu jinak.. Dah biasa dengan orang rasanya. Siap ada yang duduk kat kaki pengunjung kat sana. Cuma kesian tengok monyet-monyet tu sebab habitat dia memang dah takde. Kawasan situ dah bukan kawasan hutan lagi. Sekelilingnya dah ada pembangunan.

Sebenarnya masa kami pegi tu adalah masa untuk Khayra tido.. Memang dia tak tido la.. Masa makan lunch pun Khayra banyak main sebab dia nak lawan perasaan ngantuk dia. Kitorang makan kat tepi sungai and order udang sungai yang fresh. Wohoooo sangat sedap.. Udangnya pun manis sangat.

Khayra main, kami makan di tepi jeti sungai selangor.

Amacam? besar tak udang tu? Hehehhehehe

Bila bawak jenjalan kat jeti tepi sungai tu, sambil tengok bot, surprisingly, Khayra ajak balik sebab dia nak tido.. Hahahhaha kitorang gelak giler sebab biasanya dia yang tak nak balik. Mungkin sebab dah mengantuk sangat. Malam pun tido lambat sebab main dengan atuk and nenek sampai pukul 1 pagi. Pagi-pagi dah bangun.. So, balik tu, masuk kereta je, susu sekejap, terus tertidur. Dari pukul 2 lebih sampaila dekat-dekat pukul 5 baru bangun. Mengantuk sangat ye Khayra? :D

~ Cirit Birit – Khayra dah 3 Hari ~

Apa itu cirit birit ?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak.

Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama penyakit dan kematian di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 – 12 bulan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.


Sejak 3 hari lepas, tiba-tiba Khayra di serang dengan cirit birit.Mungkin salah saya juga kot sebab ada sate dalam peti ais dan Khayra makan sate tu tanpa saya panaskan terlebih dahulu. Adeh… Ni memang ummi admit ummi tersilap. Ummi biarkan je Khayra makan sate tak dipanaskan. Huhuhuhuhu Lepas tu, malam tu Khayra degil ntah pasal apa, tak nak tidur pakai baju. Tidur tak pakai baju sangat-sangat dilarang and memang saya tahu tak elok untuk kanak-kanak. Tapi ntah apa jadi malam tu, saya dah letih sangat, saya tertidur dulu. Abang pulak melayan Khayra, last2 abang pun tertidur and Khayra memang tidur tak pakai baju tapi dia balut badan dia dengan selimut. ( nasib baik jugakla anak ummi ni pandai.. :P ) Kesannya? Khayra diserang demam and petang tu cirit birit. Nasib baik demam sekejap je and nasib baik tiada muntah-muntah. Cuma cirit-cirit je. Semalam, tengok macam dah ok, tapi start balik petang semalam. Sampaikan saat ini, saya asyik terbau-bau je bau cirit-cirit tu. Hahhahah sila jangan geli sebab ini adalah kenyataan ok… Saya bergelumang dengan najis ini since day 1. Hahahhahahhahaha Even dah buang jauh-jauh and toilet dah bersihkan tiap kali membasuh Khayra pun, still saya boleh terbau. Adeh… :P
Saya dah kurangkan bagi susu FM biasa yang Khayra minum sebab doktor cakap tu punca yang boleh initiate balik cirit. So, saya gantikan dengan air susu kambing. Saya bagi hi-goat. Nasib baik memang saya bagi hi-goat untuk Khayra sebagai makanan tambahan dia selain FM. But still tak ok jugak. Biasa kita dengar kalau cirit minum air garam kan? Memang Khayra ada air garam tu, tp kena kasi sikit-sikit. Dia nak minum sikit-sikit je.

Tu ubat dari doktor la.. Then MIL saya suruh kasi air rebusan nasi. Saya buat jugak. Hehehhehe Semua saya cuba untuk kurangkan cirit Khayra. Lagipun, nak kena make sure yang Khayra tak dehidrat. Dah cirit2 ni, kandungan air pasti banyak keluar.  Nak tahu apa yang saya bagi untuk kurangkan dehidrasi kat Khayra? Antaranya:

  • Garam Oral Rehidrasi (ORS) – Ni biasa dapat dari doktor. Saya bagi sikit2 kat Khayra. Nasib baik jugakla Khayra ni nak minum walaupun sikit.
  • Air masak
  • Air nasi (air didih) – Ni my MIL yang suggestkan sebab air nasi ni pun elok untuk kanak-kanak. Doktor pun ada yang setuju. :)
  • Teh cair – Saya cuba bagi juga sebab kalau kita orang dewasa minum teh pekat kan? hehehehhehe
  • Buah-buahan – Nasib baik Khayra suka makan buah. Ni buah dah habis, kena g cari nanti.
  • Susu Kambing Hi-goat

Saya ada jugak cari-cari apa yang boleh membantu, then hasil dari pencarian saya, ini adalah antara minuman yang boleh mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit. Antaranya ialah:

  • Garam Oral Rehidrasi (ORS)
  • Susu ibu
  • Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
  • Sup
  • Air nasi (air didih)
  • Air buah-buahan
  • Teh cair
  • Air kelapa muda
  • Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi air masak yang sejuk

Ermmm, ala-ala jugak la apa yang saya cuba bagi. Saya tak buat pun sup untuk Khayra. Insyaallah malam ni nak try buat. Sup ayam panas-panas. Mesti Khayra suka.. :P Then bab susu ibu tu, memang betul. Kalau dulu saya tak risau sangat pun kalau2 khayra dehidrasi sebabkan cirit sebab saya akan bagi je susu badan kat dia. Dan memang terbukti dengan beri susu badan secara kerap dan banyak, membantu mempercepatkan process penyembuhan tu.Sekarang ni saya kena banyak fikir pulak nak kena kasi Khayra makan/minum apa yang sesuai. Hehehhehe Rindunya nak breastfeed balik… :P

Doakan Khayra cepat sembuh ye. Saya pun dah agak weng jugak sebab kena bangun-bangun memalam lebih kerap lagi. Nasib baik jugakla Khayra ni bila dia kena cirit je, dia akan kejutkan saya. So, takdela dia tidur dengan najis-najis tu. Dah besar dah anak ummi ni.. Kalau dulu kita yang kena bangun-bangun check… Sekarang memang bergantung pada Khayra je untuk kejutkan saya. Hehhehehheh ummi dia ni tak larat la sayang…. Malam tadi pun abah kena pening-pening dan cirit-cirit. Dah 2 orang ummi kena jaga. Nasib ummi kuat tau… :P

Moga cepat sembuh ye sayang… Luv you so much…

Nota: Asyik menangis je.. tu yang tak tahan tu sebenarnya..

Luv,

UmmiKA

~ Pasta Goreng Yang Tak Jadi ~

~ Pasta Goreng Yang Tak Jadi ~

Adeh… Ntah apa la masalah lately ni, apa yang saya masak ada je yang tak menjadi. Takkan sebab baby bakal boy kot.. Hahhahahah Tak masuk dek akal langsung la.. Alasan tak menjadi.. Ekekekkekekke tapi seriusla, sekarang ni saya masak je mesti tak jadi. Ntah apa reasonnya.

Macam lunch hari ni.. Saya ingat nak buat pasta goreng simple-simple je. Tambahan Khayra suka makan pasta, saya pulak lama tak masak pasta so decide nak masak la pasta goreng biasa. Simple-simple je sebab bahan banyak takde. Malas nak kua rumah semata nak beli barang yang sikit.. :P Pemalas betul la sejak akhir ni.. Hehehehhhehe Tak percaya? Meh tengok gambar tu.. Spiral pasta tu lembik. Mungkin saya rebus dia lama sangat kot. Huhuhuhu

pasta spiral yang tak menjadi inilah hasil pasta tak menjadi saya. Ehem2… walaupun tak menjadi tapi Khayra makan banyak.. Hehehheheh dah air tangan ummi dia kan… :P

Apa-apa je la labu.. Next time kasi lagi sedap… :P

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails