~ Khayra @Malam Pertama Solat Terawih – Salam Ramadhan Buat Semua ~

Salam Ramadhan buat Semua Kawan-kawan bloggers dan seluruh umat islam di dunia. Saya pohon ampun dan maaf atas segala salah dah silap. Semoga bulan ini penuh dengan keberkatan.

Ha…. Malam pertama solat terawih saya berakhir dengan hanya solat Isyak sahaja. Hehehhehehe Ini semua gara-gara ke’excited’an anak kecik ummi ni setiap kali masuk masjid. Masjid wilayah, masjid negara, masjid shah alam? bila masuk je, suka sangat. Siap berlari-lari sebab kawasan lapang kot. Tiap hari kalau nampak kubah je, mie, yat…. mie jid…. abah yat… abah jid.. Jadi malam tadi, memang kami dah lama plan nak bawak Khayra sama-sama solat terawih (kononnyala.. ). Time pergi tu, dia yang excited terlebih. Kitorang pun bagila nasihat sikit-sikit, semua di iakan.. Sudah nya? Hehhehehehhe Saya tengok je la orang solat terawih. Nasib saya sempat isyak sekali tu pun dah kira baik la tuh. :P

Apa Khayra buat? Mungkin sebab ramai sangat orang yang ada kat masjid tu, buatkan si kecik ni more excited. Tengok semua orang pakai bertelekung ramai-ramai jalan. Bila masuk kawasan solat, boleh la dia nak pegi saf depan. Nak ikut wan. Sudahnya awal-awal tu wan kene duduk dengan khayra sekali kat belakang. Bila dah start, baru wan dia boleh ke depan. Masa solat isyak tu, ok la… Khayra pun sekali solat. Sujud, rukuk semua tapi 2 rakaat je la pun. 1 rakaat awal, 1 rakaat akhir. Yang tengah-tengah tu, boleh dia duk berlari kiri kanan depan belakang. Time tu, saya tawakal je, jangan dia pergi jauh-jauh sudah. Lepas tu tak boleh nampak budak, mesti nak main jugak. Saya tengok anak orang lain, duduk diam je dengan mak dia. Tapi si Khayra, tak reti takut langsung. Bahaya sungguh… Sebab tu, bila solat terawih nak mula, saya tengok Khayra xleh dah di control sebab bila saya beralih ke belakang sekali, lagi ramai budak yang membuatkan dia berlari dari hujung kiri and kanan. Konon suruh orang kejar dia. Last-last dia nampak pintu terbuka, terus lari keluar.

Mak aih… Nasib saya perhatikan dia and buat keputusan hold dulu solat terawih saya. Dah la ramai yang solat kat pintu sampai betul-betul sentuh pintu lak tu. Sebabkan terpaksa, saya mohon maaf sebab saya lalu depan jemaah tu. Bila keluar je, tak nampak dah si Khayra ni kat mana. Kecut dah perasaan time tu. Yela, dengan ramai orangnya, takut gak la. Time tu dah fikir manala anak aku ni… Sekalinya dia tengah berlari-lari keseronokan sambil tersenyum-senyum. Bila nampak saya je, terus dia lari dari saya, and main turun naik tangga kat area hall masjid tu. Terus saya berkampung kat situ pulak tengokkan Khayra. Malam tu, memang nampak keseronokan dia bila tengok ramai orang dan ramai budak. Saya la penat dok mengejar dia. Ada saya biarkan, sudahnya sampai ke tangga besar nak turun bawah tu konon nak turun. So, terpaksa ikut mana dia pegi. Masjid-masjid pun, dengan kes macam-macam sekarang, saya takut sangat.

Maka, berakhirla malam pertama solat terawih saya. Hehehhe Abang cakap, takpela kalau sunat ni dapat 2 rakaat pun ok dah… Hehhehehe 2 rakaat apa, 1 rakaat pun tak dapat. Namun, saya rasa seronok.  Dah kata budak-budak kan.. Main tu dah jadi perkara biasa diorang. Time ni la kita nak biasakan dia untuk ke masjid. Dia dengar orang baca al-quran, tengok jemaah ramai-ramai.  Inila masa untuk mendekatkan anak-anak kita ni dengan masjid dan sukakan masjid. Insyaallah :) Bila lagi dia nak tengok ramai orang berduyun-duyun ke masjid kalau tak masa bulan ramadhan ni je. :P

oh, pihak masjid shah alam  ada sediakan nurseri untuk jaga anak-anak ni bila kita nak solat. Saya tak sure nak hantar ke tak. Mama suruh letak kalau susah sangat. Tapi saya macam tak nak. Kalau hantar nurseri tu, macam sama je saya solat kat rumah. Ermmm…

Nota: Maaf ye kawan-kawan, saya tak berkesempatan nak membalas komen kawan-kawan. Insyaallah, dalam waktu terdekat ni… :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Tarian Arab By Khayra ~

Salam semua…

Hari ni sekali lagi saya tak sempat nak update sangat. Oh.. weekend lepas sabtu saya datang seminar ECE kat wisma bling lustre anjuran watie aka mummy’s Q.. Hehhehe Marvelous… Nanti saya update pasal tu. Sekarang tak sempat nak mengarang2 panjang2… nanti ye… :)

Semalam, saya tak sempat nak masak. Sebabnya siang tu busy ke sana sini. Saya penat pulak.. Sampai rumah pun takut tak lambat je kalau na masak.. :P alasan la kan. abang pulak, tiba-tiba dok sugest makan makanan arab je at shah alam mall tu. So, apa lagi on je la kan.. Hasilnya… ini dia… hehhehehehhe

Khayra dok berjoget tak ingat dunia bila dengar lagu nih. Bila abah dia kacau dok nangis pulak… :P

Enjoy the video…

Luv,

UmmiKA

~ Setelah Sebulan Bergelar WAHM ~

Salam semua… Kiranya genapla sudah sebulan saya memencilkan diri duduk di rumah, sudah tidak bekerja lagi. Terasa macam baru je saya berhenti, tengok-tengok dah sebulan. Dalam masa sebulan ni, banyak yang perlu saya buat dan banyak jugakla yang dah buat. Ada juga yang saya rancangkan belum sempat saya buat. Contohnya make over blog saya ni ha… Saya masih tidak mempunyai masa untuk menghadap laptop saya ni tanpa gangguan daripada sesiapa kecuali malam hari. Itu pun, sebab saya dah penat saya dah tak larat untuk berlewat-lewat malam sangat. Hehehhehe

Apa perbezaan dulu dan sekarang?

Banyak perbezaannya tau. Ada yang saya rindukan tika waktu saya bekerja. Nak tau apa?

1. Saya rindukan masa saya bangun pagi-pagi, siapkan Khayra untuk ke nurseri then pegi kerja dengan abang. Hehehheh Walaupun kitorang lain-lain tempat kerja, tapi kami sehala. Pagi-pagi tu, selalunya saya akan hantar sampai ke office abang, then park kat office saya, then bila balik abang naik LRT je datang ke office saya, balik sesama. Time tu la, kami dok bercerita itu ini, planning apa nak buat, bincang macam mana nak handle itu ini and of course la gaduh pun turut terselit sekali. Hahahhaha Ala, gaduh-gaduh manja gitu… Biasala.. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Ahaks…. Sebabnya sekarang ni dah tak boleh nak buat gitu sangat sebab masa bersama limited. Time kat bilik je la ada pun nanti. Pstt… Saya still duk umah mentua, cemana nak borak-borak hal kami even time dinner pun.. :D

2. Saya rindu jugak masa saya boleh buat entry sepuas hati di office, ( kalau takde kerja.. ), menjengah blog kawan-kawan ( saya boleh jengah guna backdoor, tapi susah nak komen. ) tanpa ada gangguan daripada sesiapa kecuali kerja. Hehehhehe Cumanya tu kalau tak sibukla… Cuba kalau sibuk.. Haru… Apa pun tak boleh buat.. Hahahahhahahahahaha

3. Saya rindukan officemate sayala.. Apa lagi… Heheheh Sebabkan kami takdela ramai mana pun kan, makanya kami agak rapat antara satu sama lain. Hehheheh Tu yang saya rindukannya.. Zaman-zaman lunch together2… and everything. Sekarang dah takde officemate.. Tapi soulmate je yang ada… :P

Hah.. tu la 3 benda yang kononnya saya rindu.. heheheh Tapi apa yang membuatkan saya bahagia bila saya dah duduk di rumah and tengokla muka si kecik tu tiap hari adalah :

1. Dapat jaga Khayra dan asyik berkepit je la dengan si Khayra tu.. Hehehhehe Tu part paling best sekali. Sekarang ni kalau saya cakap saya nak kerja, mesti Khayra akan cakap tak boleh. “Ummi work ye sayang?, Ummi kene pergi kerja” Jawapan Khayra adalah ” tak yeh. Nanak…” Sambil peluk saya then terus cakap “ayam mie…”<- (Sayang ummi) Lawak betul…

2. Dapatla saya menyiapkan bekal untuk suami saya tu. Dia siap request nak saya sediakan bekal untuk dia setiap hari. Heheheheh even saya duk umah sahaja, saya still busy tau abang. Sebab tu la kekadang je bekalnya siap.. :P

3. Saya dah tak stress sangat. Hikhikhik Kalau dulu bangun je, malas je nak pegi kerja, sekarang? bangun dengan happy2… Hehehhehehhe And then boleh bangun lewat sikitla kalau nak pun kan… Hahhahahahhahahhahaha

Cumanya, saya rasa lagi mencabar duduk di rumah ni. Kenapa saya cakap macam tu?

1. Sebab saya buat kerja di rumah, saya membuat business baju nursing saya kan, saya kenalah cari-cari peluang untuk membesarkan perniagaan saya.Kenala cari income kan? Kalau dulu saya boleh jadikan alasan bekerja so that untuk cari kain, jahit baju semua dijalankan sewaktu weekend sahaja. Kadang-kadangla weekday, itu pun penat esoknya. So sekarang saya masih dalam process untuk belajar menjahit. Saya tidak expert lagi ok.. :)

2. Semua tugas untuk online business dah jatuh sepenuhnya ke tangan saya. Macam mana saya nak mencorakkannya. Seriously, saya budak baru belajar. Banyak benda yang saya perlu tahu dan saya memang masih terkial-kial lagi. Dari hantar barang, update stok, deal dengan kerenah tukang jahit, deal dengan kehabisan stok dan banyak lagi.

3. Sekarang mana pergi saya seorang je bersama Khayra. Mana saya nak campak Khayra kan? Tu yang kekadang stress jugak sebab demand si kecik ni, kalau duduk kereta sekejap je la nak duduk sebelah sambil berseat belt. ( Khayra dah tak nak duduk car seat dia since kami accident dulu. Yang memang bang betul-betul kat car seat dia. ) Selebihnya nak duduk dengan saya. Sebab saya perasan, Khayra kalau dalam kereta sekejap je boleh main atau tak buat apa-apa. Selebihnya kene berkepit dengan saya menyusu. Mungkin dia pening kot dalam kereta.

4. Khayra pulak, sangat la manja. Semua nak saya buat. Even dah ada abah dia pun, still nak saya buatkan segalanya untuk dia. Sangat demanding. Cemana nak buat kerja nih Hehehheheheh

5. Segala house chores semua kene buat tanpa bantuan sesiapa kecuali weekend. Yela, dah saya kat rumah kan, takkan nak suruh abang yang kat office sidai baju kot. Ekekekkeke Dulu malam-malam basuh atau weekend jek. Sekarang takkanla kan? Lepas tu dah kene fikir nak masak apa untuk lunch. Masak lunch lagi, itu lagi, ini lagi.. Rasanya memang banyak sangatla benda yang nak kene buat. Hehehhe

Hehehe apa lagi? Rasa macam saya merapu meraban je kan? Hehheheheh Sebenarnya baru sebulan je pun jadi WAHM nih. Masih banyak yang kene perbaiki untuk mendisiplinkan diri dan juga Khayra. Saya tahu, Khayra adalah manusia paling happy saya tak kerja sebab tu sekarang ni memang dia menggunakan sepenuhnya kudrat saya ni hanya untuk dia sahaja. Apa yang saya tahu, Khayra betul-betul happy bila saya tak kerja. Dapat tengok dari muka si kecik ni. Itu yang membuatkan saya rasa lebih bahagia dan saya rasakan walaupun sekarang ni saya masih tidak teratur, saya dapat rasakan pilihan saya ini tidak salah sama sekali. :)

Nota: Entry merapu saya rasa.. Sebab saya main tulis je. Takde info berguna pun lagi.. Insyaallah coming soon. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails