~ Kisah Saya Bersama Khayra ~

Hehehhehe Semalam dengan rasminya saya bersama Khayra one whole day tanpa menghantar Khayra ke nurseri. Actually Khayra boleh lagi pergi nurseri sampai esok, tapi saya tak nak hantar dia ke nurseri sebab saya nak biasakan diri macam mana nanti bila saya dengan Khayra sahaja. Semalam saya ada banyak agenda. Mula-mula kene hantar parcel ke pos laju, kemudian ke Rawang, ke KL, kemudian ke Shah Alam balik.

Pagi-pagi siapkan sarapan untuk Khayra dan persedian dalam perjalanan nanti. Saya siap-siap bawak biskut untuk Khayra, siapkan susu dia awal-awal, dan segala macam benda la. Sebabnya semalam masa saya banyak di habiskan di jalan dan dalam kereta. Awal-awal Khayra sangat behave. Siap tidurkan cat dia, duduk sebelah cat dan bila nak menyusu, menyusu dengan eloknya… Sekalinya bila masa dia nak susu saya, and masa untuk dia tidur, mak aih… Time tu la cabaran berlaku sebabnya masa tu saya tengah drive ke Rawang. Sudahnya kene la berhenti tepi jalan dan susukan si mek kecik tu dulu. Datang pulak angin dia, tak nak lepas nak berkepit je, sampaila 1 jam saya kat tepi jalan tu je.. Waaaaa… amat menguji and membuang masa gak la. Saya cuba pujuk Khayra, awal-awal je la ok, lepas tu bangun balik nak pegi kat saya. Sudahnya, Khayra letak kepala dia di atas paha saya, then baru nak tidur. Bila angkat je,Khayra bangun balik and nangis-nangis. Sudahnya saya biarkan je dia tidur atas paha saya sampaila ke destinasi. Huh.. Yes.. Yes.. Saya tahu ia bahaya macam tu, tapi saya dah tak tau nak buat macam mana. Memang kene train la si kecik Khayra nih. Dia boleh bertahan sekejap je.. Lepas tu mula la ke sana sini. Jenis tak boleh duduk diam.

Bila ke KL tu, nasib baik ada adik saya. So, senangla ada orang nak control tapi masa tu Khayra tidur je sampaila balik ke Shah Alam semula. Time tu, mood dah ok sebab dah cukup tidur, makan and happy je. Elok la pulak. Sabar je la.. Then saya dan adik saya pun memulakan operasi kitorang mengemaskan semua-semua kerja. Maghrib baru saya sampai rumah. Phewww…

Ada gak baca tips-tips macam mana nak handle toddler bila dalam kereta. Semua dah ada tapi still tak jalan dengan Khayra especially bila tiba masa tidur dia sebab Khayra kalau tidur nak baring betul-betul boleh pusing-pusing atau pun bila saya tak drive, dia nak saya peluk dia. Ermmm… mungkin awal-awal ni je kot. Tapi macam mana nanti kalau dah ada 2 anak? Hahahahhahahhahahha

Luv,

UmmiKA

~ 2 Bulan lagi Khayra Dah 2 Tahun ~

Tak sangka saya, genap 2 bulan lagi, 25 August nanti, Khayra genap 2 tahun. Wah… terasa macam sekejap je masa berlalu… Sekarang Khayra bakal jadi kakak pulak. Tak sangka ummi anak ummi yang kecik comei lote dulu, dah nak menginjak ke  2 tahun. Rasa macam baru je ummi lahirkan Khayra.. Sekarang dah besar panjang dah anak dara ummi ni.. Hehehhehe

Macam-macam yang Khayra buat. Ada tu menguji jugak kesabaran especially bila ummi tengah pregnant ni. Tapi memang all of the time, kakak khayra ni memang chenta hati ummi and abah la.. Suka buat kelakuan yang buat orang gelak and nak senyum je.

Ummi paling suka cara khayra cakap.. slow je.. and mesti ada rhyme… hehehhehe ayammmm mie ( sayang ummi ok… ) … Sambil peluk and kiss kita. Hehheheheh so sweet… Suka suruh orang hug dia… Pastu macam orang besar, siap tepuk-tepuk belakang lagi.

Khayra suka sangat kalau dengar CD dalam kereta. Kalau masuk je, dia dah tau apa dia nak.. Ummi… cd… Nak tau lagu apa? Sebabkan lagu yusuf islam tu dah dalam kete atuk, sekarang Khayra suka dengar adik mohamad apa ek nama dia.. budak yang kecik-kecik lagi dah tau al-quran tu.. So akan dengar la berulang-ulang kali sepanjang jalan, adik tu mengaji. Alhamdulillah, kekadang Khayra akan ikut ujung-ujung dia.

Bila malam nak tidur pulak, kekadang je suka ummi bacakan buku.. Most of the time, Khayra akan minta ummi nyanyi ya shaheed, laillahaillallah, subhanallah selepas ummi bacakan al-fatihah, ayat 3 Qul dan mengucap kalimah syahadah sambil tepuk-tepuk dia baru nak tidur. Oh, lately ni tetiba lak dia minta ummi ngaji.. Ayorkkk… Sudahnya, lepas kebiasaan, ummi bacakan yassing dulu untuk Khayra. Alhamdulillah.. Dalam hati ni, semoga ia berkekalan… Amin….

Kalau bab bangun tidur, tak nampak ummi sebelah mesti akan nangis.. ayorkkk…. manyak susah ini macam bangun tidur je nak nangis… ekekekek cewek la anak ummi nih… Dah la asyik nak berdukung je sampaikan ummi nak masak pun nak dukung. But lately ni, bila dia dah tengok ummi ada kat rumah je, macam ok pulak.. Takde la nak berdukung je.. Ummi nak masak, ok je duduk dekat ummi.. Sambil tanya itu apa, ini apa.. Layannnn… Hahahhahah

Mulut dah menceceh-ceceh.. Ada je benda yang nak ditanya, ada je benda yang nak di cakap. Ummi buat apa, Khayra buat apa.. Kalau makan, mesti nak makan sesama.. Ummi kene makan jugak. Bila main pun,mesti akan tanya ummi ni apa, semuala.. Suka sangat kalau orang layan dia.. Suka conteng kaki and tangan sendiri.. Konon cantik… Hehehhehehe Dah pandai minta buatkan itu ini.. Nak suruh ummi lukis star, moon, flower.. Lukis sendiri tak nak… geget kang… :P

Walaupun ummi tau Khayra memang manja sangat.. ( apa tak nya, atuk, wan, nenek semua ikut je kehendak.. Amboooiii… ) tapi khayra memang independant. Suka buat bende-bende tu sendiri. Nak pakai seluar sendiri.. nak pakai diapers pun sendiri.. Kita tolong memang tak nak.. asyik dok cakap, yaya buat… yaya buat… Tu yang kalau nak siapkan anak dara sorang ni, sangat la lama.. Makan nak sendiri.. Ni memang dari kecik lagi la.. Tak penah suka bersuap.. Berus gigi pun nak sendiri…Pakai kasut nak sendiri.. mandi pun nak sendiri buat… semua nak sendiri… baru-baru ni, nak buat susu sendiri.. Nak ceduk susu sendiri.. Bila ummi cakap, kalau gini memalam Khayra nak susu botol, buat sendiri, boleh dia cakap ok.. yaya buat… Hahhahahaha ummi tunggu ye Khayra… :P

Vocab tu alhamdulillah.. dah banyak peningkatan.. Dah boleh sambung-sambung ayat bagai.. Cuma warna je yang masih failed lagi.. Semua warna blue/biru.. ada ke patut?

Kalau abah bawak kete laju ke, pandai dah bersuara.. abah sow la… Kalau slow sangat.. abah.. aju…. Sabar je la.. Lepas tu paling ta suka kalau ada orang usik belakang Khayra or peluk Khayra. Kalau ummi, abah, atuk, wan, nenek takpe.. Jangan orang lain… Especially kalau makcik-makcik dia belah FIL kecik-kecik je baya dia… so, paling xsuka main dengan pompuan sebab kena peluk bagai. kawan dia, pakcik lelaki yang dah besar-besar… amboiiii…..

Cuma kalau datang dia punye mengantuk and penat.. siap… Semua benda tak kene.. semua benda nak nangis… Ada je la yang tak kena.. Hehhehe tu normal la.. kita yang penat ni pun kalau tak kena cara, mood bleh swing.. ye tak? hehehehhehe

Walaupun ummi tau khayra bukanla perfect sangat, and mesti ada ramai lagi anak-anak yang kat luar sana mungkin lebih advance lagi dari sayang ummi ni, tapi Khayra tetap permata hati ummi and abah.. Walaupun gigi tu dah rosak sebab malas nak gosok gigi dulu but u still cute di mata ummi… Hehhehehhehe

Dah 2 kali, birthday Khayra jatuh masa bulan puasa.. Nampak gaya ummi tak sambut birthday Khayra lagi la tahun ni ek.. Dengan family-family je la.. Hadiah? Hehhehehhe Khayra nak apa?  Ummi pun tengah fikir nak bagi hadiah apa… Ermmmmm

Kawan-kawan ada sugestion tak nak bagi Khayra apa? :D

Nota: Ummi and abah love you so much Khayra Amirah…. :) Muahahhahahhahhahaha

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Entah Kenapa… ~

Entah kenapa, saya suka sangat dengan gambar ni.

Dah anak ko kan? ekekkekekke memang la suka.. :P Ni masa khayra kat taska.. Amboi anak saya… nak kene jual kat pasar ke? :D

Entah kenapa…..  bila tengok gambar ni macam speechless…

No komen at all… hahahhahahahhahahha

Muka saya yang tembam berkilat.. Time ni tengah pregnantkan Khayra.. Dah 7 bulan kalau tak silap…

Thanks kak alin tag gambar ni… ehehehhehehheheheh

entah kenapa..

nampak ayam BBQ ni terasa macam nak je.. tp sekarang bukan suka sangat pun dengan ayam neh… hahahhahahha i more to fish now tau…

Entah kenapa

Bila tengok gambar ni terasa nak balik rumah je sekarang nih… :P

Entah kenapa.. gambar ni mengingatkan saya yang kami bakal berempat lepas ni.. Insyaallah….

Entah kenapa.. gambar ini mengingatkan saya…  pada memori-memori lepas yang saya rasa sangat manis..

Dapat teka tak mana saya? Hahahhah time ni last day kat U. Masa tu, memasing konon nak meronggeng memalam.. last day kan.. lepas tu masing-masing nak bawa diri dah..  Bila bisa ketemu?

Gambar ni pulak bersama kawan baik saya since belajar dulu and tak sangka sama tempat kerja.. Then once memasing dah pindah, jarang dapat jumpa… 3 dah berkahwin, 2 bakal mendapat anak ke-2, sorang bakal mendapat anak, sorang lagi masih menjual mahal.. hehehhehe

Entah kenapa………..

Saya rasa kenapa masa sekolah dulu saya sangatla…………. Pk sendirik la… Hahhahahahahahhahahahhahaha

Ada lagi, tapi macam malas nak tunjuk muka tuh… Hahhahahahahhahahha

Entah kenapa.. saja saya letak gambar nih. Kasi balance balik gambar kat atas tadi.. dah evolve jadi cun la ek… Sila muntah… hahahahahhahah

Entah kenapa…

Hari ni saya post entry penuh gambar ni. Sebabnya hari ni last day? Mungkin.. sebab takde idea? Mungkin.. Sebab bosan? Mungkin… Sebab ada kerja tapi dah malas nak buat? Mungkin… :P

Apa alasan pun saya suka entry nih… :P

Enuff merepek… Nak siapkan email untuk kerja-kerja yang dah saya buat and apa yang saya buat untuk bagi kat bos saya.

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails