~ Langkawi – Antara Tempat Menarik ~

~ Langkawi – Antara Tempat Menarik ~

Semasa saya di Langkawi, kami cuma sempat melawat beberapa tempat sahaja. Al-maklumla, masa sangat terhad. So, hari pertama sampai je, petang tu kami terus bergegas ke UNDERWATER WORLD Langkawi. :)

UnderWater World Langkawi

Apa yang ada kat sini? Heheheh Sesiapa yang dah pergi Aquaria KLCC, dia ala-ala aquaria jugakla… Cuma ada yang cakap, aquaria tu lagi best and ada yang cakap, underwaterwold ni lagi best. Hehehhe Apa-apa pun, Khayra suka je mana-mana tempat yang ada binatang nih. Siap dok lari-lari… Siap nak pegang lagi binatang macam starfish, gamat, fish dalam pond yang boleh pegang tu.

Apa yang ada kat dalam under water world tu? Macam-macam binatang… Ada burung, ikan, penguin. Ada emperor penguin, and penguin biasa, Dia ada masa-masa dia untuk show binatang-binatang tu. Malangnya, saya tak tunggu pun show – show tu except anak kazen-kazen abang yang sangat excited tengok binatang-binatang tu dari dekat.

underwater world

Serius saya memang tak boleh jadi photographer. Sebabnya saya tak tangkap gambar sangat pun. Ke sebab saya takde kamera? Guna kamera hand phone yang konon canggih ni jek? Hahahhahah Alasan.. Abang.. kene beli kamera baru ada semangat nak tangkap gambar.. Ekekkekekeke

Banyak gambar cousin saya yang amik.. Gambar-gambar binatang tuh, penguin semua tuh. Sayangnya la tak amik gambar kan? Yang saya sempat amik, tu ha, gambar gediks kat atas dengan kazen-kazen abang.. Hahahhahahhaha Konon perasan duk kat tempat sejuk.

Gaya-gaya yang tak boleh blah ok.. Hahhahahha Khayra lak asyik sibuk duk berlari sana berlari sini. Excited terlebih. Lepas tu ada satu tempat untuk binatang yang besar giler sampai saya takut and geli nak tengok. Macam belut, ikan apa ntah nama. Serius besar beb.. Ikan pari besar pun ada. Ekor dia panjang giler. Jadi kalau g Langkawi tu, singgahla kat sini ek. Boleh kasi anak-anak tgk binatang-binatang yang ada tuh. Berbaloi2 bila tengok diorg belajar apa jenis binatang tu dengan tengok secara real. Khayra apa jenis ikan, semua fish. Hahahhahahhaha

Malam tu, baru dapat merehatkan diri kejap, then dinner kat tempat penginapan je. Lepas dinner, semua pakat nak kua balik konon nak survey tuk shopping. Dahsyat kan mereka-meraka ni kalau bab shopping.. :P

Esoknya, tentatif untuk pepagi adalah bergerak sepagi mungkin untuk pegi island hoping. Yeayyy naik bot.. Bak kata Khayra, yeay yeay.. ayik bot… hhuu

Lepas breakfast, semua kene pakai baju family day kitorang. Hehehe Tahun ni baju dia sangat cute ok.. I likeeee… :P Kami bergerak ke Jeti Langkawi untuk tunggu bot la kan. Janji pukul 9, pukul 9 baru la diorang ni terhegeh2 nak datang and baru nak siapkan bot, kemaskan bot. Lama gak kami tunggu sebelum berjaya dapat naik bot. Memang sabar je la.. Ni insiden sama masa time datang gakla.. Janji 9 pagi, 9 pagi baru bertolak untuk hantar van. Ada ka patut? :P

ISLAND HOPING

Kitorang mulakan perjalanan kami menuju ke Pantai Beras Basah. Jauh gak perjalanan dalam bot tu ha.. Mula-mula Khayra excited la kan dalam bot tu.. Lelama dia nak berjalan g kat pak su dia lak. Adoiii… Duduk dengan Pak su, tak lama lepas tu tidur. Hah amik… Rasa dia dah xleh nak bukak mata sebab angin kuat agaknya, tu yang buat tertidur tu.

MOV01791

Tengokla Khayra, mummy dah tolong bangunkan dah tapi dia tetap tidur. Memang sabar je dengan Khayra.. Kalau dah tidur, jangan harap bangun cepat… :P

Sampai kat sana, konon tak nak mandi bagai la kan. Nanti basah tapi sume cakap, takpe, nanti kering.. dont worry… tp saya tetap tak nak mandi.. Hehhehehehe Kami cuma posing-posing je la kat sana dalam air. Hehheheheh Khayra tetap tidur… Hahahhahahhahahha

Pulau Beras BasahKami yang cun-cun ni amik post… hehehehhehe

Me, abang, mama, Khayra, ahmad and izzat, Abah je takde dalam gambar.

Me and Family

Nampak gaya budak tidur? Hahahhahahahhahhaha

Lepas habis bergambar-gambar, berposing-posing, kami meneruskan perjalanan ke pulau helang. Oh, lupa nak bagitau. Kat Pantai Beras Basah ni, banyak monyet. Makanan semua kene jaga-jaga. Diorg ni akan rampas je kalau ada peluang. Hehehheheheh

Kat pulau helang tak singgah pun. Just dalam bot je. Bila pemandu bot tu kasi makan, time tu barula nampak helang-helang ni turun ke air dan menangkap makanan-makanan tuh. ada yang besar, ada yang kecik. Meriah-meriah. Next stop adalah Tasik Dayang Bunting.

PULAU DAYANG BUNTING

Pulau Dayang Bunting

Ok.. Kat pulau dayang bunting ni memang ramai giler orang. Ini la tempat yang memang jadi tumpuan ramai orang. Yela, ada tasik di tengah-tengah laut and air dia tak masin langsung. Kuasa Allah. :) Kat sini, saya mula-mula ingat masuk dalam terus jumpa tasik dia kan, rupa-rupanya………………………… Mak aihhh… Kene naik bukit and turun bukit ok… Sangat penat22222… And saya sugest kalau nak g sini, better pagi-pagi masa tak terik atau petang sikit. Jangan jadi macam kami, sampai tengahari, sudahnya terik semacam and bila sampai kat tasik tu, dah la takde tempat teduh kan, sudahnya kejap je la kat sana. Oh, nak mandi kalau tau berenang, tak payah la sewa jaket. Kalau tak tau, sila sewa jaket keselamatan. :P Apa cerita dayang bunting ni? Hari tu ada baca tapi dah lupa. Boleh tak? hahahhahahahhaha cousin ada amik gambar pasal history dia. Tapi sesapa yang nak g tu, boleh la anda baca masa g sana nanti.. :P

Peringatan jugak ye, kat tempat ni pun, monyet-monyet sangat berleluasa. janganla jinjit-jinjit beg plastik ke apa ke masa nak g jalan ke tasik tu. Mau kene rampas ok. Masuk dalam beg siap-siap. Berlaku depan mata saya, sorang budak ni, baru je beli air orange twister tu. Dia pegang air tu, sekali tiba-tiba monyet menerkam amik air tu. Menangis la budak tu. Time tu saya kat belakang dia je. Dengan saya-saya terkejut. Huhuhuhuhu

CABLE CAR

Lepas habis island hoping, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk naik CABLE CAR. Yeayyyy…. Memang mengujakan saya sebab ni first time saya naik cable car. Tak percaya? Tak percaya sudah… :P Sebelum sampai kat man cenang? mat cenang? apa ntah nama tempat tu saya dah lupa.. huhuhu ni gara-gara adik abang la nih dok buat lawak, sebut nama salah. siap cakap man belon ok.. :P Sebelum sampai kat cable car tu, kitorang benti makan dulu kat tempat ikan bakar. Tempat dia, macam ala-ala kampung gitu. Apa ntah nama dia.. lupa… waaaa tak membantu langsung kan? huhuhu Makanan dia sedap… masa kitorang sampai tu penuh dengan manusia. Sebab saya takde selera sangat, takdela banyak makan.. tapi, tgk kalau selera saya ada, mau licin tuh… :P

Harga tiket untuk cable car ni, kami dapat rm12 jek untuk dewasa. Sebab kitorang by group kan dalam 30++ kot.  Tak ingat. So, dapat la harga murah. :) Oh, untuk ingatan jugak, kalau by group and ramai-ramai, lepas beli tiket, sila kira tiket anda betul-betul. Takut cashier salah kira, then kita kene bayar lagi. :)

Cable CarMasa ni Khayra dengan wan uda and abah. Time ni abah dah seram kan Khayra?

Saya tak takut… :P

Sampai atas, memang best. Boleh nampak pemandangan yang indah2… Hehehheheh Kan kat situ ada jambatan gantung. Memula tak nak pegi sana, last2 dah alang-alang sampai, saya dengan husband pun g la ke sana. wahhh sangat best. Sape yang gayat memang tak g sana la, sebab memang nampak tinggi. Jadinya, saya sensorang je g jalan kat jambatan gantung tu pegi belah sana. Huhuhuhu ada gambar bukti… mana2? hehehhehe jeng2… ini dia bukti saya g sana sensorg.. tangkap gambar sendirik je la.. huhuhuhu

Sila abaikan gaya muka yang macam hampeh itu ye… Hahahhahahahhahahhaha bukti tau bang.. :P

Lepas habis meneroka (poyo) kami pun balik la ke apartmen. Serius penat gila. Masa on the way konon nak benti kat beras terbakar pun tak jadi sebab abah tya bila dah nak sampai, bila sume kata nak pegi, dah lepas simpang. Sabar ajalah…. :P Malam tu bersiap-siap untuk pi dinner kat wan thai… tu nanti la saya citer lak… :P

Luv,

UmmiKA

~ Langkawi – Shopping @ Haji Ismail group and Idaman Suri ~

~ Langkawi – Shopping @ Haji Ismail group and Idaman Suri ~

Hehehehe saja je saya nak mulakan cerita pasal langkawi nih dengan shopping dulu. Hehehhe apa tak nya, memang ni la yang di cari especially orang pompuan kan kalau g ke Langkawi. Kenapa saya tak mulakan dengan first journey macam mana saya sampai semua? heheheeh saya choose tu tuk part last. ok tak?

Haji Ismail Group

Ok, kalau nak tau Haji Ismail Group (HIG) ni kalau kat Langkawi, dia terletak kat pekan Kuah. Jalan nak ke arah jeti Langkawi. Sebelum sampai jeti ada banyak kedai.. Deretan kedai selepas Langkawi Mall kalau tak silap. Kat situ memang banyak kedai-kedai yang jual coklat nih.. Tetapi, kedai HIG ni la yang paling banyak sekali kat area tu. Kalau nampak hijau je sign board dia, sah la tu.. ehhehe ada satu kedai HIG ni yang hanya menjual coklat sahaja. Dengar ye penggemar coklat HANYA jual coklat sahaja. Tempat dia sederet dengan CIMB bank. Memang ramai la yang beli kat situ. Macam-macam coklat ada jual. Dari jenis biasa-biasa sampaila luar biasa. Hehehhehehhe Ada daim, ferrero rocher, hersey, toblerone, belgian, ritters, twix dan banyak lagi. Cuma, masa saya cari coklat kegemaran abang and saya iaitu lindt, takde jual banyak kat kedai tu. twix pun ada yang mahal. So kene cari tempat lain. Lindt yang ada pun bar yang besar terus and ada 2 jenis je. Tak best. Apa solution dia? well, kitorang pun g la jalan ke kedai wawasan baru kalau tak silap. Row belakang sikit, sebelah HIG jugak. Hahahhaha kan saya dah cakap, HIG ni ada di mana-mana. Tapi HIG yang ni ada jual benda-benda lain gak. Kedai ni ada jual pinggan mangkuk, periuk kuali dan sebagainya.

Lepas tu, kitorang berpisah-pisah malam tu konon nak survey-survey la kan. Time jalan tu, memang banyakla kedai HIG ni. Nasib saya dan abang tidakla giler sangat bershopping. Kami cuma gila coklat jek. Hahhahahhaha tapi bila tengok pinggan mangkuk macam corelle, luminarc, corning wear, dan lain-lain buat saya rasa, bestnya kalau beli.. Tapi bila pikir, saya masih duk umah mentua, tak guna beli sekarang. Tunggu umah siap dulu la kan? so, tungguuuu ye langkawi. :P Oh, bila saya check kan, takde pulak saya amik gambar kedai HIG nih. Aduhh… Gambar coklat pun xamik. memang hampeh betulla saya ni kan? Tak menarikla explaination saya ni tanpa gambar… Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………

haji ismail grouphah.. ni gambar saya amik dari cousin saya. nasib baek diorg ni jenis suka tangkap gambar.. :) Ni kat HIG gak. Ni bukan kedai coklat tu. Ni tempat lain. But still jual gak coklat. :)

Idaman Suri

Ok.. ini satu lagi tempat shopping untuk kami. Kami pergi masa last day kat Langkawi. Mula-mula semua macam tak nak pegi la kan kat idaman suri ni. Sekalinya, bila semua dah pergi, mak aihhh.. sampai van kitorang tak muat ok nak letak barang-barang yang di beli. Tu nasib beringat yang kita bukan naik kereta datang ke Langkawi ni. Kalau tak, rasa mau gak di hangkut 1 bangunan tuh. hahhahahahhaha Nasib ada cousin yang flight dia awal, so dia balik dulu. So, tempat kosong mereka tu, kami isikan dengan barang. adaka patut? hehehheheh

Idaman Suri

Okeh.. apa yang ada kat idaman suri ni? Macam-macam jugak. Rasa macam lebih kurang je la kat HIG ni kalau bab menjual barang ke apa ke. Cuma kat sini ada yang latest collection la bak kata promoter tu. Wah.. nasib ada makcik kitorang ni, dah survey-survey kat Sogo and semua tempat kat KL ni, and bila dia tengok price kat Langkawi nih, memang murah. So, apa lagi… masing-masing beli tu.. Pastu periuk semua harga not bad la.. tofel? ntah apa ke nama dia saya tak tau, tapi makcik saya tau, dia ckp pun murah. pressure cooker… semua macam dah tak hengat dunia membeli. Oh.. kat sini la baru kami dapat beli coklat twix yang murah. Yang mini-mini tu RM14 je compare kat HIG RM21. Cuma packaging and jenis kat HIG tu lain sikitla. Mungkin sebab tu kot.

Untuk set pinggan mangkuk, saya tak tau la nape, suka sangat la hai dengan yang jenis 4 segi.. hehehhe cuma kalau beli loose, jenis 4 segi ni, mahal sikit compare to bulat. Saya pun xtaula pasal apa kan. Masa kitorang balik tu kan, masa nak tunggu luggage, semua plastik yang kuar biru and hijau.. Biru untuk idaman suri, hijau untuk HIG. Maka saya dapat simpulkan yang 2 tempat tu memang femes punyer tempatla untuk orang membeli belah nih. :)

ok… till next one pulak.. ermm… apa tempat yang saya lawat kat sana pulak. Ok? see you… :)

luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails