~ Masjid Kristal – Taman Tamadun Islam – Kuala Terengganu ~

~ Masjid Kristal – Taman Tamadun Islam – Kuala Terengganu ~

Entry ni dah lamaaaaaa sangat dalam draft tapi asyikla postpone hinggala ke hari ini. :) Jangan tak tahu ye, ini cerita sebelum Adyan lahir lagi. Jadi cuba bayangkan la betapa lamanya post ni sebab sekarang Adyan bukan sahaja baru lahir tetapi dah berumur satu tahun. Hahahahhahaha

Lawatan kami ke Kuala Terengganu pada ketika itu adalah selepas kami ke Kelantan, menghantar pengantin. :) Jadi, lepas kenduri cousin kami selesai, dah alang-alang ke bahagian Pantai Timur, kami pun buat keputusan untuk berkunjung ke Terengganu. Untuk Post kali ni, saya nak bercerita tentang Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.

masjid kristal Terengganu

Mula-mula sampai kami terus ke masjid Kristal. Masjid yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Terengganu. Bila kami sampai, dan meronda sekitar kawasan masjid tu, masjid tu tidakla besar sangat. Kecik sahaja masjidnya. Bila kami masuk ke ruangan dalam masjid tu, kawasannya di bahagikan 2 bahagian. Ruang untuk solat dan juga ruang untuk pelawat melawat ke kawasan dalam tu. Alhamdulillah, kami sempat  solat di Masjid Kristal tu sebab masa tu dah masuk waktu zohor. :) Merasala kami solat kat situ. :)

Inner part of Crystal Masjid

Bagi pendapat saya berkenaan Masjid Kristal ni, masjidnya memang cantik cuma ketika saya melawat tu, keadaannya yang tak terjaga sikit. Mungkin masa sekarang ni, masjidnya dah sihat semula… Tiada cela dah… :)

Dome

Lepas kami habis solat dan menjelajah sekitar kawasan, kami pun pegi ke Taman Tamadun Islam pula. Jarak dari Masjid Kristal ke Taman Tamadun Islam tu tak jauh sangat tapi sebabkan ada shuttle bus, kami pun pilih untuk sesekali naik shuttle walaupun kena bayar sedikit.. :D

Untuk rate tahun 2010, untuk masuk ke Taman Tamadun Islam ni kene bayar RM15/seorang. Apa yang ada dalam Taman Tamadun Islam ni? Hehehhe Semua replika-replika atau model-model bangunan yang terkenal di dunia boleh kita lihat di sini. Antaranya adalah:

1.National Mosque,Malaysia
2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia
3. Pattani Central Mosque, Thailand
4. Sulatn Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5. Taj Mahal,Agra, India
6. Badshi Mosque, Lahore, Pakistan
7. Kubbah As-Sakrah, Baitul Muqqadis, Palestin
8. Great Mosque of Samarra, Iraq
9. Sheikh Luthfallah Mosque, Iran
10. Abu Nasr Parsa, Afghnistan
11. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
12. Aleppo Citadel, Syria
13.Mosque of Mohamed Ali, Egypt
14. Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
15. Suleymen Mosque, Turkey
16. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
17. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
18. Kalyan Minaret, Uzbekistan
19. Great Mosque of Agadez, Niger
20. Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
21. Xian Mosque,China
 Taman tamadun Islam Pandangan dari sudut atas
Ini antara gambar monumen yang ada di dalam Taman Tamadun Islam tersebut. :) Untuk menjelajah di dalam Taman Tamadun Islam ni, kita di beri pilihan sama ada ingin naik shuttle bus, sewa basikal ataupun jalan kaki. hehehe Kami pilih untuk naik shuttle bus. Penat kot nak memusing satu kawasan tu. hehehe Lagipun, ok juga sebab ada explanation daripada driver shuttle tu. :) Kami berhenti di certain tempat untuk lihat video, atau menjelajah kawasan monumen tu. Yang mana monumen yang ada ni, di buat lebih kurang bentuk bangunan yang sebenarnya. Monumen tu, agak besar sebab kita boleh masuk kawasan bangunan tu. Ada antara monumen-monumen ni sekali dengan bilik pameran dan mini teater. Mini teater tu menayangkan video tentang sejarah tempat tersebut. Boleh dikatakan kami menonton semua tempat yang ada. :)  Tak dapat melawat negara-negara tu, dapat tengok replika pun jadila kan? hahhahahhahahha
Di akhir pengembaraan menjelajah kawasan tu, akhirnya ada bangunan cafe. hehehhehe memang saja je diorg buat gini kan? sebab bila pelawat dah penat, comfirm nak membeli. hehehhehe
Depan Masjid Kristal - Kami dan Ibubapa
Ok.. rasanya cukup setakat ini. Kalau terasa nak berkunjung ke Terengganu, boleh set kan masa untuk melawat Taman Tamadun ni. Kita boleh melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah dari seluruh dunia, dan mengetahui sejarah setiap bangunan tersebut. Lawatan kami pada hari itu berakhir setakat Taman Tamadun Islam sahaja sebab masing-masing dah penat. Dari Kelantan terus melawat.. Excited terlebih. hehehehhe Lepas ni, misi mencari hotel.. Hehehehehe
Luv,
UmmiKA

~ Kucing Jelmaan ~

Siapa nak tengok kucing jelmaan? Hehhehehehehhe Enjoy….

Heheheh ini video diambil masa khayra saja-saja buat mimik kucing. Tu semua sebijik yang dia buat macam kucing yang ada kat rumah kalau kucing tu lapar. Masa yang khayra buat tangan panggil-panggil tu, masa atok, wan, abah, ummi panggil cat untuk makan. Yang dok mencakar dinding lak, kalau cat kat rumah tu nak makan, dia mesti cakar pintu… Hehheheeh Kelakar betulla anak ummi nih….

Nota: Saja untuk santai-santai… hari ni schedule post lagi… Dah banyak hari jugak saya tak menjengah blog saya… Busy sikit kebelakangan nih….

Luv,

UmmiKA

~ Kami Sekarang Berada Di Kelantan ~

Yep.. saya dan family selamat tiba di kelantan pukul 230 tadi. Hehehheh Nasib baik saya dah apply cuti untuk minggu ni sebelum bos saya keluarkan memo cuti dibekukan… Hakhakhak… So, here we now.. Kat Kelantan… Semalam sebabkan saya cuti hari ni, saya kene siapkan jugak module yang untuk di present hari ni. Pukul 10 jugak la saya balik rumah. Malam tu actually saya dah ada janji nak jumpa someone, then dia tak leh sampai kat shah alam awal, so, saya pun rilek2 la buat kerja. Sudahnya pukul 10. Amikkkk… ekekekkeke baru je nak mengelat dan berkira-kira dalam hati nak kasi alasan apa kat bos, saya nak balik awal. Nampak gaya Allah lebih mengetahui. Meeting tu kena cancel, lepas tu saya lak kene kerja until 10pm. Takpela.. pasni bonus banyak ek boss? Boleh? hehehheh ( macam boleh je.. suka ati… :P )

Okeh.. sebabkan saya balik lambat, saya memang tak larat nak packing. Tu pun kene siapkan sikit lagi keje before midnight. So, ngam-ngam 1150 setel semua. ALhamdulillah… makanya, saya pun tidur je la.. Letih memerah otak wei… :P Kami pergi sekali dengan mama and abah so plan dalam pukul 7 bertolak dari rumah. Saya bangun awal pagi, packing semua and pukul 730 kami bertolak.Dalam 830 sampai kat bentong. Singgah breakfast kat rnr bentong. Lepas lunch terus ke kelantan pulak.

Dalam perjalanan, abang asyik membebel je.. hehehhehehe motor kua simpang sesuka hati, kereta nak masuk simpang break sampai berhenti baru masuk… haahhahaahhaa apa-apa jela… overall perjalanan kami smooth je… semua plan tak nak benti memana. Nak benti kt kelantan terus tuk lunch.So, dalam 230 baru kami sampai.

Kami hanpir terlupa, hari jumaat merupakan hari cuti mereka. Makanya, semua kedai tutup.. waahhhh berpusing kami nak cari makanan. of coursela fast food bukak kan, tapi takkan nak lunch makan fast food. Ayookkkk…. Bila saya tanya kawan saya, dia cakap pukul 3 baru bukak.. Kami pun tunggula sampai pukul 3, sambil tu round-round kat sana. Mungkin ada la gerai-gerai yang dah bukak lepas sembahyang jumaat tu, tapi kami tak jumpa.. hahahahhah last2 kami makan kat area pasar siti khadijah tu. So, bare in mind, next time datang kalau hari jumaat tengahari sampai, better makan dulu kat memana. :)

Lepas lunch, kami pun check-in kat Ridel Hotel. Masa kami check -in tu, family abah dah ramai yang sampai. Ada yang sampai dari hari khamis lagi. Al-maklumla, kebanyakkan isteri masing-masing cikgu. Hehehhehe Kat Ridel hotel ni, dari luar saya nampak bilik macam sikit je.. Rupanya, bila masuk, banyak giler bilik, Dalam 1 floor ada 67 buah bilik. Bilik dia walaupun kecik, tapi selesa.. Cukupla untuk kami bertiga. Rate hotel ni, nanti saya bagitahu, sebab untuk first night, pakcik abang yang bayarkan. Sebab kami plan nak duduk 2 mala, next night, kami bayar. so, will update on that later. :) Oh, kalau nak lebih besar, selesa leh try kat renaissance or new pacific hotel. Tu kalau ongkos besarla.. :p Gambar? untuk first day saya tak tangap gambar sangat. :P Gambar bilik hotel, saya letak sekali bila dah dapat rate. :)

Malam, kami ada dinner keluarga. Plan lepas tu nk jenjalan, tapi saya diserang sakit kepala yang sangat kuat, sudahnya tidur je kat hotel. :)

Ni hari kedua saya kt sini. Tgh tunggu kawan saya untuk keluar breakfast. :) 1130, kami ah ready untuk ke rumah pengantin. Till next time.

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails