~ Apa Yang Saya Perasan ~

Huarrrgggghhhhh… hehehhe nguap besar saya buat coding nih… ekekkekekeke.. tak sabar nak tunggu end of this month… Saya nak rileks…. Ermmm.. boleh ke tu? Hohohohohohohohoho

Lately nih, apa yang saya perasan?

Khayra nih dah jadi sangat-sangat manja dengan saya. Asyik nak berdukung je dengan saya. Pantang nampak muka saya ni ha… Asyik nak berkepit je… Di cium-cium.. di ramas-ramas… Pendek kata, saya nih dah jadi tempat dia nak bertenggek je… Lepas tu asyik nak merengek je macam budak kecik yang nak mengada-ngada tuh.. :) tapi saya suka… nampak sangat dia memang sayang saya… Hahhahahhahaha And nampak sangat dia nak saya duduk rumah je… Adehhh… abang, boleh kah? :P

Lagi? apa yang saya perasan?

Susu saya pulak problem lagi… Huhuhuhu dah jadi sikit je tiap kali pam. Khayra pulak, memalam asyik tak puas je menyusu… Sian gak kat dia… Ummi dia dah usaha lebih dah.. Dah makan macam-macam tapi sama jugak.. Tak jalan… Kesian kat Khayra. Dah la saya ni memang jenis yang susu ngam-ngam je… Bila merundum gini, rasa kesian lak dengan Khayra.. Pastu sedih sangat… Takkan la sebab kerja overloaded nih? waaaaaaaaaaaaaaaaa

Lagi?

Bila petang je, kerja lebih masa, saya akan pening kepala. Rasa macam nak baring and tidur je.. Tapi tak boleh. Banyak sangat coding yang nak difikirkan nih.  Agak-agak macam zombie pun ada gak kot… :D Tapi saya tak pedulik sangat.. saya ikut suka jugak.. nak-nak kalau weekend tuh.. Buat gakla, tp bila datang angin tak peduli, saya tak buat je kerja tuh.. Kejam jugak saya nih.. :P Dah tu, saya akan pening time petang-petang, nak buat cemana. Takkan nak paksa diri kot… :D

Apa lagi ?

Saya dah sangat bercita-cita untuk bekerja sendiri nih.. semangat berkobar-kobar untuk merealisasikannya. Doakan saya ye kawan-kawan.. Mungkin ini petunjuk kot… :P

Nota: Saya membebel di kala saya kepeningan. Malas nak buat kerja sebenarnya… hahhahahhahahhaha

Nota: Saya memang suka membebel.. :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Laichikang vs Len Chi Kang ~

Lai chi kang ataupun len chi kang? Sape pernah minum minunan ni? Kalau yang tak tau apa tuh lai chi kang atau len chi kang ni, meh tgk kat bawah ni gambar dia. :)

Laicikang vs lencikang

Suatu ketika dahulu saya sebut len chi kang… Masa saya kecik-kecik and masa tu saya kan budak kampung lagi.. so, bila dah besar nih, saya perasan yang semua kedai sebut lai chi kang pulak. Memula tu agak confius la kan.. Lagi pulak kalau kita order kat kedai lain, lain isi dia.. kat tempat lain, lain isinya. Sampaila mama saya cakap, actually, nama dia len chi kang.. bukan lai chi kang.. Sebab len chi kang ni sebenar-benarnya minuman yang orang cina suka minum jugak.. Tapi bila orang melayu sebut sebut, dia dh jadi lai chi kang.

Apa yang ada dengan len chi kang atau lai chi kang nih?
Masa saya kecik-kecik dulu, len chi kang atau lai chi kang ni memang meriah dengan isi dia. Kalau order sangat puas hati dan kebiasaannya, lai chi kang atau len chi kang yang saya order ni bukan macam lai chi kang sekarang nih. Kalau dulu antara bahan-bahan yang ada, adalah:

- biji teratai,
- longan kering,
- bunga lili kering,
- biji selasih,
- biji barli,
- kembang semangkuk,
- kacang merah,
- buah pala yang manis tu,
- buah kundur,
- dan ada lagi yang saya lupa. Kalau ada yang boleh ingatkan.. :)

Sekarang ni?
Isi dia dah jadi macam tak best. Letak lengkong.. biji-biji tepung yang warna warni tu.. Biasa letak longan kering, dah di tukar letak laici. Mungkin sebab tu kot, orang panggil lai chi kang? Hehhehehehe Lepas tu lai chi kang ni mesti ada yang kurang. Tapi jualnya mahal jugak.. Kalau lengkap semua tuh okla.. berbaloi la kita dapat makan yang sedap-sedap tuh.

Sekarang memang saya tak jumpa lagi tempat yang jual lai chikang atau len chi kang yang saya pernah rasa dulu. Banyak kedai saya masuk, saya order dan hasilnya memang mengecewakan saya. Even kat kampung saya pun, lai chi kang atau len chi kang ni dah lain isi dan rasa.

Any recommendation?
Ada sesiapa yang leh rekemen kat saya tempat yang sedap tak nak makan lai chi kang atau lenchikang nih? Kalau tang nak buat sendiri tu, mesti lagi sedapla kan, kita bleh pilih apa nak letak.. :) Cuma malas atau tidak je.. :D

Luv,

UmmiKhayra

~ Lawak Di Petang Jumaat ~

Kali ni kisah lain pulak. :)

Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Mereka berada dalam keadaan ingin cepat yang super pantas. Makanya, pasangan ini memilih highway sebagai jalan alternatif untuk tiba sepantas yang mungkin ke destinasi. Berasa syukur kerana dikurniakan ( chewahhh.. ) smart tag, jadi dengan desup yang pantas, memasuki lorong smart tag. Tiba-tiba

Isteri :  Abang, kenapa palang tak naik?

Suami : Tu la.. takkan tak detect. Batery penuh, kredit pun banyak lagi. ( Dengan suara tension )

Maka, suami pun mengundurkan kereta. Kemudian, tiba-tiba suami pun mengeluarkan kad touch and go , dan terus touch di mesin yang sepatutnya.

Isteri : Hah? Abang masuk lorong touch n go ke? :-P

Suami : :-S

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails