Part 2 dah kembali…
Maaf saya ambil masa untuk menyiapkan part 2 ni. Bila melayan kerenah 2 orang bayi yang suka sangat perhatian ni, banyak jugak kerja saya yang tergendala. Memang masa siang adalah bukan masa yang terbaik untuk saya update blog, balas emel, enuff alasan…
Masih ingat part 1 saya? Dah lama dah… bulan lepas kot.. huhuhu entry tu, saya menceritakan dari sudut kaca mata saya apa advantages dan disadvantages bila kita bergelar Full Time Working Mother(FTWM). Kali ni saya nak bercerita jugak dari sudut kaca mata saya bila saya bergelar Stay At Home Mother (SAHM). Pengalaman ni with 2 kids without helpers ye..
Saya percaya, ramai FTWM sangat-sangat menginginkan untuk duduk di rumah menjaga anak sendiri. Its like, ‘oh i wish sangat-sangat nak jaga anak sendiri. Aku kalau boleh nak tengok perkembangan anak aku depan mata, nak masak untuk anak dan suami, then sambil-sambil tu boleh la buat business sendiri. Pastu siap la berangan nak make sure rumah pun sentiasa harum semerbak bunga tahi ayam kasturi,’. mode berfikir, kenapa mesti kasturi ek?
Hah.. at least, inilah impian saya dulu-dulu masa saya menjadi FTWM. Kawan-kawan?
Dek kerana sangatla eager nak berhenti, nak duduk rumah, lepas tu, time tu dah start business kecil-kecilan ni, maka tindakan drastik saya buat dengan berhenti kerja. Boss saya? Macam terkejut gakla plus susah hati sebabnya saya kan pekerja kesayangan.. Hahahhhaahaaha :Mode: perasan lebey…
Akhirnya officially saya menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa bulan 6 tahun lepas. Baru je lagi… Penangannya? Hancussssss…. Hahahaha Honestly, kalau tak fokus, sistematik, teratur, berjadual.. memang berkecaila.. Eventho saya tahu, tapi still saya tidak boleh manage lagi. In reality ye… (hah, lepas tau nih, baru korang tau i’m not supermom okey..
)
Kenapa saya cakap begitu?
1.Masa saya FTWM : Saya fikir, rumah mesti akan kemas sebab saya 24/7 kat rumah. Konon legala and puas hati tak macam FTWM dulu.
REALITYnya: Rumah, bilik, dapur segalanyala tidakla kemas mana pun. Saya lupa part ada Khayra kat rumah. Hahahaha Bila ada budak aktif ni, rumah dah tidakla kemas licin macam botak chin tu, tidakla seharum kasturi macam yang dok imagine kecuali bila saya sembur Air-wick wangian lavendar.
Sebabnya? Tak dan habis part dapur, ruang tengok TV dah bersepah dengan mainan anak dara saya. Kalau tanya kenapa tuangkan je box tu? Jawapan: ‘Yaya nak cari pistol’. Huh Sabar jela. Di tambah saya dah ada seorang hero yang macho and cool nih, asyik kena bagi attention je. Main sendirinya boleh sekejap je, lepas tu mesti cari kita. Caranya? Menangis la apa lagi. Hehehehehhehe Jadi bila dah rasa jadi SAHM ni kan, part rumah tu nak kemas sangat tu, belum mampu la. Nak2 yang ada anak kecik ni. LOL
2. Masa saya jadi FTWM: Saya fikir bila dah duduk rumah ni, bolehla rileks-rileks, santai.
Realitinya : Nak pergi toilet pun kena berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk pergi. Tahanla dulu sampaila tiba masa boleh pergi. Tu pun tak best la sebab kena alert anak menangis ke tak. Kadang-kadang tu, tengah melayan perasaan, anak tiba-tiba menjerit bangun tidur sebabnya tengok takde sape sekeliling. Nak buat macam mana? Haru tuh.
Lepas tu, saya rasakan kerja saya, tenaga yang saya gunakan lebih banyak lagi dari saya guna time saya kerja. Kenapa? Macam yang saya bagitahu la, bila kerja kita boleh pilih untuk break kejap.. buat air, sambil cicah biskut, santai-santai.. borak-borak dengan kawan office.. Tapi bila kat rumah, kena fikir banyak benda. Pukul berapa nih nak kena sediakan sarapan anak, nak kena sediakan lunch anak, nap time diorang, nak kena basuh baju bila.. sidai baju.. lipat baju.. rotate rotate sampai la nak ke tidur.
Bila awal-awal saya berhenti saya still manageable. Sebabnya time tu, saya hanya ada Khayra. Khayra pulak dah besar time tu. Start je Khaleel Adyan lahir, Serius.. saya yang dah biasa dengan bekerja ni, terasa sangat stress jugak. Sebabnya, saya dah tak boleh nak manage 2 orang budak baik ni. Hehehehhe Bila adik membuang, kakak pun sama. Bila kakak menangis, adik pun sama. Khayra pulak start rasa jeles, maka mmg payahla nak handle time tu.
Kadang-kadang saya jadi orang giler kejap.. hehehe Kenapa? Sebab anak saya nih suka menangis. Hahahhahhaha Oh, serius, every benda pun nak saya buat, terkena benda sikit pun nak menangis. Agak2 tak tension ke hari-hari dengar budak nangis? Tapi kalau dengan orang lain, sangat behave. Takde nangis and pandai bawak diri. Fikiran saya, mungkin Khayra nak tebus balik masa-masa saya bekerja dulu dengan sekarang. Lepas tu tambah dengan adik lagi. Sebab tu, segala benda dari sekecik-kecik perkara sampai la sebesar-besar perkara, semuanya saya. Kalau tanya kenapa suka nangis? Jawapan Khayra, ” yaya nak ummi je..” Kalau tanya ummi nak pergi work, jawapan Khayra ” tak boleh.. Ummi tak boleh gi work, ummi jaga yaya”. So hilang stress sikit tang tu sebabnya rasa berbaloi.
Itu antara reality awal yang saya tidak dapat kecapi time saya berangan-angan nak jadi SAHM..
Okeh, memang nampak macam ala-ala negatif je.. tapi kenapa saya still memilih untuk menjadi SAHM? Walaupun yep, kadang-kadang saya jadi orang giler kejap, sebab tak leh nak manage well lagi kerja-kerja saya, tapi saya still suka and LOVE this job so much sebabnya:
- Saya boleh bangun lambat sikit. Tiada paksaan dalam bangun pagi. Hehehehehehehe
- Saya tidak perlu menghadap jammed pagi-pagi buta dan petang-petang hari.
- The best part is, Saya sentiasa dengan anak-anak. Pagi petang siang malam. Hehehehhehehe Saya tetap happy sebab dapat saya tengok anak-anak saya membesar depan mata saya. Upah saya adalah kasih sayang anak-anak. Sentiasa di peluk, di cium. Especially si kakak.
Kalau nak kata SAHM ni boleh rileks, takde keje, boleh santai-santai, mungkin belum boleh apply pada saya lagi. Especially ada anak-anak kecik lepas tu tiada helper. Saya still lagi belum manage betul lagi sebabnya kadang2 tunggang langgang gak. heheh Tips yang paling penting adalah time management. Once kita dapat control time management, insyaallah…. Saya still berusaha untuk mencari alternatif lain dan memperbaiki diri.
Kalau tengok dari apa yang saya tulis, SAHM ke, FTWM ke, sama je jalan ceritanya. Tiada apa-apa perbezaan sangat kecuali part duduk rumah dan pergi keluar bekerja. Yang penting adalah pilihan masing-masing dan bagaimana setiap seorang itu handle kerja masing-masing. Kat sini, saya pelajari sesuatu.. Time FTWM saya rasakan masa saya tak cukup nak buat itu ini, time SAHM pun saya still rasakan macam tu. Tunggang terbalik, sama je jalan ceritanya.. Sebab tu saya bagi saya time management is the most important thing. Once kita dah master tang tu… Hehhehehheheh Insyaallah….
WAHM? Tunggu part yang seterusnya.
p/s: Time kerja dulu, almost everyday saya boleh update blog. Sekarang? Hehehhehehhehehehe
Luv,
UmmiKA











Recent Comments