~ Persediaan Saya Untuk Bersalin ~

Entah kenapa mood saya untuk menulis di blog sejak akhir-akhir ni macam air yang letih lesu. Tiada idea, tiada mood, tiada passion, hampir dikatakan tiada apa pun nak saya tulis. Sedangkan saya rasa, banyak yang boleh kita tulis dan kongsikan bersama. Hehehhe Mungkin sebab saya malas nak mengadap laptop kot atau sebab sekarang ni, Khayra memang tak kasi langsung saya mengadap laptop kalau dia ada. Dia akan ajak saya mainla, buat itu la ini la.. semua kena sama-sama. Dari sekecil-kecil perkara hingga kan sebesar-besar kerja, semua kena saya yang buat. Ye ye… Ummi tahu, mesti Khayra nak manja puas-puas dengan ummi sebelum adik Khayra keluar kan? Yep, memang macam tu sebab lagi dekat saya nak bersalin, lagi macam-macam kehendak Khayra and semua benda mesti saya yang buat untuk dia. No abah, No atuk, No wan, No one… Hingga kadang-kadang saya penat melayan kerenah dia.. Apa sahajala kakak… :)

Since saya dah nak cecah 37 weeks esok hari, sepatutnya saya dah siapkan persiapan saya untuk ke hospital. Alhamdulillah, semalam saya dah completekan beg untuk adik dan ummi. Akhirnya… Hehehhe Baju-baju adik dah siap basuh wangi-wangi, dah siap letak dalam bekas, tinggal nantii pindahkan ke bilik bawah je. Time pantang, duduk bawah ye.. Macam Khayra dulu. Hehhehehhe Baju-baju saya? semua nursing wear saya dah masukkan dalam beg. Senang.. Cuma kalau tak silap saya DEMC ni belum lagi jadi hospital rakan bayi. So, nak kene bagitahu doktor saya nak breastfeed anak saya dan-dan lepas saya bersalin. Oh, saya dah dapat sample susu formula untuk infant tau… :P Sape-sape nak? saya boleh bagi free… :P So, check list insyaallah dah lengkap.. Tunggu masa je lagi..

Barang-barang adik tak banyak sangat beli.. Kecuali baju la.. Insyaallah, baju adik banyak yang ummi and abah beli baru sebab expected boy.. Baju-baju kakak ada, tapi kebanyakkannya pink.. Abah tak nak adik pakai pink.. Hehehehheh So, kali ni, memang banyak biru. Barang-barang besar lain guna kakak punya je.. Masih elok dan boleh guna lagi.. :) Sekarang tinggal benda-benda kecik je yang boleh beli kemudian nanti. :)

Barang-barang ummi pulak? Set bersalin tak beli lagi. Mungkin guna set bersalin HPA je kot. Macam yang lepas. Urut, mama kata kene cepat2 cakap dengan jiran kami. Dia banyak dah di book. Nanti kena ingatkan diri sendiri untuk bagitahu mama. Benda-benda lain, insyaallah dah lengkap.. Guna apa yang ada.. Hahhahahahha oh, saya ingat nak beli tungku moden. Ok ke ek? sebabnya saya pantang sendiri.. Mungkin minggu-minggu awal je ada orang jaga.. Hehehhe Kala ok, boleh difikirkan.. :)

Keadaan badan saya sekarang ni, alhamdulillah. Letih-letih tu rasanya semua akan rasa kan? Hehhehe saya belum lagi alami bengkak kaki tapi ikutkan check up sabtu lepas, kepala adik dah turun. Ermmm.. patutla asyik sengal-sengal je especially bila banyak jalan and angkat Khayra. Oh, saya masih mendukung khayra sampaila sekarang ni.. Dia tak nak orang lain jugak.. Hehehhehhe Exercise orang kata. Kadang-kadang memang tak larat sangat-sangat dah. Oh, ikutkan check up minggu lepas, dr cakap, adik dah 2.3Kg. Ermmm.. berat saya pulak baru 50Kg. Everything so far ok.. So, sepatutnya jumpa seminggu sekali, doktor suruh 2 minggu lepas ni. Alhamdulillah, so far takde masalah pape.. Doakan saya agar saya melahirkan adik dengan selamat ye. Tak sabar nak jumpa little caliph ni.. Hehehehehe

Oh, nama…….. hehehhe Dah ada dalam fikiran nak letak nama apa cuma abang suruh cari lagi untuk ada lebih pilihan. Ermmm… saya macam dah suka nama tu.. Tu yang macam malas je nak cari.. Hhehehehhehe Sekarang ni, saya banyakkan buat kerja rumah, turun naik tangga.. Kasi konon-konon nak cergas la.. Kalau dulu keje, banyak jalan gak, kali ni tak nak la terjelepuk je kan? Hehhehehe

Okeh…. ini sahaa update saya buat masa ini.. Saya nak g masak sat. Kejap lagi mesti Khayra bangun, lambatla kerja-kerja saya nanti sebab Khayra akan ikt masak sama-sama dengan saya.. :)

Nota: Perut dah sentiasa mengeras…

Luv,

UmmiKA

~ Me @ 31 Weeks Of Pregnancy ~

Saya dah 31 minggu genap hari ni. Hehehhehe Kalau ikut calendar, dah 31 minggu, tapi kalau ikut baby, kurang seminggu. Tetiba bila bulan puasa ni pergi check up dia mengecik. Hahahhahahahha. Masa saya check up, last checkup naik terus 4 Kg kan? This time, maintain je berat. Tak turun, tak naik. Doktor cakap mungkin sebab saya puasa kan. So tak naik banyak. Baby pulak dah naik 300g since last check up. Kira macam lebih kurang Khayra dulu je… Once ah masuk 8 bulan lebih tetiba je naik mendadak. :P

Sebelum ni, doktor check uri kat bawah and baby breech lagi. Belum engage, but this time alhamdulillah.. Baby dah engage dah. Dah masuk ke laluannya. Uri pun dah naik and doktor cakap dah boleh dah bersalin normal. Alhamdulillah… Syukur… Adik kali ni pergh… aktif sangat. Siang malam aktif. Pantang dengar suara kakak Khayra panggil dia. Daripada senyap-senyap je, terus dia react. Insyaallah, boleh jadi bestfriend kan lepas ni? Lepas tu, suka tendang kuat-kuat. Sampai masa check tu, doktor pun boleh nampak movement dia. Perut ni kulit nipis kot.. Hahahahahaha

Ok… tu je la dulu update untuk adik.. hehehe Ummi dia kena jaga kakak yang sangat manja nih.. Semua nak ummi… Hehehhehehhe Still memikir untuk pantang nanti macam mana. Kalau boleh tak nak susahkan ibu sebab ibu pun bukannya sihat sangat. Abah pun tak berapa sihat. Kalau diorang jaga, cmfrm kena jaga Khayra… Nak pantang sendiri, ermm… sape nak jaga Khayra tu? Hantar nursery? hehehhehehhehehhe

Ada suggestion tak memana yang boleh jaga time pantang? :P

Luv,

UmmiKA

~ Happy Birthday Khayra Amirah ~

~ Happy Birthday Khayra Amirah ~

Hari ni, genap Khayra berusia 2 tahun. Terasa macam wahhhhhhh anak ummi sorang ni dah besar dah… Nak-nak dah nak jadi kakak… Sekarang ni memang dah biasakan untuk panggil khayra dengan panggilan kakak atau kakak khayra. Dia pun sometimes dah dok panggil diri dia tatak… tatak… (kakak). What a sweet girl la anak ummi ni.

Saya rasa macam sekejap je Khayra dah menginjak usia 2 tahun. Macam mothers lain jugak, mesti ada perasaan yang tak boleh nak ucap atau ungkai how we feel bila anak dah makin membesar ni. Yep.. Saya pun ada perasaan itu yang saya sendiri tidak boleh describe perasaan saya nih. Adehhh… Anak baru nak masuk 2 tahun sayang oiii… Bukan nya dah nak kawin… Kahwin? Gulpp…. Memang poyos la ko nini… Anak baru 2 tahun dah fikir jauh… Hahahhahahahhaha But seriously speaking, saya terasa sekejap je masa berlalu tup-tup Khayra dah 2 tahun. Nanti, diam-diam tak sedar, Khayra dah start sekolah, dah start pandai melawa-lawa, dah start pandai berboifren-boifren… bergirlfren-girlfren… tup tup? Wahhh.. macam mana perasaan saya bila tiba saat tu ek? Hehehhehe enough babling about all this… Hehehhe Saya nak enjoy selagi boleh dengan Khayra. Tak kirala masa itu berlalu bagai angin lalu pun.. Masa berharga tu yang penting… :)

Sebenarnya dah lama saya tak bercerita pasal Khayra kan kat sini? Bukan tak nak cerita, banyak sebenarnya cerita cuma saya tak nak expose kan sangat Khayra dalam ni… Sebabnya? Hehehehhehe Biarlah hanya saya yang tahu… Hahahhahahh ( ayat tak boleh blah.. ) okeh… Ni memang nak cerita habis pasal Kakak Khayra.. Saya nak jadikan entry ni special ( sebab tetiba otak ni berjalan dengan full speed pagi ni.. ) Khas untuk Kakak Khayra.

Khayra lahir tepat jam 12.46pm pada hari isnin, 25 ogos 2008 bersamaan 22 syaaban 1429 Hijrah. Seminggu sebelum umat islam menyambut puasa. ( Ummi sebulan tak puasa.. adeh…. ) Detik-detik kelahiran Khayra masih tersemat di fikiran. Yang lawaknya, dah la saya tak pandai nak push sangat, lepas tu pulak saya tengah mengantuk-ngantuk. Semuanya disebabkan saya amik painkiller bukan epidural yer… Nurse tu cakap, paling awal saya bersalin petang kalau tak membawa ke malam. Tu yang dia suruh saya amik pain killer tu sebab contraction saya tinggi… Abang cakap, semua above 90%. Tu yang sambil mamai-mamai saya meneran tau. Memang kelakar la sampaikan bila doktor cakap, kalau tak boleh jugak saya guna vacum nanti. Dengar je ayat tu terpancul dari mulut doktor, yang membuatkan saya terjaga sekejap and cubala push selama mungkin. Alhamdulillah, lahirla Khayra Amirah Khairul Adha ke dunia berkat izin dan kehendakNya. Syukur sangat time tu.

Khayra masa 2 bulan. Sedihnya, gambar khayra masa baru lahir dalam laptop yang kene curi.. Backup dalam memory card kat handphone abang yang kene curi gak. Saya kene cari tempat lain. Mungkin ada dalam laptop abah kat kampung.. Sedey…

Masa berlalu sangat pantas. Selangkah demi selangkah, setapak demi setapak Khayra berkembang. Daripada sekadar baring, belajar meniarap, menggelungsur ke depan, merangkak, duduk, berdiri, berjalan, berlari kemudian bercakap, satu-satu perubahan semuanya di depan mata. Perkara yang sangat manis bila dikenang. Cepat atau lambat setiap satu-satu perkembangan yang saya dan abang lihat tidak menjadi perkara besar pun untuk kami, sebab kami percaya setiap baby itu unik dan mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri. Tidak perlu kita nak compare dengan anak sesiapa. Biarkan anak kita membesar dengan cara dia yang tersendiri. Nanti kita tension bila amik kira orang cakap, then paksa anak kita untuk achieve sesuatu perubahan itu even anak kita belum bersedia. tension je nanti… Sian diorang… betul tak? :)

Untuk usia Khayra sekarang ni, macam budak-budak lain jugak mengalami proses pembelajaran yang sangat tinggi. Semua benda nak tahu semua benda nak tanya. Keaktifan Khayra? Huh… Susah nak describe. Sampai yang tengok cakap, Khayra ni hyperaktif ke? hehehhehehe

1. Kalau bab mulut – Memang menceceh terlampau banyak. Mulut tu diam bila dia tengah main something yang dia rasa perlukan perhatian dia. Kalau tak, menceceh je. Suka bertanyakan benda yang dia tengok and akan bertanya berulang-ulang kali sampai dia puas hati. Macam iklan murai tu. Dulu suka tengok iklan tu, ni terkena dah dengan anak sendiri. Hahahhahahaha Dah pandai buat ayat yang panjang walaupun tak tersusun.

- emmi, acakan book tuk yaya. ( Ummi, bacakan buku untuk Khayra)

- emmi, yaya nak susu tol. emmi wat. ( Ummi, khayra nak susu botol. Ummi buat)

- emmi wat apa tuh? ( Ummi buat apa tu? )

- abah ane? ( Abah mana?)

- emmi, abah wat yaya ( ummi, abah buat yaya.. ) <- ni kes dah pandai mengadu. Adeh….

- adik alam elut emmi ( adik dalam perut ummi )

2. Dah pandai demand. Kalau nak ummi yang buat, mesti ummi yang buat. Kalau nak abah, mesti abah, kalau atuk, mesti atuk. Tak boleh orang lain. Menggunakan kuasa diktator sepenuhnya. Ini happen bila nak pakai diapers, nak pakai bau, nak mandi dan segala-galanya. but most of the time, semuanya ummi la kena buat. hehehheheh

3. Sangat sayang dengan adik. Sekarang ni tiap hari nak main dengan adik. Ummi pun tak pasti Khayra tahu ke tak adik tu macam mana kan? hehehehhehe Tapi setiap kali nampan baby… aduiii… berjaga-jagala ye…. akan di usiknya… dicium-ciumnya… Ummi dok terfikir cemana nanti bila adik dah lahir… hehe

4. Bab baca buku, tengok DVD macam brainy baby, your baby can read, tengok Iqra, semua suka. Siap request lagi. emmi, tatak nak aji.. ( ummi kakak nak ngaji <- ni refer pada video belajar iqra). Yang lain, dia refer cd je. Suka kalau saya tunjukkan flash card. Even hanya perkataan. Nanti Khayra akan ikut apa saya cakap and tunggu explanation saya. Kalau ada gambar, dia akan tunjuk. Kalau ada bahagian kat badan dia, dia akan tunjuk. Kadang-kadang, bila saya busy and terlupa nak ajar dia, Khayra akan ingatkan saya.

5. Dah boleh count 1 – 10 sampai habis. Kalau dalam english betul turutan, tapi kalau BM tunggang langgang sikit.. Hehehhe Kene improvekan nanti. Ni sebab asyik dok mengira bila turun naik tangga la.

6. Suka buat semua benda sendiri. Makan, pakai seluar even buat susu. Semuanya yaya wat.. yaya wat.

7. Kalau bab solat, alhamdulillah… Kadang-kadang dia ikut kita dari awal sampai habis, kadang-kadang 1 rakaat je.. and kadang-kadang tak nak solat terus. Bila ajak, terus cakap tak nak. and sometimes bila tanya dah solat ke belum, boleh dia sesuka hati je cakap dah, then senyum2 tutup mulut. Alamak… ini anak suka main-main.. huhuhuhu

8. Kalau bab nak tidur, mesti kena tepuk bam-bam tu.. Lepas tu sambil berzikir ikut la Khayra nak zikir mana. Kalau dia sebut allah.. ya shaheed… ikut mana nak. See, demand lagi mau ada.. hahhahahahahha

9. Kalau bab aktif, huhuhu memang menguji kesabaran kami berdua. Mana-mana pergi kalau kami balik tak letih terkulai tak sah. Sebab tu sekarang ni kene fikir nak pergi mana dulu. Kalau tempat sesak sangat kene fikir 2/3 kali.. Kalau takde alternatif lain, barula muncul kami. Kalau pergi rumah sedara ke, rumah atuk/nenek dia ke, tetap sama. Kat rumah pun tak boleh duduk diam. But at least bolh control lagi la… Hehehehe Kalau bawak ke majlis, saya kena pastikan semua cukup. Itu pun memang cmfrm tak duduk diam. Mesti ditawafnya satu majlis. Dah tak tau nak buat cemana.. tu yang sampai ada yang cakap, Khayra hyperaktif. Heheheh Apa-apapun, we still love you dear…. Love you so much…

Cukupla 9 perkara berkaitan Khayra. Banyak-banyak sangat nanti Khayra baca kembang lak dia.. Yang lenlain, meh ummi citer direct terus bila besar. Ok? Hehehehhe

Harapan ummi dan abah untuk kakak, jadi seorang anak yang solehah dan baik budi. Menjadi seorang kakak yang mempunyai daya kepimpinan yang baik untuk memimpin adik-adik Khayra. Itu harapan ummi dan abah bila namakan kakak Khayra Amirah ( sebaik-baik pemimpin/puteri). Amin…

Nota: Ummi and abah sayang khayra sangat-sangat…

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails