Salam Ramadhan buat Semua Kawan-kawan bloggers dan seluruh umat islam di dunia. Saya pohon ampun dan maaf atas segala salah dah silap. Semoga bulan ini penuh dengan keberkatan.
Ha…. Malam pertama solat terawih saya berakhir dengan hanya solat Isyak sahaja. Hehehhehehe Ini semua gara-gara ke’excited’an anak kecik ummi ni setiap kali masuk masjid. Masjid wilayah, masjid negara, masjid shah alam? bila masuk je, suka sangat. Siap berlari-lari sebab kawasan lapang kot. Tiap hari kalau nampak kubah je, mie, yat…. mie jid…. abah yat… abah jid.. Jadi malam tadi, memang kami dah lama plan nak bawak Khayra sama-sama solat terawih (kononnyala.. ). Time pergi tu, dia yang excited terlebih. Kitorang pun bagila nasihat sikit-sikit, semua di iakan.. Sudah nya? Hehhehehehhe Saya tengok je la orang solat terawih. Nasib saya sempat isyak sekali tu pun dah kira baik la tuh.
Apa Khayra buat? Mungkin sebab ramai sangat orang yang ada kat masjid tu, buatkan si kecik ni more excited. Tengok semua orang pakai bertelekung ramai-ramai jalan. Bila masuk kawasan solat, boleh la dia nak pegi saf depan. Nak ikut wan. Sudahnya awal-awal tu wan kene duduk dengan khayra sekali kat belakang. Bila dah start, baru wan dia boleh ke depan. Masa solat isyak tu, ok la… Khayra pun sekali solat. Sujud, rukuk semua tapi 2 rakaat je la pun. 1 rakaat awal, 1 rakaat akhir. Yang tengah-tengah tu, boleh dia duk berlari kiri kanan depan belakang. Time tu, saya tawakal je, jangan dia pergi jauh-jauh sudah. Lepas tu tak boleh nampak budak, mesti nak main jugak. Saya tengok anak orang lain, duduk diam je dengan mak dia. Tapi si Khayra, tak reti takut langsung. Bahaya sungguh… Sebab tu, bila solat terawih nak mula, saya tengok Khayra xleh dah di control sebab bila saya beralih ke belakang sekali, lagi ramai budak yang membuatkan dia berlari dari hujung kiri and kanan. Konon suruh orang kejar dia. Last-last dia nampak pintu terbuka, terus lari keluar.
Mak aih… Nasib saya perhatikan dia and buat keputusan hold dulu solat terawih saya. Dah la ramai yang solat kat pintu sampai betul-betul sentuh pintu lak tu. Sebabkan terpaksa, saya mohon maaf sebab saya lalu depan jemaah tu. Bila keluar je, tak nampak dah si Khayra ni kat mana. Kecut dah perasaan time tu. Yela, dengan ramai orangnya, takut gak la. Time tu dah fikir manala anak aku ni… Sekalinya dia tengah berlari-lari keseronokan sambil tersenyum-senyum. Bila nampak saya je, terus dia lari dari saya, and main turun naik tangga kat area hall masjid tu. Terus saya berkampung kat situ pulak tengokkan Khayra. Malam tu, memang nampak keseronokan dia bila tengok ramai orang dan ramai budak. Saya la penat dok mengejar dia. Ada saya biarkan, sudahnya sampai ke tangga besar nak turun bawah tu konon nak turun. So, terpaksa ikut mana dia pegi. Masjid-masjid pun, dengan kes macam-macam sekarang, saya takut sangat.
Maka, berakhirla malam pertama solat terawih saya. Hehehhe Abang cakap, takpela kalau sunat ni dapat 2 rakaat pun ok dah… Hehhehehe 2 rakaat apa, 1 rakaat pun tak dapat. Namun, saya rasa seronok. Dah kata budak-budak kan.. Main tu dah jadi perkara biasa diorang. Time ni la kita nak biasakan dia untuk ke masjid. Dia dengar orang baca al-quran, tengok jemaah ramai-ramai. Inila masa untuk mendekatkan anak-anak kita ni dengan masjid dan sukakan masjid. Insyaallah
Bila lagi dia nak tengok ramai orang berduyun-duyun ke masjid kalau tak masa bulan ramadhan ni je.
oh, pihak masjid shah alam ada sediakan nurseri untuk jaga anak-anak ni bila kita nak solat. Saya tak sure nak hantar ke tak. Mama suruh letak kalau susah sangat. Tapi saya macam tak nak. Kalau hantar nurseri tu, macam sama je saya solat kat rumah. Ermmm…
Nota: Maaf ye kawan-kawan, saya tak berkesempatan nak membalas komen kawan-kawan. Insyaallah, dalam waktu terdekat ni…
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung






Recent Comments