Alhamdulillah.. Ye.. tajuk di atas telah menceritakan apa entry ini bakal bertinta.. ( tetiba ayat skema..
) Satu anjakan untuk tahun 2011 bagi Adrini’s. Satu permulaan yang di kira baik untuk melangkah setapak demi setapak menuju ke puncak.. Cheewahh… heheh sesiapa yg kenal, meh tgk sape modelnyer..
Buat pertama kalinya Adrini’s in public buat rasa teruja la.. hehehehe Serius tu, rasa macam tak percaya tau.. Rasa terharu pun ada jugak bila tiba-tiba jenama yang diusahakan bersama-sama suami terchenta, mula mengorak langkah satu persatu. Adrini’s dihasilkan 100% daripada Malaysia.. Tukang jahitnya pun suri rumah-suri rumah yang duduk di rumah untuk menjahit. Rekaan adalah daripada Adrini’s sendiri.. Cari material, beli material, hantar material, packaging, semuanya saya dan abang yang buat. Jadi, siapa la yang tak teruja bila tetiba produk kita tu, boleh masuk majalah.. Mau rasa terharu woooo…. Terima kasih to Mommy Lyna sebab bagi chances untuk Adrini’s keluar majalah.. Hehehehehe Tanpa pelawaan itu, lambat sikit kot sebab satu kelemahan saya, saya adalah seorang yang sangat pemalu…
Thank you so much dear… muahahahaha
Sebenarnya, banyak perancangan kami untuk tahun 2011 ni. Di mulakan dengan Adrini’s Nursing Wear, kemudian, Adrini’s Maternity Wear, Adrini’s Inner, Adrini’s Kids… Semuanya under motto Adrini’s – It’s All About MUM. Banyak yang dah di rancang untuk dilaksanakan. Dalam kepala otak ni, ligat berputar macam mana nak bagi Adrini’s di kenali. Heheheheeh Slowly kami akan berusaha.
Pejam celik, 18 januari (hari ini) rupanya dah setahun Adrini’s beroperasi secara online. Satu jangka waktu yang masih muda dan banyak yang saya perlu pelajari. Saya akui, Adrini’s bermula secara kecil-kecilan.. Bermula dengan kuantiti yang sedikit dan secara perlahan-lahan kami mengorak langkah. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dari otai2 yang willing to share..
Banyak juga benda yang saya pelajari dari feedback-feedback yang customer berikan. Sedikit demi sedikit kami akan cuba untuk improvekan kualiti dan servis kami. Kalau ada komen-komen atau feedback yang kawan-kawan rasa boleh dikongsikan bersama, boleh la bagitahu saya. Saya tahu, Adrini’s memang tak mampu untuk puaskan hati semua orang, tetapi Adrini’s akan cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik.
Sesiapa yang belum beli lagi majalah PA&MA, boleh dapatkan cepat.. Dalam tu bukan je ada Adrini’s, Bling Buubies / Bling Lustre, Genius Baby On Board, Trial Pack Shaklee pun ada jugak… Cepat dapatkan dengan kadar segera… Hehehehhehehe
Nota: Terima kasih kawan-kawan yang tegur saya masa di Expo Baby and Junior hari tu.. Maaf kalau ada yang saya tak boleh recall muka korang ye, sebab saya bab face recognition ni entah kenapa asyik failed je. Hubby pun selalu cakap kenapa saya lambat cam muka orang.. Hehehehe Jangan segan-segan tegur saya lagi kalau jumpa.. Sebab saya ni pemalu sikit orgnya.. Hehehehe Tu yang awal-awal mesti nampak macam saya ni tak reti nak bercakap ke…
Nota lagi: Nanti saya update pasal baby junior fair tu.. Banyak pengalaman yang saya pelajari kat sana.. Sangat happy walaupun badan ku sungguh letih tak boleh nak cakapla…
Luv,
UmmiKA














Recent Comments